blog kay & yana: luahan perasaan

Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

WARGA PUTRAJAYA BANYAK BERBELANJA...??

19 November 2015


Bila terbaca artikel ni apa korang rasa....? Warga Putrajaya banyak berbelanja? Dieorang buat statistik ni berdasarkan apa eyh.... Dieorang buat statistik je ke?? Tak kaji kenapa warga Putrajaya ni banyak berbelanja? For your information... warga Putrajaya TERPAKSA banyak berbelanja.. Because of what??? Barang barang yang dijual di Putrajaya semuanya mahal mahal belaka.. Everything.. Kos sara hidup di sini sangat tinggi.. KL pun kalah boh... 

Tengok jelah kos nursery berapa... Baby yang kejenya tido shj tupun RM550 per month... Kt kg aku baru RM300 paling tinggi.. Aku shopping barang dapur every month kat AEON BIG Alamanda... Barang yang aku beli setiap bulan sama je... Kicap, gula, minyak, sabun, ubat gigi, shampoo, susu anak, pampers anak. biskut, barang barang dapur lah... Di AEON Big Alamanda boleh cecah sampai RM300++ ... Aku shopping benda yang sama di FAMILY STORE MELAKA, total semua tu dalam RM200++ .. Beza dalam seratus jugak tu kan... so what do you expect Yang Amat Berhormat???? Please.. kalau tak tahu information tak payah buat statement or statistik begini... Buat hati yang penuh positif jadi sangat negatif... 


Aku share di FB.. Ada kawan kawan yang kena buat extra job untuk tampung kehidupan di Putrajaya... what do you expect YAB? Di sini penuh kedai mamak.. Sesuai ke konsep ELITE tu dengan Putrajaya bila mamak makin maju disini... No komen at all actually.. Just nak luahkan rasa geram di hati... We all not a rich person gais... Di putrajaya ni majoriti penduduknya adalah daripada golongan gred sokongan yang gaji bersih tak sampai pun RM5000. Korang rasa menteri stay Putrajaya ke?? So, pleaselah.. jangan la buat statement vangang ala ala nak bagitahu rakyat Malaysia sangat kaya sekarang ni.. 

Tapi kalau korang baca entry ni tolong doa kan aku kaya raya boleh duduk sini sampai pencen... AMIN... 

Thank you for reading gais... hanya luahan rakyat marhein.... =)

HARI JUMAAT YANG STRESS

06 November 2015

Entry ni aku buat auto publish ye sebab pagi ni aku dan Kay ada Majlis Graduasi Pra Sekolah Rayyan Danish... Excited tau nak tengok anak pakai jubah amek scroll sijil tu.. ahahahaha... 

Ok.. kenapa aku kata hari ini hari Jumaat yang stress? Sebab jalan nak ke office aku ditutup sempena Formula E Championship Race Putrajaya... Aku kena lalu JPM baru sampai office aku.. Stress la nak oiii.. Selalu aku pergi office 5-8 minit sekarang dah jadi 12 minit... JPM pun jem jugak sesak jugak.. haishhh.. Suka menyusahkan orang tau... 

Kalau cuti aku banyak dah lama aku minta cuti hari ini.. Ni sebab cuti dah tak banyak kenalah catu cuti... Kenapalah suka susahkan orang... Suka kan nak suruh aku membebel di hari Jumaat yang penuh berkat ini.. Takpelah.. Suka hatilah sebab Putrajaya ni bukan aku yang punya.. 







Gambar gambar di atas aku amek semalam masa nak amek Rayyan dari sekolah.. Tengah hari yang belum lunch pun dah jem apatah lagi masa kemuncak time lunch dengan time balik nanti... Sabar jelah labu...

Cantiknya awan kan.. Rindu sangat dengan awan awan ciptaan Allah SWT ni.. Musim jerebu kita tak nampak awan tapi ia tetap ada disitu.. Semoga Allah SWT melindungi kita dari bencana dan malapetaka.. AMIN

Thank you for reading my luahan perasaan gais... hihi.. Happy Weekend u ollsss... !!

Sape yang suka tengok kereta lumba boleh datang Putrajaya 7 November 2015 (Sabtu) .. FREE je... Korang boleh tengok info kat FB Perbadanan Putrajaya okeh... 

tata..

Bila Rayyan Buat Perangai

20 August 2015

Cerita semalam tapi baru nak luahkan dalam blog hari ni. Sejak Rayyan masuk Pra-Sekolah, memang Kay yang hantar dia pagi-pagi. Aku akan hantar Aryan ke Cendekiawan Educare. So perjalanan kiteorang macam sorang ke Timur sorang lagi ke Barat. Untuk aku hantar dua dua orang sekali memang tak mampu lah nak punch in pukul 8 pagi. So harus agih agihkan tugas pada si suami juga. Lagipun aku dah mengambil Rayyan dari sekolah pukul 12 tengah hari, So tugas bapak dia la untuk siapkan dia pagi-pagi dan hantar dia pergi sekolah. 

Kecuali... kecuali kalau Kay kena outstation, Aku memang takde pilihan kena hantar kedua dua nya sekali. Hebat kan tugas seorang ibu ni. Dah macam superman dah. Terbang sana terbang sini. Ok. So kali ni aku bersyukur sangat sebab family mertua aku ada kat rumah. So aku tak payah rushing siapkan Aryan dan hantar dia ke taska. Aku cuma fokus pada Rayyan je. Sebelum-sebelum ni Rayyan memang suka pergi sekolah especially Pra Sekolah. Sekolah KAFA dia ada malas sikit nak pergi sebab dia penat atau dia dah mengantuk. Pra Sekolah jarang sangat dia buat perangai. 

Macam biasa mood dia pagi semalam agak baik. Takde la nak nangis nangis bangun pagi ke. Semua berjalan dengan lancar. Lepas siapkan dia, dia request nak tengok youtube, So aku kata ok sebab sebelum ni pun dia biasa akan main fon bapak dia sementara kiteorang siap siap. Bla bla bla masuk dalam kereta dia masih layan cerita Jurassic Park kat youtube... Jarak sekolah dia dengan rumah aku tak sampai pun sepuluh minit. So memang cerita tu belum habis lah bila sampai pintu pagar sekolah. Dia kata nak tengok sampai habis. Aku cakap tengah hari boleh sambung. Dia taknak. Aku pujuk dia still taknak. Tetap juga nak tengok cerita tu sampai habis. In the end aku hilang sabar aku cubit dia. Dia nangis. Bila dia dah nangis aku dah confident memang dia tak akan masuk sekolah tu dengan air mata berjujuran. So aku call Kay dengan harapan Kay dapat pujuk dia... Tapi tak berjaya dia tetap taknak masuk sekolah. 

Hati dah panas aku rasa macam merah je kad aku ni. In the end aku pergi office punch hantar Rayyan balik rumah. Sebagai denda aku tak bagi dia tengok kartun langsung, tak bagi dia main game langsung. And yang buat aku rasa bersalah aku pukul dia dalam kereta.. Kesian tapi kurang Istighfar barangkali. Jadi perasaan marah membuak buak bila anak buat perangai di pagi hari. Rasa bersalah pukul anak tu sampai menangis cakap dengan laki. Balik rumah tengah hari aku minta maaf dekat Rayyan sebab pukul dia. Tapi dia peluk aku kata dia sayang aku. Sedih bak hang...Aku tengok lengan dia lebam sebab aku cubit.. haih.. nak menyesal pun tak guna.. 


Rayyan, mama papa sayang Rayyan.. Mama sayang anak anak mama sama rata. Mama tak pernah bezakan kasih sayang mama pada anak anak mama. Mama marah mama pukul mama rotan sebab mama nak Rayyan berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat. Mama nak Rayyan jadi anak yang baik. Mama tetap sayang Rayyan walaupun Rayyan banyak buat perangai. Mama anggap perangai tu semua sebagai satu pembelajaran buat Rayyan. Mama minta maaf sebab pukul Rayyan, marah Rayyan.. Tapi salah tetap kena denda. Bukan senang nak jadi manusia yang berjaya Rayyan . Syurga Allah tu mahal harganya sayang. 

Rayyan anak mama yang bijak. Anak mama yang pandai. Cikgu Rayyan semua cakap Rayyan pandai. Mama bangga dengan Rayyan. Kalau papa kerja jauh Rayyan kena tolong mama ok.. Rayyan jangan buat perangai lagi ye. 

*Dengan harapan satu hari nanti dia akan bukak blog aku dan baca. Sekarang ni dia dah pandai baca... Aku bolehlah ajar dia bukak blog aku kan. 

Mama papa sayang Rayyan sampai bila bila. Sampai Syurga tau... 



Happy Anniversary Husband

03 August 2015

02 Ogos 2015

Happy Anniversary Husband....

Semalam we celebrate ur birthday...
Today we celebrate our anniversary..
Happy 7th Anniversary...
7 tahun hidup bersama...
Alhamdulillah.. 
Masih bersama.. bahagia bersama... apatah lagi dengan kehadiran 2 hero mirip Abg...
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih atas kasih syg abg..
Semoga abg sentiasa menjadi suami yang sempurna 
Yang sentiasa cuba untuk membahagiakan keluarga...
My love is infinity..
Just for you.. 
In Sya Allah...
Semoga abg adalah suami ayg dunia dan akhirat...
In Sya Allah..
AMIN.



kayluvyana4ever

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND !!!


01 Ogos 2015

Happy birthday Husband....
Semoga segala doa doa ayg untuk abg dimakbulkan Allah...
Cepat atau lambat ayg doa...
Semoga abg sentiasa dilindungi Allah SWT sentiasa... Lindungi dari segala kesakitan dan musibah... Lindungi dari segala kejahatan dan kesusahan...
Semoga segala impian abg dalam hidup abg menjadi kenyataan satu hari nanti..
Semoga abg sentiasa bahagia dan gembira.. di dunia mahupun di akhirat..
Semoga abg menjadi orang yang berjaya di dunia dan diakhirat..
Semoga abg sentiasa diberkati Allah SWT..

Happy birthday Sayang..

Last but no least...

sorry for the prank... its all about u'r celebration syg... i loves u... we loves u..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan koleksi Lanun Johor, suami saya adalah agent Lanun Johor yang rasmi, boleh dapatkan koleksi LJ daripada beliau. Boleh call / whatsapp / sms no ni ye..

no fon - 019-7197992

jangan lupa follow juga beliau

ig- @kaydelanun
fb - Kay de Lanun


AL-Fatihah Buat Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat

13 February 2015

Al-Fatihah.. TGNA telah menghembuskan nafas yang terakhir pada malam Jumaat.. malam yang penuh keberkatan... Kehilangan beliau sangat sangat dirasai oleh semua rakyat Malaysia especially rakyat Negeri Kelantan. Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga beliau tenang di sisi Pencipta Langit dan Bumi. Ramai sangat hamba Allah datang memberikan penghormatan yang terakhir termasuk jugak para ulamak yang tidak ketinggalan menziarahi arwah buat kali terakhir... Tenanglah disana wahai Murabbi yang disayangi.. Semoga tenang di sana... AMIN..



Updated laju laju

05 August 2014
Kejap je kan.. kejap je rasanya cuti raya ni.. memang rasa tak puas dok kat kampung tau.. tak hilang lagi homesick kita dah kena balik Putrajaya... back to normal... well... nak updated ape ek? bulan raya kita updated pasal raya la kan... Alhamdulillah tahun ni kami raya berempat... Hopefully tahun depan masih berempat.. hahahaha... belum bersedia nak ada baby lagi tp kalau Allah nak bagi rezeki aku tidak akan pernah sekali menolak... waiting for baby girl maybe.. hehehe.. mengarut dah nih.. gambar raya? ok gambar raya belum transfer lagi.. so updated laju laju cuma nak bagitahu bila gambar dah transfer aku citer sampai muntah ekkkk....

mood beraya sebulan... mood kerja ke laut dah nih... suka sangat baca cerita kawan kawan bloggers tentang hari raya dieorang... hehehehe... kalau sapa sapa buat open house jemput ai ek ek ek.. *sambiltutupmulutgunatangankanan*



Hati seorang Ibu

06 January 2014
Hari ini hati aku sayu sangat. Setelah 2 minggu aku jaga Aryan kerana demam chickenpox , hari ini merupakan hari pertama buat si comel mama itu ke taska. Kali ini terpaksa masukkan dia di Cendiakawan Educare sebab senang sekali hantar dengan abang dia. Sebelum ini aku hantar adik dan abang di tempat yang lain jadi bila Kay outstation susah juga aku nak hantar sorang ke utara sorang lagi ke selatan. Berat hati tu memang sentiasa ada. Hanya Allah yang tahu hati aku sekarang ini. Sedih pilu sebab terpaksa dengan berat seberat beratnya hati aku tinggalkan dia dengan keadaan dia belum bersedia untuk menerima perubahan hari ini. Salah ke pilihan yang aku buat ? Ya Allah, tenangkanlah hati anak ku, sabarkanlah hati guru yang menjaga dan mendidik anak ku, tabahkanlah hatiku, lindungilah anak anak ku. 

Aryan,
Mama terpaksa letak awak kat Taska sebab mama dan papa perlu kerja untuk mencari sesuap nasi buat awak dan abang. Mama cuba untuk mencari tempat yang terbaik buat awak supaya awak tak nangis bila mama tinggalkan awak dengan orang asing. Orang asing itulah akan menjaga permata hati mama ini dengan penuh kasih sayang. Janganlah menangis sayang kerana tangisan awak buat mama sangat susah hati untuk mencari rezeki di luar sana. Andai kata mama mampu untuk menjaga awak, mama tidak akan tinggalkan awak di sana. Aryan janganlah nangis sayang. Mama akan datang untuk ambil awak dengan penuh rasa syukur. Seronoklah awak di sekolah baru sayang. Awak anak yang baik bukan. Mama sayang awak Aryan.



note : taip sambil menangis... hati penuh dengan doa buat Muhammad Aryan Muzaffar. AMIN.


Bayi lelaki lima bulan ditemui mati di taska

25 September 2013
Al-Fatihah
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Semoga sahabat sejawatan aku tabah menghadapi  ujian dari Allah SWT
Aku tahu dia kuat 
Aku tahu dia tabah
Sebab itu Allah pilih dia untuk ujian yang Maha Hebat ini
Kehilangan seorang cahaya mata bukan mudah
Sangat sakit rasanya
Allahuakbar..

Ya Allah,
Lindungilah anak anak aku daripada malapetaka sebegini
Lindungilah anak anak aku daripada musibah sebegini
Lindungilah anak anak aku daripada bencana sebegini
Kau panjangkanlah usia anak anak aku
Kau lindungilah mereka Ya Allah.
Sesungguhnya hanya kepada MU aku memohon dan meminta.

Al-Fatihah buat adik Mohd Danish Rayqal



PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.

Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang. Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu. 




"Pihak taska sudah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya disahkan meninggal dunia," katanya.

Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA



Salah Siapa

01 August 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Alhamdulillah pejam pelik pejam pelik lagi beberapa hari je kita akan meninggalkan bulan yang penuh mulia ini. Entah sempat entah tidak kita jumpa Ramadhan tahun depan. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk kita sama sama sekali lagi merasa nikmatnya bulan yang penuh keberkatan ini. InshaAllah


ok. Back to the topik.. salah siapa? apa yang aku nak ceritakan disini tentang hal hal pentadbiran sesebuah taska. I will explain the situation and ur guys can make any perception. Di putrajaya ini sangatlah susah mencari tempat yang terbaik buat si manja yang baru lahir. Selama 3 bulan kita bersama dia, dan sampai masanya kita harus bekerja dan meninggalkan si kecil yang tidak tahu apa apa pada orang lain. Terpulanglah kepada kita mahu meletakkan anak itu di rumah pengasuh dan di taska. kedua duanya mempunyai permintaan yang tinggi di sini. Sebelum aku bersalin aku dah mencari pengasuh dan taska. Tapi aku memilih taska yang sama sebab Rayyan juga disitu. Senang. Sekali hantar je. Pemilik taska menyuruh aku isi form di online dan bayar duit booking. Aku buat seperti yang diminta. Aku bayar RM200 untuk taska reservekan tempat anak aku nanti. Of courselah aku tidak akan menghantar Aryan masa dia 3 bulan. Opah aku menjaga cicitnya dengan penuh kasih sayang. tapi hanya mampu sebulan sebab Opah memang a busy oyang.. huhuhu.. then aku minta my SIL untuk jagakan atas keizinan my MIL. Sebab aku memang tak sampai hati nak hantar baby sekecil itu di taska yang aku sedia maklum tidak akan melayan dia sepanjang masa. Sebagai ibu pastinya kita mahukan anak kita mendapat perhatian tapi berapa ramai lagi bayi yang memerlukan perhatian. not only my son. yes.. that why i always inform the owner yang i akan hantar my baby lambat but still in this year.. the same year.. 


Bila Aryan hampir 8 bulan aku rasa sudah tiba masa nya dia dihantar ke taska. Sampai bila adik ipar aku nak jagakan? dia juga punya keinginan duduk bersama ibunya. so dengan berat hati aku maklumkan kepada owner taska yang aku akan hantar Aryan akhir bulan 7. Korang tahu dia cakap apa? Maaf puan dah penuh. kita memang tak boleh terima lagi dah. ok then. bengang yang pertama. bila aku tanyakan pasal duit deposit tu. dia boleh cakap burn dengan rasa tidak bersalah nya... WTF???Burn? Bila aku tanya kenapa burn. dia cakap sebab puan sepatutnya hantar bulan 5 tapi puan tak hantar.. so kita kira burn la... another WTF?? Kay dah bengang jugak.So dengan budi bahasanya kay bahasakanlah owner itu.. "Puan, saya dah bayar RM200 untuk booking anak saya. Sepatutnya puan perlu reservekan tempat anak saya untuk tahun ini. Kalau puan kata dah penuh puan sepatutnya maklumkan kepada kami yang puan tak boleh terima anak kami. bukan diam macamtu then burn duit orang. Dalam syarat puan mengatakan sekiranya saya membuat pembatalan duit booking tidak akan dipulangkan tetapi dalam masalah ini yang salah di pihak puan sebab puan yang taknak terima anak saya. Kalau puan rasa puan takboleh pulangkan duit booking saya, saya akan rujuk ke tribunal lah" that its.. terus owner tu cakap oklah kami pulangkan duit. 

pada aku tak salah ko nak terima or tak terima.. tapi pentadbiran taska ko ni biarlah teratur. duit orang amek tapi data orang yang booking tu ko tak tau apa apa.. Biarlah kerja tu secantik nama dan semahal yuran. Barulah orang boleh cakap bagusnya taska ni. Pentadbiran sangatlah caca marba. so oklah. aku pun dah dapat pengasuh buat aryan. Tahun depan aku perlu cari tempat yang lain. So korang rasa salah siapa? Salah aku yang hantar lambat ke? herm... 

-sekian-

note : gambar hanya penyedap mata ketika membaca. 


MIMPI

26 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan

Aku tak tahu sebenarnya nak ceritakan daripada mana. erm... oklah.. ahad lepas lepas aku sahur dan solat subuh aku sambung tidur.. pada aku hari minggu adalah hari yang perlu digunakan sepuas puasnya. cas batery gitu. hihihi.. lepastu aku mimpi seseorang... seseorang yang aku sayang yang telah pergi meninggalkan aku dan keluarganya buat selama-lamanya. korang mesti kenal blogger Nurul Hezrina kan.. mummy kepada 2 orang puteri yang comel (Humaira & Sofia)... aku bukan mimpikan dia tapi aku mimpikan arwah ayahnya. arwah ayahnya adalah bapa saudara aku yang paling aku sayang. 



aku mimpi arwah datang ke rumahnya di Melaka. ketika tu aku seolah olah menetap di rumah tersebut bersama anak anaknya yang lain. nurul pun masuk dalam mimpi aku juga. hahahaha.. mula mula aku yang nampak arwah... aku kaget aka terkejut aka terkedu.. dalam hati for sure la rasa takut kan sebab dalam mimpi tu kami semua tahu beliau dah meninggal. then bila aku nampak dia dok jalan jalan sambil senyum kat aku, aku diam je.. sepatah haram pun aku tak cerita dengan sesiapa. lepas tu aku lepak dengan jaja (adik nurul no 2) dan secara kebetulan kami sama sama nampak arwah sedang lalu lalang depan kami.. aku tanya jaja.. " ja, ko nampak tak apa yang aku nampak" dia mengangguk, terus kami kejar arwah. bila kami dah dapat kejar arwah, kami nampak anak anak arwah yang lain dah keliling dia sambil peluk.. aku pun peluk arwah.. memang terasa pelukan arwah tuh.. dia nampak sangat sihat, muka dia sangat tenang, dia senyum sepanjang masa, arwah pakai songkok, baju melayu, dan kain pelikat masa itu. kami semua tanya "abah macam mana" dia cuma jawab "abah dah selamat dah. abah selamat".. arwah dok ulang ayat tu... lepas kami berborak tapi aku tak ingat borak pasal apa.. then aku terus bangun masuk toilet. lepas tu tak boleh tidur dah.. ingat nak msg nurul tapi aku taknak dia sedih nanti kalau aku cerita kat dia. 

bila aku cerita pada Kay, dia senyum je pastu dia cakap Arwah nak awak ingat dia la tuh.. herm.. mungkin.. lately ni pun banyak kali aku ckp ngn kay yang aku nak g kubur arwah hari raya nanti. harap harap tercapai impian aku.. amin.. aku pun sedekahkan al-fatihah dan malam tu aku sedekah beberapa ayat al-quran buat arwah ayah saudaraku. Abdul Halim bin Abdul Rahman. Al-fatihah

nurul : kalau ko baca cerita aku ni ko janganlah nangis ye. =) sebab masa aku taip cerita mimpi aku ni aku pun tengah dok tahan air mata. Insha Allah, arwah tenang di sana. doalah selalu sebab doa anak anak yang solehah akan bantu dia diSANA. Insha Allah. 

Ashraf Muslim , Dayana , Wan Sakinah

22 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Minggu lepas sehinggalah sekarang ini nama Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah menjadi perbualan kebanyakkan media. Kisah mereka hangat diperkatakan didada akhbar. Akibatnya hidup mereka menjadi buruan cerita setiap akhbar.


Mereka telah selamat diijabkabulkan di Thailand pada 7 Julai yang lepas. Kenapa harus di Thailand? jawapan hanya pada pasangan ini. Menurut Ashraf Muslim, pernikahan mereka direstui oleh kedua dua belah pihak dan ibu bapa Wan Sakinah menerima Ashraf Muslim menjadi menantu mereka. - tidak terfikirkan mereka ibu bapa mereka betapa hancurnya perasaan Dayana dan keluarga dengan penipuan dan sikap Ashraf Muslim? ibu bapa Ashraf Muslim takkan tiada rasa bersalah terhadap keluarga besan mereka? no komen


Bahagiakah dia diatas penderitaan orang lain... hati wanita ini tiada siapa yang tahu.


tiada apa yang perlu aku komen di sini.. kerana aku juga punya suami, punya keluarga. Tiada seorang pun isteri di dunia ini sanggup berkongsi kasih sayang suami. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang bahagia apabila suaminya memeluk wanita lain.. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang sanggup melihat suaminya menipu dirinya hidup hidup. TIADA. Apapun alasan Ashraf Muslim, caranya telah membuatkan orang ramai hilang hormat padanya kerana dia sendiri tidak hormatkan isterinya sendiri. 

Semoga Ashraf Muslim dan Wan Sakinah bahagia dengan perancangan mereka. Dan semoga Dayana terus tabah menghadapi dugaan berumahtangga. Semoga Allah SWT menjauhi bala seperti ini didalam rumahtangguku. AMIN.

kredit to : BEAUTIFULNARA

-Sekian-

Airell vs Rayyan

14 March 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah


rindunya sama budak bulat tu... ni cite da lama da.. gambar pun da lama.. sebelum aku bersalin lagi.. yang bulat tu cousin Rayyan.. nama die Muhammad Airell Nizariff.. satu satunye anak abang aku.. rindunye sama kamu airell.. nanti dtg umah mak ngah okeh... baju sama sebab onny yang belikan.. hihihih.. lps ni onny kene beli 3 pasang tau sebab ada 3 cucu lelaki.. yeay..!!

-sekian-
 

WW: amek mood bekerja....

13 March 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

11.03.2013 - merupakan tarikh hari pertama aku akan mula bekerja dimana aku tidak lagi bersama Aryan Muzaffar dalam masa 8 jam.. hua hua hua.. mmg agak MALAS dan MALAS untuk mula bekerja tapi apakan daya.. hidup di bandar metropolitan ini memerlukan kos yang tinggi jadi aku perlu bekerja untuk membantu suamiku mencari nafkah.. cewaahhh.. ayat novel gitu... jgn ada yg muntah sudah.. 

 - muke org kene keje setelah 'honeymoon' 3 bulan ...

aku akan cuba updated satu persatu aktiviti aku sepanjang aku berpantang dan bercuti bersalin ni... hihihi.. banyak btul cerita yang nak aku coretkan.. cuba aku perlukan masa dan masa serta masa.. hahaha.. masa mmg sangat pantas berlalu sekarang ni.. pejam pelik pejam pelik aku da kene keje semula... so jomla kite bekerja dengan minda yang positif serta niat yang baik.. amin...

happy working ya!


Aryan Muzaffar demam...

29 January 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Jarang kite dengar baby yang baru lahir demam kan... tp siapa sangka Aryan Muzaffar yang baru berumur 2 ari telah dijangkiti demam... malam pertama Aryan tdo kat umah die agak meragam sikit. aku ingat perkara biasalah sebab masa Rayyan Danish pun sejam sekali nangis... semalam je.. malam malam lain da ok da.. mungkin pada aku baby time tu tak biasa lagi dengan suasana dunia ni kan.. so hanya bagi susu dan dodoikan die... mmg penat sebab die asyik meragam je.. aku ingat malam je.. siang pun mcmtu... tdo sekejap then nangis.. bg susu tdo letak nangis lagi.. aku ingat susu aku tak kuar lagi so maybe die lapar.. tapi aku masih bg juga susu.. aku taknak anak aku minum FM..kalau bolehlah... sebab aku mmg berniat nak BF kan die sampai 2 tahun.. amin amin amin..

ahad malam mama ckp badan bb mcm panas.. aku dah riso.. panas? bb demam ke cuaca yg panas? trus amek temperature amek suhu aryan.. 37.3 darjah celcius.. demam ke? esok paginye kay nak report kt klinik presint 3 aku minta kay inform suhu baby... sampai sana kay call.. mmg demam... kene bwk jumpa doktor dengan kadar SEGERA... alahai.. lemah semangat.. siap siap terus bwk aryan jumpe doktor... doktor buat surat refer hospital dengan kadar SEGERA.. kadar SEGERA sangat merunsingkan aku time tuh... adoiii...

balik rumah sekejap sebab family in law aku da sampai... mama siapkan makan utk aku.. bb jgn citer lah.. kejap kejap nangis kejap kejap nangis... susu pun nangis... aku pun nak nangis bile dgr die nangis.. emosi ibu dalam pantang time tu agak huru hara.. hahaha.. siap siap terus ke emergency kes... ok time pegawai perubatan kt kaunter tu check suhu aryan da naik 38 celcius... hati seorang ibu mula doa semoga anaknye tidak apa apa.. lpas tu die bwk aku dan aryan masuk... terus refer pada doktor... hanya aku yg hadapi semuanye... kay, rayyan danish, mama dan mak mertua aku tak boleh masuk so kene tunggu kat luar... dlm wad kecemasan tu doktor check sekali lagi suhu aryan... masih 38.. dan die masih kerap menangis.. aku kerap susukan die untuk elak die nangis.. pantang letak pasti die akan menangis.. dan aku tau die tak sihat... aku doa dan terus berdoa.. doktor check lg... katanye die perlu amek darah aryan.. huh? die baru 2 ari da kene amek darah.. Ya Allah kesiannye.. bile doktor tu tgk aku mcm tak kuat nak tgk aryan kene cucuk die suruh aku tunggu kat luar bilik... dr luar bilik rawatan aku dpt dgr suara anak aku menangis... masa tu juga hati aku sgt sgt sgt runsing dan aku mula menangis.. yes.. aku menangis... abes basah tudung aku buat lap air mata aku nih.. dlm hati tuhan je yang tahu.. dimana silapnye... apakah puncanye. hanya Allah yang tahu... bile doktor dah sudah amek darah aryan die minta aku susukan aryan.. then doktor btau.. "die demam la puan.. saya akan buat surat untuk tahan die kat NICU ye... dekat sana puan boleh tanya doktor yg lebih pakar..." tahan wad?? anak aku kene tahan wad?? time tu hati dah mcm taufan da... tak tau nak ckp mcmne... hanya doa dan terus berdoa... sesungguhnya aku sgt lemah time tuh... mereka siapkan segala persiapan untuk aryan muzaffar ditahan wad... bile nak ke NICU aku minta mereka panggil kay masuk.. bile kay masuk sekali lagi aku menangis sbb sesungguhnya aku tak sampai at nak tgk anak aku kene tahan wad... hati seorang ibu kan... sgt sensitif.. apatah lagi umurnya baru 3 ari...

sampai di NICU, aku blurr.. nurse kat situ amek aryan untuk timbang. detail checkup,.. aku ngn kay hanya duduk perhatikan nurse tu... sambil meraung raung anak aku sambil tu lah aku nangis... die letak aryan dalam bb coat dieorang.. da disalinkan baju kaler pink...dan diletakkan dalam satu bilik.. aku msih dgr aryan menangis... hati aku time tu tuhan je yg tau.. kay pun tak senang duduk dibuatnye... ada satu doktor tu dtg minta aku bf kan bb kat bilik breastfeeding.. aku terus amek aryan.. terus g susukan die.. senyap die... sambil susu sambil menangis.. syahdu okeh.. dtg satu doktor interbiu aku tanye psl aryan... ble dah jawab semua soklan die, doktor tu ckp aryan kene tahan wad... aku minta utk stay temankan aryan.. doktor tu ckp wat masa ni takde bilik kosong so aryan kene tinggal... lglah laju air mata aku.. tak sanggup rasanye aku nak tinggalkan die kat NICU tu...

doktor : puan janganlah risau.. kat sini dia akan dijaga dengan baik.... kite akan pantau die.. kalau ada bilik kosong kita akan call utk rooming-in dengan baby.. doktor pakar akan jumpa puan terangkan segalanya.. jangan risau puan.. anak puan takde pape kat sini.. puan boleh hantar susu badan ke kita bile bile masa je...

aku mmg tak terkata la time tuh... sedih yg amat sgt... abes basah lencun tudung aku... aku suruh kay blek umah dulu hantar danish, mama dan mak mertua aku balik... pastu nanti amek aku kat NICU ni.. aku nak susukan aryan sepuas hati aku.... sampai lah abes masa melawat yang sepatutnya aku serahkan pada nurse kat NICU tuh

aku : misi, kalau ada bilik kosong call saya ye... kalau tengah malam pun takpe..
nurse : ye puan.. jangan risau ye..

so bile kay sampai NICU tu aku pun balik lah.. kay sempat lagi ckp... ape apehal nnt misi call ye.. misi tu dah paham agaknye gelisah hati seorang ayah dan ibu... dlm hati tuhan je yang tahu betapa beratnya hati aku nak balik.. kalau ikutkan hati nak je aku duduk kat luar tu tunggu aryan tp apakan daya.. aku juga perlukan rehat... puas kay pujuk aku jangan nangis.. lg die pujuk lg aku nangis.. kay ckp kite balik rumah dulu tgk rayyan.. bile tgk gelagat rayyan pasti ayg gembira sikit.. ye.. aku masih ada seorang penghibur hati lg... esok dtg balik tgk aryan...

sampai kat rumah aku sedaya upaya untuk pam susu... tp malangnya susu tak kuar.. kuar pun sikit sikit je... sampai kay ckp dahla tu yg. syg tu penat.. glah rehat. takpe.. biar aryan minum FM mlm ni.. esok pepagi kite antar susu kat die k.. lepas tu bru aku rasa penat nye malam tuh.. aku nangis sampai tertdo.. tdo tanpa aryan.. sgt sedih... aku tdo dengan rayyan yg sedikit sebanyak buat aku tersenyum...

to be continue okeh...
-sekian-

Takziah buat keluarga Nurul Hezrina.

29 November 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Dah lama aku tak updated blog... sebab sekarang ni aku tgh berusaha untuk menyelesaikan kerja kerja sebelum aku bercuti panjang... back to the topik, malam tadi mama call aku bagitahu pakcik halim , ayah kepada wan nurul hezrina telah pun kembali ke rahmatullah... speechless dan semestinya aku sgt sgt sedih... korang mesti kenal nurul hezrina kan.. owner blog My Little Honey Dew... mmg aku sedia maklum abah die sakit dan baru menjalani pembedahan untuk buat tapak dialisis.. tp sudah tiba masanya... bile mama call aku mmg sgt sedih.. tak tau nak ckp ape.. rasa nak je ke melaka melawat tp keadaan aku yang tengah tunggu hari untuk bersalin membuatkan mama tak bagi aku datang... hanya mampu sedekahkan doa dan yaasin dr jauh...  

family aku ngn family nurul mmg rapat... mungkin sebab abah nurul adalah abang yg rapat dengan baba aku..  pakcik halim adalah pakcik yang sgt rapat dengan aku... pasti aku akan merindui usikkan arwah... arwah sangat suke anak lelaki...sebab adik beradik nurul semua perempuan.. so arwah sgt suke melayan abang dan adik lelaki aku... dulu masa kecik kecik bila cuti sekolah je pasti kami akan menghabiskan masa cuti persekolahan kami di rumah nurul... arwah adalah pakcik pertama yang aku bwk kay jumpe... 

al-Fatihah buat pakcik yang aku sayang... takziah buat nurul, jaja, erin dan ain.. ain, do ur best in ur SPM ok... terlalu besar dugaan korang... pasti kite akan rasa kehilangan yang teramat sangat... semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang orang yang beriman... InsyaAllah... doa anak anak yang solehah akan sampai pada arwah di sana.. AMIN

note : mama bagitahu aku, arwah akan dikebumikan sebelum jam 11.00 pagi... menaip sambil menitiskan air mata... aku sayang korang semua... thanks...

-sekian-

-AL- FATIHAH-



kerana FACEBOOK ......

12 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

 
Kerana FACEBOOK, sahabat boleh jadi musuh
Kerana FACEBOOK, adik beradik boleh bergaduh
Kerana FACEBOOK, bos dan pekerja bergaduh
Kerana FACEBOOK, pasangan bercinta boleh putus cinta
Kerana FACEBOOK, pasangan tunang boleh putus tunang
Kerana FACEBOOK, suami isteri boleh bercerai berai

Boleh dikatakan semua orang ada FACEBOOK sekarang ni... FACEBOOK media sosial yang sgt sgt sgt meluas zaman ni... kalau dulu ada myspace ada friendster... sekarang ni ada FACEBOOK... jaranglah org takde akaun FACEBOOK kan..  Oleh yang demikian, janganlah salah gunakan FACEBOOK... FACEBOOK boleh memberikan seribu kebaikan tapi FACEBOOK jugak boleh bagi sejuta keburukkan.. terpulanglah pada kita nak gunakan ia sebagai apa... Salam Hari Jumaat kengkawan

note : hari ni aku kene minum air gula.. Last Check up doktor cakap air ketuban aku banyak... so aku kene minum air gula untuk pastikan aku takde kencing manis... doakan aku ye kengkawan.. first time ni nak minum air gule.. hehehe... 

 -sekian-

Magnum dari Boss

05 April 2012
Salam Muhibbah,

Semalam tengah hari kiteorang lunch together-gether gitu dengan staff office dan juga salah seorang boss di office kiteorang lah.. boss ni mmg best giler.. tak kisah pun kalau g makan dengan kerani or despatch... pangkat bukan segalanye bagi die okeh.. hehehe.. so humble and so sporting... then, lepas lunch tu, die beli ice cream magnum.. apelagi.. kene paw la dengan anak buah kan.... hehehe.. so, dengan baik hatinye bos belanja kiteorang makan ice-cream magnum sebagai pencuci mulut.... thank you boss..


rasa mcm nak paw lagik je... hehehehehe... Magnum Almond is the BEST...

S.I.B.U.K

28 February 2012
Salam u all,

Agak susah untuk aku tunaikan azam aku tahun nih... dah lama aku menyepikan diri dari updated mai lurve ni kan.. Azam aku untuk tahun ni mudah je
untuk sentiasa updated blog
ingatkan bile aku dah tak menanggung tugas orang lain aku akan punye banyak masa untuk ngadap blog kesayangan aku nih.. tp tup tup aku diarahkan untuk menanggung tugas orang lain lagi...
tapi kali ini agak berat juga sebab aku jaga the whole seksyen...
kalau sebelum ni aku jaga seksyen aku dan pengarah jer...
tapi tetibe aku dapat arahan untuk menanggung tugas PA lain
so aku adalah "SYP".. tau ke syp tu stand for??? hehehe.. Saya Yang Menurut Perintah.. 
bila kita adalah SYP kita akan menurut sahaja arahan yang diberi..
kadang kala aku mengeluh juga... sangat penat bila kita menanggung tugas orang ni. sebab satunya.. 
keje hakiki kita memang sedia agak banyak.. then ditambah dengan keje orang lain  mungkin memerlukan 'SUPER P.A' untuk laksanakan keje keje ni dengan cemerlang...


- surat surat yang perlu aku rekod.. lenguh jari jemari halus ku rekod surat.. fuhhh!

i wish if i have more energy right now.. hampir 2 bulan aku menanggung tugas di sini..mula mula memang agak serabut dan kelam kabut.. lebih banyak mengeluh dan complaint... (kesian jugak kat officer sbb terpaksa dgr bebelan aku).. that time maybe aku belum betul2 ikhlas menerima job ni.. that why keje agak messy. but lama lama it's become smooth.. i can handle it.. the whole seksyen now.. actually not the whole lah.. sbb officer kat seksyen aku dan seksyen yang menanggung ni agak understanding.. ada benda yang dieorang boleh buat sendiri tak perlu tunggu tindakan dari aku.. so, ia meringankan sikit beban aku.. thanks to all my officer... u all are the best... 

so, kalau aku tak dapat datang blog korang, tak dapat updated citer citer terkini hiburan sensasi aku menyusun 10 jari memohon kemaafan.. cheewaahh dah macam hari raya pulak.. mohon maafkan saya yerk... ok then.. see u next entry.. 


-sekian-

Bila SYAITAN menghasut

27 February 2012
Salam semua..
Apa khabar kawan kawan?
Blues Monday kah??? hehehe.. samalah kite.. 

Aku share satu cerita dengan korang..  antara hasutan syaitan dan simpati... 

camni citernye.. 

Sabtu malam tu aku sekeluarga ke karninval WOW...
bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, kami bercadang untuk naik motor je... tp kene 2 trip sebab ada adik ipar aku sekali.. so mne muat nak sumbat semua naik motor kapcai tu je kan kan kan.. huhuhu... 1st trip kay antar aku & rayyan danish... then kay patah blek amek adik ipar aku.. nasib baiklah rumah dekat je.. tak rasa sgt masa menunggu tuh.. sementara tunggu kay dan adik ipar aku, aku mencari tempat duduk.. sambil tu layankan si rayyan danish dok joget joget dengar lagu STACY... aleh aleh aku nampak macam handphone... tgk tgk belek belek.. memang btol handphone.. BLACKBERRY kaler MERAH lg... uihhh haiii. termenung jap sambil tgk handphone yg aku jumpe tuh... 

bisikan syaitan : amek je... simpan terus dalam beg... kalau ade org call jgn angkat.. 
bisikan simpati : erm.. tak baik amek org punye.. kesian die.. mana tau die beli handphone tu susah payah.. ikat perut baru bleh dapat handphone blackberry tuh
bisikan syaitan : amek je.. jgn byk pk.. nnt kalau taknak guna bleh jual.. kalau takpun pakailah.. nampak handphone tu mcm baru lg... tak payah beli handphone malah updated blog dah.. leh main gune handphone je...
bisikan simpati : jgn jgn.. mesti die tengah susah hati cr handphone die hilang.. cuba kalau barang kesayangan kite hilang.. sedihkan.. baik pulangkan mana tau esok esok barang kite hilang org akan jg dan pulangkan pada kita.. kesian dia... 

tgh termenung termenung tu aku cuba nak cari no contact yg boleh aku call untuk pulangkan handphone tuh.. dalam beberapa minit aku tunggu kat situ, ada sorang budak perempuan datang.. terus aku ckp 

"u cari handphone ke?" budak perempuan tu angguk angguk je.. then aku hulurkan hak die... 

Alhamdulillah.. aku masih ada rasa simpati dan nampaknya bisikan syaitan tidak mampu mengoda aku.. hehehe.. 


 note : aku ni bukanlah baik sgt.. kalau aku nak amek je handphone tu boleh sangat.. amek dan blah je.. sbb time tu org mmg takde kat situ.. aku dengan rayyan je.. tp aku ni percaya pada hukum KARMA... kalau satu hari nanti barang barang aku tertinggal, aku harap org yg jumpe barang barang aku tuh punya hati yang suci dan ada rasa simpati.. InsyaAllah..

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign