blog kay & yana: review

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

REVIEW: KECANTIKAN SEMULAJADI DENGAN DOCLAB FACE AMPOULE

03 December 2015

Siapa yang taknak cantik kan...? Semua orang nak cantik... tapi cara dan bagaimana tu terpulang pada diri sendiri. Aku nak share 1 produk yang semestinya bebas daripada bahan bahan kimia dan bahan bahan yang merbahaya... Kulit kalau nak sihat dan cantik kena guna bahan yang bebas kimia tau... Produk daripada Korea tau...kini sudah tiba di Malaysia... DocLab Face Ampoule... 

DocLab tu apa? DocLab adalah sebuah produk kecantikan yang dirumuskan dan dihasilkan di Korea Selatan. Walaupun dihasilkan di Korea Selatan ,bahan bahan yang terkandung dalam DocLab ni bebas daripada Alcohol, bebas daripada silicone, bebas daripada paraben, bebas daripada bahan bahan yang berasaskan binatang. Intipati kandungan utamanya adalah asid hyaluronic, ekstrak ginseng, kolagen dan ekstrak aloe vera. Jadi ia sangat selamat digunakan pada kulit wajah kita. In Sya Allah... 


Ampoule ni biasanya dalam bentuk cecair dan jernih. Ia tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan kimia, sebab itu ia harus disimpan dalam bekas kaca kecil yang kedap udara untuk menjaga kualiti bahan bahan yang terkandung di dalamnya.  Ampoule ni lebih efektif berbanding serum. Ia sangat sangat sesuai untuk wanita yang ada masalah pigmentasi dan ia juga membantu dalam melambatkan proses penuaan... Seeloknya wanita yang berumur 30 tahun ke atas perlu memakai ampoule ataupun serum sebab pada umur itulah masalah penuaan dan hyperpigmentation akan berlaku... gitu.. dah macam pakar kecantikan pulak bila bercakap... Yang bestnye ampoule yang ada pada DocLab ni memberikan kesan yang lebih cepat berbanding serum. Ia membuatkan kulit kita menjadi halus, tegang dan tidak berminyak.. 


DocLab ni didatangkan di dalam sebuah kotak khas dan mempunyai 5 ampoule yang comel.. Satu botol ampoule untuk sekali penggunaan. Korang boleh guna seminggu sekali. Kalau nak dapatkan kesan yang pantas gunalah hari hari... hihi.. Satu botol ampoule tu boleh guna ke seluruh muka dan leher. Cukup malah lebih.. Aku sampai sapu sapu kat belakang tapak tangan ok... Tapi kena habiskan tak boleh simpan cecair tu bila dah patahkan ampoule tu.  

Aku nak tunjukkan kat korang betapa comelnya botol Ampoule ni. Boleh muat bekas brooch jarum jemarum aku..

Cara penggunaannya senang sangat... Korang pejam mata pun boleh... ahahaha.. ok..jangan ikut ye...  jangan pejam mata sebab ampoule ni berkaca.. 



1) Mula mula korang kena pastikan semua cecair dah turun ke bahagian bawah ampoule.. make sure yang belah atas tu kosong ye... 



2) sediakan tisu atau kain untuk patahkan ampoule tu... korang akan nampak garisan putih di tengah tengah ampoule tu.. so patahkan yang belah atas.. 



3) Bila dah patah akan jadi macam gambar kat atas. So tuangkan cecair DocLab ke tapak tangan atau kapas sapulah ke seluruh muka dan leher.. sapu rata rata dan biarkan DocLab menyerap dalam kulit kita.. 

Ada satu benda yang best sangat pasal DocLab ni yang aku nak share dengan korang.. aku memang dah guna DocLab since aku terima satu kotak so aku dah habis guna 5 botol ampoule dalam masa seminggu... Bila aku guna DocLab sebelum tidur aku akan bangun pagi dengan muka yang fresh.. Macam korang tengok cerita korea bangun pagi muka flawless dan tak kering kan.. macam tulah muka aku bila guna DocLab... DocLab ni juga boleh digunakan sebagai pre-makeup tau.. Korang yang suka makeup dan nak makeup tu tahan lama gunalah DocLab sebelum pakai makeup.. Makeup korang akan maintain cun sampai ke malam.. Tak percaya? cubalah.... 
Untuk mak mak / pak pak andam yang nak makeup pengantin tu aku memang cadangkan korang kena ada stock DocLab ni supaya makeup pengantin yang korang makeup kan tu kekal tahan lama sampai habis majlis... Dulu mak andam aku sebelum makeup dia akan sapu ais pada muka aku nak bagi makeup tahan lama... Tapi sekarang tak payah guna ais dah..guna je DocLab ni untuk kekalkan makeup di muka... 


The important thing.. DocLab telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.. Ada disertakan no KKM di belakang kotak DocLab



Ini kotak versi English.. model haruslah secantik Korean girl... 


Ini versi Malay... Model Fareeda u ollss... Dia menggunakan DocLab... muka dia memang dah memang cantik.. pakai DocLab lagilah cantik...



Yang ni versi apa aku tak tahu.. cuma aku nak bagitahu makeup aku macam tu je dari pagi sampai ke malam.. time ni dah petang... dah peluh peluh jalan kaki dalam kereta amek gambar excited tengok muka sebab makeup tak cair dan tak berpeluh... sebab apa? sebab aku pakai DocLab lah... 

Harga sebenar DocLab sekotak : RM138.00
Kini ada promosi harga hanya RM98.00 termasuk pos

For more information tentang produk DocLab ni, please check out this links okeh...

website :  www.doclabkr.com 
instagram :  instagram.com/doclabkr
facebook:  fb.com/doclab.my


Thank you for reading gais....! =)

KORANG JANGAN GUNA PRODUK NI ..... BAHAYA TAU...!!!

12 November 2015

Korang pernah dengar pasal BB Cream tak.. ? Please jangan confius dengan produk yang aku jual ye. Tu Baybie Cream untuk kulit yang bermasalah macam ekzema ke ruam ruam ke... Ni aku nak cerita pasal BB Cream.. BB Cream ni ala ala foundation. Orang selalu pakai BB Cream / foundation sebelum pakai compact powder atau loose powder.


Pernah dengar produk BB Cream Seqy Beauty? Aku rasa produk Seqy Beauty ni famous jugak kat Malaysia sekarang. And now aku tengah cuba pakai BB Cream Seqy Beauty ni. Aku ni bukan jenis yang suka make up pakai foundation tebal tebal so aku lebih suka pakai BB Cream dari foundation sebab bila aku pakai foundation aku rasa kulit muka aku berat sangat. Lepas pakai foundation nak kena tepek compact powder pulak. Dah berinci inci bedak kat muka aku ni. Sebagai PA aku memang kena jaga kecantikan. Barulah orang suka nak tengok kita sebelum jumpa bos kan... 

Sebelum ni aku memang pengguna BB Cream tapi brand lain... Kali ni aku nak cuba BB Cream Seqy Beauty pulak. Korang nak tahu kenapa tajuk aku produk ni bahaya..? Meh aku share pengalaman aku guna BB Cream Seqy Beauty ni.. 

Bukan nak tunjuk beg ye.. Beg tu aku beli dah lama zaman kat MOSTI lagi.. Aku nak tunjukkan betapa comel nya botol BB Cream ni boleh masuk dalam wristlet je.. Bawak ni dengan lipstik sebatang.. Habis citer... 


- Yang pertama, first time aku dapat BB Cream Seqy Beauty ni aku jatuh cinta dengan design dia. Botol dia cantik dan unik. Senang nak masuk dalam handbag nak bawak kemana mana. Nak masuk dalam bag make up pun boleh. 

Korang tak pernah kan jumpa design botol BB Cream macam Seqy Beauty ni kan kan kan

- Yang kedua, aku suka bila nak guna BB Cream ni sekali picit je terus boleh sapu pada seluruh muka aku. Sebab BB Cream aku sebelum ni kadang kadang terpicit lebih so dah membazir. Kalau BB Cream Seqy Beauty ni sekali picit macam dah sesuai pakai untuk satu muka. Tak payah banyak pun sikit pun dah boleh buat muka aku flawless..


- Yang ketiga, bila aku apply BB Cream Seqy Beauty ni kat muka, aku rasa best sangat. Sumpah best. ...!! Ni tak tipu punya. Bila aku sapu kat muka aku, tak rasa macam pakai BB Cream pun. Muka aku rasa ringan sangat tapi flawless dan whitening gitu. Aku rasa muka aku dah totally sempurna dah. Tak payah pakai compact powder pun. Yang ni sebab utama korang kena ada satu BB Cream Seqy Beauty ni. Jimat.. Tak payah beli compact powder dan jimat masa. Sebab sebelum ni bila aku pakai BB Cream aku kena pakai compact powder sebab BB Cream aku yang dulu tu buat muka aku macam tepung gomak. Putih melepak. Tapi dengan BB Cream Seqy Beauty ni akan buat muka aku rasa natural sebab texture dia sangat light dan boleh match dengan kulit kita. So tak perlu compact powder untuk cover putih tepung gomak tu. Dan bila lama lama ko akan rasa muka ko macam pakai pemerah pipi padahal tak pun.... BB Cream Seqy Beauty ni akan buat muka ko original flawless pinkish gitu... Just nice....
 
Ni muka aku sebelum pakai BB Cream Seqy Beauty


Muka pagi dengan tengah hari takde beza kan kan kan.. walaupun 12 tengah hari tu aku keluar panas terik pegi ambil Rayyan sekolah pun muka maintain flawless... i loike..

-Yang keempat, bila aku keluar aku tak perlu risau kulit muka aku berminyak atau rosak akibat matahari sebab BB Cream Seqybeauty ni melindungi kulit muka aku daripada sinar UV yang boleh mendatangkan bintik bintik hitam pada wajah aku. Ini disebabkan BB Cream Seqy Beauty ni mengandungi SPF 30++ ... BB Cream aku yang dulu SPF15 je... hihihi.. Dan yang paling penting BB Cream Seqy Beauty ni takkan buatkan kulit korang berminyak macam BB Cream yang lain sebab dia dah meresap dalam kulit korang... Percayalah...
 
- Yang kelima, sangat mudah untuk aku cuci bersih wajah aku. Korang boleh guna pencuci muka biasa ataupun Seqy Beauty punya produk untuk tanggalkan BB Cream ni sebab tekstur dia yang ringan dan mudah untuk korang ambil wudhu'. Tak perlu pakai makeup remover pun. Kalau dah jumpa produk yang sehebat ini kenapa perlu cari yang lain kan? 

- Yang keenam BB Cream Seqy Beauty ni HALAL dan mendapat kelulusan KKM. Jangan risau sebab aku recommend produk yang bagus bagus yang selamat je untuk korang. Lagipun founder BB Cream Seqy Beauty ni adalah orang yang berpengalaman dalam bidang produk kecantikan ni.  

Aku harap dengan 6 alasan di atas (sebenarnya ada banyak alasan tp larat taip 6 je) korang akan jatuh cinta pada BB Cream Seqy Beauty ni. Harganya sangat sangat sangat berpatutan. Tak mahal pun. Kenapa tajuk entry aku kata jangan guna produk ni? Bahaya? Sebab kalau korang taknak guna produk ni aku boleh beli dan cantik sorang sorang... So kalau aku tanya mirror mirror in the wall takdelah dia sebut nama korang kan.. ahahaha.. ok... imaginasi budak budak sangat.. Kenapa bahaya? Bahaya sebab korang takkan cari produk lain bila dah cuba BB Cream Seqy Beauty ni. Bahaya pada poket laki korang lah kan... 
Ni antara testimoni testimoni yang dah cuba BB Cream Seqy Beauty






Ada banyak lagi testimoni yang boleh buat korang jatuh cinta dengan BB Cream Seqy Beauty ni.. Boleh terjah link ni:

http://sepet88.blogspot.my/2015/07/testimoni-bb-cream-ohsem.html http://seqybeauty.blogspot.my/2014/11/testimoni-bb-cream-sqb.html

So kalau korang nak cantik jelita flawless macam aku, silalah beli BB Cream Seqy Beauty ni cepat cepat sebab produk ni memang terlajak laris. 

For more information tentang produk Seqy Beauty, please check out these links guys....

 More information : http://seqybeauty.blogspot.my/
Website: http://seqybeauty.shoppy.my/

Instagram : https://instagram.com/seqybeauty 

Last but not least if u guys berminat dengan BB Cream Seqy Beauty ni, boleh lah whatsapp terus di nombor  011-2107 6726. In Sya Allah korang akan berpuas hati dengan layanan mereka. Tak percaya cubalah!!!

Thanks for reading gais ! =)

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign