blog kay & yana: GSF

Showing posts with label GSF. Show all posts
Showing posts with label GSF. Show all posts

Blog yang aku suka baca

03 June 2014
Bila rasa boring, rasa stress, rasa sedih, rasa give up aku akan baca blog blog yang aku suka baca... Blog ni macam diary... Kita boleh tahu kisah hidup mereka, apa mereka buat, kejayaan yang mereka dapat, dugaan yang mereka hadap... Macam kawan blog aku lya a.k.a owner blog H.A.T.I, aku suka baca kisah hidup dia.. Dugaan yang Allah SWT berikan dalam hidup dia memang hebat tapi dia mampu berdiri dan mengharungi dugaan dengan hati yang redha dan sabar... Berkat suami yang setia dan anak yang penyayang... Baca blog Lya buat aku rasa betapa bangganya aku sekurang-kurangnya aku punya kawan yang kuat semangat dan aku rasa dia dah mula bekerja hari ni... Semoga dia sihat dan kuat sentiasa.. 

Aku suka juga baca blog kawan-kawan yang banyak kongsi kisah ragam anak-anak mereka.. Macam Kak Nad, cuti sekolah tahun ni tentu bermakna bg akak sebab kena jaga Zakwan 'berpantang'.. hahaha .. Macam Aida, kisah anak-anak dia dan kandungan dia... kisah hidup seharian dia.. aku rasa dah macam housemate pulak.. hehehe.. Macam kak lily pulak , aku suka tgk gambar anak anak dia.. gambar baby baru dia.. terasa bau baby tu meresap pulak dalam kalbu.. ceh ceh ceh.. hahaha.. Ramai lagi blogger yang suka berkongsi gelagat anak-anak dieorang.. Aku suka baca.. Owh ye, ada 1 blog nama blogger die Ila  , kisah seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak dan kini mengambil cuti tanpa gaji sebab nak jaga anak dia yang no 3. Sakit apa aku tak tahu sebab Ila tak pernah cerita.. Tapi macammana dia survive hidup sebagai surirumah sepenuh masa dalam masa yang sama mampu bayar hutang-hutang dia dan bagi mak dia duit sama macam dia kerja dulu.. Hebat kan semangat beliau?

Ada juga aku baca blog yang aku rasa aku suka cara dieorang bercerita.. menulis di blog mereka macam kita ni tengah berborak.. Blog Sepet.. mesti famous kan.. bila aku baca blog dia, aku suka sangat cara dia menulis.. macam dia tengah berborak dengan aku.. hahaha.. Banyak lah lagi list blog yang aku suka baca... Banyak.. Maaf jika aku tak list satu persatu.. Bloglist yang ada kat sidebar tu smuanya aku baca... Betul tak tipu.. 

Macam macam cara orang nak hilang rasa negatif-negatif tu... macam aku memang aku suka baca blog... bukanlah menyibuk hal rumahtangga orang.. tapi kebanyakkan blog cerita semua baik baik belaka kan.. so kita boleh amek semangat dari situ untuk kita rasa lebih confident dan rasa ceria... kan? Lain orang lain caranya.. 


Malas nak edit & buat trademark kat gambo... Sape nak amek pun kan... hehehe.. Sekian.. 

Doa buat Lya Afrina

11 April 2014

Sempena hari yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama berdoa supaya sahabat kita juga seorang blogger sihat sepenuhnya.. Lya Afrina ditimpa kemalangan pada 1 Mac yang lepas dan beliau koma selama 4 hari. Kemudian koma semula pada 25.3 kerana effect dari kemalangan tersebut dan kini beliau bergantung pada wheelchair akibat kaki kanan beliau tidak boleh bergerak. Berat sungguh dugaan awak Lya.. Yana tau awak kuat Lya.. Awak tabah.. Kerana itu Allah SWT memilih kamu untuk menjadikan kamu seorang hambaNYA yang istimewa.. 

Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Lya sembuh seperti dahulu. Sedih sangat bila baca setiap luahan hati lya. Orang yang melanggarnya harus bertanggungjawab... Lihatlah kerana kecuaian kamu insan lain menderita... Gembirakah kamu atas penderitaan dan kesakitan orang lain. Di dunia kamu boleh bersenang lenang tapi di akhirat terimalah balasanNYA. 


Buat Asya, jadilah anak yg solehah buat mama kamu. Sesungguhnya kamu adalah satu satunya harapan ibubapa.. Bawalah mereka ke syurga ye Asya.. Buat Fain, teruskanlah sentiasa bersama Lya dan Asya.. Mereka perlukan lelaki seperti kamu. Lya, Please Get Well Soon As Posibble.. Kuatkan semangat ye... 

note: walaupun tak pernah bersua tapi saya tau Lya mampu hadapi semua dugaan Allah..  


Nom Nom Media’s Social Media Minds 2.0 survey!

09 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah



Monday Blues !! jom kita jawab survey daripada nuffnang. bila korang menjawab survey ini korang akan dapat RM1 yang akan dikreditkan ke akaun nuffnang ataupun churp churp... aku dah selesai menjawab... thanks to Solehah sebab aku buka blog dia pagi ini dan tahu pasal survey nuffnang ini.  Selamat menjawab ye kawan kawan. 

bloglist untuk GSF

31 July 2012
Salam Muhibbah,

Sedikit demi sedikit aku cuba untuk edit apa yang patut di blog aku nih... kesian.. berhabuk bagai dah... hehehe... so hari ni aku dah updated bloglist untuk GSF... GSF tu adalah singkatan untuk Group Segar Follower... Geng geng kt group tu mmg rajin singgah ke blog aku nih.. aku join GSF sebelum aku mengalami morning sickness yang teruk...hahaha.. alhamdulillah... sekarang dah ok... terima kasih kepada GSF yang sudi singgah di blog ~mai lurve~.. blog yang tak seberapa nih.. blog yang ntah pape nih.. hehehe... diharapkan ikatan ukhwah di kalangan GSF akan dapat kite kekalkan ye.. InsyaAllah... owh ye.. aku dah updated bloglist untuk GSF seperti gambar rajah di bawah nih.. hehehe.. kalau ada yang aku tak masukkan list harap bleh tinggalkan komen dalam entry ni. nanti aku masukkan dalam list GSF tuh... cuma blog nurul hezrina, blog lya ( H.A.T.I ) dan blog Bunga Hati Mama aku masukkan dalam bloglist kawan kawan ~mai lurve~ sbb aku kenal dieorg sebelum aku join GSF nih... 



-sekian- 



Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign