blog kay & yana: utusan online

Showing posts with label utusan online. Show all posts
Showing posts with label utusan online. Show all posts

Al-Fatihah buat Pak Yus Jambu...

02 December 2015


Hari ni baru nak updated blog... Baru balik bercuti mood nak updated pun dah ke laut agaknya... Takpe pelan pelan kayuh... Ada banyak cerita nak ditaipkan di sini.. Ada banyak kisah yang nak dikongsikan di sini... tapi ada satu yang menyentuh di hati... Berita pemergian seorang insan yang aku rasa dia sangat baik di mata pandangan orang dan semestinya Allah SWT... Pak Yus Jambu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin di Hospital Selayang.. Arwah meninggal dunia akibat sesak nafas dan jantung. Sedih memang sedih. Sebab kay suka sangat kumpulan Jambu daripada kumpulan yang lain. Lawak arwah yang spontan yang entah apa apa yang berjaya membuat kami gelak ketawa.. kini .... tiada lagi jinkalewajinkala... tiada lagi siti enjoy.. tiada lagi nak minta lagu boleh tak?.. tiada lagi lawak lawak spontan beliau kerana Allah SWT lebih menyayangi Pak Yus... Semoga Pak Yus tenang di sana... 

Bila dia dah tiada baru kita semua tahu betapa baiknya arwah sepanjang hayatnya... Ramai sangat yang datang menguruskan jenazah beliau.. ramai yang menangis.. betapa mereka terasa dengan kehilangan Pak Yus... semoga Pak Yus ditempatkan bersama orang orang yang beriman... 

MATI ITU PASTI... 

AL-FATIHAH...



AL-Fatihah Buat Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat

13 February 2015

Al-Fatihah.. TGNA telah menghembuskan nafas yang terakhir pada malam Jumaat.. malam yang penuh keberkatan... Kehilangan beliau sangat sangat dirasai oleh semua rakyat Malaysia especially rakyat Negeri Kelantan. Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga beliau tenang di sisi Pencipta Langit dan Bumi. Ramai sangat hamba Allah datang memberikan penghormatan yang terakhir termasuk jugak para ulamak yang tidak ketinggalan menziarahi arwah buat kali terakhir... Tenanglah disana wahai Murabbi yang disayangi.. Semoga tenang di sana... AMIN..



Salam Isnin

26 January 2015

Salam hari Isnin.. Monday blues kan? Sama lah kita.. hihihi.. Nak cerita apa? owh aku nak komen sikit tentang undang-undang di Malaysia yang terkini menjadi bualan viral di muka buku. Tentang apa? kalau korang ada anak pasti korang allert benda macam ni.. 


Ok. Now what should i say? Rotan anak bakal menjadi kesalahan jenayah? Rotan ni ada banyak peringkat. Kalau kita merotan anak anak kita dengan niat untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya adilkah ia dipanggil sebagai jenayah? Tidak kan. Sedangkan di dalam Islam juga sudah memberi kita panduan bagaimana untuk mendidik anak anak kita supaya tidak tinggal solat. Pada umur mereka 9 tahun jika mereka tidak mahu menunaikan solat setelah ditegur dan diberikan nasihat maka rotanlah mereka sekadar peringatan. Bukanlah rotan yang boleh mendatangkan kemudaratan pada anak anak kita. Jika kita mengikut segala syarat merotan di dalam hukum Islam aku tak rasa merotan itu satu kesalahan jenayah. Mungkin maksud Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, merotan anak sehingga menyebabkan kematian. Bila ada kematian maka terjadilah sebuat jenayah. 

Tak salah kita nak merotan anak kita. Itu hak kita untuk mendidik mereka dengan cara itu. Cuma ikutlah cara Islam. In Sya Allah kita akan selamat dari jenayah. 

Any komen from my readers? Sangat dialu-alukan. Mungkin ada ilmu yang boleh kita kongsikan atau fakta dan maklumat yang boleh diperbetulkan. Jangan malu-malu ye.. 

Thanks for reading this..

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign