
Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts
Serpihan Sayap Yang Dipercayai Milik #MH370 Ditemui Di La Reunion, Lautan Hindi
31 July 2015

Hari Berkabung Sempena #MH17
22 August 2014
Lebih kurang jam 10.30 pagi nanti, dengan izin Allah SWT jenazah mangsa nahas #MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine tempoh hari akan tiba di Malaysia. Hari ini kita diminta untuk bertafakur seketika dan menurunkan bendera separuh tiang bagi menghormati kejadian yang menimpa negara kita ini. Sama-samalah kita bertafakur dan sedekahkanlah banyak banyak Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga keluarga mangsa menerima dugaan Allah SWT dengan hati yang terbuka. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang...Al-Fatihah...AMIN...
" Ya Allah... Semoga segala urusan dipermudahkan... Semoga jenazah dapat bersemadi dengan tenang.. Semoga mereka tenang di sisi PenciptaNya... Semoga mereka bersama orang orang yang beriman.. Semoga keluarga mereka diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaanMu"
Aku tengok video klip kat tibi pun aku dah menangis... Dengar radio pun nangis...Sebak sangat... Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul... ALLAHUAKBAR...
#MH17 dalam kenangan..... T_T
#PrayForMH370
#PrayForMH17
#PrayForGaza
Labels:
flight,
GAZA,
kenangan,
MH17,
MH370,
pray,
pray4MH370,
salam jumaat,
tazkirah,
ujian
Malaysia telah dapatkan Kotak Hitam #MH17 , Doakan mereka rakyat Malaysia !!!
22 July 2014
Alhamdulillah... walaupun banyak masalah untuk pasukan Malaysia memasuki kawasan dimana terhempasnya pesawat MH17 akhirmya kotak hitam milik pesawat MH17 selamat diserahkan kepada pakar Malaysia. Kotak hitam itu diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kotak hitam itu dipercayai mampu membantu Malaysia dalam menjalan siasatan berhubung kes terhempasnya pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh. Selain dari itu, kita juga berharap proses jenazah jenazah mangsa MH17 dapat dijalankan dengan kadar segera dan sempurna. Apatah lagi jenazah jenazah mangsa yang beragama Islam. Sungguh pilu hati kita apatah lagi hati keluarga mereka menanti jasad yang mungkin ada mungkin tiada untuk dibawa pulang ke Malaysia. Walau dimana pun kubur mereka kita berdoalah semoga mereka semua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah...
Wakil dari MKN, Malaysia yang membantu bagi mendapatkan kotak hitam tersebut. Kalau tak silap aku. Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah perlu menandatangani satu protokol sebelum kotak hitam itu diserahkan kepada Malaysia. Alhamdulillah. Selesai satu misi Perdana Menteri kita. Tetiba aku sayu sangat sebab kotak hitam MH370 lenyap bersama pesawatnya. Wallahualam...
Macam ni rupanya kotak hitam tu.. aku ingatkan kalernya hitam... kecik je takdelah besar mana tp sangat penting bagi sesebuah pesawat...
sumber :
Berita Harian Online
Sinar Harian
#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH370