blog kay & yana: monday blues

Showing posts with label monday blues. Show all posts
Showing posts with label monday blues. Show all posts

Monday Blues.

21 September 2015



Asal first day kerja je mood mesti ke laut. Apatah lagi kalau Ahad tu baru balik dari mana mana lah. Asal Isnin je monday blues... Mengantuk dan mengantuk... Aduhai,.. Kadang kadang rasa cepat sangat weekend tu berlalu pergi. 

Minggu ni cuti sekolah. Nampaknya aku sambut Raya Haji tanpa anak sorang tahun ni. Aku dah pos hantar balik rumah mak mertua aku kat Melaka. Mesti sedih kan kan kan... huhuhu... Tapi memandangkan cuti sekolah seminggu je dapatlah aku rehat sikit tengah hari. Kalau tak pukul 12 tgh hari dah rushing dah pergi ambil Rayyan kat sekolah lepastu pergi bungkus makan lepastu balik rumah siap siap kan dia untuk pergi KAFA pulak. Agak agak dia penat tak macam aku. hihihihih... Cuti sekolah ni merasalah kalau nak lunch kat Alamanda ke kan.. eh... kerja nak menghabiskan duit je aku ni..

Hari ni takde apa nak cerita sangat. Aktiviti hari weekend? Sabtu aku duduk rumah je tak kemana settlekan kerja kerja surirumah sepenuh masa. Hari Ahad aku balik rumah mak mertua sebab nak hantar Rayyan ke kampung sempena cuti persekolah selama seminggu. Dah kali ketiga berpisah ni hati ada sikit kental lah... Tapi bila nak balik Putrajaya tanpa dia tetap ada rasa syahdu sendu hiba di hati.. Hati seorang ibu kan. Kalau boleh nak anak depan mata je. Dah tu? tak payah buat semua kerja. ahahahahahaaha

So selamat bekerja ye kawan kawan blogger aku... Aku pun tak tahulah blog ni ade reader lagi ke tak... Aku harap NUFFNANG dapat bekalkan aku sedikit BE... Dah lama tak dapat BE ni... hihihi.. 

tata korang. Nanti kita cerita cerita lagi ye... 

Wordless Wednesday : Tak sihat

04 June 2014
Lately ni saya tak sihat... tekak bengkak + batuk + sakit gigi.. Dugaan Allah untuk bersihkan dosa saya yang seluas lautan... Happy Wednesday... uhuk uhukkkkk...





Ya Allah... Malasnya...

23 September 2013


Manusia... memang tak boleh lari dengan penyakit yang satu ni..
penyakit MALAS...
macam aku lah.. 
serba serbi malas..
contohnya blog aku ni hah...
dah berhabuk dah kot
kalau lap dengan jari yang runcing ni.. eh eh..? runcinglah sangat ken... 
dah boleh buat bedak compact kat muka dah ko.. hahaha
entah kenapalah mak orang yang sorang ni.. 
malas bebeno... 
tak boleh nak buat apa dah... 
kadang kadang nak pergi keje pepagi buta pun malas tau tak.. 
apatah lagi nak pikir karang ayat menempek kat blog ni.. 

kesian mai lurve... 

-sekian-


Nom Nom Media’s Social Media Minds 2.0 survey!

09 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah



Monday Blues !! jom kita jawab survey daripada nuffnang. bila korang menjawab survey ini korang akan dapat RM1 yang akan dikreditkan ke akaun nuffnang ataupun churp churp... aku dah selesai menjawab... thanks to Solehah sebab aku buka blog dia pagi ini dan tahu pasal survey nuffnang ini.  Selamat menjawab ye kawan kawan. 

Hilangkan Ngantuk

15 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

masih berpuasakah kalian? kalau ya alhamdulillah... semoga kita semua tabah menghadapi kelaparan dan dahaga di bulan puasa ni..menguji keimanan kita jugak... tak tahu nak cerita apa...kalau da banyak sangat cerita pun susah jugak sebab tak tahu nak mula dari mana.. apapun jomla layan gambar ni..



cara nak hilangkan ngantuk... snap gambar, edit di mana mana software yang korang suka then updated la blog korang semua.. hahahaha... 

#mondayblues... (kalaulah blog pun boleh hashtag kan kan kan)

-sekian-

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign