blog kay & yana: work

Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

WORDLESS WEDNESDAY : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

28 October 2015



Seronok baca buku ni. Orang selalu ingat murah rezeki ni duit semata. Tapi sebenarnya Rezeki itu besar dan luas sangat maknanye. Bukan hanya wang. 

Udara juga rezeki
Kesihatan juga rezeki
Kebahagiaan juga rezeki
Kesedihan juga rezeki
Suami yang baik juga rezeki
Parents in Law yang baik juga rezeki
Kawan kawan yang baik juga rezeki
Bos yang baik juga rezeki
Kerja yang halal juga rezeki
Masa juga rezeki
Umur juga rezeki.

Jika kita terlalu memikirkan rezeki itu hanyalah WANG kita akan rasa sempitnya rezeki kita. Bersyukur kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT kepada semua umatnya... Umat yang tidak menyembahnya juga merasa nikmat rezeki dariNYA. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah kan... 

Happy Wordless Wednesday.. Dapat menaip ini juga satu rezeki... Alhamdulillah. 

Monday Blues.

21 September 2015



Asal first day kerja je mood mesti ke laut. Apatah lagi kalau Ahad tu baru balik dari mana mana lah. Asal Isnin je monday blues... Mengantuk dan mengantuk... Aduhai,.. Kadang kadang rasa cepat sangat weekend tu berlalu pergi. 

Minggu ni cuti sekolah. Nampaknya aku sambut Raya Haji tanpa anak sorang tahun ni. Aku dah pos hantar balik rumah mak mertua aku kat Melaka. Mesti sedih kan kan kan... huhuhu... Tapi memandangkan cuti sekolah seminggu je dapatlah aku rehat sikit tengah hari. Kalau tak pukul 12 tgh hari dah rushing dah pergi ambil Rayyan kat sekolah lepastu pergi bungkus makan lepastu balik rumah siap siap kan dia untuk pergi KAFA pulak. Agak agak dia penat tak macam aku. hihihihih... Cuti sekolah ni merasalah kalau nak lunch kat Alamanda ke kan.. eh... kerja nak menghabiskan duit je aku ni..

Hari ni takde apa nak cerita sangat. Aktiviti hari weekend? Sabtu aku duduk rumah je tak kemana settlekan kerja kerja surirumah sepenuh masa. Hari Ahad aku balik rumah mak mertua sebab nak hantar Rayyan ke kampung sempena cuti persekolah selama seminggu. Dah kali ketiga berpisah ni hati ada sikit kental lah... Tapi bila nak balik Putrajaya tanpa dia tetap ada rasa syahdu sendu hiba di hati.. Hati seorang ibu kan. Kalau boleh nak anak depan mata je. Dah tu? tak payah buat semua kerja. ahahahahahaaha

So selamat bekerja ye kawan kawan blogger aku... Aku pun tak tahulah blog ni ade reader lagi ke tak... Aku harap NUFFNANG dapat bekalkan aku sedikit BE... Dah lama tak dapat BE ni... hihihi.. 

tata korang. Nanti kita cerita cerita lagi ye... 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign