blog kay & yana: lanun johor di perantauan.

Showing posts with label lanun johor di perantauan.. Show all posts
Showing posts with label lanun johor di perantauan.. Show all posts

NAK MENANG MOTOR DUCATI MONSTER 795

17 November 2015

Siapa nak menang motor Ducati Monster 795? Abang abang sado ramai suka motor ni... Superbike... Ok aku memang tak tahu jenis motor ni.. Superbike, Harley ke, motor kapcai ke whatever lah.. Yang aku tahu motor,kereta, lori, bas, beca, basikal dan seterusnya.. Jenis jenis tu biasanya kaum Adam lah yang lebih pakar kan kan kan.. 

Nak menang motor? eh macam iklan power root pulak.. ahahahaha... Kalau korang nak menang motor yang superb ni senang je.. syaratnya korang kena beli koleksi Lanun Johor yang original.. Pastikan yang original ye sebab cetak rompak dah merata sekarang ni... Siapa kata LJ takda ciplak...? Manusia kan suka ambil kesempatan di atas kesenangan orang lain.. gitu.. membebel pulak pompuan ni.. ok..  kat mana tadi? oh ya... kalau korang nak menang motor ni korang kena beli koleksi Lanun Johor yang original.. Beli sebanyak yang mungkin sebab koleksi Lanun Johor memang banyak... Dah beli korang kena SNAP, UPLOAD, #LANUNJOHOR.. 


senang kan...? nampak je macam senang... korang rasa nak menang motor yang harga dia berpuluh ribu tu macam petik jari je ke??? So usaha tu tangga kejayaan... Dah usaha sehabis mungkin berdoa je semoga motor tu milik korang... 


Sila lah baca tips tips dari founder Lanun Johor ni... Semoga korang berjaya lah hingga ke final.. hihihihi.. So kalau korang teringin nak menang motor ducati tu silalah join contest ni.. Nak join contest ni silalah beli koleksi Lanun Johor sebanyak mungkin... Koleksi yang hampir lengkap juga boleh mempengaruhi korang untuk memenangi motor tu... Korang ingat beli selai baju lepastu upload boleh menang ke??? hello bro... hadiah dia berpuluh puluh ribu entah entah jejak ratus ribu takkanlah beli selai boleh menang kan... yang dah ada banyak sangat koleksi LJ tu be a creatif  okeh... 

Sila lah beli koleksi Lanun Johor dari agent agent rasmi LJ... Suami aku adalah salah seorang agent rasmi LJ.. dan dia adalah satu satunya agent yang ada di luar kawasan Johor Darul Takzim... So siapa siapa yang jadi anak perantauan tu bolehlah support suami aku dengan membeli koleksi Lanun Johor ye... (Syg, sila bagi hadiah sebab tolong promote) hihihihi... 


Kay de Lanun
Wassap : 0197197992
fb : Kay de Lanun
ig : @kaydelanun

Thank you for reading gais..!! 

FAMILY DAY LANUN JOHOR DI PERANTAUAN

03 November 2015


Geng geng Lanun Johor yang ada di Perantauan ni dah macam keluarga tau. Siap ada family day lagi. Ini pertama kali Lanun Johor di Perantauan buat family day untuk penyokong penyokong jenama Lanun Johor. So kalau korang rasa nak join geng geng ni senang je.. Beli barang barang Lanun Johor lepas tu join group Lanun Johor di Perantauan di FB. Yang penting support each other tu... Kalau jenis beli lepastu buat hal masing masing pun tak boleh jalan jugak kan...ahahahaha

Family Day ni buat pada 3-4 Oktober di KM Chalet Melaka. Nak review tempat aku tak ambil banyak gambar pulak kat situ. Tapi aku rasa tempat tu memang sesuai buat family day. Jerebu pun tak berapa teruk sangat kat sana. Masih aman tenang dengar deruan ombak... 


Bertolak dari Putrajaya lebih kurang jam 9.00 pagi. Maklumlah konvoi.. Bila berkonvoi ni perjalanan yang 2 jam jadi 4 jam... Berhenti minum/ alas perut di Linggi tak silap aku.. Aku pun tak ingat sebab tu aku main hentam je.. Maafkan aku kalau salah yer... 

Hari Pertama tu takde aktiviti sangat.. Kita dok tunggu geng geng lain sampai.. Sampai sampai chalet makan solat rehat. Petang akan ada sukaneka antara dieorang la.. Aku dah kena cop dengan Rayyan bawak dia dengan Aryan mandi laut petang tu. So bapak dia main sukan kiteorang main lah air laut... 


Sukan apelah dieorang ni main... ahahaha.. sekali sekala hilangkan stress mainlah sukan macam ni kat tepi pantai...



Lanun yang telah dihijaukan wajah... Tu dia.. berucap tak sudah... hihihi.. ucapan ending sukan...



Ni sebenarnya ending untuk orang orang yang tak join sukan.. baling dalam laut... 


Malam tu malam santai.. Sesi karaoke dan makan malam. Makam malam ala ala BBQ yang telah disediakan oleh pihak chalet... kot.. sebab aku keluar keluar bilik je makanan dah terhidang atas meja.. ahahahaha.. Nampak macam tak bergaul kan kan kan.. ishh takdelah.. aku bergaul tau.. ko ingat aku ni anti social ke... ahahahaha... Dah seronok karaoke ape lagi ... Jomlah masuk tidur... 

Jejaka jejaka tampan yang ada dalam LJ di Perantauan.. Tapi maaf semua dah berpunya.. ahahahaha....

Pun sama.. dah berpunya... korang tengok jelah..nunggu turn nak sumbangkan suara barangkali..

Malam yang penuh dengan keceriaan... Ada cabutan bertuah lagi..


Sebenarnya bukan semua nya orang Johor.. Ada yang bukan Johorean tapi keep support us sebab semangat yang dibawa dalam Lanun Johor tu sendiri.


Abang sorang ni memang suka menyanyi... Turut mensumbangkan suara... Nasiblah sedap didengar... Eh laki ai.. haruslah puji u ollss...


Esok nya sarapan.. Lepas sarapan mandi air laut sekejap.. yang ni aku cuma jadi pemerhati je. Malas nak penat penatkan badan mandi laut. Mandi laut ni aku rasa macam penat sangat. Nanti aku ngantuk pulak dalam kereta. Budak budak takpelah biar dieorang penat.. Dalam kereta dieorang tidur aku bahagia la kan.. hihihi.. Dah habis mandi laut salin baju kita buat sesi ucapan penutup dan bergambar... 



Agenda yang ringkas tapi.... Masa family day ni lah aku nak kenal customer customer laki aku.. Mereka pelanggan tapi atas dasar anak perantauan mereka bersatu di perantauan menjadi sebuah keluarga... Kerana Lanun Johor mereka bersatu... Yang datang dari Perak dari Johor yang bukan Johorean pun ada join juga.. Ko tak rasa bangga ke? So apa lagi.. Beli lah baju lanun johor dari laki aku.. ahahaha.. kita promote sikit. 

Geng mak jemah semua ni... sebab laki terbeli baju lanun bini pun kena ada sepasang.. barulah sehati sejiwa gitu..ahahahaha

Legasi legasi yang akan mewarnai dunia bola sepak negeri Johor Darul Takzim.. cuma terselit sorang princess.. bolehlah jadi pompom nanti..hihihi

Aku enjoy sangat..Boleh spend time yang best best dengan Rayyan and Aryan.. Aku rasa dieorang pun enjoy sangat... Tempat ni kalau korang nak buat family day memang sesuai... Takde swimming pool tapi laut dia bersih sangat. 

so itu jelah dulu kot.. Thansk for reading gais... ! =)

TAHNIAH JDT...!!! KEMERIAHAN DI UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR....!!

02 November 2015


Alhamdulillah..!!! Kemenangan milik Johor Darul Takzim... Walaupun dah 2 hari perlawanan berlalu tapi bahang kegembiraan masih terasa hingga hari ini. Semangat JDT yang mereka bawa memang sampai ke tanah air Malaysia... Syabas JDT.. Semoga kalian terharu dengan sokongan sokongan anak anak Malaysia... Tahniah TMJ kerana memartabatkan bola sepak tanah air hingga ke persada dunia.. Haters haters JDT jangan PHD yer... Terima kasih..

Terima kasih juga buat penyokong penyokong JDT yang memenuhi Uptown Puchong Night Bazaar malam tu.. Memang meriah.. memang terbaik... Kapal armada Lanun milik suami pun hampir karam.. Alhamdulillah... Teruskan menyokong JDT .... Teruskan menyokong Lanun Johor... Beli lah yang original yer.. Lanun Johor sekarang banyak ciplak.. Nak original boleh cari laki aku yang perasan kacak tu di Uptown Puchong Night Bazaar.... Sale masih berlangsung yer.. Jangan lepaskan peluang ini... 





Meriah kan kan kan... Walaupun hujan lebat dieorang punya semangat fuhhh.. menusuk kalbu lah ... Walaupun aku takda kat tempat kejadian tapi aku dapat rasakan fenomena nya.... hahaha..  Lanun Johor dimana mana... Yang mana takde baju lanun johor tu belilah cepat cepat.... Nak beli kat mana.. Kat laki aku... cari je Kay de Lanun.. Berderet information tentang dia... Ngalahkan artis pulak.. ahahahha.. 

Tahniah JDT... Tahniah rakyat Malaysia especially Johor Darul Takzim.. Mereka pun dapat cuti semalam tanda meraikan kemenangan JDT... 


Jemputlah singgah kedai abang sayang kite ni... Dah singgah jangan lupa beli tau.. Dah beli jangan lupa contest.. Contest apa? nanti kite cerita yer... 

Thank you for reading..! =)

JAM TANGAN LANUN JOHOR

24 October 2015

Salam Sabtu. Kemana korang hari ini? Kalau buat aktiviti luar tu make sure pakai mask okey. Musim jerebu ni sangat penting untuk kita menjaga kesihatan kita. Ok hari ini aku nak share tentang jam tangan Lanun Johor ni. Kalau korang tak tahu Lanun Johor tu apa bolehlah refer pada entry entry aku sebelum ini

http://kayyana85.blogspot.my/2015/08/lanun-johor.html

Lanun Johor ni bukan jual baju je semata mata.. Ada juga snapback, sticker kereta, sticker cermin, mafla, patch, wristband, macam macam lagilah tapi semua haruslah daripada LJ apparels... Tapi yang paling best jam tangan daripada Lanun Johor. Ini kali kedua LJ keluarkan jam tangan sendiri. Yang pertama dah sold out. Ni yang kedua tapi kualiti jam tangan dia lagi baik dan lagi berkualiti nak dibandingkan dengan jam tangan sebelum ni.


Gambar yang kat atas adalah gambar jam tangan LJ first edition. SOLD OUT dah ye. Jangan ditanya lagi. hihihi

 
Ok..Gambar yang kat atas adalah gambar jam tangan LJ yang the latest. Memang hebat tuan puan sekalian. Tak tipu punya. Jam tangan ni memang berkualiti. Memang rugi kalau tak dapat beli. 

Harga jam ni dulu lain sekarang lain. Now LJ tengah sale tau. Korang boleh dapat jam ni dengan harga RM300.00 sahaja. Yang gold edition tu sekarang hanya RM375.00 daripada RM500++

So jangan tunggu sampai stock dah habis baru meroyan nak cari jam ni... Sorry tak dapat tolong. Sementara masih ada stock dan sementara sale tengah berjalan cepat cepat lah dapatkan jam tangan ni. Korang akan dapat warranty selama 1 tahun, kotak yang sangat exclusive dan paper bag yang special punya. Semua buat customer customer yang ada jiwa JOHOREAN.. yeay... 
 


Macam mana nak beli?

Boleh beli dari suami aku yang terchinta... Wassaplah beliau dan beliau akan melayan dengan penuh dedikasi.. chewah...

Kay de Lanun.. boleh panggil Kay.. korang boleh wassap dia 0197197992 atau korang boleh walk in ke Uptown Puchong Night Bazaar... Uptown tu boleh waze Petronas Meranti Jaya atau Tesco Bukit Puchong.. 

Jangan lupa follow beliau di ig dan FB ye..

FB : Kay de Lanun
ig: @kaydelanun

TQ guys... 


Lanun Johor buat SALE !!!!

15 September 2015


Ada orang kata Lanun Johor ni mahal sangat. Baju sehelai je RM50++... Dik, meh sini akak nak citer. Cuba dulu beli sehelai baju Lanun Johor ni... Kain dia jenis kain yang berkualiti. Corak atau design kat baju baju tu semua kalau basuh guna washing machine confirm tak luntur. Kain dia tak panas dan tak membesar, Maknanya Lanun Johor memang menggunakan kain yang bagus untuk membuat baju bajunya. Kalau rasa mahal baju baju LJ ni, sekarang ni akak nak bagitahu THE GREAT ARMADA LANUN JOHOR SALE... !!! Harga memang merundum jatuh punya. Memang nak korang beli baju baju LJ ni. Support sikit anak Malaysia punya brand. Setanding brand oversea tau... 

Tapi tak semua barang sale. Baju baru memang tak boleh nak sale lah. Kalau tak lingkup lah LJ. So mana mana yang berminat nak dapatkan koleksi Lanun Johor yang original, sekarang ni masa yang sangat sangat sangatlah sesuai untuk korang beli koleksi LJ banyak banyak... dah beli jangan lupa snap, upload and tag #LanunJohor okeh.. Mana tau korang boleh menang motosikal Ducatti... 




Stock sangat lah terhad sebab baju baju atau koleksi yang buat SALE adalah koleksi LJ yang banyak mendapat sambutan. So pls cepat guys... Kalau lambat harga akan kembali seperti asal. 

Macam mana korang nak beli? Senang je... Ada banyak cara . So takde alasan korang tak dapat beli kan.. 

Korang boleh call/wassap/tele/sms Kaydelanun di 0197197992. Atau boleh datang ke UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR (waze : Petronas Meranti Jaya / Tesco Bukit Puchong). Ataupun korang boleh COD di Dataran Merdeka (Officehour je & weekdays je) atau di POJ Putrajaya (Sebelah malam sahaja. Weekdays & weekend). Ataupun korang boleh beli online dengan membayar kadar pos laju mengikut saiz plastik. Senang kan. Satu Malaysia boleh beli koleksi Lanun Johor ni,

So, keep support us.. LJ is for all.. 1 Malaysia
Sehati Sejiwa.....


Siapa nak tiket konsert SEARCH secara PERCUMA?

11 September 2015



Ok.. Siapa kat sini peminat kumpulan SEARCH ??? Mohon munculkan diri anda dengan meninggalkan komen di sini ya. Disini ada berita baik buat peminat peminat SEARCH dimana korang boleh dapatkan tiket konsert SEARCH secara PERCUMA... ye PERCUMA.. tapi adalah syarat syaratnya.. 

Korang cuma perlu beli koleksi LANUN JOHOR yang original. Pembelian yang melibihi RM100++ akan berpeluang untuk mendapatkan tiket konsert SEARCH... So tunggu apa lagi. Yang mana nak beli baju ke jam ke sticker ke topi ke boleh call atau wassap Kay. Dia merupakan agent rasmi Lanun Johor. Satu satunya agent yang berada di luar kawasan Johor Darul Takzim. 

So jangan lepaskan peluang ni ok.. Peluang macam ni tak datang banyak kali tau. SEARCH tu buat konsert bukan hari hari.. So sape yang nak merasa pergi konsert SEARCH dengan disponsor oleh Lanun Johor boleh cepat cepat beli koleksi Lanun Johor ye. 


Kay de Lanun
wassap/call/sms 0197197992

Atau korang boleh walk in Uptown Puchong Night Bazaar. Cari kedai Lanun Johor kat situ. Kay sorang je buka kedai Lanun Johor. Lot Kedai K65

Kalau yang jauh sangat tu jangan risau. Kiteorang boleh POSLAJU seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bayar hari ini esok abang posmen dah sampai dah hantar baju. Senang.

Jangan lupa add Kay di FB dan follow dia di Instagram ye. Ada banyak koleksi Lanun Johor yang korang akan jatuh hati nanti... 

FB : Kay de Lanun
ig ; @kaydelanun

Snapback Lanun Johor

14 August 2015




Korang suka kumpul snapback atau topi? Teman lelaki atau suami pengumpul snapback atau topi? Snapback LJ ada 3 warna. Red, Denim and Black Gold. Snapback maksudnya belakang topi tu jenis ketip ketip tu. Dulu LJ ada keluarkan topi snapback juga dengan topi baseball tapi dah sold out. So kalau taknak rugi atau menyesal dapatkan cepat snapback LJ ni dari kay de lanun. Ada banyak cara korang boleh beli dan dapatkan snapback ni..

Korang boleh call atau wassap atau sms no Kay - 0197197992
Korang boleh datang ke kedai dia di Uptown Puchong Night Bazaar. Uptown ni beroperasi setiap hari dari jam 8.00 malam sampai 3.00 pagi..
Yang jauh dari KL atau JB , abang posmen boleh tolong hantar.. Cuma tambah duit postage je ye... 



Abg posmen yang tolong hantar pun terpikat dengan snapback LJ ni.... Tu yang beli sampai 3 snapback tu.. 



Oh ye.. kalau korang beli snapback ni korang akan dapat kotak dan paperbag exclusive dari Lanun Johor...  

Harga Snapback LJ :
Snapback Gold Edition - RM90.00 
Snapback Denim Blue - RM90.00
Snapback Red - RM70.00

Mohon follow kay de lanun ye :
FB - Kay de Lanun
ig - @kaydelanun

note: dah upload baru nampak gambar takde watermark.. gasaklah.. ahahahaha

Birthday Surprise....!!!!


Kisah birthday surprise buat suami tercinta... Penat fikir nak bagi surprise macam mana... Saje nak menghiburkan hati dia yang tengah duka nestapa fikir pasal kereta. So memandangkan ada seorang geng LJ akan buat open house pada birthday dia , aku pun PM Dicky minta dia idea nak buat birthday surprise. Dicky ni antara geng LJ yang aku biasa berkomunikasi. So permintaan dah diutarakan tunggu si Dicky ni proceed dengan geng yang lain. Sejak husband aku meniaga baju baju Lanun Johor ni tertubuhlah satu group Lanun Johor di Perantauan... khas buat anak anak Johor atau siapa sahaja yang berminat menyokong local branded. 

Bila ada permintaan maka adalah perancangan. Tertubuhlah satu group wassap atas nama "BIRTHDAY KAY 1 OGOS"... dua kali aku left group sebab taknak kantoi okey... Dahlah dieorang kalau borak taknak berenti... So perbincangan aku tentang birthday surprise ni hanya berlaku pada waktu pejabat.. ahahaahahaha.. 2 hari je masa aku dapat discuss dengan dieorang. Tapi aku tak sangka sungguh dieorang sanggup melayan aku nak buat birthday surprise ni. Sebenarnya ni first time aku buat surprise. And i'm so excited. Pada awal perancangan aku nak dieorang pujuk husband aku datang open house rumah geng LJ tu hari Sabtu so boleh celebrate time tu tapi tuan rumah kata takut masa tu dia tak sempat nak melayan kiteorang ni.. so plan bertukar jadi malam sebelumnya. Kiranya menjelang je 12 tengah mlm surprise akan dilancarkan. Jenuh jugaklah plan. Tapi Alhamdulillah.. menjadi bak anggggg.. ahahahahaha... So this is surprise for you sayang..


Simple kek dari abg Onn Minhat and wife... Sedap gila kek dia.. ada walnut dalam kek. cuma tak cukup masa nak buat lambang LJ tu.. takpa takpa.. ni pun cukup dah aihhh..... asal boleh ngap sudah.. 



Birthday boy malu malu je nak tiup lilin... Aku suka tengok expression kay masa dia nak masuk rumah Maha (geng lanun yang sudi jadikan rumah dia sebagai tempat kejadian).. Masa dia nak masuk tu dia dah nampak kay dia senyum senyum je... tapi bila dia masuk rumah dia terperanjat tengok aku anak beranak semua ada dalam rumah Maha termasuklah adik dia dan husband. Well our planning was going very well... Hopefully dia tacing la kan kan kan... Aku tanya dia.. Surprise tak? dia cakap surprise gila.. speechless.. ahahahahaha.. 



 Dah masuk 3 series sayang... u better older but my loves to you never changes... ahahahahahaha... deep tak.... harapan dah masuk angka 3 ni dia akan lebih beriman dan berjaya menjadi businessman tanpa melupakan aku yang sentiasa bersama dia.. ahahahaha.. 






Bab baling tepung ni bukan idea aku okeh... cuba tengok gambar yang last tu siapa yang beriya pegang tepung...??? ahahahahaha... yang tak pakai baju lanun dan yang pakai baju putih dalang dalam acara baling tepung ni... sebab tu dia dah prepare awal awal.. bijak kan.. ahahahaha.... tapi takpe... benda benda gini lah akan merapatkan silaturahim antara mereka. Senda gurau braderhood katanya... Memang mandi tepung la laki aku malam tu... Aku mmg ada bawak baju spare sebab Abg Onn dah pesan bawak baju spare.. 


Snapback ni akan jadi limited edition... Ada tandatangan setiap orang yang terlibat malam tu. Semoga menjadi kenangan yang terindah... 

Last but not least... thanks to Dicky firstly yang sudi memanjangkan permintaan aku untuk buat birthday surprise ni.. thanks to Maha and wife sebab sudi masak masak untuk kiteorang malam tu and pinjamkan rumah untuk suprise ni... and sorry sebab kotor dengan tepung bagai... Thanks to Abg Onn and wife for the great cake... Thanks to Fizz yang terpaksa belajar 'menipu' semata mata nak menjayakan plan ni... sebab Kay cakap dia tak percaya fizz dgn Maha boleh tipu dia.. so dia memang tak syak apa apa... thanks to Fizz again sbb amek my husband di Puchong tu.. Thanks to Amy and Zul sebab bawak aku ke rumah Maha... Sungguh aku tak reti nak pergi rumah Maha tu.. Ampang is not my place.. hihihihi... Thanks to Jimie and Abg Jay sebab susah susah datang dari Perak semata mata nak tepung tawar Kay... And tak lupa jugak buat Abg Shah and wife, Yun and fiance, wife Dicky dan semua la yang terlibat secara langsung atau tak dalam plan ni... Aku happy sgt sebab ni kali pertama aku buat suprise untuk dia.. 

To Husband,, Happy birthday sayang....
 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign