blog kay & yana: aidilfitri

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Mana Cerita Raya Yana?

21 July 2016

Soalan tu tanya pada diri sendiri. 
Sebabtu mention nama sendiri 
- _____________-

Seronok tengok blogger blogger share cerita pasal hari raya. 
Aku bukan taknak cerita... bukan.. 
Tetiba macamlah ada orang kisah nak baca cerita raya ko... 
haha... 

Aku bukan taknak cerita.. Nak sangat. Semua orang pun nak cerita kisah hari raya masing masing. 
Sebab Hari Raya ni setahun sekali je kot. Kalau tak cerita, tahun depan dah tukar tema kaler. kan ? ;D
Cuma aku belum transfer gambar gambar time Raya ke PC. In Sya Allah bila dah transfer dah edit cantik cantik , buang segala jenis jerawat kat muka, bagi ploless sikit aku updated sini ye. 


Kite bagi teaser je dulu lah gambar hari raya. 
kekwat kan? ;D
Macam kembar tak? macam kembar tak?
Adik beradik seibu sebapa. 

Okay bai. 
haha..

Birthday Party Airell Nizarif

12 August 2015

Raya kedua memang tak ada kemana kemana.. stay at home rest properly.. Kay dah start sakit badan katanya. So ingat nak bawak p mengurut tapi tukang urut pergi beraya pulak.. Yelah hari raya kan kan kan... So biar kay rehat puas puas... kiteorang decide balik JB malam raya kedua tu juga.. aku sebenarnya berat hati nak balik JB malam tu sebab keadaan kay... cuak sebenarnya.... ahahahahaha... Ayah mertua bagi pinjam kereta bawa balik JB. So macam macam khazanah la angkut... betul cakap orang.. kalau kereta besar, tiba tiba banyak pulak barang kena bawak kan... 

Jom cerita raya ketiga. Perancangan raya ketiga nak buat birthday party anak buah aku.. anak abang aku.. si Airell ni... Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kami selamat sampai JB raya kedua walaupun tengah malam. Membebel mama baba opah tengok keadaan kay.. Yelah aku memang tak beritahu mama baba opah pasal Kay excident. kalau dieorang tahu mesti dieorang datang melaka.. kiteorang taknak susahkan mereka. Yang tahu pasal kay excident cuma Along aku dengan adik aku acab. Tu pun Along aku dah nak keluar start kereta amek kiteorang kat melaka.. Aku yang tak bagi sebab kay kata dia larat drive lagi.. orang degil memang begitu. Maka malam tu memang bulatlah mata aku teman die drive sampai JB.. hebat kan.. ok melalut lagi... cerita dah lari dari tajuk..

Raya ketiga adalah birthday party Airel,.. anak buah aku yang jauh nun di utara.. kalau borak dengan dia pun dok cakap longhat utara noh... ahahahaha.... Along aku dengan wife dia memang plan nak buat birthday party kat rumah mama. So bertungkus lumuslah wife abg aku ni buat segala persiapan untuk anak teruna dia... ahahahaha.. gigih tau buat surprise untuk dia... nak bagi hati bunga bunga la konon... jom layan gambar... 


Besungguh sungguh tau depa deco deco untuk anak teruna depa.... 


 Birhday boy dan penyebuk boy.... ahahahaha


penyebok jugak.. Opah orang paling bz sebab panggil kumpulan marhaban dia.. hehehehe


Tadaaa.... deco deco DIY by ibu Nadia... Wife abang.. nak panggil kakak ipar mcm segan plak sebab dia lebih muda dr aku.. kikikikiki....


Jeng jeng... ibu dan anak... comey tak?????? Airel hati dah penuh ke? penuh dia tu maknanye happy gileeeee.... 


Lastly main pinata... correct me if im wrong.. aku pun tak tau ape kejadah mainan ni... Wife abg aku cakap dia beriya sangat minta buat game pinata ni... mainan dr negara mana ntah.. aku baru first time dengar.. nampak sangat aku ni ketinggalan zaman kan kan kan.. budak 7 tahun pun tahu mainan ni... Yang belakang tu tak terlibat sebab nak pukul tak sampai maka protectlah adik jangan sampai kena besi pemukul pinata tu ye...




Birthday boy pukul pinata sampai pecah... tengok apa ada dalam kotak pinata tu... oooo kotak pinata tu DIY oleh wife abg aku jugak... rajin betul si Nadia ni buat benda alah ni... Bila kotak dah pecah berebutlah budak budak kutip isi nya... yeay... Happy for them... once a year kan...


Juadah beraneka rasa... order je.. Tak kuasa nak masak.. kikikikiki... Onny tahun ni buat open house 2 kali... rumah baru la katakannnnnnnnn.... 

Budak paling excited nak balik kampung sebab dia da jadi anak perantauan... 


Pak Long and baby aisy... Aisy Amsyar anak adik aku... kuss semangat... aku dukung dia 5 minit lengan aku dah kebas macam kena bius... Senang gile jaga budak ni... tak banyak kerenah... Asalkan depan mata dia ada Abang Rayyan dan Aryan dia dah cukup happy.. ahahahaha... 




Budak ni kejenya makan sumi makan lolipop.. tulah dia tu... my boy... 



They are wearing Lanun Johor Kids... LJ pun ada baju untuk anak anak... So the whole family boleh boria pakai baju LJ... but LJ kids limited... Baju mak pak je produce sekarang ni... 



Me with husband.... walaupun bertampal we still happy together... penat jugak jawab soalan orang orang but its okay.. tu tandanya depa prihatin kan kan kan..... choiiii... ahahahaha






Kemeriahan birthday party Airell Nizarif.... aku dah lupa sebenarnya eja nama dia... takpelah.. janji bunyinya sama... 

To Airel,

Happy birthday sayang... Makngah Pakngah harap Airel jadi anak yang soleh kedua ibu bapa airel... makngah always want you to be a good person... Mak ngah doakan Airell jadi anak yang soleh, anak yang kuat dan berani... anak yang berjaya didunia dan diakhirat... semoga Airell berjaya dapat apa saja yang Airel nak dalam hidup Airel. Semoga Airel membesar dengan sihat bagai juara... Cemerlang dalam pelajaran dan happy happy selalu k.. Bila dah berjaya jangan lupa parents airel okeh... jangan lupe family.. jangan lupe onny puang baba dengan opahyang tau.. lovesss u so much... muahciked.... 

Happy 7th birthday Airell...


Excident Sebelum Pagi Raya Pertama

04 August 2015

Sebelum kita cerita pasal hari raya pertama raya kedua raya ketiga dan raya raya seterusnya jomlah kita cerita pasal kejadian sebelum pagi raya pertama. So bila aku tepek gambar gambar kami satu family takdelah keluar soalan "kenapa dahi laki ko tu bertampal plak yana?".. kalau ada yang tanya sila lah baca entry ni... taip sambil menangis okeh... ahahahahah.. ok tu aku tipu..

 Pertama kali dalam hidup aku hadapi dugaan begini. Sesungguhnya betul lah cakap orang orang tua... Malang tu memang tak berbau.. kalau bau kita ni dah selamat la kat dunia ni... Tahun ni kami memang beraya di Melaka.. rumah ibu mertua ku... So kay minta aku balik dulu saing adik dia... Dia akan balik malam raya lepas dia tutup kedai di uptown tu. tutup kedai jam 3 pagi. So aku estimated dia akan sampai dalam 4.30 atau 5.00 pagi...  tiba tiba pukul 5 pagi dia call aku.. nasib baik la aku ni tersedar walaupun handphone aku tu aku cas jauh nun di sana. Naluri isteri barangkali... Bila aku angkat dia tak bercakap tapi aku dengar bunyi kecoh macam orang bising bising... Aku ingat dia da sampai kat depan pintu rumah mak dia... aku pun call lah balik. Bila aku call balik dia cuma cakap... "ayg, abg excident".... apalagi.. terbuntang luas la mata aku ni... terus panik.. terus tanya dia macam mana boleh excident... tapi dia punye suara macam cool je tak taulah sebab taknak aku panik atau dia tahan sakit atau whatever.. time tu aku speechless. aku tanya dia kat mana.. dia ckp kat nilai.. Nilai?? 5 pagi masih kat nilai.. pukul brp dia gerak dari rumah sebenarnya??? time tu soalan bertubi tubilah dalam kepala otak aku nih.. tapi tak terluah pulak sebab aku panik... aku pun tak ingat ape yang aku cakap kat dia.. yang aku tau die suruh kejut smua orang.. orang pertama yang aku kejut adik ipar aku yang no 2. Angah. Lepastu kejut adik ipar aku yang ketiga uda. lepastu kejut ayah mertua aku.. Aku tak bagi kejut mak mertua aku sebab aku tak nak dia risau susah hati nanti takut dia sakit pulak. So aku minta tolong beras eh biras aku tolong bawak aku pergi tempat kejadian. Aku call kay minta dia hantar location. Dia hantar location hospital seremban. Rupanya dia dah ada dalam ambulans.. makanya bergegaslah aku , biras aku dan bapak mertua ku ke hospital seremban jam 5.30 pagi di pagi raya pertama tu. Bayangkanlah.... sedih tak sedihlah....

Kay wassap aku gambar ni.. gugur juga jantung time tgk gambar ni. rupanya dia selfie dalam ambulan.. sempat lagi tu.

Dalam pukul 6.30 pagi aku sampai Seremban aku terus tanya kaunter. bla bla bla.. akhirnya aku masuk dalam BILIK KECEMASAN SEPARUH KRITIKAL... pintu tu terbuka so aku dengan bapak mertua aku ni main masuk je.. agaknya pagi raya kot doctor pun tak sampai hati nak halau kitaorang suruh tunggu kat luar... ahahahahaha... sebab aku rasa aku dengan bapa mertua aku je orang luar yang sihat dalam tu. so aku assume orang luar tak boleh masuk.. tapi ada aku kisah.. aku tanya doctor kot kotlah dia tahu kay kat mana.. dengan sopannya dia kata wife En khairul ke? laju je aku anggukkan kepala... terus doctor tu cakap ok tunggu sekejap eyh dia tengah salin baju... ok.. dia suruh tunggu sekejap bukan tunggu kat luar.. so aku tunggulah kt situ sambil perhatikan org org lain yang terbaring kat atas katil.. dalam hati bersyukurlah Allah kurniakan aku kesihatan yang baik... 

Dalam 20 minit kot baru aku dibenarkan tengok kay. Time tu dia baru tukar uniform hospital. Aku tanya doctor kena warded.. doctor tu gelak je sambil sambil tu dia cakap.. "eh takdelah.. boleh raya arini"... laki aku pun gelak... padahal kening dah terkoyak tu. ahahaha.. then doctor bagitahu kening kay tu perlu dijahit dan kaki dia perlu di x-ray untuk pastikan tiada patah atau retak. 

Pagi raya aku sedih sangat bila dengar orang takbir kat tv. Aku tak berani nak call mama baba wish selamat hari raya sebab CONFIRM aku nangis. CONFIRM... aku tak pernah lagi tau beraya kat hospital. So aku hantar wasap je kat mama baba dengan airmata yang berlinangan. ceewahh.. tak memasal aku bapa mertua ku dgn biras aku pagi raya makan roti canai keras okeh.. punyalah susah nak cari kedai makan pagi raya tu kat Seremban. Jenuh jugak pusing. Lastly jumpa la mamak yang tak berapa mamak... Aku memang takdak selera nak telan apa apa. Minum air teh o je tupun tak abes. Punyalah kelat tekak ni rasa. Hati dah meronta ronta nak makan ketupat mak mertua ku tau... Sabar je lah.. 

Lebih kurang jam 10.30 pagi rasanya, segala rawatan yang diperlukan kay selesai. Kening dia berjahit, kaki dia bengkak.. mujur takde yang patah riuk. kalau tak menangis tak berlagu la jawabnya. Lepas dibenarkan keluar hospital kiteorang terus buat report di Balai Polis Trafik Nilai. Dah macam balik Putrajaya balik dah rasanya... Settle kat balai polis barulah balik rumah. Sampai rumah mak mertua dah berlinang air mata tengok satu satunya anak lelaki dia dah bertampal kat kening tu hah. Benda dah nak jadi. Syukurlah Allah panjangkan lagi umur suami aku tu. Bersyukur sangat. Kereta remuk takpelah janji laki den selamat.. 

Gambar kami di pagi raya yang hening.... 

Berhati-hatilah di Jalanraya Sahabat semua... Mungkin kita dah cukup berhati-hati orang lain pulak buat jalan tu macam jalan bapak dia sendiri. Apapun bacalah doa sebelum memulakan perjalanan . Hanya Allah sebaik baik pelindung buat kita semua. In Sya Allah

Time to rest my fingers guys.. lenguh tau menaip... ahahahahaha....



 Kesian dia.. 9 tahun kami bela dia.. baik je.. luka luka sikit tu standard la.. la ni dia kena masuk klinik.. lama sangat.. patah kaki kami ni nak merayap sana sini. Dahlah ni je satu satu je kereta yang kami ada.. Dia lah yang bawa aku pergi pejabat.. dia bawa anak anak aku pergi sekolah.. dia bawa kami pergi Alamanda.. dia bawa kami balik kampung..segala galanya dia lah.. Bila dah injured macam ni...susahnya hati... GWS JJX.. 

Chapter 2 kita cita lain entry eyh...

Selamat Hari Raya...
 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

29 July 2015

Masih sayang dengan blog ni.. Sayangnya tak cukup masa nak updated. Maklumlah bz memanjang kononnya.. busy jaga anak busy jaga laki busy jaga rumah.. eh.. hihi.. Ok, masih dalam bulan Syawal kan... Selamat Hari Raya korang.. Minta ampun minta maaf kalau ada salah silap tersalah bicara sepanjang aku berblog ni... Andai kata ada tulisan aku yang menguris hati korang aku menyusun sepuluh jari sepenuh hati aku memohon ampun dan maaf.. kosong kosong ok.. 

Raya tahun ini aku diberi dugaan yang sangat besar. Sangat besar hingga tak terlintas langsung di akal fikiran aku akan terjadi perkara sedemikian di pagi raya... Sedih tak terkata. Tapi Alhamdulillah.. semuanya selamat. Terima dugaan Allah dengan hati yang terbuka dan redhakanlah apa yang terjadi.. In Sya Allah.. Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kami. 



cerita di sebalik gambar next entry okay... tata titi tutu... 

Jom ke Benut Pontian.

19 August 2014
Dah baca Cerita Syawal Pertama kiteorang ? Kalau belum silelah baca.. kalau tak pening lalat pulak nanti... Masih di Syawal pertama. Lepas tutup pintu semua kiteorang pun mulakan perjalanan raya pertama ke rumah Arwah Pakcik Harun. Arwah abang baba aku. Arwah meninggal seminggu sebelum nak raya.. Sedih dan terkejut. Arwah ni memang jarang kiteorang dapat jumpa. Susah la nak jumpa dia sebab dia buat kerja macam macam nak tanggung family dia. Actually dia bukan dari keluarga yang senang tapi dia tak pernah minta tolong atau bantuan siapa siapa pun untuk ringankan beban dia. Baba kadang kadang tolong hulur sikit sikit je tupun dia taknak. Arwah memang jenis tak suka susahkan orang lain hatta adik beradik sendiri.

Memang dah jadi kewajipan kiteorang setiap kali raya kiteorang mesti akan ziarah rumah arwah kat Benut Pontian.. Selain dari menziarah kiteorang ke sana untuk makan burasak dengan ketupat lui.. pernah dengar tak? Sedap gile.. Hari Raya je jumpa ni... Hari lain tak jumpa tau tau tau.. Ni makanan orang bugis. Orang bugis kalau tak kenal burasak sila bunuh diri yerk.. hahahahaha.. 

kredit to uncle google...

Nilah rupenya burasak. Burasak ni boleh makan dengan rendang...Tapi nak marvelous makan dengan lauk ikan terubuk masak asam pedas... perghhhhhhh..... confirm tak pandang benda lain dah.. Makcik (isteri arwah) memang pandai buat burasak nih... Memang tak pernah mengecewakan kalau dia buat... Confirm sedap. 


Nak masuk rumah arwah pakcik aku tu kiteorang kena park kete kat luar pastu jalan kaki sikit lalu ladang kelapa sawit baru sampai rumah dia. Adventure sangat kat.. So kata sepupu aku arwah pakcik aku tu meninggal masa dia dok buat jambatan tu... Dulu jambatan tu kecik je... Nak masuk kete kancil pun takut takut... So dia buat guna kudrat dia sendiri besarkan jambatan tu supaya kiteorang nak datang ziarah hari raya nanti boleh bawa masuk kereta. Tak payah parking kat luar dah. Tak payah jalan redah kelapa sawit dah.. Tapi hajat arwah tak kesampaian sebab masa dia dok buat tu dia sakit dan akhirnya Allah SWT menjemput dia dengan cara yang tenang.. Al-Fatihah... 


Dia dengan gadget papanya... Masa kiteorang lalu kat ladang kelapa sawit tu kan nyamuk punyelah banyak dok menjemput kiteorang... Dah sama sama terbang si nyamuk dengan kiteorang yang jalan kaki.. Dah macam pakej pulak rombongan Ariffin beserta nyamuk di belakang.. Menyesal pulak tak bawak cream nyamuk tu.. Kesian Aryan kena gigitan cinta dari nyamuk nyamuk kat situ.. Abes bintat kepala muka dia... hahahaha.. Lupe pulak nak amek gambar sebab syok makan burasak.. Lama jugak kiteorang kat rumah arwah... Dah puas borak barulah kiteorang gerak... Tupun sebab dah ramai yang datang rumah arwah... Mungkin family sebelah makcik aku kot... sebab kiteorang tak kenal pun. hihihihi.. 

Amek gambar atas jambatan yang arwah tak sempat siapkan.. 


Rayyan dengan Aryan tengok ikan dalam longkang tuh... Kat kampung longkang-longkang dieorang besar.. sampai boleh buat mandilah... hahahaha.. 

Lepas dari rumah arwah kiteorang terus balik rumah. Tak kemana.. Raya kedua baru kiteorang plan nak terjah muar.. Banyak rumah lagi perlu diziarah. Doa yang kami dapat berikan. Semoga arwah pakcik aku tenang di samping PenciptaNYA.. Semoga arwah bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 


Cerita Syawal Pertama

18 August 2014
Hari Raya tahun ni family aku bertambah lagi sorang... Aku kan dapat kakak ipar baru tahun ni... Majlis nikah abang aku pun aku belum cerita lagi kan kan kan.. Abang aku nikah dengan gadis pilihan dia bulan 4.. 04.04.2014... nice date... ok.. Tp sekarang aku nak cerita kisah Hari Raya pertama kiteorang... 

Kalau raya belah family aku nih, pagi raya semua kena kejut pakai kuali.... hahaha.. ok tipu sebenarnya... Tp siren mama tu dah boleh buat semua orang bangun dah... Macam biasalah pergi sembahyang raya... mandi sunat.. pakai cantik cantik serta wangi wangi.. Belah aku ni lepas solat raya confirm lepas tu ada je orang datang.. Kadang kadang mama baba opah tak sempat balik rumah lagi orang dah datang beraya.. hahaha.. nampak tak glamernya rumah family aku ni hah.. Tapi yang datang pagi pagi biasanya budak budak lah... Dalam pukul 10 macam tu, adalah jiran jiran datang beraya... So dah pakai cantik cantik wangi wangi kenalah siapkan hidangan untuk tetamu tetamu yang datang.. Itu dah memang menjadi rutin setiap tahun menjelang Aidilfitri... Mungkin sebab opah aku agak glamer di kampung sebab tu org attack umah opah aku dulu kot... Semoga Allah SWT panjangkan umur opah... 

So lepas layan tetamu yang datang berdesup desup la tutup sementara pintu sebab kiteorang belum raya dengan mama baba opah lagi... Maka disinilah al kisah semua cerita buruk kantoi... hahahahaha.. tu cerita adik bongsu lah... banyak sgt buat perangai.. kalau nak list memang sampai raya ke 10 pun tak abes der... Lepas bermaaf-maafan kami wat sesi photoshoot... Photoshoot dalam rumah je.. Sebab kalau keluar jiran yang lain datang takde pulak orang kat rumah.. Kesian kan.. 


Gambar bermaaf maafan ni je yang sempat amek sebab hati dah sebak dah... Tak sempat nak snap semua orang salam salam nangis nangis ... 


First capture... Alamak Aryan.. Kenapa lah dok dongak tengok papa macam tu... Abag Rayyan dah cantik sgt dah senyuman tu.. owhh.. time ni papa die berlari nak amek space la... Dia pelik kot tengok bapak dia lari macam lipas kudung... hahahaha... Puang baba pun tak ready tu hah.. Amek la lagi sekali..


Eyh.. Makin lebar pulak Rayyan senyum... hahaha.. Nice.. Masya Allah.. Keluarga aku... Cantik Alhamdulillah... hehehehe... Tema kaler tahun ni.. Susah gile nak cari baju kaler ni kot.. Yang lelaki baba dah beli siap siap... Beli untuk semua anak anak dia serta menantu dia dan cucu cucu dia.. Time ni adik aku yang no 3 dan wife tak dapat join sebab beraya belah wife dia.. Tapi yang sedih Airell tak dapat beraya dengan kami tahun ni.. T_T .... Kalau dia ada mesti lagi sempurna kan kan kan.. Takpelah.. maybe next next year kotttttt.... 


Candid time... hahahaha.. Tengok tu hero hero kecik aku.. Cute kan... Comel kan.. Alhamdulillah mereka memang behave... Orang suruh peace pun dieorang peace... suruh senyum pun senyum... hahaha... Comelnyeeeee.. Abg Rayyan walaupun demam sikit tp happy je... Die seronok sgt bila aku ckp Rayyan hari ni hari raya!!!... hahaha...  Next....


Mama dan baba yang romantik... ahaks.. Samping baba tu dia beli kat Terengganu... Pergi bercuti ke Terengganu semata-mata nak beli samping... hahahaha.. Samping baru... Bau tak bau tak..? Bau duit hangus.. hahahaha.... Baba kata biar mahal janji original.. Yelah baba... lovesssss both of u sooooo muchhhh.. Muahhhh... Next please....


 Boleh ke digelar pengantin baru..? Bolehlah kot kan.. Belum setahun lagi... So nilah dia abang aku dengan wife dia.. Aku ada 1 abang je.. Seorang pegawai polis di Penang dan seorang yang jenis tak kisah langsung pasal duit... Semoga bahagia sampai bila bila long... Next next..

Kenapalah awak buat pipi kembong macam tu Rayyan oiiii... Spoil tau... Amek lagi.. hahahaha


Bolehlah kan.. Biasalah budak budak kan... grrrrrr.. Next...
  

Last but not least... My youngest sista... Tahun ni dia SPM... Belajar pandai pandai Kilah... Esok kalau berjaya kau jugak senang... Kalau kau jadi doktor boleh aku tumpang sekaki nanti... hahaha... Jangan bagi mama baba susah hati.. Jaga kau macam jaga kambing sekandang... Anak paling bertuah dalam ramai ramai anak mama.. Sebab beza dia dengan adik aku yang no 3 tu 10 tahun... Makanya manja memang tahap maksima okeh... Eyh ada lagi gambar.. Gambar mama baba dengan anak menantu dan cucu cucu nya,... Opah time ni dah ketung ketang kat dapur sebab kejap lagi ada orang nak datang beraya.. Layan gambar jelah ek ek ek... 







Gambar tuan tanah kenalah lebih sikit... hahahahaha... Lepas selesai ambil gambar jiran jiran yang lain pun datang termasuklah adik baba.. Lepas tu baru kiteorang keluar beraya pulak? Ke mana...? Next entry okeh.. Jari aku dah penat layan keyboard nih hah... 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign