blog kay & yana: October 2013

Taska mamaMia, Putrajaya - Taska di Putrajaya

31 October 2013
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini....
Meh aku perkenalkan Taska mamaMia yang terletak di Presint 16, Putrajaya...
Taska ini baru lagi ditubuhkan... Dalam bulan Mei 2013... Masih baru kan.. Masih boleh dipuji.. hihihi


 Taska mamaMia ni aku jumpe melalui komen seorang kawan di FB
Bila aku call untuk letakkan Aryan di situ... Alhamdulillah, masih ada kosong buat baby...
Ownernya aku panggil kak yana... Sangat baik dan mesra..
Macam dah lama kenal aje bila jumpa...
Sebelum aku hantar aku selidik dulu taska ini...
Taska mamaMia ini dalam proses mendapatkan kelulusan JKM... tak sure pula kalau sekarang ini dia dah dapat kelulusan tersebut...
Ada safety gate di tangga bawah dan atas... (taska ini adalah rumah 2 tingkat)
Bersih sangat
Bilik untuk baby di asingkan
Bubur untuk baby disediakan
Guru guru di taska ini mempunyai sijil pendidikan awal kanak-kanak
Guru guru pun sangat baik dan penyayang...



Masa kita nak hantar anak kita , kita perlu rekod masa... hah nampak tak ada tiga dokumen. So dari situ kita tahu ada berapa kanak kanak dalam taska ini. So far aku tengok takdelah ramai pun.. tak lebih pun dari 40 orang. Masih mengikut kuota... 



Yang bestnya taska ini, bagi baby akan ada rekod pukul berapa baby kita susu, pukul berapa baby kita makan, baby kita kencing tak uk uk tak... huhhuhu.. so senang kan.. tak payah nak tanya tanya cikgu dah... anak kita susu pukul berapa makan ke tak.. uk uk ke tak... kalau baby kita demam atau tak sihat kita akan bekalkan ubat kan untuk taska.. itu pun cikgu cikgu akan rekod pukul berapa ubat tu bagi pada baby kita. So kita tahu anak kita makan ubat pukul berapa. Memang mereka jaga sangat teliti.. semuanya ada dalam rekod seharian.. itu bagi baby 3 bulan hingga setahun sahaja.. Manakala bagi setahun ke atas ada rekod anak kita makan apa setiap hari.. Jadi kita tahu hari ini anak kita makan apa..


Kadang kadang kak Yana ni rajin juga updated aktiviti aktiviti kanak kanak ini di FB. Sangat seronok tengok perkembangan mereka kan. Ibu bapa mesti teruja kalau nampak aktiviti anak anak mereka secara langsung. 



Itu lukisan di dinding pintu masuk taska MamaMia.. cantik tau.. 

Memang berat untuk aku lepaskan taska ini.. Tapi dengan keadaan sekarang agak susah untuk hantar dua orang anak yang berlainan tempat. Aku dah cuba dapatkan sekolah untuk Rayyan di kawasan Aryan tapi semuanya dah penuh. Dan pilihan yang aku ada tukarkan Aryan ke sekolah Rayyan... aku rasa taska MamaMia ini adalah taska terbaik buat Aryan...Tapi keadaaan tak mengizinkan nampaknya. Kalau kay outstation susah aku nak hantar kedua dua nya sekali dengan tempat yang berasingan. Aku harap dengan penerangan aku ini dapat membantu serba sedikit ibu bapa yang sedang mencari tempat untuk anak korang. Insha Allah.. kita doakan usaha taska ini akan berterusan sampai bila bila. Insha Allah.

Pendaftaran tengah buka sekarang ini untuk tahun depan. Korang bolehlah call owner taska ini untuk tahu lebih lanjut. 


untuk bayaran pulak pada aku sangat berbaloi.. bulanan baby RM360. 
Uuntuk setahun hingga 4 tahun aku tak sure berapa.. Yuran pendahuluan pula dalam RM400 rasanya... Aku pun tak ingat dah sebab masa hantar Aryan dulu dah setengah tahun so dia ambil RM100. murah kan? hihihi...


Kisah si Aryan Muzaffar

Aryan dah nak setahun baru nak cerita kisah dia masa 7 bulan.. hahaha.. 
Punyelah pemalas mama dia nak updated blog bagai ni....
Kesian...

Government staff boleh pilih samada nak cuti bersalin 2 bulan atau 3 bulan
Dan normally ibu ibu ini akan ambil the maximum iaitu 3 bulan dengan harapan manalah tahu PM nak umukan pertambahan cuti ibu yang bersalin ni khenn... *harapan tinggal harapan... hahaha

Aku memilih 3 bulan. Jadinya 3 bulan aku menjaga Aryan dengan penuh kasih sayang.. 
Sangat indah okeh.. Sangat heaven ye..
Habis 3 bulan aku import opah aku jaga Aryan.. hihihi..
Daripada Rayyan dulu pun opah yang jaga sampai la Rayyan 4 bulan...
So Aryan opah jaga sampai dia 4 bulan ... Lepas tu aku import pulak adik ipar aku jaga 
Aryan sampai Aryan 7 bulan... terima kasih opah.. terima kasih angah... 


Selepas tu, aku menjajau kesana sini mencari tempat untuk Aryan... 
Atas bantuan seorang teman, aku hantar Aryan di rumah pengasuh anak teman itu... 
Tapi mungkin silap aku juga... 
Selepas tiga hari Aryan di rumah pengasuh tu, pipi dia lebam dan biru. (aku tak pernah buat entry tentang ini kerana aku tak nak salahkan sesiapa).


Selepas kejadian itu, aku tidak hantar Aryan lagi ke rumahnya
Aku ambil cuti awal memandangkan waktu itu hampir nak cuti hari raya puasa
Selama aku bercuti aku merayau sana sini hingga aku jumpa satu taska bernama 
"Taska Mama Mia"
Nanti aku cerita tentang taska ini...
Alhamdulillah..
Aryan masih di taska mama mia ni..
Terima kasih pada semua yang membantu aku di kala aku dalam kesusahan 
Aku sangat menghargainya... 


Semoga anak anak aku sentiasa dilindungi oleh NYA. Amin..

Pembentangan Bajet 2014 Pada 25 Oktober 2013

25 October 2013

Pembentangan Bajet 2014 akan berlangsung pada petang ini jam 4.00 petang yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kita. Pastinya rakyat Malaysia menantikan saat pembentangan bajet ini dimana ekonomi Malaysia sekarang semakin tinggi apakah perancangan kerajaan dalam membantu gologan rendah dan lain lain lagi. Bagi penjawat awam pula pastinya menantikan pengumuman bonus dari PM kita. Sama samalah kita tunggu pembentangan ini. 

Siaran langsung juga boleh dilihat di beberapa laman web berikut.

Kastam Diraja Malaysia - http://www.customs.gov.my
Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my
Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my
Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my

Harapan Rakyat Malaysia ?

Harapan rakyat Malaysia memang banyak. Manusia mempunyai sejuta harapan. Tapi terpulanglah pada kerajaan untuk merealisasikannya. Cuma aku harap tiada kenaikkan harga lagi diumumkan dan tolonglah aku mohon bantulah golongan pertengahan mcm aku ni hah. Nak minta BRIM tak layak, nak masukkan anak kat PERMATA tak layak, dikenakan cukai pendapatan... walaupun beza gaji golongan aku dengan golongan bawahan hanyalah RM100... 

Sekian. Terima Kasih. 


Salam Jumaat : Doa Pelindung Diri

Sekarang ini terlalu banyak cerita duka yang terjadi
Kisah pengawal keselamatan yang sanggup membunuh rakan sekerja sendiri demi wang
Kisah amukan seorang manusia yang mengalami masalah tekanan perasaan
Macam macam berita kita dengar sekarang ini...
Dan semuanya melibatkan nyawa manusia yang tergadai.. 
Kadang kadang rasa nak keluar rumah jalan jalan dengan family pun dah tidak selamat lagi
Jenayah berada dimana mana...
Maka kita kena yakin adanya Yang Maha Pencipta
Hanya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kita dan keluarga kita dari segala bencana dan malapetaka...
Allah sentiasa ada bersama kita.. Mintalah pada NYA


Mohon amalkanlah doa pelindung diri ini sentiasa..
Semoga Allah sentiasa melindungi hamba hamba NYA
Amin..

Hari Raya Korban

24 October 2013
Hari Raya Korban tahun ini aku sambut di rumah mama...
Tapi mama sambut di rumah Allah SWT...
Semoga mama sihat sentiasa di tempat yang paling mulia.. Mekah

Ok. Cerita tentang Sambutan Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidil Adha ini takdelah meriah mana pun. Sebelah Selatan ini menyambut hari raya korban biasa biasa sahaja. Tak semeriah umat Islam di Pantai Timur. Mereka menyambut hari raya korban ini dengan meriah sekali. Tapi lauk wajib hari raya mestilah kena ada walaupun tak meriah kan. hihihihi

- dalam kereta Rayyan sibuk sangat suruh letak adik dia kat sebelah... 

- Sehari sebelum raya opah ajak ziarah kubur arwah atuk.. Aku tak sempat nak jumpa arwah. Abang aku sorang je yang sempat jumpa dia... rasa kasih sayang dia.. tapi takpe.. Aku tetap sayang dia.. Al-Fatihah 

- budak gedik yang paksa kene ikut g kubur. biasalah budak baru nak up kan.. hahahaha


- kredit gambar to uncle google.. gambar aku ada problem untuk diedit di picasa.. picasa gila kot. tetiba tidak boleh edit pulak.. nyampah lah.. terpaksa cilok gambar dari uncle google.. hihihi.. 

Tahun ini baba join kumpulan surau untuk melapah daging lembu.. betul ke melapah tu? confuse jap. hentam jelah... so baba agak sibuk lah.. balik dari surau terus tukar uniform untuk melapah daging lembu.. sampai petang baru balik.. kesian baba.. kalau tak join aktiviti apa apa mesti dok rumah asyik teringat kat mama aje.. haihhh... 

Petang baru baba balik. Rezeki orang yang tolong dengan ikhlas ini kan.. hihihi
Baba bawa balik kaki lembu... 
Untuk dibuat sup... Siapa yang masak sup?
Mestilah bukan aku.. hahaha.. 
Baba pandai masak.. mestilah baba yang buat sup itu.. hehehe


- hah tu dia.. kaki lembu ini perlu dibakar dahulu untuk membuang segala jenis bulu bulu yang ada.. lepas bakar bersihkan apa yang patut baru rebus dan boleh buat sup... aku tak tahu bila masa baba buat.. sebab aleh aleh dah siap je.. nak belajar pun tak sempat... sila annoying okeh.. hehehe

Maka tamatlah kisah hari raya aidil adha aku tahun ini.. Jumpa tahun depan pulak itupun kalau panjang umur la kan.. Last but not least... 
-
-
-



Selamat Hari Raya Aidil Adha... 



Cerita Tentang Semua Hari Raya

Dalam Malaysia orang Islam cuma sambut 2 hari raya je.. Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya AidilAdha. 
Jadi aku gabungkanlah cerita semua hari raya aku tahun ini memandangkan cerita hari raya puasa pun rupanya aku tak berkesempatan untuk menaip di sini... alasan je semua tu.. kehkehkeh...

Aku dengan Kay dah ambil kata sepakat dimana kalau Raya Puasa di rumah ibubapa beliau maka Raya Haji di rumah ibubapa aku.. Fair and square gitu. Memandangkan Raya Puasa tahun ini giliran rumah ibubapa beliau maka tahun ini aku beraya haji lah di rumah ibubapa aku.. Kebetulan, mama pun tahun ini beraya di bumi Allah.. kesian baba beraya seorang diri. Maka takdir Allah menetapkan aku menemani baba di hari raya haji. 

Cerita Hari Raya Aidilfitri tahun ini lain sikit. Sebab tahun ini aku sambut dengan dua hero aku.. hihihi... dan di rumah baru ibu mertuaku.. cantik dan selesa rumah baru mak. Raya pertama kami bergambar ala ala kat rumah baru.. lepas itu baru kami ke studio untuk ambil gambar. Penuhlah rumah mak dengan gambar gambar raya kami sekeluarga.. besar besar pulak tu.. hahaha.. tapi yang penting..cantik!


- gambar keluarga Muhammad bin Awang

- gambar keluarga Khairul Anuar bin Muhammad

- free style

Gambar gambar di ambil daripada FT Studio, Melaka Mall. 

Lepas dari gedik gedik di kedai gambar kami memulakan perjalanan menziarahi sanak saudara dari rumah ke rumah sehingga menjelang larut malam. Sampai rumah dah penat ingat tilam bantal je. Apalagi tidur sampaila esok pagi.. hahaha.. 

Raya kedua kami takde rancangan apa apa. Cuma kemas kemas untuk balik ke rumah mama pula. Alhamdulillah. Raya tahun ini telah pun berjalan dengan lancar selancarnya. Jumpa raya tahun depan la pula.

Cerita Raya Haji aku sambung next entry ok... kang korang bosan pulak kang. 
hahaha....


Putus Asa

Setelah semalam seharian aku mengadap blog aku kononnya nak tukar background bagai 
Tapi aku buat beratus ratus kali tak jadi jugak
Dah cuba tanya otai otai tutorial mengedit blog ni
Tapi jawapan tidak memberangsangkan.. hahahaha
Makanya tak jadilah aku nak ubah apa apa dah..
Jomlah buat entry lain.. 
kahkahkah

Kalau korang tau mcmmana aku nak buat background aku macam blog ni ( http://mrandmrsfarid.blogspot.com/) sila tinggalkan comment ye... kawan nak berguru.. hahaha..

Komitmen

23 October 2013
Nak jadi blogger ini kena ada komitmen.. setuju?
korang tahu kan apa makna komitmen..
kalau tak tahu sila google.. ahaks
Kalau kita ada komitmen maka berupdatedlah blog kita ini setiap hari
Jangan jadi macam aku..
Suam suam kuku...
Niat di hati itu memang nak mencoret segala cerita dalam blog mai lurve ini
Tapi apa boleh buat
Aku tidak ada komitmen yang tinggi

Maka blog aku ini pun ala ala kadar aje.. gitu..
Aku tabik spring pada blogger blogger yang setia untuk menjadikan platform ini macam diary..

Aku pun jadikan blog ini sebagai diary cuma ikut suka akulah nak tulis bila untuk cerita yang bila
khen...

sekian, luahan di pagi rabu yang tak berapa nak wordless sangatlah
sila jangan annoying ye kawan kawan...

ps : blog mai lurve akan ditutup sementara waktu bagi laluan pengubahsuaian dan perubahan wajah... Insha Allah... aku cuba yang terbaik.. motip nak tukar layout??? tunggu ajelah..

Selamat Hari Raya AidilAdha

14 October 2013
Assalamualaikum


Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha... Kami cuti dari 14 Oktober 2013 dan akan kerja semula pada 17 Oktober 2013... Pada kawan kawan yang pulang ke kampung halaman, hati hati memandu kenderaan.. jadilah pemandu yang berhemah.. biar lambat asal selamat.. Sekian, terima kasih. 

note: di kala hari raya haji menjelang tiba, saya sangat sangat sangat merindui mama saya.. semoga mama sihat walafiat di bumi Allah.. Amin.


Sambutan Hari Jadi Rayyan di Taska Cendekiawan

10 October 2013
Satu perangai Rayyan yang aku perasan dia tak suka sangat orang terlampau perhatikan dia
Senang cerita dia tak suka dijadikan perhatian
Contohnya macam kejadian baru baru ini (takdalah baru pun dah lama la juga)
Aku & Kay kononnya nak celebrate birthday Rayyan di sekolah tahun ini 
Dia pun tak pernah celebrate kat sekolah kan..
So aku rasa berbesar hati nak gembirakan dia dengan menyambut birthdaynya di sekolah 
Mula-mula tu memang dia agak excited.. 
Tapi bila dah semua kawan kawan dok tumpu kat dia, dia jadi agak takut
Pasal apa takut aku pun tak tahu
Terus hilang muka gembiranya 
Yang ada muka tak suka dan nak nangis!!
ok.. layankan aje.. 


Terima kasihlah cikgu cikgu sebab susah susah je buat deco deco untuk Rayyan Danish.



hah nampak tak...?? nampak tak..?? tu muka dia tu...


ditenangkan seketika oleh gurunya.
hanya seketika..


lagi muka budak yang tak tahu apa ada dalam hatinya
ditenung aje kek ultraman + spidermannya itu

  
teman tapi mesra.. boleh gitu... 


taraa... adik tengok kek dengan penuh nafsu..
adik : kalau abang taknak aku nak makan semua kek nih..nyumnyum..


it's time to sing and blow the candles... 


ok time ni papa dia nak pasang api kat lilin biar dia tiup dan wish..?? tapi apakan daya.. bila kawan kawan nyanyi lagu hari jadi buat dia, dia buat tak tahu saje.. akhirnya kawan kawan yang tolong tiupkan api itu...
masih tak tahu apa ada dalam hati dia


kek yang indah lagi sedap tapi kami laki bini tak dapat rasa... 
made by my friend... sangat sedap.. saya boleh recommend...
ada orang tanya ape kaitan ultraman dengan spiderman ?
suka hati aku lah... kek anak aku khen.. hahahaha


last but not least, apapun perangai awak Rayyan Danish, mama papa adik tetap sayang kamu sampai bila bila.. be a good boy, be a very good brother, and be a anak yang soleh.. apa mak ko ni merepek.. english broken then rojak. hentam.. sila abaikan... 
abadikan zaman kanak kanak kamu ye rayyan.. you are 4th now...
 i love u forever sayang... 
semoga kamu sentiasa dilindungi daripada segala penyakit, musibah, malapetaka dan bencana.. 
semoga kamu membesar dengan sihat dan sempurna.. Amin. 

Happy Birthday sayang..

note: saya memang suka korean girl yang bergambar dengan Rayyan Danish tu... She's so cute... kan? 


Contest Iphone 5S.. Siapa Nak? Jom Join Contest Ini..

09 October 2013
Assalamualaikum

SuperIbu.com ada menganjurkan satu contest yang sangat simple tapi hadiahnya Masya Allah sangat berbaloi.. Siapa yang taknak kalau ganjarannya adalah Iphone 5S kan? ditambahkan lagi dengan hadiah wang tunai. Siapa yang taknak kan? Siapa yang tak join memanglah rugi. Sebab cara nak join contest ini sangatlah mudah. Syaratnya adalah : 

A) Tulis satu entry tentang ulasan atau komen di blog korang tentang blog berikut :






Ulasan atau komen saya yang tak seberapa ini:

1) Blog vitaminIbu.com adalah blog yang berbentuk perniagaan, jadi blog beliau amat sesuai dengan template yang beliau pilih.


2) Tulisan dan gambar header agak kurang keceriaannya. Mungkin boleh tukar tulisan dan gambar di header agak ia kelihatan lebih menarik. 



3) Menu tab (navigation bar) di blog vitaminIbu.com membuatkan pembaca atau pelanggan beliau lebih mudah mencari produk atau apa sahaja yang diperlukan. Tidak perlu mencari melalui tab search atau list categories. Tapi mungkin boleh ditambahkan lagi satu tab untuk order form supaya pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat tempahan melalui SMS (seperti yang terdapat di sidebar vitaminIbu.com) atau melalui mengisi borang order form. Borang order form tersebut haruslah mesra pengguna dimana pelanggan tidak perlu mengisi terlalu banyak maklumat. Cukup sekadar nama, alamat, no tel, email, cara pembayaran dan senarai tempahan. 



4) Slideshow tentang Set Kehamilan Shaklee dan Set Bersalin Shaklee membuatkan blog beliau bertambah menarik. Tapi mungkin boleh ditambahkan lagi dengan promosi promosi yang sedang berlangsung oleh pihak Shaklee agar pembaca atau pelanggan lebih tahu tentang promosi tersebut. Sebagai contoh di website Air Asia dimana sekiranya ada sebarang promosi mereka akan meletakkan promosi tersebut di slideshow website mereka. 



5) Blog yang simple dan tidak berat dimana tempoh loading blog vitaminIbu.com adalah pada tahap yang ringan. A good blog shoud be less than 100 KB. Blog yang tidak berat apabila loading dimana kita tahu sekiranya blog yang mengambil masa yang lama untuk loading membuatkan pembaca mudah bosan menunggu dan ini amat rugi bagi blogger yang menggunakan blog sebagai platform perniagaan mereka. 



6) Susunan di sidebar teratur cuma terlalu panjang membuatkan ia kurang kemas di footer blog. Saya cadangkan supaya di sidebar lebih kepada perniagaan, widget yang lain boleh diletakkan di footer blog supaya di side bar nampak lebih kemas dan menarik. 



Kesimpulannya, bagi saya blog vitaminibu.com sangat sesuai untuk dijadikan platform perniagaan, mesra pengguna, tidak mempunyai terlalu banyak widget yang boleh memberatkan tempoh loading, susunan yang kemas dan teratur. Semoga perniagaan Shaklee beliau berkembang dengan lebih maju lagi demi kesihatan dan kesejahteraan kita semua. Insha Allah. Pada sesiapa yang mahu membeli atau mencuba produk Shaklee ini bolehlah terjah ke Pengedar Shaklee Malaysia menjual Set Bersalin Shaklee






ok. syarat kedua kite review pula blog SuperIbu.com. 

1) Blog SuperIbu.com ini pada saya lebih kepada parenting dan banyak information tentang penyusuan dan tips tips kewanitaan yang boleh kita perolehi daripada blog SuperIbu.com ini. Bagi saya blog ini terlalu simple bagi sesebuah blog yang bertemakan parenting. 

2.) Header yang simple. Jika SuperIbu.com tidak mahu meletakkan gambar mungkin beliau boleh menukar tulisan header untuk kelihatan lebih menarik dan menonjol nama blog tersebut.

3.) Warna background yang menarik tapi boleh ditukarkan kepada warna yang lebih ceria sedikit. Pemilihan warna background blog tersebut boleh membuatkan pembaca tidak bosan melihat blog kita.

4) Menu tab(navigation bar) yang terdapat disebelah atas blog SuperIbu.com mungkin boleh ditambah lagi dengan banyak maklumat yang ada. Ini kerana blog SuperIbu.com penuh dengan ilmu dan pengetahuan serta cerita yang menarik yang boleh membuatkan pembaca ingin membaca setiap entry blog beliau.

5) icon icon di setiap comment pembaca sangat menarik dan comel. 

6) Susunan di sidebar blog SuperIbu.com boleh dikemaskan lagi dengan menambah beberapa widget yang ringan seperti visitor, top commentators dan lain lain lagi. 

7) Nama blog mudah diingati dan dieja. Nama yang mudah diingat dan dieja akan mudah berada di SEO. 

Kesimpulannya, saya rasa blog SuperIbu.com adalah blog yang simple, tidak mempunyai tempoh masa loading yang lama dan sangat kemas. Bahasa yang mudah difahami, penulisan yang terbaik serta perkongsian ilmu yang tak pernah jemu untuk dikongsi bersama. Untuk itu sangat rugi jika kita tidak mengenal dengan lebih mesra dengan empunya kedua dua blog diatas kan? Blog VitaminIbu.com dan SuperIbu.com adalah milik Puan Salwa dimana beliau adalah seorang ibu yang mempunyai 4 orang cahayamata. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee yang berjaya selama 16 tahun, Penasihat Penyusuan Susu Ibu Malaysia, Pengamal Kaedah Natural Parenting, Pengamal dan Penggiat Gentle Birthing Malaysia. Sangat hebat bukan... Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Ibrahim yang dilahirkan secara Gentle Birthing. Kini anak comel itu akan menyambut kelahirannya yang pertama.. 


buat Ibrahim, Selamat Ulang Tahun yang pertama. Semoga Ibrahim menjadi anak yang sihat, kuat dan soleh. Semoga Ibrahim sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala bencana dan malapetaka. Semoga Ibrahim membesar dengan sihat dan sempurna. Bertuah kamu mempunyai ibu yang sangat penyayang... 

Sekian, review yang ikhlas daripada saya. 

Pada kawan kawan yang nak join contest hebat ini sila lah ke link ini ya...





Setia Bersamamu JDT

Hati memang panas kalau diimbas kembali kekalahan JDT melawan TRW pada Sabtu lepas
Lagi panas bila ada fans TRW yang menghina mengutuk mencaci fans JDT

Tetiba hari ni aku baca satu blog yang aku rasa aku nak share dengan semua orang.. 
Suka sangat baca entry dari blog Cinta Itu Misteri
Aku ada ramai kawan kawan baik dari pantai timur.. tapi mereka tak pernah pun kutuk JDT okeh.. mereka sangat open minded.. we are 1 Malaysia.. so who are u to provoke our team??? 

copy paste from blog Cinta Itu Misteri... Salute dengan akak... this is LARKEN !!!

Masing-masing masih demam enam satu lagi, baik TRW mahupun JDT. Iya betul... JDT dah kalah itu pasti, tapi ingat... nasib TRW belum tentu lagi. Rancangan Allah baik sekali dan kami tidak pernah menyesali. 

Wahai penyokong TRW, berhentilah mengutuk mengeji mencaci. Apa yang kalian dapat, kerana sejak awal musim lagi kalian cukup benci dengan JDT? Apa sebenarnya salah kami? Budi bahasa budaya kita, rata-rata ada agama, tapi ayat tak pernah nak jaga.

Wahai penyokong JDT, bersabarlah... tetapkan jati diri. Jangan dibalas kata-kata mereka, kerana kita tiada kuasa. Kalau masih berbalas-balas juga, kita akan sama seperti mereka. Diamkan saja, tahun depan kita bangkit lagi dengan semangat baru yang lebih jitu.

Terima kasih TMJ kami kerana membawa arena bola sepak Malaysia ke mata dunia melalui experimentasi JDT. Mereka sudah nampak kita, tempiasnya kami rasa, di mana-mana saja mereka pasti memperkatakan curva kita. Kami sungguh pecaya TMJ akan memberikan sesuatu yang terbaik di musim depan nanti.

Untuk penyokong-penyokong tegar JDT berdiri bersama skuad BOS sejati, terima kasih segalanya. Sokongan yang diberi membakar semangat segenap jiwa anak jati JDT. Dari bayi kecil hingga veteren pencen, tak malu menggayakan jersi JDT tak kira mana mereka pergi. Lihatlah, di mana saja, walaupun kalah enam satu, tak pernah malu, bergaya penuh megah tak perlu goyah. Untuk semua warga, tetaplah menyokong negeri sendiri, tanah tumpah Johor Darul Tazim. Tapi......malang sekali bila anak jati turut sama-sama mengutuk mengeji. Bila menang bersorak tempiak, bila kalah mulalah berpaling tadah.

■■ Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah ■■


Seterusnya....

Harapan kami.....agar pemain-pemain baru yang bakal dipilih memenuhkan skuad JDT musim depan nanti, bermainlah dengan sepenuh hati. Jangan goyah kerana penyokong JDT tetap memberi sokongan tanpa henti, walau kalah kami tetap menyanyi memberi semangat baru agar dapat bangkit kembali.

Harapan kami......agar pemilihan pemain yang baru nanti lebih banyak anak jati, yang bermain untuk negeri sendiri kerana semangat anak jati lain sekali. Sanggup bermati-matian kerana di dalam hati tertanam sifat jati diri.

Mohon kembali...
♥ Irfan Fazail - Harimau Muda ♥ 
♡ Fazli Sas - Harimau Muda ♡ 
♥ Norazlan Bakar - Selangor ♥
♡ Fandi Osman - Harimau Muda ♡
♥ Rizal Zamri Yahya - ATM ♥
♡ Idris Karim - Negeri Sembilan ♡

《Kami terguris》









《KAMI PASTI BANGKIT》

Al-Fatehah untuk Arwah Adam Farish b. Muhamad Al-Hafiz....

note : Aku suke ayat akak ni.. "Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah"... hahaha.. pengulas sukan malam tu memang mcm lahanat.. hahaha.. asal aku dari JOHOR... setia aku bersamu JOHOR... 

Penghijrahan & office baru

Cerita lama
takdelah penghijrahan sangat
entry ni sempena wordless wednesday aku yang ntah keberapa ntah... tgk aje link ni

Setelah 7 tahun berada di pejabat yang sama kini tibalah masanya untuk aku mencari suasana yang baru
Bila dapat tawaran untuk berpindah ke pejabat yang lain aku dengan rasa berat hati menerimanya
Kenapa berat hati?
Sebab yang pertama, aku takut kalau tempat baru tidak seindah tempat yang aku ada sekarang ini
Sebab yang kedua, aku takut aku tak dapat kawan kawan yang baik macam sekarang ini
Sebab yang ketiga, aku takut bila aku berpindah keadaan aku bertambah buruk bukan bertambah baik
Dengan ketiga tiga sebab itu aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan akhirnya dengan perbincangan suami isteri aku menerima pertukaran ini dan menerima apa sahaja yang akan berlaku kelak



Bila terima surat pertukaran aku ni nak tak nak aku kenelah berpindah. mencari kawan baru dan suasana baru gituw. tapi kawan lama tetap di hati ken. hahaha
Perasaan time tu? macam macam okeh. excited  + nervous
Bila tiba masa aku melaporkan diri di tempat baru, alhamdulillah.. 
3 sebab aku takut untuk bertukar itu dah hilang serta merta
Alhamdulillah, bos aku sangat baik hati dan pemurah orangnya... yang penting memahami dengan title ibu anak kecil. 
Alhamdulillah, tempat yang indah, aman lagi bahagia
Cuma aku tak ramai kawan di sini. Mungkin sebab aku baru..(ok itu ayat nak sedapkan hati sendiri) hihihi
Tapi kawan kawan baru yang ada ni pun alhamdulillah baik baik belaka
Boleh dibilang dengan jari tangan campur jari kaki kawan kawan yang aku ada di sini
Tapi aku tetap merindui kawan kawan terbaik aku di sana. 
Semoga mereka tidak pernah melupakan aku disini. (mula sedih dah ni)



taraaaa.. muka yang bosan ken... layankan aje.. 
Semoga aku mendapat ilmu yang baru disini.
Selamat bekerja.


Wordless Wednesday : Novel

02 October 2013


bila dah mula membaca memang susah nak berhenti walau seketika..

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign