blog kay & yana: Salah Siapa

Salah Siapa

01 August 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Alhamdulillah pejam pelik pejam pelik lagi beberapa hari je kita akan meninggalkan bulan yang penuh mulia ini. Entah sempat entah tidak kita jumpa Ramadhan tahun depan. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk kita sama sama sekali lagi merasa nikmatnya bulan yang penuh keberkatan ini. InshaAllah


ok. Back to the topik.. salah siapa? apa yang aku nak ceritakan disini tentang hal hal pentadbiran sesebuah taska. I will explain the situation and ur guys can make any perception. Di putrajaya ini sangatlah susah mencari tempat yang terbaik buat si manja yang baru lahir. Selama 3 bulan kita bersama dia, dan sampai masanya kita harus bekerja dan meninggalkan si kecil yang tidak tahu apa apa pada orang lain. Terpulanglah kepada kita mahu meletakkan anak itu di rumah pengasuh dan di taska. kedua duanya mempunyai permintaan yang tinggi di sini. Sebelum aku bersalin aku dah mencari pengasuh dan taska. Tapi aku memilih taska yang sama sebab Rayyan juga disitu. Senang. Sekali hantar je. Pemilik taska menyuruh aku isi form di online dan bayar duit booking. Aku buat seperti yang diminta. Aku bayar RM200 untuk taska reservekan tempat anak aku nanti. Of courselah aku tidak akan menghantar Aryan masa dia 3 bulan. Opah aku menjaga cicitnya dengan penuh kasih sayang. tapi hanya mampu sebulan sebab Opah memang a busy oyang.. huhuhu.. then aku minta my SIL untuk jagakan atas keizinan my MIL. Sebab aku memang tak sampai hati nak hantar baby sekecil itu di taska yang aku sedia maklum tidak akan melayan dia sepanjang masa. Sebagai ibu pastinya kita mahukan anak kita mendapat perhatian tapi berapa ramai lagi bayi yang memerlukan perhatian. not only my son. yes.. that why i always inform the owner yang i akan hantar my baby lambat but still in this year.. the same year.. 


Bila Aryan hampir 8 bulan aku rasa sudah tiba masa nya dia dihantar ke taska. Sampai bila adik ipar aku nak jagakan? dia juga punya keinginan duduk bersama ibunya. so dengan berat hati aku maklumkan kepada owner taska yang aku akan hantar Aryan akhir bulan 7. Korang tahu dia cakap apa? Maaf puan dah penuh. kita memang tak boleh terima lagi dah. ok then. bengang yang pertama. bila aku tanyakan pasal duit deposit tu. dia boleh cakap burn dengan rasa tidak bersalah nya... WTF???Burn? Bila aku tanya kenapa burn. dia cakap sebab puan sepatutnya hantar bulan 5 tapi puan tak hantar.. so kita kira burn la... another WTF?? Kay dah bengang jugak.So dengan budi bahasanya kay bahasakanlah owner itu.. "Puan, saya dah bayar RM200 untuk booking anak saya. Sepatutnya puan perlu reservekan tempat anak saya untuk tahun ini. Kalau puan kata dah penuh puan sepatutnya maklumkan kepada kami yang puan tak boleh terima anak kami. bukan diam macamtu then burn duit orang. Dalam syarat puan mengatakan sekiranya saya membuat pembatalan duit booking tidak akan dipulangkan tetapi dalam masalah ini yang salah di pihak puan sebab puan yang taknak terima anak saya. Kalau puan rasa puan takboleh pulangkan duit booking saya, saya akan rujuk ke tribunal lah" that its.. terus owner tu cakap oklah kami pulangkan duit. 

pada aku tak salah ko nak terima or tak terima.. tapi pentadbiran taska ko ni biarlah teratur. duit orang amek tapi data orang yang booking tu ko tak tau apa apa.. Biarlah kerja tu secantik nama dan semahal yuran. Barulah orang boleh cakap bagusnya taska ni. Pentadbiran sangatlah caca marba. so oklah. aku pun dah dapat pengasuh buat aryan. Tahun depan aku perlu cari tempat yang lain. So korang rasa salah siapa? Salah aku yang hantar lambat ke? herm... 

-sekian-

note : gambar hanya penyedap mata ketika membaca. 


15 comments:

  1. Byk je yg begini...ni jugsk antara dilema saya yg saya alami

    ReplyDelete
  2. betul tue...akak sokong dengan mai...

    ReplyDelete
  3. mna blh gtu kn..mmg slh dorang..nsb ckp gtu klu x hngus gtu ja.

    ReplyDelete
  4. pihak pengurusan taska la yg salah ni kan...

    ReplyDelete
  5. He'eh, cenggitu pulak ye? Teruk betul la sitem pentadbiran diorang nih? Dag terang2 salah dioranglah, dah orang dah bayar booking boleh pulak dia burn2.. Lainlah kalau dear yang batalkan.. Ntah hape2 ntah..

    ReplyDelete
  6. opkoz la salah dia.. bila hubby yana dah ugut baru kata nak pulangkan duit..nmpk kan slh sape?? berani krn bnr ye tak.. huhu..kalo dah nama pun booking, mana boleh dia kata dah penoh.. mesti awal2 dah tmptkan ank yana.. booking mende namanya tu..huh.. deqla pulak naik geram..huhu..sabo2 bulan pose ni..haha...

    ReplyDelete
  7. duit nak...tapi perkhidmatan tak tyerurus...memg sakit hati....

    ReplyDelete
  8. haishh...dah amik duit boleh pulak buat mcm tu....

    nmpk sgt nak untung je...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    setuju apa yg mai buat tuh..hak kita kot duit tu klu xder dlm pjanjian utk burn

    Salam ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yer :-)

    ReplyDelete
  10. Alolo comeynya Aryan,sebijik muka akak.hehe akak sabar jela ye.bulan puasa ni mmg sll byk dugaan.kdg2 tu xtertahan utk menahannya.

    ReplyDelete
  11. sampai mcm tu..lya tak tau lak pegurusantaska smpai camni,.. sdgkn daftar sekolah tadika pon kalo cance dia pulang balik deposit...

    salam aidilfitri
    maaf zahir n batin

    ReplyDelete
  12. salah dia lah..nak burn kan duit org pulak

    ReplyDelete
  13. bkn sepatutnya blh dpt duit blik ke? sbb sis byk deposit kan

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign