blog kay & yana: hospital putrajaya

Showing posts with label hospital putrajaya. Show all posts
Showing posts with label hospital putrajaya. Show all posts

Welcome to the world Wan Khairi JR

26 August 2015

Lama menyepi kan.. tulah.. 2-3 hari ni sibuk ulang alik ke hospital. Alhamdulillah adik ipar aku (adik Kay) dah selamat melahirkan seorang lagi hero dalam keluarga Mak Jah dan En Mat... ahahahaha... Disebabkan adik ipar aku ni czer jadi kenalah stay lama sikit kat hospital. So aku kena menghantar family in law ke hospital Putrajaya. Kesian ibu mertua ku lama menunggu cucunya keluar.. Alhamdulillah... selamat dah kedua duanya.. 

Adik ipar ni sebenarnya dah overdue dah. Due dia sepatutnya 15 Ogos 2015. Since tak bersalin dan takde tanda tanda nak bersalin dia ditahan wad pada 22 Ogos 2015. Itupun kena tunggu katil kosong sebab sebelum ni dia pergi serah diri kat hospital penuh memanjang je katil kat HPJ tu. Khabarnya, hospital Serdang tutup sebab dieorang buat renovation dekat labour room. Kajang pun penuh. So kalau terpaksa kena tolak HKL. Nasib baiklah dapat juga rezeki dia bersalin kat Putrajaya. hihihihi... ok sambung. 23 Ogos 2015 (Ahad) Doc bagi satu ubat induce.... Petang tu dia dah sakit sakit.. Tapi aku rasa dia sakit contraction tu tak konsisten so aku tak rasa tu contraction yang nak bersalin. Nurse pasang CTG pada perut dia untuk tengok heartbeat baby. Normal. So baby masih ok. Bila cek bukaan baru 3 cm. okay... Tunggu tapi tiada khabar berita. Isnin pagi dapat berita adik ipar aku akan ke labour room bila bila masa sahaja menunggu katil di labour room kosong untuk proses bersalin... Jadi kami hanya berdoa dari jauh semoga segala urusan mereka suami isteri dipermudahkan. Jam 4.30 petang tak silap aku dia ditolak ke labour room dan air ketuban di pecahkan di wad. 

Kiteorang kat rumah ni menunggu penuh debaran berita dari husband dia. Doc jangka 3-4 jam dah boleh bersalin. Tapi lepas 4 jam pun takde khabar berita. Mak mertua dah tak senang duduk. Lastly dapat wassap dari husband dia bagitahu Doc terpaksa operate adik ipar sebab bukaan adik ipar aku terlalu lambat. 8 jam hanya bukak 1cm. setiap kali masukkan ubat baby stress and maybe will affect the heartbeat so decide operation. Lebih kurang 2 pagi lahirlah seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini.. Allahuakbar.. Alhamdulillah semalam kami dah jumpa ibu dan babynya.. Dua dua selamat.. Semangat anak buah aku tu. 3.6 kg.. sedap sungguh duduk dalam perut ibu dia sampai taknak keluar jumpa abg Rayyan dengan abg Aryan... 

Yeay... selamat berpantang uda.. Tahniah... korang dah upgrade jadi mama papa...!!!

note: sorry takde gambar baby... nak tengok datang sendiri.. hihihihi.. 

Excident Sebelum Pagi Raya Pertama

04 August 2015

Sebelum kita cerita pasal hari raya pertama raya kedua raya ketiga dan raya raya seterusnya jomlah kita cerita pasal kejadian sebelum pagi raya pertama. So bila aku tepek gambar gambar kami satu family takdelah keluar soalan "kenapa dahi laki ko tu bertampal plak yana?".. kalau ada yang tanya sila lah baca entry ni... taip sambil menangis okeh... ahahahahah.. ok tu aku tipu..

 Pertama kali dalam hidup aku hadapi dugaan begini. Sesungguhnya betul lah cakap orang orang tua... Malang tu memang tak berbau.. kalau bau kita ni dah selamat la kat dunia ni... Tahun ni kami memang beraya di Melaka.. rumah ibu mertua ku... So kay minta aku balik dulu saing adik dia... Dia akan balik malam raya lepas dia tutup kedai di uptown tu. tutup kedai jam 3 pagi. So aku estimated dia akan sampai dalam 4.30 atau 5.00 pagi...  tiba tiba pukul 5 pagi dia call aku.. nasib baik la aku ni tersedar walaupun handphone aku tu aku cas jauh nun di sana. Naluri isteri barangkali... Bila aku angkat dia tak bercakap tapi aku dengar bunyi kecoh macam orang bising bising... Aku ingat dia da sampai kat depan pintu rumah mak dia... aku pun call lah balik. Bila aku call balik dia cuma cakap... "ayg, abg excident".... apalagi.. terbuntang luas la mata aku ni... terus panik.. terus tanya dia macam mana boleh excident... tapi dia punye suara macam cool je tak taulah sebab taknak aku panik atau dia tahan sakit atau whatever.. time tu aku speechless. aku tanya dia kat mana.. dia ckp kat nilai.. Nilai?? 5 pagi masih kat nilai.. pukul brp dia gerak dari rumah sebenarnya??? time tu soalan bertubi tubilah dalam kepala otak aku nih.. tapi tak terluah pulak sebab aku panik... aku pun tak ingat ape yang aku cakap kat dia.. yang aku tau die suruh kejut smua orang.. orang pertama yang aku kejut adik ipar aku yang no 2. Angah. Lepastu kejut adik ipar aku yang ketiga uda. lepastu kejut ayah mertua aku.. Aku tak bagi kejut mak mertua aku sebab aku tak nak dia risau susah hati nanti takut dia sakit pulak. So aku minta tolong beras eh biras aku tolong bawak aku pergi tempat kejadian. Aku call kay minta dia hantar location. Dia hantar location hospital seremban. Rupanya dia dah ada dalam ambulans.. makanya bergegaslah aku , biras aku dan bapak mertua ku ke hospital seremban jam 5.30 pagi di pagi raya pertama tu. Bayangkanlah.... sedih tak sedihlah....

Kay wassap aku gambar ni.. gugur juga jantung time tgk gambar ni. rupanya dia selfie dalam ambulan.. sempat lagi tu.

Dalam pukul 6.30 pagi aku sampai Seremban aku terus tanya kaunter. bla bla bla.. akhirnya aku masuk dalam BILIK KECEMASAN SEPARUH KRITIKAL... pintu tu terbuka so aku dengan bapak mertua aku ni main masuk je.. agaknya pagi raya kot doctor pun tak sampai hati nak halau kitaorang suruh tunggu kat luar... ahahahahaha... sebab aku rasa aku dengan bapa mertua aku je orang luar yang sihat dalam tu. so aku assume orang luar tak boleh masuk.. tapi ada aku kisah.. aku tanya doctor kot kotlah dia tahu kay kat mana.. dengan sopannya dia kata wife En khairul ke? laju je aku anggukkan kepala... terus doctor tu cakap ok tunggu sekejap eyh dia tengah salin baju... ok.. dia suruh tunggu sekejap bukan tunggu kat luar.. so aku tunggulah kt situ sambil perhatikan org org lain yang terbaring kat atas katil.. dalam hati bersyukurlah Allah kurniakan aku kesihatan yang baik... 

Dalam 20 minit kot baru aku dibenarkan tengok kay. Time tu dia baru tukar uniform hospital. Aku tanya doctor kena warded.. doctor tu gelak je sambil sambil tu dia cakap.. "eh takdelah.. boleh raya arini"... laki aku pun gelak... padahal kening dah terkoyak tu. ahahaha.. then doctor bagitahu kening kay tu perlu dijahit dan kaki dia perlu di x-ray untuk pastikan tiada patah atau retak. 

Pagi raya aku sedih sangat bila dengar orang takbir kat tv. Aku tak berani nak call mama baba wish selamat hari raya sebab CONFIRM aku nangis. CONFIRM... aku tak pernah lagi tau beraya kat hospital. So aku hantar wasap je kat mama baba dengan airmata yang berlinangan. ceewahh.. tak memasal aku bapa mertua ku dgn biras aku pagi raya makan roti canai keras okeh.. punyalah susah nak cari kedai makan pagi raya tu kat Seremban. Jenuh jugak pusing. Lastly jumpa la mamak yang tak berapa mamak... Aku memang takdak selera nak telan apa apa. Minum air teh o je tupun tak abes. Punyalah kelat tekak ni rasa. Hati dah meronta ronta nak makan ketupat mak mertua ku tau... Sabar je lah.. 

Lebih kurang jam 10.30 pagi rasanya, segala rawatan yang diperlukan kay selesai. Kening dia berjahit, kaki dia bengkak.. mujur takde yang patah riuk. kalau tak menangis tak berlagu la jawabnya. Lepas dibenarkan keluar hospital kiteorang terus buat report di Balai Polis Trafik Nilai. Dah macam balik Putrajaya balik dah rasanya... Settle kat balai polis barulah balik rumah. Sampai rumah mak mertua dah berlinang air mata tengok satu satunya anak lelaki dia dah bertampal kat kening tu hah. Benda dah nak jadi. Syukurlah Allah panjangkan lagi umur suami aku tu. Bersyukur sangat. Kereta remuk takpelah janji laki den selamat.. 

Gambar kami di pagi raya yang hening.... 

Berhati-hatilah di Jalanraya Sahabat semua... Mungkin kita dah cukup berhati-hati orang lain pulak buat jalan tu macam jalan bapak dia sendiri. Apapun bacalah doa sebelum memulakan perjalanan . Hanya Allah sebaik baik pelindung buat kita semua. In Sya Allah

Time to rest my fingers guys.. lenguh tau menaip... ahahahahaha....



 Kesian dia.. 9 tahun kami bela dia.. baik je.. luka luka sikit tu standard la.. la ni dia kena masuk klinik.. lama sangat.. patah kaki kami ni nak merayap sana sini. Dahlah ni je satu satu je kereta yang kami ada.. Dia lah yang bawa aku pergi pejabat.. dia bawa anak anak aku pergi sekolah.. dia bawa kami pergi Alamanda.. dia bawa kami balik kampung..segala galanya dia lah.. Bila dah injured macam ni...susahnya hati... GWS JJX.. 

Chapter 2 kita cita lain entry eyh...

Selamat Hari Raya...
 

Aryan Muzaffar di wad ABC

31 January 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

kita sambung lagi cerita dari entry sebelum ni ye...

Keesokkan harinya pagi pagi lagi nurse dtg bilik aku untuk mandikan aryan... lepas da mandi da siap pakai baju hospital, nurse ckp nak amek darah aryan sebab nampak mcm kuning.. aduhhhh... sekali lagi gabra... dan sekali lagi tangan aryan akan dicucuk untuk amek darah... kesian kan... ape boleh buat.. lepas amek darah tu aku terpaksa tunggu sampai petang sebab jam 6 ptg adalah jam terakhir antibiotik akan masuk.. lepas tu dah.. tak payah masuk antibiotik plak.. kalau kuning tinggi posibility besar akan stay lg di wad yg sunyi tu... owh tidakkk... 

tunggu punye tunggu punye tunggu... dalam tengah hari tu doktor pun datang.. doktor pakar yg aritu aku jumpe kat NICU datang untuk tgk aryan... doktor tu bgtahu yang darah aryan bersih.. takde kuman atau virus... so bleh stop antibiotik... cme tggu result darah kuning je.. aku tanye sampai bile nak tunggu result tu.. doktor tu ckp mungkin petang ni da tau.. ok.. kami menunggu dengan penuh sabar dan doa... 

sampailah ke petang tak dapat result darah aryan... dua tiga kali juga aku tanya misi kat situ... hihihi.. hati aku mmg meronta nak balik aritu jugak.. taknak tdo lg dah... dalam beberapa jam, datangla seorang misi ni bwk fail.. aku pasti tu fail milik aryan... btul... nurse tu cme ckp.. ok puan.. dah bleh discharge.. fuhh punyelah gembira dan leganye.. dan die pun brief kami tentang rawatan aryan selama seminggu di wad... die brief kami  apa yang patut kami lakukan.. bla bla bla... kami dgr penuh khusyuk.. mmg rasa tak sabar sgt nak discharge.. kesian rayyan asyik tanyakan adik die je... 

so, aku berdoa harap harap inilah kali terakhir Aryan Muzaffar ditahan di hospital... biarlah die membesar dengan sihat dan sempurna... amin.

apapun, terima kasih atas doa kalian semua...
setelah panjang berjeler jeler mehla kite layan gambar gambar aryan semasa si comel ni di hospital yer...






kesian kan.. kiri kanan tangan die kene cucuk.. sesungguhnya aku bukanla ibu yang kuat untuk hadapi semua ni... semoga Allah sentiasa melindungi anak anak aku daripada penyakit penyakit yang merbahaya.. oh ye.. kalau korang perhatikan betul betul gambar yg last tu ada mcm darah sikit kt sekitar kelopak mata dia.. itu adalah effect daripada die terbelit tali pusat masa die nak keluar... tapi sekarang dah takde dah.. alhamdulillah..

-sekian-

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign