blog kay & yana: Welcome to the world Wan Khairi JR
Welcome to the world Wan Khairi JR
26 August 2015
Lama menyepi kan.. tulah.. 2-3 hari ni sibuk ulang alik ke hospital. Alhamdulillah adik ipar aku (adik Kay) dah selamat melahirkan seorang lagi hero dalam keluarga Mak Jah dan En Mat... ahahahaha... Disebabkan adik ipar aku ni czer jadi kenalah stay lama sikit kat hospital. So aku kena menghantar family in law ke hospital Putrajaya. Kesian ibu mertua ku lama menunggu cucunya keluar.. Alhamdulillah... selamat dah kedua duanya..
Adik ipar ni sebenarnya dah overdue dah. Due dia sepatutnya 15 Ogos 2015. Since tak bersalin dan takde tanda tanda nak bersalin dia ditahan wad pada 22 Ogos 2015. Itupun kena tunggu katil kosong sebab sebelum ni dia pergi serah diri kat hospital penuh memanjang je katil kat HPJ tu. Khabarnya, hospital Serdang tutup sebab dieorang buat renovation dekat labour room. Kajang pun penuh. So kalau terpaksa kena tolak HKL. Nasib baiklah dapat juga rezeki dia bersalin kat Putrajaya. hihihihi... ok sambung. 23 Ogos 2015 (Ahad) Doc bagi satu ubat induce.... Petang tu dia dah sakit sakit.. Tapi aku rasa dia sakit contraction tu tak konsisten so aku tak rasa tu contraction yang nak bersalin. Nurse pasang CTG pada perut dia untuk tengok heartbeat baby. Normal. So baby masih ok. Bila cek bukaan baru 3 cm. okay... Tunggu tapi tiada khabar berita. Isnin pagi dapat berita adik ipar aku akan ke labour room bila bila masa sahaja menunggu katil di labour room kosong untuk proses bersalin... Jadi kami hanya berdoa dari jauh semoga segala urusan mereka suami isteri dipermudahkan. Jam 4.30 petang tak silap aku dia ditolak ke labour room dan air ketuban di pecahkan di wad.
Kiteorang kat rumah ni menunggu penuh debaran berita dari husband dia. Doc jangka 3-4 jam dah boleh bersalin. Tapi lepas 4 jam pun takde khabar berita. Mak mertua dah tak senang duduk. Lastly dapat wassap dari husband dia bagitahu Doc terpaksa operate adik ipar sebab bukaan adik ipar aku terlalu lambat. 8 jam hanya bukak 1cm. setiap kali masukkan ubat baby stress and maybe will affect the heartbeat so decide operation. Lebih kurang 2 pagi lahirlah seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini.. Allahuakbar.. Alhamdulillah semalam kami dah jumpa ibu dan babynya.. Dua dua selamat.. Semangat anak buah aku tu. 3.6 kg.. sedap sungguh duduk dalam perut ibu dia sampai taknak keluar jumpa abg Rayyan dengan abg Aryan...
Yeay... selamat berpantang uda.. Tahniah... korang dah upgrade jadi mama papa...!!!
note: sorry takde gambar baby... nak tengok datang sendiri.. hihihihi..
saya pon baru dpt anak sedara bary ..lahir 26 ogos lepas..bby gurl..sukenyaa.a..hihihi
ReplyDelete