blog kay & yana: saya jual

Showing posts with label saya jual. Show all posts
Showing posts with label saya jual. Show all posts

Testimoni Bidara Shower Gel

28 January 2016

Ok petang petang gini kita layan testimoni Bidara Shower Gel. Ada sorang akak ni dia dah 3 kali beli Bidara Shower Gel dengan aku. Katanya anak dia serasi dengan Bidara Shower Gel ni. Tidur pun dah tak meracau lagi. erk? aku sajalah tanya kenapa dengan anak dia. Dah 3kali baru berani nak tanya tu pun bila dia dah start cerita dulu pasal anak dia ni. Apa punya seller lah.. haha.. Aku ni jenis tak suka tanya benda benda yang tak best yang buatkan seseorang tu down akibat masalah masalah tertentu. Gitttuuu...

Akak ni bagitahu anak dia macam lemah semangat sebab dieorang satu family pernah diganggu jin/syaitan. Dah pernah berubat dan Alhamdullillah lama lama 'benda' yang mengganggu mereka satu keluarga pergi. Yang ni kena berubat dengan ustaz atau pun perawat yang betul lah. Kalau salah takut makin menjadi jadi pulak gangguan tu. Kakak ni cerita dia ada dua anak. Anak pertama dia lelaki. Anak dia yang lelaki ni macam lemah semangat. Mungkin dia pernah diganggu atau dia pernah nampak Wallahualam. Kadang kadang nak ke dapur pun takut. Nak kesana sini semua kena mak dia teman. Mak dia pun dah pernah bawak dia berubat.  Jadi mak dia cuba beli sebotol dulu Bidara Shower Gel untuk anak dia. Katanya ustaz yang merawat mereka kata bidara bagus untuk elakkan gangguan jin/syaitan ni. Bila anak dia cuba sebotol nampak anak dia serasi dan kurang demam. 










Alhamdulillah. Aku sebagai seller cuma mengharapkan customer customer kesayangan sentiasa serasi dengan produk produk yang aku jual. Bidara Shower Gel ni bukan boleh mengelakkan gangguan tapi boleh juga digunakan untuk kesihatan kulit. 

Kalau korang nak cuba Bidara Shower Gel ni boleh beli dengan aku ye. Wassap je aku dan aku akan terus membalasnya. Cewahh...!!!

Bidara Shower Gel 500 mls 
RM29.90 
Pos + RM7.00 untuk Semenanjung RM10.00 untuk Sabah & Sarawak 

Call / Wassap 
0197191992


Terima kasih sebab sudi membaca... Jemputlah beli ya. 

Baybie Cream dan Baybie Soap

27 August 2015

Hari ini aku nak berkongsi tentang satu produk. Produk ini dikeluarkan dan diformulasikan oleh seorang doktor perubatan iaitu Dr. Zulkifli Sharif. Sebenarnya aku terbaca tentang produk Baybie ini dari blogger kak Ila Saleh. Daripada beliau aku tahu tentang produk Baybie ni. Bila aku baca satu persatu status daripada FB Dr. Zulkifli Sharif ni aku tertarik dengan cara beliau sebagai seorang doktor. Beliau merupakan seorang doktor yang berusaha untuk mencari penawar atau rawatan tanpa menggunakan bahan bahan kimia. Dan ternyata produk Baybie ni tidak mengandungi bahan bahan kimia. Produk ini mengandungi bahan bahan organik yang selamat digunakan oleh semua peringkat umur khasnya buat bayi yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema ataupun ruam ruam yang biasa terjadi pada bayi ataupun yang mengalami masalah kulit kering. In Sya Allah, produk baybie ini mampu membantu masalah masalah tersebut. 





Bagi yang tertanya tanya apa isi kandungan cream dan sabun ni boleh refer gambar di atas. Semuanya adalah daripada bahan bahan organik. 


Harga baybie cream ni seperti gambar di atas. Oh ye.. Minion aku tak jual ye.. kalau korang nak cari sendiri kat toys n rus ke... hihihi.. Aku jual cream dan sabun je. Sabun pulak harganya RM19.00. Murah je kan.. Mampu milik In Sya Allah...


Produk Baybie ni mempunyai 3 jenis kuantiti. 30g, 50g dan 100g. Pembelian setiap 100g akan mendapat sabun baybie secara percuma. Dan promosi ini akan tamat pada 30 September 2015. 



Menurut Dr. Zulkifli, sabun baybie ini adalah handmade. Jadi pengeluaran sabun ini amat terhad kerana perlu menjaga kualiti organik yang ada dalam produk ini. Dalam produk Baybie ni juga ada daun gelenggang. Rupanya daun ni berfungsi untuk membantu masalah kulit. So memang sesuai untuk semua peringkat umur . In Sya Allah. 


Testimoni daripada pelanggan Dr. Zulkifli Sharif masa produk ni belum ada nama lagi. Alhamdulillah.. produk muslim yang penuh dengan bahan bahan semulajadi In Sya Allah berkesan dan membantu. 

Harga produk Baybie:

Baybie Soup (RM19.00)
RM25.00 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM29.00 termasuk kos poslaju ke Sabah/Sarawak

Baybie Cream 30g (RM29.90)
RM35.90 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM39.90 termasuk kos poslaju Sabah/Sarawak

Baybie Cream 50g (RM45.00)
RM51.00 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM55.00 termasuk kos poslaju Sabah/Sarawak

Baybie Cream 100g (RM79.90)
RM85.90 termasuk kos poslaju Semenanjung Malaysia 
RM89.90 termasuk kos poslaju Sabah/Sarawak

Untuk pembelian produk Baybie Cream & Baybie Soup boleh hubungi saya wassap/telegram/sms:

Yana 
019-7191992

Jemput beli ye.. produk buatan org Muslim kita.... Selamat membeli. 


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign