blog kay & yana: pelbagai

Showing posts with label pelbagai. Show all posts
Showing posts with label pelbagai. Show all posts

Jom ke Benut Pontian.

19 August 2014
Dah baca Cerita Syawal Pertama kiteorang ? Kalau belum silelah baca.. kalau tak pening lalat pulak nanti... Masih di Syawal pertama. Lepas tutup pintu semua kiteorang pun mulakan perjalanan raya pertama ke rumah Arwah Pakcik Harun. Arwah abang baba aku. Arwah meninggal seminggu sebelum nak raya.. Sedih dan terkejut. Arwah ni memang jarang kiteorang dapat jumpa. Susah la nak jumpa dia sebab dia buat kerja macam macam nak tanggung family dia. Actually dia bukan dari keluarga yang senang tapi dia tak pernah minta tolong atau bantuan siapa siapa pun untuk ringankan beban dia. Baba kadang kadang tolong hulur sikit sikit je tupun dia taknak. Arwah memang jenis tak suka susahkan orang lain hatta adik beradik sendiri.

Memang dah jadi kewajipan kiteorang setiap kali raya kiteorang mesti akan ziarah rumah arwah kat Benut Pontian.. Selain dari menziarah kiteorang ke sana untuk makan burasak dengan ketupat lui.. pernah dengar tak? Sedap gile.. Hari Raya je jumpa ni... Hari lain tak jumpa tau tau tau.. Ni makanan orang bugis. Orang bugis kalau tak kenal burasak sila bunuh diri yerk.. hahahahaha.. 

kredit to uncle google...

Nilah rupenya burasak. Burasak ni boleh makan dengan rendang...Tapi nak marvelous makan dengan lauk ikan terubuk masak asam pedas... perghhhhhhh..... confirm tak pandang benda lain dah.. Makcik (isteri arwah) memang pandai buat burasak nih... Memang tak pernah mengecewakan kalau dia buat... Confirm sedap. 


Nak masuk rumah arwah pakcik aku tu kiteorang kena park kete kat luar pastu jalan kaki sikit lalu ladang kelapa sawit baru sampai rumah dia. Adventure sangat kat.. So kata sepupu aku arwah pakcik aku tu meninggal masa dia dok buat jambatan tu... Dulu jambatan tu kecik je... Nak masuk kete kancil pun takut takut... So dia buat guna kudrat dia sendiri besarkan jambatan tu supaya kiteorang nak datang ziarah hari raya nanti boleh bawa masuk kereta. Tak payah parking kat luar dah. Tak payah jalan redah kelapa sawit dah.. Tapi hajat arwah tak kesampaian sebab masa dia dok buat tu dia sakit dan akhirnya Allah SWT menjemput dia dengan cara yang tenang.. Al-Fatihah... 


Dia dengan gadget papanya... Masa kiteorang lalu kat ladang kelapa sawit tu kan nyamuk punyelah banyak dok menjemput kiteorang... Dah sama sama terbang si nyamuk dengan kiteorang yang jalan kaki.. Dah macam pakej pulak rombongan Ariffin beserta nyamuk di belakang.. Menyesal pulak tak bawak cream nyamuk tu.. Kesian Aryan kena gigitan cinta dari nyamuk nyamuk kat situ.. Abes bintat kepala muka dia... hahahaha.. Lupe pulak nak amek gambar sebab syok makan burasak.. Lama jugak kiteorang kat rumah arwah... Dah puas borak barulah kiteorang gerak... Tupun sebab dah ramai yang datang rumah arwah... Mungkin family sebelah makcik aku kot... sebab kiteorang tak kenal pun. hihihihi.. 

Amek gambar atas jambatan yang arwah tak sempat siapkan.. 


Rayyan dengan Aryan tengok ikan dalam longkang tuh... Kat kampung longkang-longkang dieorang besar.. sampai boleh buat mandilah... hahahaha.. 

Lepas dari rumah arwah kiteorang terus balik rumah. Tak kemana.. Raya kedua baru kiteorang plan nak terjah muar.. Banyak rumah lagi perlu diziarah. Doa yang kami dapat berikan. Semoga arwah pakcik aku tenang di samping PenciptaNYA.. Semoga arwah bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 


Bila anak mengamuk

16 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan

kisah kali ini kisah seorang sahabat... seorang ibu yang kasihkan anak... seorang anak yang tidak ditunaikan permintaan nya (padahal ibunya tidak faham anaknya nak apa) hihi.. maka, tanpa disengajakan si anak terbalinglah botol susu yang masih penuh ke ibunya.. anak yang masih kecil tidak tahu apa apa... tidak tahu rasa bersalah... ibu yang mengerang kesakitan mengambil apa sahaja yang ada bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak di mata... ye.. kebetulan si anak membaling botol tepat kena pada mata ibunya... tapi demi kasihkan anak si ibu hanya menahan tanpa memarah atau merotan si anak... yelah anak pun tak tahu die baling botol tu sampai lebam mata ibunya.... kesian... hihihi... 


nampak ke kesam lebam mata pada kawan aku ni???  kalau tak nampak tgk gambar bawah ni pulak,..


apa boleh buat.. anak punya pasal.. mula mula aku ingat die dok kelahi ngn laki die... rupenya sebab anak baling botol susu... lama jugak kesan die.. dari hari jumaat aritu sampai harini hari selasa pun tak hilang hilang lagi... =)

-sekian-


Selamat Hari Guru

16 May 2013
Assalamulaikum 
Salam Muhibbah

aduhai.. awatlah malas sangat nak updated blog la ni pun tak taulah... huhuhu... apepun aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru guru di Malaysia... tanpa anda siapalah kami.. chewahhh.... Guru ni tanggungjawab die BESAR.. sebab tu gaji die pun BESAR.. hahaha... ingat senang ke nak didik budak budak zaman sekarang ni... koje nak melawan je kan... nak nak sekarang ni budak budak zaman siber kan... sikit sikit cikgu yang kene.. hahaha.. 


buat guru guru sekalian yang ada di Malaysia ni.. didiklah anak anak murid mu dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.... didikla mereka sehingga mereka mampu membantu negara dan bangsa.. didiklah mereka dengan agama dan ilmu pengetahuan... didiklah mereka sehingga mereka menjadi manusia yang berjaya...


note: student la ni jgn dok ngegade sgt ek.. cikgu garang sikit da lapor kt berita kata kene dera... dulu aku kene rotan dekat 90 kali takde pun sibuk sibuk nak g kecoh kt berita... sbb kene rotan? failed dlm add maths.. tu makan die.. hehehehe.. 

-sekian-

WW: amek mood bekerja....

13 March 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

11.03.2013 - merupakan tarikh hari pertama aku akan mula bekerja dimana aku tidak lagi bersama Aryan Muzaffar dalam masa 8 jam.. hua hua hua.. mmg agak MALAS dan MALAS untuk mula bekerja tapi apakan daya.. hidup di bandar metropolitan ini memerlukan kos yang tinggi jadi aku perlu bekerja untuk membantu suamiku mencari nafkah.. cewaahhh.. ayat novel gitu... jgn ada yg muntah sudah.. 

 - muke org kene keje setelah 'honeymoon' 3 bulan ...

aku akan cuba updated satu persatu aktiviti aku sepanjang aku berpantang dan bercuti bersalin ni... hihihi.. banyak btul cerita yang nak aku coretkan.. cuba aku perlukan masa dan masa serta masa.. hahaha.. masa mmg sangat pantas berlalu sekarang ni.. pejam pelik pejam pelik aku da kene keje semula... so jomla kite bekerja dengan minda yang positif serta niat yang baik.. amin...

happy working ya!


Selamat Hari Wilayah

01 February 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah




Selamat Hari Wilayah bagi semua warga warga wilayah persekutuan.. 



Persiapan Mama dan Baby

07 December 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

harini aku cuba untuk mencari ruang dan masa untuk updated serba sedikit tentang diri aku yang sekarang ni tengah berdebar debar untuk menunggu hari melahirkan rayyan junior... selesa beno die dalam perut mama dia ni... dah 39 minggu pun still taknak keluar lagi... harap harap sebelum 40 minggu atau sebelum 'dipaksa' die nak keluar la jumpa mama papa dan abangnye... Rayyan Danish dah tak sabar sabar nak jumpa baby... semakin bijak Rayyan Danish sekarang.. aku dan kay akan cuba sedaya upaya untuk terapkan nilai nilai kasih sayang dalam diri die.. chewaahhh.. so far aku rasa die bleh jadi seorang abang yang baik dan bertanggungjawab.. hopefully.. amin...

ok.. persiapan untuk anak kedua ni agak lewat sikit aku dan kay sediakan... nak masuk 9 bulan baru kami sibuk sibuk  beli baju dan segala kelengkapan dia... almaklumlah.. tiga kali scan tiga kali Doc bgtahu gendernye adalah lelaki jadi kami rasa kami bleh guna semula barang barang abangnya yang dulu.. tapi kami beli la baju baru dalam 5 atau 6 helai untuk menyambut kedatangan si comel ini... so, bila dah beli tu, aku mulalah mengemas beg untuk persiapan aku dan baby di hospital nanti.. 


untuk baby

- 3 pasang baju new born
- 1 pasang blanket
- tuala
- 2 barut
- tuala kecil
- baby wipes
- 1 set mandian baby
- minyak telon
- 1 helai bedung
- 3 pasang sarung tangan dan kaki
- 7 helai pampers 

untuk mama

- kain batik
- baju kemeja
- stokin
- tuala kecil


kalau tak cukup aku suruhlah kay blek umah jap amek lagi... tp harap harap cukuplah sebab aku memang berdoa supaya bersalin pagi (time Rayyan Danish di sekolah) dan bleh keluar wad sebelum senja.. InsyaAllah.. korang doakan aku yerk... 

-sekian-



Takziah buat keluarga Nurul Hezrina.

29 November 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Dah lama aku tak updated blog... sebab sekarang ni aku tgh berusaha untuk menyelesaikan kerja kerja sebelum aku bercuti panjang... back to the topik, malam tadi mama call aku bagitahu pakcik halim , ayah kepada wan nurul hezrina telah pun kembali ke rahmatullah... speechless dan semestinya aku sgt sgt sedih... korang mesti kenal nurul hezrina kan.. owner blog My Little Honey Dew... mmg aku sedia maklum abah die sakit dan baru menjalani pembedahan untuk buat tapak dialisis.. tp sudah tiba masanya... bile mama call aku mmg sgt sedih.. tak tau nak ckp ape.. rasa nak je ke melaka melawat tp keadaan aku yang tengah tunggu hari untuk bersalin membuatkan mama tak bagi aku datang... hanya mampu sedekahkan doa dan yaasin dr jauh...  

family aku ngn family nurul mmg rapat... mungkin sebab abah nurul adalah abang yg rapat dengan baba aku..  pakcik halim adalah pakcik yang sgt rapat dengan aku... pasti aku akan merindui usikkan arwah... arwah sangat suke anak lelaki...sebab adik beradik nurul semua perempuan.. so arwah sgt suke melayan abang dan adik lelaki aku... dulu masa kecik kecik bila cuti sekolah je pasti kami akan menghabiskan masa cuti persekolahan kami di rumah nurul... arwah adalah pakcik pertama yang aku bwk kay jumpe... 

al-Fatihah buat pakcik yang aku sayang... takziah buat nurul, jaja, erin dan ain.. ain, do ur best in ur SPM ok... terlalu besar dugaan korang... pasti kite akan rasa kehilangan yang teramat sangat... semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang orang yang beriman... InsyaAllah... doa anak anak yang solehah akan sampai pada arwah di sana.. AMIN

note : mama bagitahu aku, arwah akan dikebumikan sebelum jam 11.00 pagi... menaip sambil menitiskan air mata... aku sayang korang semua... thanks...

-sekian-

-AL- FATIHAH-



Curang Picu Sakit Jantung...?

02 November 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Hari Jumaat

korang apa khabar? sihat ke? dah lama aku tak updated blog kan... minta maaf la ye kengkawan.. especially pada kawan kawan GSF...cerita banyak tp nak menaip tu.. alahai.. tuhan jelah yang tahu betape penyakit M aku tu sgt besar dalam diri ini.. maka tergendalahlah segala entry bagai.. tp harini aku nak share something ngn korang... aku jumpe artikel ni dalam majalah sihat semalam dekat klinik masa aku nak checkup... jom tgk...

 
 renung renungkan dan selamat beramal.. hihihi

topik hotfm pagi ni kan tajuk die : isteri upah penyiasatan persendirian untuk mengintip suami mereka ketika berada di luar rumah akibat suami yang sering curang... ehem...

-sekian-





kerana FACEBOOK ......

12 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

 
Kerana FACEBOOK, sahabat boleh jadi musuh
Kerana FACEBOOK, adik beradik boleh bergaduh
Kerana FACEBOOK, bos dan pekerja bergaduh
Kerana FACEBOOK, pasangan bercinta boleh putus cinta
Kerana FACEBOOK, pasangan tunang boleh putus tunang
Kerana FACEBOOK, suami isteri boleh bercerai berai

Boleh dikatakan semua orang ada FACEBOOK sekarang ni... FACEBOOK media sosial yang sgt sgt sgt meluas zaman ni... kalau dulu ada myspace ada friendster... sekarang ni ada FACEBOOK... jaranglah org takde akaun FACEBOOK kan..  Oleh yang demikian, janganlah salah gunakan FACEBOOK... FACEBOOK boleh memberikan seribu kebaikan tapi FACEBOOK jugak boleh bagi sejuta keburukkan.. terpulanglah pada kita nak gunakan ia sebagai apa... Salam Hari Jumaat kengkawan

note : hari ni aku kene minum air gula.. Last Check up doktor cakap air ketuban aku banyak... so aku kene minum air gula untuk pastikan aku takde kencing manis... doakan aku ye kengkawan.. first time ni nak minum air gule.. hehehe... 

 -sekian-

Wordless Wednesday #11 : Sempat Ke?

10 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

dah petang baru nak buat entry Wordless Wednesday kan... ape kes??? entahlah.. hahaha.. cube korang tengok gambar kat bawah ni:
-
-
-
-
-



hah.. korang rasa kan sempat tak aku nak siapkan keje keje ni sebelum aku bersalin dan bercuti panjang? jeng jeng jeng.. usaha tangga kejayaan kan... tapi korang kenelah doakan supaya baby ni kuar ikut due die... jgn kuar awal or lambat... perancangan tu penting kan... hehehe..happy wednesday korang !!!

-sekian- 
 note : psss... happy birthday buat mama arina... big boss untuk Geng Segar Follower... semoga mama arina dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat... happy birthday yerk.. ramai geng geng buat entry wish birthday utk mama arina.

Set Tanamera Postanal

Assalamualaikum..
Salam Muhibbah

Hari ni aku nak cerita sikit tentang Set Tanamera Postanal... aku mule mengenali Tanamera ni melalui seorang kawan... kak D dengan Mekchu.. dieorang ni la racun utama aku mmg nak giler set tanamera nih.. hehehe.. so bile tibe masanye aku pun oder la set tanamera ni dengan harga RM360.00 .. Alhamdulillah.. jumaat lepas wat payment isnin tengah hari tu dah sampai dah barang barang yang aku oder... harga tu dah termasuk harga postage ye... 

 - tadaaa.. dah selamat sampai.. TQ Tanamera

dalam set yang aku oder tu ada 11 barang... antaranya adalah:
1) Cold Pressed Virgin Coconut Oil 
2) Brown Formulation Soap 
3) Herbal Massage Oil 
4) Lavendar Floral Water 
5) Feminine Herbal Wash 
6) Herbal Bath 
7) Herbal Tea 
8) Firming Herbal Blend Paste 
9) Abdominal Wrap 
10) Calming Blend Paste 
11) Boreh Body Scrub

Sebelum aku beli set ni memang aku banyak buat research tentang sesuatu produk tu.. so aku google google tentang produk ni.. antaranya aku jumpe penerangan produk ni dari blog redmummy... yang bestnye produk ni takde mengandungi herba yang boleh memudaratkan baby kite if kite nak fullybreastfeedkan baby kite... InsyaAllah, baby takkan kene kuning ataupun kembung perut akibat jamu yang kite makan sebab set tanamera memang dijamin tiada penggunaan jamu..
  
- dalam set tu dia siap bagi buku manual.. penerangan lebih terperinci macam mana nak gunakan barang-barangnya.

dan lagi satu yang buatkan aku memilih set ni adalah sebab set ni ada Virgin Coconut Oil (VCO) dimana daripada testimoni yang aku baca, VCO ni boleh mengurangkan kesan strechmark dan boleh membantu memudahkan kelahiran... dimana kita boleh meminumnya dan menyapu si kawasan perineum kita... tapi semuanye dengan berkat Allah SWT jua... kite hanya merancang dan berusaha... InsyaAllah ianya hanya membantu... hehehe..

- hah ni la die VCO yang aku nak sgt tu.. sabun tu pun katanye sgt best digunakan... dua barang ni boleh digunakan sebelum bersalin... semoga VCO ni mampu membantu memudahkan kelahiran rayyan danish junior nanti.. InsyaAllah

So bagi preggy mum yang mana masih tercari cari nak gune ape masa berpantang korang boleh buat research dengan lebih lanjut di website TANAMERA dan blog redmummy ... dan boleh baca testimoni testimoni mereka yang telah mencuba...


note : InsyaAllah kalau diberi kesempatan nanti aku akan updated testimoninya pulak ek... doakan aku dan baby selamat sihat dan sempurna.. amin..

-sekian-
 

Good Luck adik adik PMR ...

09 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Hari ni dah start exam PMR kan? wah mesti debar debar adik adik yang nak amek exam kan... aku pun ada adik yang exam PMR hari ni.. Semoga dia dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan senang... Semoga Allah SWT terangkan hati dia untuk menjawab semua soalan.... Semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya kelak.. InsyaAllah...

 

so for Qilah, Good Luck and All the best... baca doa penerang hati banyak banyak... jangan pk benda lain setakat ni... ngadapla buku tu... sementara waktu je pun.. lepas exam nak ngadap FB ke handphone ke.. ngadap la sampai muntah.. hehehe.. jawab leklok.. jangan tinggal solat... jangan lupe salam tangan mama baba sebelum g sekolah ok... kak ngah doakan qilah berjaya dengan cemerlangnya.. chaiyok chaiyok !!!

and good luck jugak untuk calon calon PMR yang lain... semoga berjaya ye... 


note : teringat zaman zaman aku sekolah dulu. time PMR aku dpt result hancur sebab hari hari kot cikgu dok maki kelas aku sbb kelas aku adalah kelas yang dikenali sebagai kelas yang kuat melawan cakap cikgu dan tidak hormat cikgu... mcmmana aku bleh dok kelas tu aku pun tak tau.. tp alhamdulillah... aku terpilih jugak dalam kelas sains masa form 4... time tu aku nekadlah nak belajar betul betul.. hihihihi...alhamdulillah.. sekarang ni berjayalah jugak mencipta kehidupan yang baik... Alhamdulillah.. 


 belajar pandai pandai dik.. esok esok awak jugak yang senang... cita cita doktor kan.. hahaha =p
amin...

-sekian-

Cerita Hari Raya Lagi.. SIL tunang.

08 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Masih ingin cerita tentang hari raya lagi.. walaupun dah basi kan.. hahahaha.. raya ketiga kami gerak ke melaka.. rumah ibu mertua ku.. raya raya selepas tu takde ape ape aktiviti sebab masing masing sibuk dengan persiapan pertunangan adik ipar aku pada minggu tuh.. so pada hari sabtu tu, 25 Ogos 2012 berlangsunglah hari pertunangan adik ipar aku secara sederhana....

 make up by kayyana... hehehe... bidan terjun namanyer... 

- ketibaan pihak lelaki.. aku pun tak kire berapa biji kereta..

- ok.. penyambut tetamu dah mula nak nyibuk menyambut tetamu tetamu yang sampai...

- perbincangan antara dua belah pihak... InsyaAllah.. majlis perkahwinannya akan diadakan selepas 2 tahun.. sebab adik ipar aku ni pun belajar lagi kan.. biarlah die dapat keje dulu ke kumpul duit sikit sikit untuk buat perbelanjaan kawin... so blehlah buat grand sikit kan.. susah jugak kalau nak buat majlis ni takde budget.. walaupun belah perempuan ni dpt duit hantaran.. zaman sekarang ni mahal mahal belaka... hehehe.. pihak lelaki pun dah dimaklumkan tentang perkara ni.. kalau cepat adik ipar aku tu dpt keje, cepatlah dieorang kawin.. hahahaha.. 

- peace mama and peace rayyan danish with his botol shushu...

- hantaran sebelah pihak perempuan 

- hantaran sebelah pihak lelaki

- mcm kenal tak? pilihla yang mana satu... lalalalala

- gambar bersama keluarga tunangnye... kredit gambar curik dari murahgerek.blogspot.com

 - pon curik dari murahgerek.blogspot.com.


 ok... org tua tua ckp masa bertunang ni kene jaga diri betul betul... time ni org yg takde tetibe je ade.. org yg tak ramai peminat tetibe je ramai.. time ni mcm mcm benda benda pelik ... percaye ke? entahlah.. zaman tunang aku dah berlalu.. tp masa tunang mmg masing masing hot... hahahah.. yang penting niat dan hati kene mau SETIA dan JUJUR... 

-sekian-


Senyum Hari Jumaat

05 October 2012
 Assalamualaikum.
Salam Muhibbah
Salam Hari Jumaat...

pagi pagi bukak muka buku nampak gambar ni terus tersenyum... 10 kali tgk gambar baby dengan cat ni sepuluh aku aku tersenyum... hehehe... cuba korang tgk betul betul.. betapa sayang nye baby kat kucing nih.. dan betapa tenangnye kucing tu dalam pelukkan baby tu.. hehehe.. senyum hari jumaat...
 


 comel kan?

Rayyan Danish takut dengan cat sekarang nih.. sbb cat pernah serang die.. hehehe

-sekian-

Magnum dari Boss

05 April 2012
Salam Muhibbah,

Semalam tengah hari kiteorang lunch together-gether gitu dengan staff office dan juga salah seorang boss di office kiteorang lah.. boss ni mmg best giler.. tak kisah pun kalau g makan dengan kerani or despatch... pangkat bukan segalanye bagi die okeh.. hehehe.. so humble and so sporting... then, lepas lunch tu, die beli ice cream magnum.. apelagi.. kene paw la dengan anak buah kan.... hehehe.. so, dengan baik hatinye bos belanja kiteorang makan ice-cream magnum sebagai pencuci mulut.... thank you boss..


rasa mcm nak paw lagik je... hehehehehe... Magnum Almond is the BEST...

Wordless Wednesday #10 : F.E.B.R.U.A.R.Y.

29 February 2012

 Salam hari Rabu u all...


harini hari terakhir di bulan Februari.. dan di bulan Februari 2 orang kesayangan aku telah menyambut hari lahir mereka.. Semoga mama dan opah sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Semoga segala doa mama dan opah dikabulkan Allah SWT.. Sesungguhnya aku sangat sangat menyayangi mereka berdua.. seumur hidup aku.. 

Selamat Hari Jadi Mama
Selamat Hari Jadi Opah

note: gambar diedit oleh kekasih hati
MURAH GEREK

Bila SYAITAN menghasut

27 February 2012
Salam semua..
Apa khabar kawan kawan?
Blues Monday kah??? hehehe.. samalah kite.. 

Aku share satu cerita dengan korang..  antara hasutan syaitan dan simpati... 

camni citernye.. 

Sabtu malam tu aku sekeluarga ke karninval WOW...
bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, kami bercadang untuk naik motor je... tp kene 2 trip sebab ada adik ipar aku sekali.. so mne muat nak sumbat semua naik motor kapcai tu je kan kan kan.. huhuhu... 1st trip kay antar aku & rayyan danish... then kay patah blek amek adik ipar aku.. nasib baiklah rumah dekat je.. tak rasa sgt masa menunggu tuh.. sementara tunggu kay dan adik ipar aku, aku mencari tempat duduk.. sambil tu layankan si rayyan danish dok joget joget dengar lagu STACY... aleh aleh aku nampak macam handphone... tgk tgk belek belek.. memang btol handphone.. BLACKBERRY kaler MERAH lg... uihhh haiii. termenung jap sambil tgk handphone yg aku jumpe tuh... 

bisikan syaitan : amek je... simpan terus dalam beg... kalau ade org call jgn angkat.. 
bisikan simpati : erm.. tak baik amek org punye.. kesian die.. mana tau die beli handphone tu susah payah.. ikat perut baru bleh dapat handphone blackberry tuh
bisikan syaitan : amek je.. jgn byk pk.. nnt kalau taknak guna bleh jual.. kalau takpun pakailah.. nampak handphone tu mcm baru lg... tak payah beli handphone malah updated blog dah.. leh main gune handphone je...
bisikan simpati : jgn jgn.. mesti die tengah susah hati cr handphone die hilang.. cuba kalau barang kesayangan kite hilang.. sedihkan.. baik pulangkan mana tau esok esok barang kite hilang org akan jg dan pulangkan pada kita.. kesian dia... 

tgh termenung termenung tu aku cuba nak cari no contact yg boleh aku call untuk pulangkan handphone tuh.. dalam beberapa minit aku tunggu kat situ, ada sorang budak perempuan datang.. terus aku ckp 

"u cari handphone ke?" budak perempuan tu angguk angguk je.. then aku hulurkan hak die... 

Alhamdulillah.. aku masih ada rasa simpati dan nampaknya bisikan syaitan tidak mampu mengoda aku.. hehehe.. 


 note : aku ni bukanlah baik sgt.. kalau aku nak amek je handphone tu boleh sangat.. amek dan blah je.. sbb time tu org mmg takde kat situ.. aku dengan rayyan je.. tp aku ni percaya pada hukum KARMA... kalau satu hari nanti barang barang aku tertinggal, aku harap org yg jumpe barang barang aku tuh punya hati yang suci dan ada rasa simpati.. InsyaAllah..

Yusry & Lisa Surihani sah suami isteri

24 February 2012
Salam Jumaat


“Biasanya apabila kita bersama orang tersayang, kita mahu menjadi diri sendiri. Tetapi apabila saya bersama Yusry, saya mahu menjadi lebih baik lagi,” komen Lisa Surihani apabila ditanya tentang keistimewaan Yusry sehingga berjaya menambat hatinya.
Dalam masa yang sama, heroin filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini juga mengakui dia sudah dapat merasakan Yusry adalah yang terbaik untuk dirinya semenjak di awal perkenalan lagi.
“Awal-awal lagi kami telah buat keputusan untuk mengambil serius dengan perhubungan kami. Bukan try and error. Apabila perhubungan kami sampai ke tahap ini, sudah pasti saya rasa gembira dan bersyukur. Bagaimanapun, saya juga berasa agak sebak kerana terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada,” ujar Lisa sambil menggenggam erat tangan Yusry.

Sementara itu, Yusry juga berkongsi tentang perasaannya sebelum acara akad nikah bermula. Jelas Yusry, walaupun ini pernikahan kali kedua buat dirinya, tetapi dia tetap merasa gementar.
“Terus-terang saya katakan, saya merasa gementar walaupun nampak tenang. Selepas Lisa sah menjadi isteri saya, barulah rasa lega,” ujar Yusry berterus-terang.
Sama seperti Lisa, Yusry juga diminta menjelaskan sebab-sebab yang membuatkan dia tertawan kepada Lisa. Jelas lelaki ini, terlalu banyak sebab yang membuatkan dia jatuh cinta.

“Di mata saya, Lisa tidak punya kekurangan. Semuanya sempurna. Saya tertarik dengan budi bicara dan tingkah-lakunya. Lisa seorang yang lemah lembut, sopan-santun, menghormati orang tua, serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekali dia meninggikan suara kepada saya. Jadi tidak keterlaluan kalau saya katakan, Lisa berjaya membuka pintu hati saya untuk bercinta lagi,” ujar Yusry.

Terdahulu, pasangan popular ini tampil membuat pengumuman tentang majlis perkahwinan mereka pada 24 Disember 2011. Dalam sidang media yang juga diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu, pasangan ini turut memberitahu yang mereka memilih untuk tidak bertunang.
Seperti yang GUA laporkan sebelum ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Manakala, pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Berikut adalah senarai hantaran daripada kedua-dua belah pihak:-


Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai


 entry copy paste dari blog ANJE.
 

AL-FATIHAH buat adik FARIS NUR DANIEL

Salam semua,

Aku rasa berita pemergian adik Faris Nur Daniel, 6 tahun ini telah diketahui ramai. Bila aku dapat tahu adik Faris Nur Daniel meninggal dunia, aku terus cari blog blog yang bercerita tentang si comel ini. Maka terjumpalah blog Mazidul Akmal Sidik dan blog Redmummy


 Ini adalah gambar adik Faris yang paling membuatkan aku sedih.. sedih teramat sangat.. apatah lagi ibu dan bapanya.. mungkin adik Faris tahu yang die akan pergi untuk selamanya dan die juga sedih meninggalkan orang orang yang dia sayang. Semoga Allah SWT memberikan ketabahan dan kekuatan buat mereka sekeluarga.. adik Faris dimasukkan ke NICU, Sime Darby Medical Centre, pada 1 Februari 2012 dan dan pada 23 Februari 2012 adik Faris menghembuskan nafas yang terakhir dan kembali kepada PenciptaNya. Menurut blog Mazidul dan Redmummy, adik faris menghidap penyakit HLH (Haemophagocytic Lympho Histiocytosis) ataupun lebih saintifik dan mudahnya adalah barah darah. 

Ini adalah gambar ketika si comel ini masih sihat.. siapa sangka kan.. beliau sakit dan pergi hanya seketika.. sakitnya peritnya hanya Allah yang tahu. aku juga seorang ibu..aku paham perasaan ibunya. Ketika anaknya bertarung nyawa, pasti ibunya sanggup mengganti tempat dia supaya anaknya terus sihat dan gembira seperti dulu. Harapan dan Doa seorang ibu sama sahaja. Ingin melihat anak-anaknya membesar dengan sihat, bijak dan sempurna. Tiada seorang ibu pun di dunia ini mahu kehilangan anak. tiada. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan ketabahan dan kekuatan kepada keluarga adik Faris. Syurga adalah tempat mu sayang.. AL-FATIHAH.

aku copy ayat-ayat ini dari blog Redmummy.
 
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.
Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.

Mama sayang Rayyan Danish.. terlalu sayang... Semoga Allah SWT melindungi anak mama dari penyakit penyakit yang merbahaya. AMIN.


note: lg sedih aku bc the latest entry dr blog Mazidul bila kakak dan abang adik Faris buat kad untuk arwah.. berjujuran lagi airmata aku... 
 

Updated Blog..!!!

16 January 2012
Salam ,
Ingatkan hari ni nak updated blog tp.... tp... tp... erm.. aku lupe bwk laptop... tak syok updated blog gune pc opis nih.. takdak gambar pun... pastu feel die tak best mcm updated blog gune laptop.. hehehe.. esok aku updated okeh..

-sekian-

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign