Salam Jumaat
“Biasanya apabila kita bersama orang tersayang, kita mahu menjadi diri sendiri. Tetapi apabila saya bersama Yusry, saya mahu menjadi lebih baik lagi,” komen Lisa Surihani apabila ditanya tentang keistimewaan Yusry sehingga berjaya menambat hatinya.
Dalam masa yang sama, heroin filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini juga mengakui dia sudah dapat merasakan Yusry adalah yang terbaik untuk dirinya semenjak di awal perkenalan lagi.
“Awal-awal lagi kami telah buat keputusan untuk mengambil serius dengan perhubungan kami. Bukan try and error. Apabila perhubungan kami sampai ke tahap ini, sudah pasti saya rasa gembira dan bersyukur. Bagaimanapun, saya juga berasa agak sebak kerana terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada,” ujar Lisa sambil menggenggam erat tangan Yusry.
Sementara itu, Yusry juga berkongsi tentang perasaannya sebelum acara akad nikah bermula. Jelas Yusry, walaupun ini pernikahan kali kedua buat dirinya, tetapi dia tetap merasa gementar.
“Terus-terang saya katakan, saya merasa gementar walaupun nampak tenang. Selepas Lisa sah menjadi isteri saya, barulah rasa lega,” ujar Yusry berterus-terang.
Sama seperti Lisa, Yusry juga diminta menjelaskan sebab-sebab yang membuatkan dia tertawan kepada Lisa. Jelas lelaki ini, terlalu banyak sebab yang membuatkan dia jatuh cinta.
“Di mata saya, Lisa tidak punya kekurangan. Semuanya sempurna. Saya tertarik dengan budi bicara dan tingkah-lakunya. Lisa seorang yang lemah lembut, sopan-santun, menghormati orang tua, serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekali dia meninggikan suara kepada saya. Jadi tidak keterlaluan kalau saya katakan, Lisa berjaya membuka pintu hati saya untuk bercinta lagi,” ujar Yusry.
Terdahulu, pasangan popular ini tampil membuat pengumuman tentang majlis perkahwinan mereka pada 24 Disember 2011. Dalam sidang media yang juga diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu, pasangan ini turut memberitahu yang mereka memilih untuk tidak bertunang.
Seperti yang GUA laporkan sebelum ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Manakala, pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Berikut adalah senarai hantaran daripada kedua-dua belah pihak:-
Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla
Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai
entry copy paste dari blog ANJE.
No comments:
Post a Comment