blog kay & yana: saje je

Showing posts with label saje je. Show all posts
Showing posts with label saje je. Show all posts

Kenapalahhhhhhh malass sanggaatttt....

03 July 2014
Aduhai... berdebu rasanya blog ni... kenapalah aku ni malas sangat nak updated blog ni... kenapalah aku ni tak macam blogger yang lain... walaupun dieorang ada komitmen yang banyakkk tapi blog tetap cantik je berupdated... kenapalahhhh ko ni malasss sangat yana oiiii... adoiiii.... ok.. mata dah macam panda... mood berblogging welcome to mama plsssss.... hahahaha...

TATA... 


Wordless Wednesday : Tak sihat

04 June 2014
Lately ni saya tak sihat... tekak bengkak + batuk + sakit gigi.. Dugaan Allah untuk bersihkan dosa saya yang seluas lautan... Happy Wednesday... uhuk uhukkkkk...





Kuat Merajuk

14 November 2013
Sekarang ni si abang kuat betul merajuk. Marah sikit merajuk. Cekak pinggang sikit merajuk. Dah serupa gegirl pula. Tak macho langsung. Entah kenapa buat perangai camtu aku pun tak pasti. Mungkin nak perhatian lebih dari adik. Mungkin.




Gaya gaya budak merajuk. Sekejap baring, sekejap duduk, sekejap tutup muka. Macam tulah. Padahal takde pun kena bantai ke ape. Marah sikit je pun dah merajuk serupa gitu. Pening jap. Bila tanya kenapa merajuk dia boleh jawab "takde apa".. panas tak? hahaha.. panas panas pun sayang ye...

MIMPI

26 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan

Aku tak tahu sebenarnya nak ceritakan daripada mana. erm... oklah.. ahad lepas lepas aku sahur dan solat subuh aku sambung tidur.. pada aku hari minggu adalah hari yang perlu digunakan sepuas puasnya. cas batery gitu. hihihi.. lepastu aku mimpi seseorang... seseorang yang aku sayang yang telah pergi meninggalkan aku dan keluarganya buat selama-lamanya. korang mesti kenal blogger Nurul Hezrina kan.. mummy kepada 2 orang puteri yang comel (Humaira & Sofia)... aku bukan mimpikan dia tapi aku mimpikan arwah ayahnya. arwah ayahnya adalah bapa saudara aku yang paling aku sayang. 



aku mimpi arwah datang ke rumahnya di Melaka. ketika tu aku seolah olah menetap di rumah tersebut bersama anak anaknya yang lain. nurul pun masuk dalam mimpi aku juga. hahahaha.. mula mula aku yang nampak arwah... aku kaget aka terkejut aka terkedu.. dalam hati for sure la rasa takut kan sebab dalam mimpi tu kami semua tahu beliau dah meninggal. then bila aku nampak dia dok jalan jalan sambil senyum kat aku, aku diam je.. sepatah haram pun aku tak cerita dengan sesiapa. lepas tu aku lepak dengan jaja (adik nurul no 2) dan secara kebetulan kami sama sama nampak arwah sedang lalu lalang depan kami.. aku tanya jaja.. " ja, ko nampak tak apa yang aku nampak" dia mengangguk, terus kami kejar arwah. bila kami dah dapat kejar arwah, kami nampak anak anak arwah yang lain dah keliling dia sambil peluk.. aku pun peluk arwah.. memang terasa pelukan arwah tuh.. dia nampak sangat sihat, muka dia sangat tenang, dia senyum sepanjang masa, arwah pakai songkok, baju melayu, dan kain pelikat masa itu. kami semua tanya "abah macam mana" dia cuma jawab "abah dah selamat dah. abah selamat".. arwah dok ulang ayat tu... lepas kami berborak tapi aku tak ingat borak pasal apa.. then aku terus bangun masuk toilet. lepas tu tak boleh tidur dah.. ingat nak msg nurul tapi aku taknak dia sedih nanti kalau aku cerita kat dia. 

bila aku cerita pada Kay, dia senyum je pastu dia cakap Arwah nak awak ingat dia la tuh.. herm.. mungkin.. lately ni pun banyak kali aku ckp ngn kay yang aku nak g kubur arwah hari raya nanti. harap harap tercapai impian aku.. amin.. aku pun sedekahkan al-fatihah dan malam tu aku sedekah beberapa ayat al-quran buat arwah ayah saudaraku. Abdul Halim bin Abdul Rahman. Al-fatihah

nurul : kalau ko baca cerita aku ni ko janganlah nangis ye. =) sebab masa aku taip cerita mimpi aku ni aku pun tengah dok tahan air mata. Insha Allah, arwah tenang di sana. doalah selalu sebab doa anak anak yang solehah akan bantu dia diSANA. Insha Allah. 

Ashraf Muslim , Dayana , Wan Sakinah

22 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Minggu lepas sehinggalah sekarang ini nama Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah menjadi perbualan kebanyakkan media. Kisah mereka hangat diperkatakan didada akhbar. Akibatnya hidup mereka menjadi buruan cerita setiap akhbar.


Mereka telah selamat diijabkabulkan di Thailand pada 7 Julai yang lepas. Kenapa harus di Thailand? jawapan hanya pada pasangan ini. Menurut Ashraf Muslim, pernikahan mereka direstui oleh kedua dua belah pihak dan ibu bapa Wan Sakinah menerima Ashraf Muslim menjadi menantu mereka. - tidak terfikirkan mereka ibu bapa mereka betapa hancurnya perasaan Dayana dan keluarga dengan penipuan dan sikap Ashraf Muslim? ibu bapa Ashraf Muslim takkan tiada rasa bersalah terhadap keluarga besan mereka? no komen


Bahagiakah dia diatas penderitaan orang lain... hati wanita ini tiada siapa yang tahu.


tiada apa yang perlu aku komen di sini.. kerana aku juga punya suami, punya keluarga. Tiada seorang pun isteri di dunia ini sanggup berkongsi kasih sayang suami. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang bahagia apabila suaminya memeluk wanita lain.. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang sanggup melihat suaminya menipu dirinya hidup hidup. TIADA. Apapun alasan Ashraf Muslim, caranya telah membuatkan orang ramai hilang hormat padanya kerana dia sendiri tidak hormatkan isterinya sendiri. 

Semoga Ashraf Muslim dan Wan Sakinah bahagia dengan perancangan mereka. Dan semoga Dayana terus tabah menghadapi dugaan berumahtangga. Semoga Allah SWT menjauhi bala seperti ini didalam rumahtangguku. AMIN.

kredit to : BEAUTIFULNARA

-Sekian-

Hilangkan Ngantuk

15 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

masih berpuasakah kalian? kalau ya alhamdulillah... semoga kita semua tabah menghadapi kelaparan dan dahaga di bulan puasa ni..menguji keimanan kita jugak... tak tahu nak cerita apa...kalau da banyak sangat cerita pun susah jugak sebab tak tahu nak mula dari mana.. apapun jomla layan gambar ni..



cara nak hilangkan ngantuk... snap gambar, edit di mana mana software yang korang suka then updated la blog korang semua.. hahahaha... 

#mondayblues... (kalaulah blog pun boleh hashtag kan kan kan)

-sekian-

Wajah baru blog...

10 May 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah


owh.. aku terlupe sesuatu.. blog aku dah berubah wajah.. yeay..!!! korang perasan tak? hahaha.. mestilah korang perasan tak? obvious giler kot... sgt la poyo kalau tak perasan.. tp bg pengunjung pertama kali of course la korang tak perasan... aku baru je ubah wajah blog aku nih... dan header sekali.. so.. aku nak minta pendapat u oll tentang wajah baru blog aku nih.. ok tak? berat tak? apepun aku sgt menghargai komen daripada u olls semua... sayang u oll ketat ketat... dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada kak ros yang comel lotey tu sebab sudi edit blog aku sehingga menjadi cantik jelita... nanti nak minta kak ros edit lagi la.. bile da boring dengan wajah yang lama haruslah bertukar ke wajah yang baru kan kan kan... apepun terima kasih ye kak ros.. yana puas hati sgt.. =)


kak ros ckp muke kay over sgt... biasalah.. laki ai tu kan... mmg suke hover hover dr bini die... kihkihkih.. jemputlah singgah ke blog laki aii itew yer... http://murahgerek.blogspot.com ... pada yang nak blog korang diubah wajahnye, boleh lah roger kak ros ni... die mmg sgt sgt sgt kreatif dan sgt senang deal ngn kak ros.. 


-sekian-

Janganlah marah dia...

09 May 2013
Assalamualaikum 
Salam Muhibbah

Sepanjang Rayyan Danish bergelar abang ni so far takdela perangai die yang suke usik adik die.. setakat hari ni masa ini saat ini ketika ini die mmg sayang sangat kat adik dia.. terover sayang pun ade... orang lain nak amek mmg tak boleh.. nanti die nangis suruh kite amek blek adik die tuh.. alahai .... alhamdulillah.. Rayyan Danish mmg sayang adik die... dulu sebelum deliver mmg perasaan tu takut sebab takut Rayyan Danish tak dapat terima adik die.. tp dari hari pertama lagi die memang suke sgt adik die... hihihih.. kalau kite marah adik die kan.. bkn mrh btul btul pun..mrh manje manje je... kalau kite marah nanti Rayyan Danish akan ckp... "Janganlah marah die mama... nanti die nangis kang... hah" comel giler bile si abg ckp mcmtu.. hihihi.. bile kte marah je adik mesti keluar dialog tu.. takde dialog lain da... hahaha. yelah yelah.. mama tak marah adik lagi ok.. 



mama sayang kamu berdua sampai bile bile... harta kami dunia akhirat.. jadi anak yang soleh ye sayang.. amin.

-sekian-

WW: amek mood bekerja....

13 March 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

11.03.2013 - merupakan tarikh hari pertama aku akan mula bekerja dimana aku tidak lagi bersama Aryan Muzaffar dalam masa 8 jam.. hua hua hua.. mmg agak MALAS dan MALAS untuk mula bekerja tapi apakan daya.. hidup di bandar metropolitan ini memerlukan kos yang tinggi jadi aku perlu bekerja untuk membantu suamiku mencari nafkah.. cewaahhh.. ayat novel gitu... jgn ada yg muntah sudah.. 

 - muke org kene keje setelah 'honeymoon' 3 bulan ...

aku akan cuba updated satu persatu aktiviti aku sepanjang aku berpantang dan bercuti bersalin ni... hihihi.. banyak btul cerita yang nak aku coretkan.. cuba aku perlukan masa dan masa serta masa.. hahaha.. masa mmg sangat pantas berlalu sekarang ni.. pejam pelik pejam pelik aku da kene keje semula... so jomla kite bekerja dengan minda yang positif serta niat yang baik.. amin...

happy working ya!


Aryan Muzaffar di wad ABC

31 January 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

kita sambung lagi cerita dari entry sebelum ni ye...

Keesokkan harinya pagi pagi lagi nurse dtg bilik aku untuk mandikan aryan... lepas da mandi da siap pakai baju hospital, nurse ckp nak amek darah aryan sebab nampak mcm kuning.. aduhhhh... sekali lagi gabra... dan sekali lagi tangan aryan akan dicucuk untuk amek darah... kesian kan... ape boleh buat.. lepas amek darah tu aku terpaksa tunggu sampai petang sebab jam 6 ptg adalah jam terakhir antibiotik akan masuk.. lepas tu dah.. tak payah masuk antibiotik plak.. kalau kuning tinggi posibility besar akan stay lg di wad yg sunyi tu... owh tidakkk... 

tunggu punye tunggu punye tunggu... dalam tengah hari tu doktor pun datang.. doktor pakar yg aritu aku jumpe kat NICU datang untuk tgk aryan... doktor tu bgtahu yang darah aryan bersih.. takde kuman atau virus... so bleh stop antibiotik... cme tggu result darah kuning je.. aku tanye sampai bile nak tunggu result tu.. doktor tu ckp mungkin petang ni da tau.. ok.. kami menunggu dengan penuh sabar dan doa... 

sampailah ke petang tak dapat result darah aryan... dua tiga kali juga aku tanya misi kat situ... hihihi.. hati aku mmg meronta nak balik aritu jugak.. taknak tdo lg dah... dalam beberapa jam, datangla seorang misi ni bwk fail.. aku pasti tu fail milik aryan... btul... nurse tu cme ckp.. ok puan.. dah bleh discharge.. fuhh punyelah gembira dan leganye.. dan die pun brief kami tentang rawatan aryan selama seminggu di wad... die brief kami  apa yang patut kami lakukan.. bla bla bla... kami dgr penuh khusyuk.. mmg rasa tak sabar sgt nak discharge.. kesian rayyan asyik tanyakan adik die je... 

so, aku berdoa harap harap inilah kali terakhir Aryan Muzaffar ditahan di hospital... biarlah die membesar dengan sihat dan sempurna... amin.

apapun, terima kasih atas doa kalian semua...
setelah panjang berjeler jeler mehla kite layan gambar gambar aryan semasa si comel ni di hospital yer...






kesian kan.. kiri kanan tangan die kene cucuk.. sesungguhnya aku bukanla ibu yang kuat untuk hadapi semua ni... semoga Allah sentiasa melindungi anak anak aku daripada penyakit penyakit yang merbahaya.. oh ye.. kalau korang perhatikan betul betul gambar yg last tu ada mcm darah sikit kt sekitar kelopak mata dia.. itu adalah effect daripada die terbelit tali pusat masa die nak keluar... tapi sekarang dah takde dah.. alhamdulillah..

-sekian-

Curang Picu Sakit Jantung...?

02 November 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Hari Jumaat

korang apa khabar? sihat ke? dah lama aku tak updated blog kan... minta maaf la ye kengkawan.. especially pada kawan kawan GSF...cerita banyak tp nak menaip tu.. alahai.. tuhan jelah yang tahu betape penyakit M aku tu sgt besar dalam diri ini.. maka tergendalahlah segala entry bagai.. tp harini aku nak share something ngn korang... aku jumpe artikel ni dalam majalah sihat semalam dekat klinik masa aku nak checkup... jom tgk...

 
 renung renungkan dan selamat beramal.. hihihi

topik hotfm pagi ni kan tajuk die : isteri upah penyiasatan persendirian untuk mengintip suami mereka ketika berada di luar rumah akibat suami yang sering curang... ehem...

-sekian-





kerana FACEBOOK ......

12 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

 
Kerana FACEBOOK, sahabat boleh jadi musuh
Kerana FACEBOOK, adik beradik boleh bergaduh
Kerana FACEBOOK, bos dan pekerja bergaduh
Kerana FACEBOOK, pasangan bercinta boleh putus cinta
Kerana FACEBOOK, pasangan tunang boleh putus tunang
Kerana FACEBOOK, suami isteri boleh bercerai berai

Boleh dikatakan semua orang ada FACEBOOK sekarang ni... FACEBOOK media sosial yang sgt sgt sgt meluas zaman ni... kalau dulu ada myspace ada friendster... sekarang ni ada FACEBOOK... jaranglah org takde akaun FACEBOOK kan..  Oleh yang demikian, janganlah salah gunakan FACEBOOK... FACEBOOK boleh memberikan seribu kebaikan tapi FACEBOOK jugak boleh bagi sejuta keburukkan.. terpulanglah pada kita nak gunakan ia sebagai apa... Salam Hari Jumaat kengkawan

note : hari ni aku kene minum air gula.. Last Check up doktor cakap air ketuban aku banyak... so aku kene minum air gula untuk pastikan aku takde kencing manis... doakan aku ye kengkawan.. first time ni nak minum air gule.. hehehe... 

 -sekian-

Wordless Wednesday #11 : Sempat Ke?

10 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

dah petang baru nak buat entry Wordless Wednesday kan... ape kes??? entahlah.. hahaha.. cube korang tengok gambar kat bawah ni:
-
-
-
-
-



hah.. korang rasa kan sempat tak aku nak siapkan keje keje ni sebelum aku bersalin dan bercuti panjang? jeng jeng jeng.. usaha tangga kejayaan kan... tapi korang kenelah doakan supaya baby ni kuar ikut due die... jgn kuar awal or lambat... perancangan tu penting kan... hehehe..happy wednesday korang !!!

-sekian- 
 note : psss... happy birthday buat mama arina... big boss untuk Geng Segar Follower... semoga mama arina dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat... happy birthday yerk.. ramai geng geng buat entry wish birthday utk mama arina.

Good Luck adik adik PMR ...

09 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Hari ni dah start exam PMR kan? wah mesti debar debar adik adik yang nak amek exam kan... aku pun ada adik yang exam PMR hari ni.. Semoga dia dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan senang... Semoga Allah SWT terangkan hati dia untuk menjawab semua soalan.... Semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya kelak.. InsyaAllah...

 

so for Qilah, Good Luck and All the best... baca doa penerang hati banyak banyak... jangan pk benda lain setakat ni... ngadapla buku tu... sementara waktu je pun.. lepas exam nak ngadap FB ke handphone ke.. ngadap la sampai muntah.. hehehe.. jawab leklok.. jangan tinggal solat... jangan lupe salam tangan mama baba sebelum g sekolah ok... kak ngah doakan qilah berjaya dengan cemerlangnya.. chaiyok chaiyok !!!

and good luck jugak untuk calon calon PMR yang lain... semoga berjaya ye... 


note : teringat zaman zaman aku sekolah dulu. time PMR aku dpt result hancur sebab hari hari kot cikgu dok maki kelas aku sbb kelas aku adalah kelas yang dikenali sebagai kelas yang kuat melawan cakap cikgu dan tidak hormat cikgu... mcmmana aku bleh dok kelas tu aku pun tak tau.. tp alhamdulillah... aku terpilih jugak dalam kelas sains masa form 4... time tu aku nekadlah nak belajar betul betul.. hihihihi...alhamdulillah.. sekarang ni berjayalah jugak mencipta kehidupan yang baik... Alhamdulillah.. 


 belajar pandai pandai dik.. esok esok awak jugak yang senang... cita cita doktor kan.. hahaha =p
amin...

-sekian-

Monday Blues : Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

08 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah...

Apa khabar u olls? apa cerita korang weekend aritu? hehehe... arini mesti ramai Monday Blues kan.. pada korang yang dah berumahtangga jom baca entry aku ni ek.. bukan ape.. saje je share info yang mana best untuk permulaan hari bekerja... 

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

note : walau macammana sekalipun kami bergaduh... esok paginye perkara wajib aku mesti lakukan sebelum kuar rumah, salam dan cium tangan suami aku... itu wajib untuk mendapat keberkatan sepanjang hari aku di luar rumah.. semoga cinta kami berdua kekal hingga ke alam barzah.. InsyaAllah.. kepada NYA aku berserah.. 

 Sayang,

I Love U More and More and More... 



Senyum Hari Jumaat

05 October 2012
 Assalamualaikum.
Salam Muhibbah
Salam Hari Jumaat...

pagi pagi bukak muka buku nampak gambar ni terus tersenyum... 10 kali tgk gambar baby dengan cat ni sepuluh aku aku tersenyum... hehehe... cuba korang tgk betul betul.. betapa sayang nye baby kat kucing nih.. dan betapa tenangnye kucing tu dalam pelukkan baby tu.. hehehe.. senyum hari jumaat...
 


 comel kan?

Rayyan Danish takut dengan cat sekarang nih.. sbb cat pernah serang die.. hehehe

-sekian-

Beli 1 Percuma 1.. jom serang Pizza !!!!

08 August 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

tak tahu nak update citer ape arini sebab arini busy buat claim bos bos ni hah.. hamboiii.. byknyer bos kan... hehehehe... owh ye...mesti korang dah tau kan... Pizza Hut buat promosi.. buy 1 free 1... hehehe... bolehlah buat berbuka puasa arini... sesape nak tu bolehlah print voucher ni yerk... happy fasting...


dari 8 Ogos hingga 10 Ogos sahaja... klu nak boleh klik link kat bawah ni yerk



Hanya Semalaman

07 August 2012
Assalamualaikum...
Salam Muhibbah..

hari ni nak cerita pasal kuih raya.. korang semua buat kuih raya ke atau tunjuk kuih raya? hehehe.. macam aku nih memang takde masa nak buat kuih raya... so jawapannye kuih tunjuk jelah... makanye aku telah membeli satu kuih raya daripada officemate aku... murah je RM25.00 .. masa tester aritu memang sedap.. so aku beli satu lah untuk dibuat raya kononnye... bawaklah balik semalam... aleh aleh nafsu untuk makan satu tu kuat pulak.. so ape lagi .. cubelah bukak dan amek satu... mula mula satu je... eh eh.. aleh aleh teramek dua tiga... hahaha.. ingatkan aku sorang je.. rupenye ada lagi 2 org mengikut... satu demi satu lama lama tinggal la ni je baki nak dibuat raya... hahaha.. aleh aleh bangun sahur dah kosong dah bekasnya... padah bawak blek kuih raya ke rumah mmg gitu lah ... 

 kene oder lagila jawab nye nih... hihihi

kalau sambil nonton tb sambil nguyah kuih raya mmglah tak sedar kan... hehehe


Magnum dari Boss

05 April 2012
Salam Muhibbah,

Semalam tengah hari kiteorang lunch together-gether gitu dengan staff office dan juga salah seorang boss di office kiteorang lah.. boss ni mmg best giler.. tak kisah pun kalau g makan dengan kerani or despatch... pangkat bukan segalanye bagi die okeh.. hehehe.. so humble and so sporting... then, lepas lunch tu, die beli ice cream magnum.. apelagi.. kene paw la dengan anak buah kan.... hehehe.. so, dengan baik hatinye bos belanja kiteorang makan ice-cream magnum sebagai pencuci mulut.... thank you boss..


rasa mcm nak paw lagik je... hehehehehe... Magnum Almond is the BEST...

Kembali bersiaran

22 March 2012
Salam Muhibbah,

Korang sihat ke? Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf (macam hari raya pulak) sebab dah lama tak update blog (ada yg kisah ke?? hehehe)... Memandangkan last week aku berkursus (biasalah teman ni koje gomen, setahun kena ada 7 hari berkursus) makanya, kerja kerja aku last week terpaksa aku settlekan this week.. jadi mengambil masa yang lama untuk update blog kesayangan ni... terima kasih pada yang sudi menjenguk dan menziarahi diary seharian aku ni (seharian ke?hehehe) Insya Allah, aku akan cube mengupdate blog ni sesegera mungkin.. supaya cerita cerita itu masih bermain di kotak pemikiran ku.. chaiyok mai lurve...!!!! 

note : kak fieda, saya tak kemana kak.. ada je cme tak berupdate je.. hehehe.. =)

-sekian-

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign