blog kay & yana: breastfeeding

Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

IBU TERJUN BANGUNAN KERANA KECEWA SUSUKAN BAYI

27 October 2015


Terbaca artikel ni semalam di Facebook.. Allahuakbar... Kenapa begitu ? Sehingga sanggup terjun tingkat 26 pangsapuri... Kalau ada readers saya ibu yang dalam pantang tolonglah saya merayu sangat jadilah ibu yang beriman... Kalau ibu ini orang Islam alangkah ruginya dia. 

Aku pun tak boleh nak cakap macam macam tentang si ibu yang terjun bangunan ni. Sebab aku tak kenal pun dia. Cuma aku terfikir kenapa dia sanggup terjun semata mata kerana gagal susukan bayi nya yang baru berumur 10 hari? Kenapa perlu rasa kecewa kerana tiada susu badan? Jika sudah ditakdirkan anak itu tidak mendapat susu ibu, ianya bukanlah dosa yang besar. Malah susu tepung juga ada yang elok untuk bayi. 

Aku tak salahkan siapa siapa dalam hal ini. Cuma aku rasa terkilan bila ada ibu yang rasa tidak dapat susukan anak dia dengan susu ibu maka tidak sempurna seorang ibu itu. Allah... Ceteknya ilmu seorang manusia itu sehingga menilai tahan sempurna itu daripada rezeki Allah. Allah itukan Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika sudah tiada rezeki untuk susukan anak, usahalah cara lain. Sebab itu, ketika kita dalam pantang, jagalah emosi kita dengan berzikir. Walaupun kita tak boleh solat tapi kita boleh berzikir dan berdoa. Bila terjadinya perkara seperti ini, kesian sangat dengan anak kecil yang baru berumur 10 hari. Harap bila dia besar nanti dia tak tahu tentang artikel ini. 

Keluarga, suami, kawan kawan adalah orang orang yang sangat penting untuk jaga emosi ibu yang dalam pantang ni. Kita tak tahu emosi dia ketika itu. Aku cuma harap jika ada readers aku yang kini sedang berpantang, jika kita rasa sedih berzikirlah jika kita rasa down berzikirlah jika kita rasa kecewa berzikirlah. Tidak perlu fikir 'susu aku ada ke' 'susu aku cukup ke' . Allah itu Maha Mendengar. Doalah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Jika kita terlalu memikirkan sangat sesuatu perkara tu , takut ia akan memudaratkan diri kita sendiri. Anak anak masih kecil ibu ibu perlu sihat perlu kuat untuk menjaga mereka sehingga mereka berjaya..

Susu ibu memanglah yang terbaik buat anak anak tapi susu ibu bukan segala galanya. Yang mampu menyusukan anak dengan susu ibu bersyukurlah..Yang tak mampu bersyukurlah kerana Allah telah tetapkan rezeki masing masing. Susu ibu atau susu tepung tidak menjamin seorang anak itu menjadi anak yang soleh kan... 

Takziah buat keluarga beliau. Jadikanlah ini satu pengajaran buat kita semua. In Sya Allah.. 

Perjalanan Susu Ibu

10 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Setiap apa yang kita buat perlu ada niat dan usaha. Setiap apa yang kita mahu perlu ada azam untuk menjadikan niat dan usaha kita tidak sia sia belaka. 

gambar ini diambil ketika Aryan hampir 3 bulan. Masa ini kami dalam perjalanan pulang ke putrajaya.

Kali ini sebelum aku bersalin aku timba sebanyak mana ilmu mengenai susu badan. Alhamdulillah. Anak yang kedua aku lebih tahu tentang penyusuan susu ibu daripada anak pertama. Jadi persediaan lebih teratur daripada sebelumnya. Masa Rayyan Danish pun aku tahu agak lambat tentang penyusuan susu ibu.. tapi aku cuba untuk menyusukan dia selama mana yang aku mampu. Alhamdulillah. Setahun sebulan rezeki Rayyan Danish dapat merasa susu ku. Kini aku lebih bersedia untuk menyusukan Aryan Muzaffar dengan susu ku sendiri. Semoga Allah SWT memberkati niat aku. Insha Allah. Kini Aryan Muzaffar berumur 9 bulan dan masih menyusu badan. Alhamdulillah. 

gambar kredit to uncle google 

Aku masih menggunakan pam yang dulu. Tidak pernah bertukar. Hanya menghantar servis sebelum aku memerlukannya. Terima kasih Spectra 3 kerana telah banyak sangat berjasa dengan ku selama 4 tahun. Aku harap Spectra 3 mampu berjasa lagi dengan ku untuk 2 tahun lagi demi Aryan Muzaffar. Insha Allah. 

Aku mula mengepam seawal 3 hari kerana ketika itu Aryan Muzaffar dimasukkan wad kerana demam dan aku tidak boleh rooming in dengan dia. Susu di awal kelahiran memang berkhasiat. Pekat dan kekuningan. Demi Aryan Muzaffar aku gagah mengepam. Alhamdulillah 4 hari Aryan di wad aku boleh rooming in dengan dia. Selepas itu aku tidak mengepam lagi. Aku hanya direct breastfeed Aryan. 

 - hasil yang selalu aku dapat pada awal pagi. yang penuh itu sebelah kanan yang kurang itu sebelah kiri sebab bila malam tidur Aryan jarang bangun so bila dia bangun aku hanya bagi sebelah jelah

Hampir Sebulan aku berpantang di kampung barulah aku memulakan sesi mengepam. Pada mulanya memang tidak banyak hasil yang aku dapat sebab Aryan sentiasa menyusu. Aku boleh dapat hasil yang banyak pada awal pagi. Maka pada awal pagi aku sentiasa mengepam untuk dapatkan stok susu. Selepas itu aku rajin buat power pumping. Dengan power pumping, susu aku memang meriah pada keesokkan paginya. Bak pepatah orang lama... "sikit sikit lama lama jadi bukit". Alhamdulillah. Aku mampu buat stok untuk kay bawa pulang ke putrajaya. 

- hasil yang perlu kay bawa pulang. 

Aku selalu berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Aryan. Memang niat aku untuk menyusukannya sehingga dia berumur 2 tahun. Semoga Allah berkati niat aku. Amin. 


-we loves our kiddos so much-
-sekian-


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign