blog kay & yana: buddies

Showing posts with label buddies. Show all posts
Showing posts with label buddies. Show all posts

Birthday Surprise....!!!!

14 August 2015

Kisah birthday surprise buat suami tercinta... Penat fikir nak bagi surprise macam mana... Saje nak menghiburkan hati dia yang tengah duka nestapa fikir pasal kereta. So memandangkan ada seorang geng LJ akan buat open house pada birthday dia , aku pun PM Dicky minta dia idea nak buat birthday surprise. Dicky ni antara geng LJ yang aku biasa berkomunikasi. So permintaan dah diutarakan tunggu si Dicky ni proceed dengan geng yang lain. Sejak husband aku meniaga baju baju Lanun Johor ni tertubuhlah satu group Lanun Johor di Perantauan... khas buat anak anak Johor atau siapa sahaja yang berminat menyokong local branded. 

Bila ada permintaan maka adalah perancangan. Tertubuhlah satu group wassap atas nama "BIRTHDAY KAY 1 OGOS"... dua kali aku left group sebab taknak kantoi okey... Dahlah dieorang kalau borak taknak berenti... So perbincangan aku tentang birthday surprise ni hanya berlaku pada waktu pejabat.. ahahaahahaha.. 2 hari je masa aku dapat discuss dengan dieorang. Tapi aku tak sangka sungguh dieorang sanggup melayan aku nak buat birthday surprise ni. Sebenarnya ni first time aku buat surprise. And i'm so excited. Pada awal perancangan aku nak dieorang pujuk husband aku datang open house rumah geng LJ tu hari Sabtu so boleh celebrate time tu tapi tuan rumah kata takut masa tu dia tak sempat nak melayan kiteorang ni.. so plan bertukar jadi malam sebelumnya. Kiranya menjelang je 12 tengah mlm surprise akan dilancarkan. Jenuh jugaklah plan. Tapi Alhamdulillah.. menjadi bak anggggg.. ahahahahaha... So this is surprise for you sayang..


Simple kek dari abg Onn Minhat and wife... Sedap gila kek dia.. ada walnut dalam kek. cuma tak cukup masa nak buat lambang LJ tu.. takpa takpa.. ni pun cukup dah aihhh..... asal boleh ngap sudah.. 



Birthday boy malu malu je nak tiup lilin... Aku suka tengok expression kay masa dia nak masuk rumah Maha (geng lanun yang sudi jadikan rumah dia sebagai tempat kejadian).. Masa dia nak masuk tu dia dah nampak kay dia senyum senyum je... tapi bila dia masuk rumah dia terperanjat tengok aku anak beranak semua ada dalam rumah Maha termasuklah adik dia dan husband. Well our planning was going very well... Hopefully dia tacing la kan kan kan... Aku tanya dia.. Surprise tak? dia cakap surprise gila.. speechless.. ahahahahaha.. 



 Dah masuk 3 series sayang... u better older but my loves to you never changes... ahahahahahaha... deep tak.... harapan dah masuk angka 3 ni dia akan lebih beriman dan berjaya menjadi businessman tanpa melupakan aku yang sentiasa bersama dia.. ahahahaha.. 






Bab baling tepung ni bukan idea aku okeh... cuba tengok gambar yang last tu siapa yang beriya pegang tepung...??? ahahahahaha... yang tak pakai baju lanun dan yang pakai baju putih dalang dalam acara baling tepung ni... sebab tu dia dah prepare awal awal.. bijak kan.. ahahahaha.... tapi takpe... benda benda gini lah akan merapatkan silaturahim antara mereka. Senda gurau braderhood katanya... Memang mandi tepung la laki aku malam tu... Aku mmg ada bawak baju spare sebab Abg Onn dah pesan bawak baju spare.. 


Snapback ni akan jadi limited edition... Ada tandatangan setiap orang yang terlibat malam tu. Semoga menjadi kenangan yang terindah... 

Last but not least... thanks to Dicky firstly yang sudi memanjangkan permintaan aku untuk buat birthday surprise ni.. thanks to Maha and wife sebab sudi masak masak untuk kiteorang malam tu and pinjamkan rumah untuk suprise ni... and sorry sebab kotor dengan tepung bagai... Thanks to Abg Onn and wife for the great cake... Thanks to Fizz yang terpaksa belajar 'menipu' semata mata nak menjayakan plan ni... sebab Kay cakap dia tak percaya fizz dgn Maha boleh tipu dia.. so dia memang tak syak apa apa... thanks to Fizz again sbb amek my husband di Puchong tu.. Thanks to Amy and Zul sebab bawak aku ke rumah Maha... Sungguh aku tak reti nak pergi rumah Maha tu.. Ampang is not my place.. hihihihi... Thanks to Jimie and Abg Jay sebab susah susah datang dari Perak semata mata nak tepung tawar Kay... And tak lupa jugak buat Abg Shah and wife, Yun and fiance, wife Dicky dan semua la yang terlibat secara langsung atau tak dalam plan ni... Aku happy sgt sebab ni kali pertama aku buat suprise untuk dia.. 

To Husband,, Happy birthday sayang....
 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

25 July 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah... lagi beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Syawal dimana kita semua akan menyambut Aidilfitri. Di kesempatan ini saya dengan rendah dirinya memohon keampunan dari semua kawan kawan blog saya, silent reader atau tak, saya mohon ampun sekiranya ada kata-kata saya yang mungkin menyinggung perasaan kalian semua. Saya juga ingin memohon ampun sekiranya ada komen komen saya selama  berblogging ini mungkin menguris perasaan kawan kawan blog saya.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri. Semoga di bulan lebaran ini kita sama-sama bermaafan dan mulakan silaturahim yang lebih suci.. Bila kita bergembira di hari raya ini janganlah sesekali kita melupakan kisah sedih yang terjadi pada negara tercinta kita baru baru ini dan janganlah kita lupakan saudara kita yang sedang berjuang di bumi GAZA. Semoga keluarga mangsa nahas MH17 dan MH370 akan terus diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini... Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.. Percaya akan Qada' dan Qadarnya.. Insha Allah... Doakan yang baik baik sahaja... 

Pada kawan-kawan yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya... semoga kalian semua selamat pergi dan selamat pulang... Biarlah lambat asalkan selamat sampai.... Insha Allah.. Kita sama sama doa semoga kita akan diberikan kesempatan lagi berjumpa di Ramadhan akan datang.. AMIN....

Salam lebaran Walfaizin dari saya sekeluarga....



#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH307

Menegur Isteri

30 May 2014

Setuju tak? hihihi... laki aku ni garang tau tak... garang macam singa lapar... garang time dia marah lah.. kalau marah anak anak dengan aku aku sekali kena.. kecik betul hati aku... 
apatah lagi kalau aku buat salah... aku ni hati memang senang banjir... hati tisu... bila aku buat salah (pada mata pandangan org lain itu salah) tegurlah aku cara yang paling lembut... bukan dengan menengking aku... meninggi suara dengan aku... bila aku ditegur begitu in the end aku tak dapat improve apa apapun sebab hati aku sakit... sakit bila kena marah.. sakit bila kena tengking... sedangkan selama ni yang nampak hanya kesalahan aku... semua orang buat salah... belajarlah tegur aku cara lembut.. dan aku akan terima dengan hati yang terbuka... Insha Allah...

Eh eh.. apsal emosi sangat nih? aduhhh... agak agak laki aku baca tak entry aku ni.. tak kot kan.. dia mana ada masa... dok layan game perang yang ntah pape tuh... aku plak rasa nak tego dia... tp confirm aku tego dia tak makan saman.. lagi gelak kan aku adelah.. boleh?

Bila hati dah sakit yang mampu hanya menangis dan pendam... sampai bila nak pendam kan?? pendam lelama pun bukan elok sgt... kan bagus kalau tegur dengan penuh kasih sayang, takde la rasa stress sgt kena tegur.. well.. no body perfect kan..

Bila bab menegur nih tak kiralah suami nak tegur isteri, isteri nak tegur suami, kawan nak tegur kawan, abang nak tegur adik, adik nak tegur kakak... semua orang... bila nak menegur salah seseorang tegurlah dengan penuh hikmah dan kasih sayang... Insha Allah berkesan... 

aku pernah gak ckp kt laki aku ... "abg ni boleh tak marah org leklok.. ni marah je suara high note.." dia boleh jawab... "kalau sekali dua benda yg sama blehlah cakap slow slow...ni benda yg sama dah ckp 1000 kali masih buat salah jugak sape pun bleh jd singa.." erm... 

Salam Jumaat.... =)

Doa buat Lya Afrina

11 April 2014

Sempena hari yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama berdoa supaya sahabat kita juga seorang blogger sihat sepenuhnya.. Lya Afrina ditimpa kemalangan pada 1 Mac yang lepas dan beliau koma selama 4 hari. Kemudian koma semula pada 25.3 kerana effect dari kemalangan tersebut dan kini beliau bergantung pada wheelchair akibat kaki kanan beliau tidak boleh bergerak. Berat sungguh dugaan awak Lya.. Yana tau awak kuat Lya.. Awak tabah.. Kerana itu Allah SWT memilih kamu untuk menjadikan kamu seorang hambaNYA yang istimewa.. 

Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Lya sembuh seperti dahulu. Sedih sangat bila baca setiap luahan hati lya. Orang yang melanggarnya harus bertanggungjawab... Lihatlah kerana kecuaian kamu insan lain menderita... Gembirakah kamu atas penderitaan dan kesakitan orang lain. Di dunia kamu boleh bersenang lenang tapi di akhirat terimalah balasanNYA. 


Buat Asya, jadilah anak yg solehah buat mama kamu. Sesungguhnya kamu adalah satu satunya harapan ibubapa.. Bawalah mereka ke syurga ye Asya.. Buat Fain, teruskanlah sentiasa bersama Lya dan Asya.. Mereka perlukan lelaki seperti kamu. Lya, Please Get Well Soon As Posibble.. Kuatkan semangat ye... 

note: walaupun tak pernah bersua tapi saya tau Lya mampu hadapi semua dugaan Allah..  


Penghijrahan & office baru

09 October 2013
Cerita lama
takdelah penghijrahan sangat
entry ni sempena wordless wednesday aku yang ntah keberapa ntah... tgk aje link ni

Setelah 7 tahun berada di pejabat yang sama kini tibalah masanya untuk aku mencari suasana yang baru
Bila dapat tawaran untuk berpindah ke pejabat yang lain aku dengan rasa berat hati menerimanya
Kenapa berat hati?
Sebab yang pertama, aku takut kalau tempat baru tidak seindah tempat yang aku ada sekarang ini
Sebab yang kedua, aku takut aku tak dapat kawan kawan yang baik macam sekarang ini
Sebab yang ketiga, aku takut bila aku berpindah keadaan aku bertambah buruk bukan bertambah baik
Dengan ketiga tiga sebab itu aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan akhirnya dengan perbincangan suami isteri aku menerima pertukaran ini dan menerima apa sahaja yang akan berlaku kelak



Bila terima surat pertukaran aku ni nak tak nak aku kenelah berpindah. mencari kawan baru dan suasana baru gituw. tapi kawan lama tetap di hati ken. hahaha
Perasaan time tu? macam macam okeh. excited  + nervous
Bila tiba masa aku melaporkan diri di tempat baru, alhamdulillah.. 
3 sebab aku takut untuk bertukar itu dah hilang serta merta
Alhamdulillah, bos aku sangat baik hati dan pemurah orangnya... yang penting memahami dengan title ibu anak kecil. 
Alhamdulillah, tempat yang indah, aman lagi bahagia
Cuma aku tak ramai kawan di sini. Mungkin sebab aku baru..(ok itu ayat nak sedapkan hati sendiri) hihihi
Tapi kawan kawan baru yang ada ni pun alhamdulillah baik baik belaka
Boleh dibilang dengan jari tangan campur jari kaki kawan kawan yang aku ada di sini
Tapi aku tetap merindui kawan kawan terbaik aku di sana. 
Semoga mereka tidak pernah melupakan aku disini. (mula sedih dah ni)



taraaaa.. muka yang bosan ken... layankan aje.. 
Semoga aku mendapat ilmu yang baru disini.
Selamat bekerja.


Bila anak mengamuk

16 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan

kisah kali ini kisah seorang sahabat... seorang ibu yang kasihkan anak... seorang anak yang tidak ditunaikan permintaan nya (padahal ibunya tidak faham anaknya nak apa) hihi.. maka, tanpa disengajakan si anak terbalinglah botol susu yang masih penuh ke ibunya.. anak yang masih kecil tidak tahu apa apa... tidak tahu rasa bersalah... ibu yang mengerang kesakitan mengambil apa sahaja yang ada bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak di mata... ye.. kebetulan si anak membaling botol tepat kena pada mata ibunya... tapi demi kasihkan anak si ibu hanya menahan tanpa memarah atau merotan si anak... yelah anak pun tak tahu die baling botol tu sampai lebam mata ibunya.... kesian... hihihi... 


nampak ke kesam lebam mata pada kawan aku ni???  kalau tak nampak tgk gambar bawah ni pulak,..


apa boleh buat.. anak punya pasal.. mula mula aku ingat die dok kelahi ngn laki die... rupenya sebab anak baling botol susu... lama jugak kesan die.. dari hari jumaat aritu sampai harini hari selasa pun tak hilang hilang lagi... =)

-sekian-


Wajah baru blog...

10 May 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah


owh.. aku terlupe sesuatu.. blog aku dah berubah wajah.. yeay..!!! korang perasan tak? hahaha.. mestilah korang perasan tak? obvious giler kot... sgt la poyo kalau tak perasan.. tp bg pengunjung pertama kali of course la korang tak perasan... aku baru je ubah wajah blog aku nih... dan header sekali.. so.. aku nak minta pendapat u oll tentang wajah baru blog aku nih.. ok tak? berat tak? apepun aku sgt menghargai komen daripada u olls semua... sayang u oll ketat ketat... dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada kak ros yang comel lotey tu sebab sudi edit blog aku sehingga menjadi cantik jelita... nanti nak minta kak ros edit lagi la.. bile da boring dengan wajah yang lama haruslah bertukar ke wajah yang baru kan kan kan... apepun terima kasih ye kak ros.. yana puas hati sgt.. =)


kak ros ckp muke kay over sgt... biasalah.. laki ai tu kan... mmg suke hover hover dr bini die... kihkihkih.. jemputlah singgah ke blog laki aii itew yer... http://murahgerek.blogspot.com ... pada yang nak blog korang diubah wajahnye, boleh lah roger kak ros ni... die mmg sgt sgt sgt kreatif dan sgt senang deal ngn kak ros.. 


-sekian-

Magnum dari Boss

05 April 2012
Salam Muhibbah,

Semalam tengah hari kiteorang lunch together-gether gitu dengan staff office dan juga salah seorang boss di office kiteorang lah.. boss ni mmg best giler.. tak kisah pun kalau g makan dengan kerani or despatch... pangkat bukan segalanye bagi die okeh.. hehehe.. so humble and so sporting... then, lepas lunch tu, die beli ice cream magnum.. apelagi.. kene paw la dengan anak buah kan.... hehehe.. so, dengan baik hatinye bos belanja kiteorang makan ice-cream magnum sebagai pencuci mulut.... thank you boss..


rasa mcm nak paw lagik je... hehehehehe... Magnum Almond is the BEST...

Terharu...

05 March 2012
Salam Muhibbah,

Hari Sabtu baru baru ni aku habiskan masa pagi aku dengan membuka blog.. 
membaca komen demi komen.. 
dan ada satu komen buat aku tersenyum, teruja , terharu dan gembira sekali.. 
tak sangka permintaan aku yang hanya main main dimakbulkan oleh beliau.. 
komen ape? 
komen nih..
-
-
-
-
-
-


then bila baca je komen dari kak fieda tu aku terus terjah blog beliau.. 
huhuhu.. 
terharu.. 
itu feel yang aku boleh luahkan... 


apapun terima kasih kak fieda sbb sudi buat entry special untuk yana.. 
hehehe.. 
thanks a lot.. 
harap harap doa kak fieda dimakbulkan Allah.. 
Amin.. 
terima kasih atas ucapan dan doa ye kak..
siap bg bunga lagi.. 
auuwww.. 
terharu tau.. hehehe... =)

note : berkasih biar satu berkawan biar seribu.. doa seribu satu itulah yang akan sentiasa di hati kite.. InsyaAllah.

Coklat Love Sally

31 January 2012
Salam,

*ini sticky post ye kengkawan sehingga bila bila*

Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANNIRROHIM, aku nak merasmikan satu perniagaan seorang sahabat aku yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan... hehehe.. macam YB pulak nak rasmi bagai.. tapi ini bukan cubaan ye.. ini betul-betul.. kalau korang nak buat tempahan boleh hubungi aku atau kawan aku sendiri ye... sebelum tu jom kite tgk business ape yang kawan aku buat... silalah tgk ye.. sila sila..

 - kalau korang tak suka gambar upin ipin korang boleh request gambar lain... no hal punye...





aku adalah first customer dieorang.. so aku memang puas hati dengan rasanya.. korang boleh request korang nak bentuk mcmmana... boleh je takde masalah... kalau ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan boleh email pada sallysinclair09@gmail.com atau sms pada 013-6377535.. namanya Salina.. boleh panggil Sally... hehehe.. atau korang boleh tinggalkan komen di entry ini yer.. Harga yang tertera tu tidak termasuk penghantaran. So, jgn segan-segan nak mencubanya.. Cuba sekali pasti nak lagi.. aku ni asyik abeskan coklat die je.. sbb sedap.. hehehehe..

Sekian

Chakri, Alamanda Putrajaya

08 December 2011
Assalamualaikum...

Siapa pernah makan di restaurant Chakri kat Alamanda Putrajaya ??? kalau korang pernah makan kat situ boleh lah share ape pandangan korang tentang makanan disitu... bagi aku pulak, this is my first time try lunch kat situ... saje nak mencuba... lgpun kawan-kawan aku ni mmg suke try walaupun tak tau ape nak makan kat dalam kedai tuh.. kite redah je.. hahahaha.. so, kami decide untuk lunch di Chakri Alamanda itupun setelah tiba di alamanda dan belek-belek map last2 sorang member tu ckp lets try Chakri.. yg lain angguk je.. hehehe.. 


setibanya kami di chakri Express... kat situ die ada jugaset.. 1 set tu ada 3 item.. so setiap org akan dpt 3 makanan... keropok, main menu(nasi), dan pencuci mulut... so kite cume pilih nasi ape yg kite nak.. so far layanan die ok.. takde ape yg nak komen tentang layanan... 




hah... nampak tak.. setiap hidangan utama akan dihiasi dengan bunga orkid tau.. jgn korang makan pulak bunga orkid tuh... padahnye karang.. huhuhuh.. aku tak ingatlah ape yg kami oder... tp nasi aku agak kurang sikit sbb tak pedas langsung then die agak tawar juga... nasi member aku yg lain pedas tp sedap... hehehe.. tp apepun korang bolehlah mencuba sendiri..



mereka mereka yg sedang enak menikmati hidangan masing-masing... tgklah tuh.. air ais lemon tea conquer sorang je dah tiga gelas.. huhuhuhu.. dahsyat....hihihihihi... 


mereka lagi.. sape lagi kan... tp so far, aku rasa berbaloi lah makan kat sini.. dpt 3 jenis makanan.. tp lepas ni klu kami dtg lg kene oder lain lak... akhirnya pinggan licin jugak... erm.. lapo la katakan... pencuci mulut die not bad jugak.. sedap jugak.. mmg sesuai makan lepas perut dah penuh dengan nasi... cubalah... ok... 

-sekian-


Please Pray For Them

10 November 2011
Assalamualaikum...

Korang mesti kenal eB ezrin kan... Blog yang mempamerkan cerita-cerita tentang parental yang sgt menarik... cerita-cerita die yang sentiasa ke sana sini.. happy sentiasa... dengan anak-anak yg comel comel dan bermacam perangai yang mencuit hati.. tapi di sebalik semua tu sape yang tahu ape yang sedang mereka alami... tiada siapa.. berat mata yang membaca berat lagi bahu yang memikulnya... boleh tak ubah sikit peribahasa tuh??? hehehe..

setiap hari pasti aku akan membaca blog die.. yelah.. seronok baca blog yang bermacam-macam cerita ni.. kita as reader tak rasa bosan langsung.. tp kali ni bile bc entry yang INI , tak sangka pulak rupa-rupanya mereka punye byk dugaan... klu korang followers reader, tentu korang tau.. eB ada masalah dengan jantungnya... tp aku tak sangka pulak yang husband die juga ada masalah kesihatan.. siapa sangka mereka..gambar-gambar yang dipublishkan pada kite semua senyuman belaka.. ketawa belaka.. tp dalam hati hanya mereka yang tau....

apepun eB, yana harap eB byk2lah berdoa.. yana doakan Shah dan eB akan diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus menjaga Aerish dan Aed dengan baik... both of u are very superb parents.. be strong and always remember takdir Allah SWT... i always pray for both of u... semoga Aerish dan Aed sentiasa menjadi penguat semangat untuk kalian terus hidup... smile always ok eB... take care...

 curik gambar eB with her kids (sorry eB)

harap kawan2 boleh la doakan mereka... hari ini hari mereka mungkin esok lusa hari kita pulak.. sape tau kan.. Allah SWT Maha Besar.. bila bila je Dia boleh tarik kenikmatan yang diberikan kepada kita.. harapan aku semoga eB dan Shah akan terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga anak-anaknye dan memberikan aku cerita-cerita yang happy sokmo... smile always... 


curik gambar eB with her husband (sorry sekali eB)

note: aku buat entry ni sbb eB seorang kawan yang baik... dan yang paling penting, aku juga seorang isteri dan ibu seperti die.. tentu sekali aku mahu idup sejuta tahun lagi bersama suami dan anak-anak... 

All The best Ayureq!

04 November 2011
haritu (tak ingat hari ape) kami buat satu small celebration for ayu...!!! sempena perpindahan die ke pejabat baru... aku tumpang gembira bile kawan2 dpt sesuatu yg lebih baik dr ape yg die ade sekarang nih.. Congrates Ayu... semoga ayu akan lebih success di pejabat yang baru... byk kenangan kami nih.. dr sejak anak dara sampai dah jadi mak org dah... hehehe.. ape2pun, pilihan yg dibuat adalah lebih baik dr ape yg die ade sekarang.. All the best ayu..!!! jgn lupekan kami di sini... sentiasalah doakan yg terbaik buat kami okeh...!!! good luck and all the best again... !!

>




 

The Sims Social

03 November 2011
Ni pun boleh jadi salah satu daripada sebab kenapa aku dah lama tak updated blog... The Sims jugak memainkan peranan supaya aku terus fokus main game nih..huhuhu.. sampai budak2 ofis semua agak addicted main benda alah nih.... tp walaupun kiteorang dok main sims ni kat office keje kiteorang jalan gak... yang penting siapkan keje dulu... game game ni nak main bile keje dah settle... tu dah pasti... selalunye aku main sims ni pun kat umah.. kat office mmg tak sempat nak main game bagai... keje aku tuh melambak-lambak dok panggil nama aku suruh aku siapkan... erm..ape boleh buat... so, bile blek umah, buka lappy, takde idea nak updated blog aku main sims lah... best jugak main sims nih.. bolehlah berangan-angan buat umah sendiri... nak buat the real punye tak mampu.. buatlah rumah alam maya... org dok happy dapat umah PR1MA.. aku dok happy layan the sims... hehehhe.. ok ape.. boleh release tension aku kan kan kan...

nilah muka-muka yg addicted sims.. hehehe.. tp time ni bukan office hours ye

- hah nilah rupe rumah aku... aku sedang cube untuk menambahkan lg bilik dan memperbesarkan lg rumah aku,..

 - ni rupe rumah aku bile ade wall.. hehehe... kcik je kan.. takpe.. sabar sabar.. nnt leh besar kan rumah

sekian..


Lunch di McD drive thru

15 September 2011
 ni cerita tengah hari semalam ye kengkawan... huhuhuhu... kami decide nak makan mekdi sebab ptgnya kami akan melantak di picc sempena open office... so we all makan ringan2 jelah.. paling ringan yg timbul di fikiran adalah mekdi atau nama sebenarnya McDonald... kami decide drive thru je.. malas nak park park kete nih.. lgpun naik satu kete je pun.. senang.. oder bayar amek makan terus dalam kete.. hehehehe.. sementara tunggu turn tu lehlah snap2 gambar jap kan.. of course la.. mereka mmg suke bergambar.. tp gambar takdelah cantik mana.. pakai nset cikai je.. jadila wat kenangan hari tua kan.. jom layanzzz....

- menu kami.. agak2 tulisan siapa?

 - gedik ala ala
 - jemput makan
 - gedik sungguh...makan fries je kot


- posing posing
 - ye lg lg gambar gediks
- ni la tukang kira duit kan 

 
- budak mcd yang tak berape nak mesra pelanggan sangat... muke ketat je..

- tamatlah aktiviti makan tengah hari di drive thru mcd , bangi...

nota: bile lalu je drive thru ni mesti teringat satu kisah yang memalukan... erm... kalau nak tau kisah ape..mehlah baca kat SINI.. ni kisah benar tau.. tiada yang benar melainkan benar benar belaka

New Watermark by eB



ape yang korang nampak gambar kat atas tu? beg ke watermark? huhuhu.. cube tgk tajuk.. aku dah ade watermark yg lawa... hehehe.. sambilmukeagakberlagakygrasamcmnakkenelempang.. hehehe... watermark gambar tu design by eB ezrin... mesti korang kenal kan blogger yg famous dan kreatif tuh.. murah je.. tak mahal mana pun.. dan sgt pantas okeh eB ni wat keje.. aku request arini esok luse dah design... mmg puas hati.. die pun sgt kreatif... so, after ting tong ting tong, aku decide amek watermark seperti di atas.. so lepas ni aku leh watermark semua gambar2 aku dengan watermark nih... korang kalau nak minta eB designkan ape2pun untuk korang, g lah try roger die.. mmg korang akan puas hati... trust me... thanks so much eB.. and so sorry tak dapat join potluck... ruginyerrr tp ape boleh buat.. jemputan kawin berderet deret pulak... sape2 yang nak join potluck blogger bleh roger eB... confirm korang akan rasa seronok.. sebab mereka easy going punye orang.. hehehe.. till then.. 

note : beg tu aku hadiahkan untuk kay.. die dah lama nak beli beg mcmtuh.. senang nak bwk barang2 die..mcmlah byk sgt barang2 die kan.. 

Jom makan durian....

08 September 2011
Kisah yang dah sangat lama.. nak post time puasa takut korang batal puasa lak...hihihi.. tunggulah time tak puasa baru aku boleh post entry nih... tp td tgh dok belek-belek gambar kt dalam pc ni ada pulak gambar tengah makan durian... mcm syok je post kt dalam blog kan.. boleh buat kenangan bersama budak-budak opis.. hehehe.. budak2 kew? hehehe.. apepun time tu mmg best lah.. durian yang mak ayah si salina tu bwk mmg best... superb... lepas melantak durian, kiteorang disajikan nasi berlaukan asam pedas... perghhhh... mmg superb lah... kite layan jelah gambar ek...
 -posing posing sambil makan durian

 - Ya Allah.. sedap sungguh durian ni tau 

 - kopek zue jangan tak kopek..

 - model durian ? hape pun tak boleh..

 - sopannye lahai makan durian ye...



 - apelah masalah budak dua org ni agaknye ek...




- nyum nyum... sedapnye durian... nyalas mari tauuu..

btw, thanks to cik jai dan cik mail sebab sudi bawakkan durian buat kami...

pergi ke pasar bersama ani
membeli ikan untuk makan tengahari
kalau ada durian gugur lagi
bawaklah dtg lagi...
hihihihi

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign