blog kay & yana: activity

Showing posts with label activity. Show all posts
Showing posts with label activity. Show all posts

LEGO Free di IOI Mall Putrajaya

20 July 2016

Kesian blog aku ni
Rasa nak nangis pun ada bila bukak blog
Nampak sangat terabai terombak terbuang dan segala jenis ter la
-____________-

Agaknya kalau blog ni boleh bercakap dia dah bercakap kot
Apesal lah tuan aku ni pemalas sangat nak menulis menaip bagai ni
eh? macam dah lari daripada tajuk.

Korang tau tak setiap hari Sabtu LEGO IOI Mall Putrajaya akan buat aktiviti dimana aktiviti ni untuk anak anak yang berusia 5 tahun ke atas. Aktiviti apa? Tak susah pun. Kalau anak anak korang jenis yang gila LEGO bawa dia pegi butik LEGO IOI Mall di Putrajaya setiap hari Sabtu. Anak anak korang akan diberi LEGO PERCUMA.. ye aku ulang sebab korang kan suka wording PERCUMA kan... ;D 

Tapi syaratnya anak anak kena buat LEGO ikut tema bulan tu. Setiap bulan tak sama design LEGO yang akan keluar. Dan bila dah siap buat bentuk yang LEGO nak , anak anak boleh bawak balik LEGO yang dieorang buat tu. Okay lah kan.. Kat sini kita boleh tengok skill anak anak macammana. Macammana dieorang asah skill untuk buat LEGO mengikut arahan. Anak anak cuma boleh buat aktiviti ni sebulan sekali je. Bulan depan datang lagi buat lagi dapat lagi FREE LEGO... Gittew.. 



Ni masa mula mula aku bawak Rayyan Danish join aktiviti LEGO ni. Sebenarnya tak tahu juga pasal aktiviti ni tapi kalau kiteorang pegi IOI mesti masuk butik LEGO ni.. Bukan nak beli pun saje je window shopping kata omputih. kikiki... Bila pegi haritu aku nampak ada budak budak dok duduk kat tikar buat LEGO. Aku pun tanya staff kat situ cakap dieorang buat aktiviti. Kanak kanak boleh bawak balik LEGO yang dieorang buat tu. Rayyan kan memang suka LEGO sampai bapak dia beli LEGO macam macam dari yang original sampai lah ke brand yang ntah ape ape ntah. Rayyan memang excited la nak join. Bila dah daftar akan dapat tag nombor giliran bentuk LEGO jugak.. serba serbi LEGO. Setiap sesi limit 20 orang je. 


Memang mostly anak anak Cina yang suka mainan ni. Tengoklah tu cuma ada dalam 2-3 orang je budak Melayu termasuk Rayyan. Yang lain semua Cina. Budak melayu suka main PS3 je kot... 
-______-


Ni first time Rayyan buat aktiviti ni. Tu pun MakNgah dia tolong. ;D
 Oh sebelum terlupa, sesi aktiviti ni akan bermula jam 12.00 tengah hari. Kat butik tu ada bagitahu masa masa yang anak anak kita boleh join kalau berminat. 



Yang atas tu hari lain , yang bawah tu pun hari lain. Masa nak edit gambar ni aku ingat aku tertransfer dua kali rupanya tak... hari yang lain baju je baju yang sama...
T_______________________T

Nampak sangat mak awak ni dah takde baju lain untuk awak Rayyan...  haha... Adoi.... 

So far aku rasa baru 3 kali je pergi. Ingat Sabtu ni kalau tak kemana nak pegi lagi. Bulan 7 punye design tak tahulah apa. Aku pun bukannya tahu design design LEGO ni. 

So korang yang tak tahu nak buat apa hujung minggu bolehlah spend time dengan anak anak join aktiviti ni. Parents boleh buat sama sama takde masalah. Anak anak pun mesti seronok bila dapat LEGO FREE.. Siapa nak bagi kan..? Ko ingat LEGO ni murah ke? secoet macam tu pun dekat RM50 agaknya. 

Pergi lah ye. Berikan Masa Korang Untuk Anak Anak... 
Dah macam iklan hari raya pulak. 

Selamat mencuba !

Aryan Muzaffar Dah 3 Tahun !!!

26 January 2016

Throwback punya cerita.. Tak berapa nak fresh sangat eyh. Tapi tetap nak cerita kat sini. Bulan Disember hari tu hari jadi Aryan. Aku rasa tahun ni aku malas sesangat nak buat birthday party kat nursery dia. Apatah lagi nak buat majlis bebesar celebrate birthday dia... lagilah malas... patutlah rezeki susah nak masuk kedekut kan.. ahahaha.. Taklah.. bukanlah kedekut sangat.. kekangan masa membuatkan kiteorang tak dapat nak buat party kat nursery dia. Aku beli kek kecik je lilin 3 batang nyanyi nyanyi kat rumah bersama orang orang tersayang.. Jadilah kan... Yang penting kita celebrate walaupun kecik kecik aje... 




Birthday cake by Bakery Cottage. Asyik la Secret Recipe pun boring juga. Lagi pun SR tak de kek comel macam ni. Kek kat SR semua jenis 10 orang punya makan. Buat penuh icebox aku je. Yang tak bestnya abang dia macam jealous pulak tak beli kan dia kek. Eh dah kenapa? Berapa kali nak celebrate birthday abang? Hari tu yang mama dok sibuk booking kek dinasour tu siapa punye?? hah mulalah nak hangin sebab dia buat perangai merajuk dia tu. 

Tak sampai hati kay pujuk Rayyan potong kek sama sama. Kengkonon dieorang keluar dari rahim aku ni tarikh yang sama lah... Lantak... Janji happy... Naiklah si abang di atas kerusi si adik semata mata nak merasa jadi birthday boy.. Gedik betul anak teruna sorang nih !!  







 Beza birthday boy dengan perasan boy... yang diraikan siap pakai topeng mata. Tapi mata tak boleh bukak..wakakaka... Lepas tiup potong pun together gether gitu. Naik hancur kek yang aku beli tu. 



Posing sikit birthday boy !! time ni aku suruh abang die pergi amek pinggan dengan sudu kat dapur sebab nak makan kek. Laju je dia lari ke dapur. Nasib baik tak pecah pinggan mangkuk aku.. Kalau tak tahan jelah telinga dengan bapak dia membebel. ahahahaha.. Dapatlah birthday boy ni posing sorang sorang... Comey tak??? hihihihih



Dapat toys !!! dieorang tidur pukul 2 pagi aritu sebab nak main toys yang kay belikan.. gasaklah.. pandai pandai lah bapak korang layan. Siapa suruh belikan toys tengah tengah malam. Kotak tu lagi besar dari Aryan. hihihi

Happy birthday Aryan Muzaffar. Membesarlah dengan sihat dan sempurna. Jadi anak yang soleh. Jadi anak yang baik. Semoga Aryan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Semoga Aryan sentiasa ingat Allah SWT, mama, papa, abang. Semoga Aryan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat. We loves u so much sayang... 

Happy Birthday sayang...
Muhammad Aryan Muzaffar bin Khairul Anuar... 
3 years old... !!! 

RAYYAN SAMBUT HARI LAHIR DI SEKOLAH BERSAMA KAWAN KAWAN

26 October 2015

Sejak jerebu melanda Malaysia ni, sekolah pun tutup selama beberapa hari demi kesihatan anak anak. Minggu lepas je 4 hari sekolah tutup gara gara jerebu. Kita yang dewasa pun rasa sesak nafas bila ada di luar. Masya Allah.,. Allah dah tarik sedikit rezeki udara bersih dari kita semua. Semoga Allah SWT sentiasa membantu hamba hamba NYA ketika musibah menimpa. AMIN. 

Ok.. balik semula pada tajuk asal kita. Guru kelas Rayyan ada bagitahu mungkin akan diadakan sambutan hari lahir bagi anak anak yang harijadinya pada bulan 9 dan 10. Memberi kata dua. Sekiranya sekolah dibuka pada hari Jumaat maka sambutan akan diadakan pada hari Jumaat, jika sekolah masih bercuti pada hari Jumaat maka sambutan akan diadakan pada hari Isnin. Aku ni menaruhlah harapan supaya sambutan hari jadi buat hari Isnin sebab memang takde preparation langsung untuk Rayyan nak buat celebrate ni. Mana ada masa nak pergi cari bahan bahan untuk goodies bag dia. Mana ada masa nak buat tag pada sampul goodies dia. Memang tak sempat. Nak keluar waktu malam hari kerja memang taklah sebab Kay ke Uptown setiap malam. Lastly aku minta kakak kat opis aku ni buatkan kek. Dia memang boleh buat kek kalau last last minit ni. For goodies bag memang tak dapat nak sediakan meriah meriah, aku cuma sempat order kek kukus dari kak Fathi. Then die letak dalam plastik cantik sikit lah. Oklah kan daripada takde apa kan.

Tapi yang bestnya kak Ramlah buat kek impian Rayyan tau.. ahahahahaha... Kek apa??? 

tarrraaaaa....
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Tu dia... Kek Dinasour Trex katanya. Happy la dia bila dapat kek gambar Dinasour.. Oh dia memang addicted dengan watak watak dinasour. Kalau korang nak tempah kek last last minit ni macam aku ni jenis arini tempah esok pagi dah nak amek boleh tempah kat Kak Ramlah ni. In Sya Allah selama ni permintaan aku tak pernah kak Ramlah tolak walaupun aku suka tempah last minit. hihihi.. Boleh tengok blog Kak Ramlah untuk tengok design design lain

http://emyramlah.blogspot.my/



Macam tulah kek kukus buah yang sedap sangat di bungkus untuk diberikan kepada kawan kawan Rayyan. Terima kasih kak Fathi. Memang kek kukus kak Fathi sedap sangat. Tak dinafikan. So kalau korang nak tempah kek kukus buah yang sedap ni, korang boleh cari Kak Fathi okeh... Boleh order dengan dia. Kek ni sangat sangat sesuai dijadikan goodies untuk kenduri kendara atau majlis apa apa lah... Boleh terjah ig beliau ye.

Follow ig : @kek_buah_hazazah




Terima kasih buat cikgu cikgu Pra Sekolah 16 (2) sebab sudi menyambut hari lahir anak anak ini. Yang penting mereka sangat gembira dan teruja. Sila abaikan muka Rayyan yang macam blur blur gitu... Dia kan kalau amek gambar kan bajet macho sikit... Macam bapak dia lah.. ahahahahaha..

TQ pada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak... Gembirakan anak anak In Sya Allah , Allah sentiasa murahkan rezeki kita. AMIN.




Lanun Johor

03 August 2015

Sebenarnya husband aku ni dah lama menjual barang-barang Lanun Johor atau nama singkatannya LJ. Beliau adalah satu-satunya agent LJ yang sah yang ada di luar kawasan Johor Darul Takzim. Ada orang kata Lanun Johor tu apa? Kelab ke? owh no no.... bukan sayang.. bukan sama sekali.. Lanun Johor bukanlah sebuah kelab ke bukan juga ahli kongsi gelap ke.. tidak tidak... Lanun Johor ni hanyalah sebuah JENAMA... BRANDING... yang dicipta oleh anak jati Johor dan disokong penuh oleh TMJ. So In Sya Allah... memakai baju baju LJ tidak akan menyalahi undang undang... bak kata Kapten J Lanun, Owner of Lanun Apparel, kita hanya mengambil semangat bola sepak untuk kita terus menyokong bola sepak negara especially JDT...

Ada orang suka JDT ada orang tak suka. Terpulang. Tapi Lanun Johor hanya sebuah jenama. Setiap koleksi yang dikeluarkan ada semangat tersendiri. So pada yang berminat nak dapatkan koleksi Lanun Johor ni aku akan updated one by one okeh... kipidap okeh...


By the way, siapa siapa berminat boleh wassap / call kay de lanun di 0197197992 atau

ig - @kaydelanun
fb - Kay de Lanun

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND !!!


01 Ogos 2015

Happy birthday Husband....
Semoga segala doa doa ayg untuk abg dimakbulkan Allah...
Cepat atau lambat ayg doa...
Semoga abg sentiasa dilindungi Allah SWT sentiasa... Lindungi dari segala kesakitan dan musibah... Lindungi dari segala kejahatan dan kesusahan...
Semoga segala impian abg dalam hidup abg menjadi kenyataan satu hari nanti..
Semoga abg sentiasa bahagia dan gembira.. di dunia mahupun di akhirat..
Semoga abg menjadi orang yang berjaya di dunia dan diakhirat..
Semoga abg sentiasa diberkati Allah SWT..

Happy birthday Sayang..

Last but no least...

sorry for the prank... its all about u'r celebration syg... i loves u... we loves u..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan koleksi Lanun Johor, suami saya adalah agent Lanun Johor yang rasmi, boleh dapatkan koleksi LJ daripada beliau. Boleh call / whatsapp / sms no ni ye..

no fon - 019-7197992

jangan lupa follow juga beliau

ig- @kaydelanun
fb - Kay de Lanun


Cuti Sekolah buat Rayyan Danish

20 March 2015

Sejak anak bujang aku dah mula sekolah kerajaan ni mula lah resah gelisah aku dengan Kay bila cuti sekolah bermula. Sebelum sebelum ni tak pernah kisah pun cuti sekolah tu bila. Hari ni genaplah semiggu cuti sekolah penggal pertama Rayyan... Gitu.. siap ada penggal pertama ko.. maknanye lepas ni adalah penggal kedua ketiga.. jangan penggal kepala sudah.. ok.. dah start melalut da.

Mula mula pening juga fikir nak letak manala si Rayyan ni seminggu dia cuti sekolah. Dia bukan jenis suka ikut kiteorang duduk kat pejabat ni hah. Dia cepat bosan sikit. Tak sampai lunch break dah sibuk nak ajak balik. Kalau aku ni pengarah bahagian takpelah suka suka hati aku nak balik petang ke balik tengah hari ke... sebab selalunya staff bawahan memang suka kalau bos atasan ni takde kat pejabat. ahahahaha... Lepas dah tak tau nak letak mana kiteorang decide tinggalkan Rayyan kat kampung. Rumah ibu mertua ku.. hihi.. Nak hantar balik rumah mama tak bolehlah sebab rumah mama belum siap. Tunggulah penggal penggal seterusnya ye itupun kalau rumah mama dah siap sepenuhnya.. chewaaahhh... 


Berat hati aku ni... Berat bukan sebab aku tak percayakan ibu mertua aku atau adik ipar aku.. tidak.. aku tau mereka boleh jaga Rayyan dengan baik malah lebih baik dr aku jaga Rayyan.. Cuma sedih dan sebak sebab selama Rayyan membesar depan mata aku tidak pernah sekali pun aku tidur tanpa dia kecuali masa aku bersalinkan Aryan.. Itupun semalam je.. ni bermalam malam.. berhari hari aku terpaksa berjauhan dengan dia. Sedih sebab aku tak dapat peluk dia hari hari... Tapi bila fikir kay cakap sampai bila kita nak kongkong dia... Dia akan membesar dan membesar. Biarkan dia bina environment dia sendiri. Jadi dia akan ada banyak cerita nak disampaikan. Kalau kat sekolah nanti dia kena buat karangan "Aktiviti Cuti Sekolah" takdelah dia pening nak buat. Sebab duduk kat kampung ni mesti banyak aktiviti dia. hehehehe..

Terima kasih mak ayah sebab tolong jaga Rayyan. Terima kasih Angah sebab sabar melayan karenah anak buah angah yang sorang tu. Terima kasih banyak banyak..

Malam ni aku tak sabar nak balik melaka nak peluk Rayyan.... Jangan tak nak balik Putrajaya sudahlah Rayyan... 


note: hari pertama je Aryan tanya abam dia mana..? bila aku cakap abam pergi sekolah lepastu dia tak tanya pun.. psiko sangat tau.

Raya ke-2 kami ke Muar....

21 August 2014
Kalau Hari Raya memang kiteorang akan apply cuti lama sikit sebab nak balik dua dua rumah parents. Kesian pula kalau Hari Raya sebelah pihak jekan... Tak kisahlah balik raya ke berapa pun janji balik jenguk mak ayah selagi mereka masih ada kan... Selalu hari raya pertama kiteorang dah khatam semua rumah adik beradik baba... Dari Benut Pontian sampailah ke Muar sana nun.. Balik for sure akan penat gila gila punye. Tapi tahun rasa macam tak sempat nak terjah Muar raya pertama tu. So postponed plan nak ke Muar ke raya ke-2. 

Hari Raya ke-2 , pagi pagi dah bangun sebab nak pergi banyak jugak rumah kat Muar tu. Singgah rumah sepupu sedara mara Opah lagi... dan perjalanan akan berakhir di rumah kakak baba. Takde banyak sangat gambar raya ke-2 tu sebab erm.....photographer badmood... hahahaha... 


Di rumah pertama yang kami datang tapi aku tak ingat nama nenek ni.. hehehe.. sepupu Opah rasanya.. Aman sangat duduk sini tau... Sampai sampai je Rayyan suruh Kay amek gambar... Tengok tu dari atas sampai bawah dan hensem tapi alahai... selipar je? selipar jeee?? Bolehlah Rayyan janji jangan kaki ayam sudah....


Sementara orang orang veteran borak borak jomlah kita selfie ramai ramai... wefie kot... over adik aku kan... selfie sorang sorang.. orang tua cukup marah kalau anak anak dara duduk kat tangga... hahahaha... katanya nanti lambat orang masuk pinang... ye ke??? nasiblah jodoh aku awal kan kan kan... Mungkin sebab rumah aku takde tangga camni kot... 


Punyelah best duduk kat tangga... Tapi bila duduk kampung rasa fresh sangat sangat... Pokok kelapa sawit dimana sahaja... Cuba balik Putrajaya... owhhhhh... Jerebu sangat.... Adik aku yang lelaki tu tak dapat ikut.. kena keja.. so kiteorang angkut bini dia jelah.. hahaha.. padan muka... hihihihi...


Gambar kat atas ni kiteorang amek lepas selesai rumah ke 2 & 3.. Jangan tanya kat mana sebab aku tak tau nama tempat yang betul rumah rumah sepupu sepapat Opah nih... Parit ape ntah... Rumah ke 2 & 3 sebelah sebelah je.. so raya sekaligus... senang... 

Last sekali kiteorang lepak kat rumah kakak baba kat Parit Yusof... Dulu masa kecik kecik rumah nilah tempat kiteorang bercuti.. Pantang cuti sekolah mesti ajak mama baba balik kampung sebab kat sini best gile... Sepupu yang lain pun memang akan berkumpul kat sini.. So masa kecik kecik semua akan main main kat rumah nih.. main bunga api la main mercun main sampai belakang kebun durian... kat kebun durian belakang rumah ni ada pondok.. kiteorang selalu lepak situ makan buah... Dulu nyamuk tak bawak penyakit sangat macam sekarang.. hahahaha.. Pakcik pun memang seronok sgt kalau kiteorang semua balik kg... Asal nak raya je dia akan pasang pelita keliling rumah.. Best gile... Kenangan semua tu.. Sekarang bila masing masing dah ada family susah sikit nak jumpa tapi kalau hari raya datang Parit Yusof memang tak ingat nak balik sebab time raya memang majoriti akan datang situ... 


Tengok tu mama baba seronok betul makan buah terus dari pokok.. Samping pun tak tanggal tu... hehehe.. Sayang sangat... hahahaha... 




Alamak.. aku tak ingat sape yang tengah jolok buah tuh... hahaha.. Masa kiteorang datang pokok rambutan dengan pulasan memang banyak.. Amek je dari pokok... Heaven kan duduk kampung.. 

Kan aku dah kata gambar tak banyak walaupun kiteorang pergi banyak tempat sebab photographer time ni badmood... hahahahaha... Badmood badmood pun ai sayanggggg dia tauuu... 

note: kiteorang sampai rumah pukul 12++ kot... sampai je opah buat nasi goreng sebab lapar layan jem kat highway... maklumlah hari raya semua orang bandar nak balik kampung... 

Jom ke Benut Pontian.

19 August 2014
Dah baca Cerita Syawal Pertama kiteorang ? Kalau belum silelah baca.. kalau tak pening lalat pulak nanti... Masih di Syawal pertama. Lepas tutup pintu semua kiteorang pun mulakan perjalanan raya pertama ke rumah Arwah Pakcik Harun. Arwah abang baba aku. Arwah meninggal seminggu sebelum nak raya.. Sedih dan terkejut. Arwah ni memang jarang kiteorang dapat jumpa. Susah la nak jumpa dia sebab dia buat kerja macam macam nak tanggung family dia. Actually dia bukan dari keluarga yang senang tapi dia tak pernah minta tolong atau bantuan siapa siapa pun untuk ringankan beban dia. Baba kadang kadang tolong hulur sikit sikit je tupun dia taknak. Arwah memang jenis tak suka susahkan orang lain hatta adik beradik sendiri.

Memang dah jadi kewajipan kiteorang setiap kali raya kiteorang mesti akan ziarah rumah arwah kat Benut Pontian.. Selain dari menziarah kiteorang ke sana untuk makan burasak dengan ketupat lui.. pernah dengar tak? Sedap gile.. Hari Raya je jumpa ni... Hari lain tak jumpa tau tau tau.. Ni makanan orang bugis. Orang bugis kalau tak kenal burasak sila bunuh diri yerk.. hahahahaha.. 

kredit to uncle google...

Nilah rupenya burasak. Burasak ni boleh makan dengan rendang...Tapi nak marvelous makan dengan lauk ikan terubuk masak asam pedas... perghhhhhhh..... confirm tak pandang benda lain dah.. Makcik (isteri arwah) memang pandai buat burasak nih... Memang tak pernah mengecewakan kalau dia buat... Confirm sedap. 


Nak masuk rumah arwah pakcik aku tu kiteorang kena park kete kat luar pastu jalan kaki sikit lalu ladang kelapa sawit baru sampai rumah dia. Adventure sangat kat.. So kata sepupu aku arwah pakcik aku tu meninggal masa dia dok buat jambatan tu... Dulu jambatan tu kecik je... Nak masuk kete kancil pun takut takut... So dia buat guna kudrat dia sendiri besarkan jambatan tu supaya kiteorang nak datang ziarah hari raya nanti boleh bawa masuk kereta. Tak payah parking kat luar dah. Tak payah jalan redah kelapa sawit dah.. Tapi hajat arwah tak kesampaian sebab masa dia dok buat tu dia sakit dan akhirnya Allah SWT menjemput dia dengan cara yang tenang.. Al-Fatihah... 


Dia dengan gadget papanya... Masa kiteorang lalu kat ladang kelapa sawit tu kan nyamuk punyelah banyak dok menjemput kiteorang... Dah sama sama terbang si nyamuk dengan kiteorang yang jalan kaki.. Dah macam pakej pulak rombongan Ariffin beserta nyamuk di belakang.. Menyesal pulak tak bawak cream nyamuk tu.. Kesian Aryan kena gigitan cinta dari nyamuk nyamuk kat situ.. Abes bintat kepala muka dia... hahahaha.. Lupe pulak nak amek gambar sebab syok makan burasak.. Lama jugak kiteorang kat rumah arwah... Dah puas borak barulah kiteorang gerak... Tupun sebab dah ramai yang datang rumah arwah... Mungkin family sebelah makcik aku kot... sebab kiteorang tak kenal pun. hihihihi.. 

Amek gambar atas jambatan yang arwah tak sempat siapkan.. 


Rayyan dengan Aryan tengok ikan dalam longkang tuh... Kat kampung longkang-longkang dieorang besar.. sampai boleh buat mandilah... hahahaha.. 

Lepas dari rumah arwah kiteorang terus balik rumah. Tak kemana.. Raya kedua baru kiteorang plan nak terjah muar.. Banyak rumah lagi perlu diziarah. Doa yang kami dapat berikan. Semoga arwah pakcik aku tenang di samping PenciptaNYA.. Semoga arwah bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 


Cerita Syawal Pertama

18 August 2014
Hari Raya tahun ni family aku bertambah lagi sorang... Aku kan dapat kakak ipar baru tahun ni... Majlis nikah abang aku pun aku belum cerita lagi kan kan kan.. Abang aku nikah dengan gadis pilihan dia bulan 4.. 04.04.2014... nice date... ok.. Tp sekarang aku nak cerita kisah Hari Raya pertama kiteorang... 

Kalau raya belah family aku nih, pagi raya semua kena kejut pakai kuali.... hahaha.. ok tipu sebenarnya... Tp siren mama tu dah boleh buat semua orang bangun dah... Macam biasalah pergi sembahyang raya... mandi sunat.. pakai cantik cantik serta wangi wangi.. Belah aku ni lepas solat raya confirm lepas tu ada je orang datang.. Kadang kadang mama baba opah tak sempat balik rumah lagi orang dah datang beraya.. hahaha.. nampak tak glamernya rumah family aku ni hah.. Tapi yang datang pagi pagi biasanya budak budak lah... Dalam pukul 10 macam tu, adalah jiran jiran datang beraya... So dah pakai cantik cantik wangi wangi kenalah siapkan hidangan untuk tetamu tetamu yang datang.. Itu dah memang menjadi rutin setiap tahun menjelang Aidilfitri... Mungkin sebab opah aku agak glamer di kampung sebab tu org attack umah opah aku dulu kot... Semoga Allah SWT panjangkan umur opah... 

So lepas layan tetamu yang datang berdesup desup la tutup sementara pintu sebab kiteorang belum raya dengan mama baba opah lagi... Maka disinilah al kisah semua cerita buruk kantoi... hahahahaha.. tu cerita adik bongsu lah... banyak sgt buat perangai.. kalau nak list memang sampai raya ke 10 pun tak abes der... Lepas bermaaf-maafan kami wat sesi photoshoot... Photoshoot dalam rumah je.. Sebab kalau keluar jiran yang lain datang takde pulak orang kat rumah.. Kesian kan.. 


Gambar bermaaf maafan ni je yang sempat amek sebab hati dah sebak dah... Tak sempat nak snap semua orang salam salam nangis nangis ... 


First capture... Alamak Aryan.. Kenapa lah dok dongak tengok papa macam tu... Abag Rayyan dah cantik sgt dah senyuman tu.. owhh.. time ni papa die berlari nak amek space la... Dia pelik kot tengok bapak dia lari macam lipas kudung... hahahaha... Puang baba pun tak ready tu hah.. Amek la lagi sekali..


Eyh.. Makin lebar pulak Rayyan senyum... hahaha.. Nice.. Masya Allah.. Keluarga aku... Cantik Alhamdulillah... hehehehe... Tema kaler tahun ni.. Susah gile nak cari baju kaler ni kot.. Yang lelaki baba dah beli siap siap... Beli untuk semua anak anak dia serta menantu dia dan cucu cucu dia.. Time ni adik aku yang no 3 dan wife tak dapat join sebab beraya belah wife dia.. Tapi yang sedih Airell tak dapat beraya dengan kami tahun ni.. T_T .... Kalau dia ada mesti lagi sempurna kan kan kan.. Takpelah.. maybe next next year kotttttt.... 


Candid time... hahahaha.. Tengok tu hero hero kecik aku.. Cute kan... Comel kan.. Alhamdulillah mereka memang behave... Orang suruh peace pun dieorang peace... suruh senyum pun senyum... hahaha... Comelnyeeeee.. Abg Rayyan walaupun demam sikit tp happy je... Die seronok sgt bila aku ckp Rayyan hari ni hari raya!!!... hahaha...  Next....


Mama dan baba yang romantik... ahaks.. Samping baba tu dia beli kat Terengganu... Pergi bercuti ke Terengganu semata-mata nak beli samping... hahahaha.. Samping baru... Bau tak bau tak..? Bau duit hangus.. hahahaha.... Baba kata biar mahal janji original.. Yelah baba... lovesssss both of u sooooo muchhhh.. Muahhhh... Next please....


 Boleh ke digelar pengantin baru..? Bolehlah kot kan.. Belum setahun lagi... So nilah dia abang aku dengan wife dia.. Aku ada 1 abang je.. Seorang pegawai polis di Penang dan seorang yang jenis tak kisah langsung pasal duit... Semoga bahagia sampai bila bila long... Next next..

Kenapalah awak buat pipi kembong macam tu Rayyan oiiii... Spoil tau... Amek lagi.. hahahaha


Bolehlah kan.. Biasalah budak budak kan... grrrrrr.. Next...
  

Last but not least... My youngest sista... Tahun ni dia SPM... Belajar pandai pandai Kilah... Esok kalau berjaya kau jugak senang... Kalau kau jadi doktor boleh aku tumpang sekaki nanti... hahaha... Jangan bagi mama baba susah hati.. Jaga kau macam jaga kambing sekandang... Anak paling bertuah dalam ramai ramai anak mama.. Sebab beza dia dengan adik aku yang no 3 tu 10 tahun... Makanya manja memang tahap maksima okeh... Eyh ada lagi gambar.. Gambar mama baba dengan anak menantu dan cucu cucu nya,... Opah time ni dah ketung ketang kat dapur sebab kejap lagi ada orang nak datang beraya.. Layan gambar jelah ek ek ek... 







Gambar tuan tanah kenalah lebih sikit... hahahahaha... Lepas selesai ambil gambar jiran jiran yang lain pun datang termasuklah adik baba.. Lepas tu baru kiteorang keluar beraya pulak? Ke mana...? Next entry okeh.. Jari aku dah penat layan keyboard nih hah... 

Cerita Malam Raya

14 August 2014
Alhamdulillah... Tahun ni raya di kampung ibunda ku... Kami memang amalkan sistem bergilir... Baru fair kan kan kan.. hahahhaa.. Nama pun anak perantauan... Dan Alhamdulillah aku sempat berbuka puasa bersama keluarga aku.. So 2 hari sebelum raya kami dah ade di JB yow... Sebelum nak cerita pasal hari raya kita cerita pasal sebelum raya.. Malam sebelum raya... Kalau tak cerita sekarang aku takut aku forward cerita tu tahun depan.. hahaha.. Dah basi pulak kan kan kan.. Lagilah muak nak cerita kan kan kan... 

Malam raya tu aku pujuk laki aku separuh mati ko nak ajak dia cari tudung kat Angsana lepas buka puasa tu... Dari sahur sampai dah nak buka puasa laki aku tak nak gak bawak... Tapi yelah.. Laki mana tak sayangkan bini.. Aleh aleh lepas buka je dia bagitau lepas solat terus siap kita g Angsana.. Melompat katak japlah aku... hahaha.. kesian kot kat bini dia ni dok jomlah abg jomlah abg dr pagi sampai ke senja.. gitu... nampak tak aku buat buat cerita.. hikhikhik... So malam raya tu kekdah terjahlah kami ke Angsana.. Lupakan kesesakan lalulintas di Angsana tu... Punyelah ramai manusia kat Angsana.. Dieorang ni tak reti dok ngumah gak nye org jauh sekali sekala balik nak shopping kat sini.. gitu.. bebel dalam hati jelah.. Kang kalau bebel kuat kuat kena lahar dek laki... hihihi... Nasiblah Angsana ni punye parking sebesar 4 padang bola.. Maka kami dapatlah parking walaupun jauh sikit berjalan.. sikit je tak jauh mana pun... 

Niat nak g Angsana tu nak cari shawl sebenarnya... Aku dah beli dah shawl untuk raya tapi ntah kenapa sampai JB aku rasa shawl aku tu tak cantik pulak.. Tak gojes pulak... So tu yang beriye pujuk Kay g Angsana sebab mama cakap kat Angsana banyak shawl cantik cantik.. Masya Allah... memang banyak tau... banyak yang cantik cantik... harga pun cantik... Aku rasa murah lagi KL dr JB... Shawl penuh manik kat KL baru RM55 (Jalan TAR) kat JB RM70... Fengsan... Beli jugaklah sebab dah berkenan kan... Tapi sampai rumah yang pakai shawl aku tu di pagi hari raya adalah mama ku terchenta.. takpelah ma... demi mama ku relakan apa saja.. hihihihi..

Masa dok jalan dalam mall tu, kat center Angsana tu adalah buat promosi lelong malam raya... Aku idaklah nak tunggu sebab baju semua dah ada tinggal shawl je... Shawl pun dah dapat so ingat nak ajak le kay terus balik rumah... Aleh aleh si Rayyan dengan Aryan nak bergambo pulak.. Owh lupe.. Malam raya tu Rayyan boleh pulak demam.. Allah.. Dugaan betul.. So die agak moody la..Badan pun agak panas.. Adiknye excited betul nak bergambo... Abg pun dengan muka lemah longlai layan kan ajelah adik tu... Aku dengan adik aku yang bongsu pun join sekali tau bergambo.. Kay jelah tak join sebab kalau dia join sapelah nak amek gambo kami ye dak ye dak... Gambar ape? 
-
-
-
-
-


Gambar ni hah.. hahahah... comey sangat kan kan kan.. nampak tak muka kiteorg yang excited especially Aryan tu.. Rayyan tu hmmmmm... budak demam biasalah.. moody.. kesian Rayyan


Tak nak balik... nak amek gambar lagi katanya.. Amboi ko dikkkk....


"Camat Hari Aye"

Dah jom balik....


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign