blog kay & yana: April 2011

Mari Menabung Ye Kawan-kawan

28 April 2011

.... ni semua hasil tabungan en suami ye... saya? saya tiada share dalam ini perkiraan... dua-dua tabung tu saya beli tapi isi dalam tu hak milik en suami... hehehe... agak2 semua sekali ni berapa RM ek...? sape pandai teka??? cu teka cu teka cu teka.. hehehe....

Buffered Earning From Nuffnang

 
 .... agak lama jugak aku tak cite pasal Buffered Earning (BE) ni kan... yelah.. dah lama Nuffnang tak bagi BE pada aku.. so takde story la aku nk kepoh kepoh dekat blog ni.. tapi arini bile bukak akaun nuffnang aku tgk ada 3 BE... tak tau la lama mne BE tu dah ade kt blog aku sbb aku mmg dah lama tak bukak nuffnang.. hehehe... apepun dozen thanks to nuffnang... love u lor.... give me more BE soon okeh.... *hugs*


Wedding of the year 2011 : The Royal Wedding of Prince William & Kate Middleton


sekarang ni kecoh dengan berita perkahwinan di antara Prince William & Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Middleton. Majlis perkahwinan yang dikatakan akan berlangsung dengan penuh kemewahan ini akan diadakan pada hari esok (Jumaat) 29 April 2011 jam 11 pagi waktu London..

Media mempunyai pelbagai tanggapan mengenai maklumat terperinci majlis perkahwinan berkenaan. Malah, Guinness World Records menjangka pasangan diraja itu akan memecahkan beberapa rekod dunia dalam kategori perkahwinan. Berikut adalah jangkaan diperoleh daripada buku Guinness World Records :


1. PENONTON TELEVISION PALING RAMAI.
Dianggarkan seramai 750 juta orang dari 74 negara menonton perkahwinan serba mewah Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. Dengan perkembangan media dan perhatian masyarakat tentang perkahwinan selebriti, perkahwinan William dan Kate Middleton bakal ditonton lebih ramai orang, mungkin mencecah satu bilion.


2. PASANGAN PALING DIRUJUK DI INTERNET.
Pada era teknologi maju ini setiap maklumat terkini dapat diperoleh melalui Internet. Peminat pasangan diraja pasti melayari laman web apa saja untuk mengetahui berita mengenai mereka. Waktu ini, pasangan Khloe Kardashian dan Lamar Odom menduduki tempat pertama perkahwinan selebriti yang dirujuk pengguna Internet.


3. KEK PERKAHWINAN TERBESAR.
Dengan jumlah tetamu yang ramai, William dan Kate memerlukan kek perkahwinan yang besar dan mahal. Menurut Guinness World Records, kek perkahwinan terbesar adalah seberat 6.8 tan yang dihasilkan tukang masak di Mohegan sun, Connecticut, Amerika Syarikat untuk acara pameran perkahwinan pada 2004.


4. POTONGAN KEK PERKAHWINAN PALING MAHAL.
Berdasarkan rekod, potongan kek kahwin Duke dan Duchess of Windsor pada 1937 dijual pada harga AS$29,900 (RM) pada 1998 di pusat lelongan Sotheby’s. Dan kek buah William dan Kate dijangka tahan lebih lama dan pasti dijual dengan harga lebih mahal.


5. GAUN TERMAHAL DAN PALING PANJANG?
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana rupa gaun perkahwinan yang akan dipakai Kate kerana masih dirahsiakan. Rekod, gaun pengantin paling bergemerlapan dibuat daripada 43,000 kristal di Romania tahun lalu. Tudung pengantin Lubnan, Sandra Mechleb terhampar sepanjang 3.3 kilometer pada 2009.


..tetibe aku rasa mcm nak apply cuti utk esok lah.. agak2 bos approve tak...?? hehehe... okay this is link for their website and Special Live Coverage only on ASTRO Channels

http://www.officialroyalwedding2011.org/

TLC The Royal Wedding Week at TLC (Astro Channel 707)
BBC WORLD NEWS Royal Wedding Special coverage (Astro Channel 512)
CNN A Royal Wedding: The Marriage of William and Catherine (Astro Channel 511)
ITV GRANADA Live Coverage of the Royal Wedding (Astro Channel 735)
THE BIOGRAPHY CHANNEL Biography of Kate Middleton (Astro Channel 731)
SKY NEWS (Astro Channel 514)
SKY NEWS HD (Astro Channel 700)
E! Channel The Royal Wedding (Astro Channel 712)

credit to :
http://www.lovelyshafa.com/2011/04/royal-wedding-of-prince-william-kate.html
http://ayureq.blogspot.com/2011/04/royal-wedding.html



SITI SARAH MENGANDUNG

27 April 2011
Assalamualaikum...

.. sje nak share info yang menarik.... petang semalam balik dari ofis aku dengar berita di radio ERA.fm.... berita tu ada gak announce kan yang Siti Sarah dah mengandung.. tp tak bgtau pulak berape bulan dah... tp walau macammana sekalipun, aku happy giler... terus aku ckp dlm at aku... nanti SEPAH kalau menang Maharaja Lawak mesti sebab rezeki baby die... hehehe.. apepun tahniah buat Siti Sarah dan Shuib... jd Sarah leklok yerk... erm... masih terngiang-ngiang nyanyian Shuib masa dieorang buat persembahan untuk Maharaja Lawak sempena minggu muzikal... hahaha...

"kenapa abang...." "bukan sekali, bukan dua kali, tp dah banyak kali terjadi..."

SEPAH BEST!!!

gambar credit to http://yanmieonline.com/

aku memang suke tgk pasangan nih.. takde gosip aleh2 tunang terus kawin.. baguslah.. tak payah tunggu gosip kan... senang.. kawin abes citer... mmg nampak sgt bahagia pasangan nih.. menurut Siti Sarah, ketika perkabaran berita gembira itu Shuib yang berada disebelahnya terus memeluk dan menangis, tangisan kegembiraan. Mudahan semuanya selamat dan dipermudahkan buat Siti Sarah dalam menempuh alam kehamilan.. Amin...

GENAP 5 TAHUN DI MOSTI

26 April 2011
Assalamualaikum...

... 25.4.2011 genaplah 5 tahun aku kt MOSTI.... erm... gembira sebab masih di MOSTI.. tp dalam masa yang sama rasa bosan jugak sbb ada kt sini terlalu lama... aku teringin nak cr pengalaman di tempat baru tp tak tau lah relevan atau tak... erm... ape pendapat korang.. 5 tahun berada di tempat yg sama... buat keje yg sama.. flow yg sama.. kalau korang bosan tak??...

.....sempena 5 tahun aku di MOSTI aku plan nak buat surat cinta utk pertukaran... harap2 bos aku tak marah dengan keputusan aku.. lgpun aku teringin nk g tempat yg lebih baik... yg lebih bagus... bukan aku ckp kat sini tak bagus.. cume sampai bile aku nak dok sini kan...

.... tp, bile pk kawan2 kt sini aku rasa mcm berat je nk bg surat pertukaran tu.. yelah.. environment kt sini best.. kwn2 pun best-best belaka... kwn2 pejabat tempat luahan perasaan... kalau g tempat baru kena kenal semula kawan-kawan kt sana.. dilema... tp sampai bile kan.. semua geng2 PA aku dah tukar dah.. tinggal aku je lah.. hehehehe... jd senior best pe.. bleh buli junior.. hahaha.. jahatnyer....

.. ape-apepun, aku enjoy keje kt MOSTI ni walaupun dah lima tahun..cuma aku teringin nak keje kt wisma putra.. mne tau ade rezeki aku leh g obersea.. hehehe... nak g gune duit sendiri mmglah tak mampu... so, apelagi.. kalau ada peluang, amek je... mulakan kerja dengan senyuman ye...



- ni zaman dulu kala.. tak ingat zaman bile.. time ni semua bujang belaka

- kenangan raya tahun 2008... theme purple yawn

- kenangan Rapheal di DICT..walaupun sekejap je die di dict tp mmg fun giler...
terasa tu bile die pindah ke sabah

-retreat di Bukit Merah tahun 2010

- kwn-kwn ku yg sgt suke mkn ice cream sambil berjalan


- di pejabat pun kami bleh posing okeh...

- PA-PA di DICT... cantik menarik tertarik kan...

- peace no war dr mereka rakan-rakan sepejabat... =)


GENAP 5 TAHUN DI MOSTI

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

MAHARAJA LAWAK MINGGU KEEMPAT- ALEX TERSINGKIR

25 April 2011
Assalamualaikum...

..... Minggu Keempat ni takde pulak Usop Wilcha wat show... lgpun tema minggu keempat ni adalah bebas... so, persembahan mereka kalini lebih baik dr minggu pertama... tp aku lbih suke minggu muzikal... mmg best giler.. aku repeat tgk ulangan sampai 3 kali pun tak bosan... masih gelak bile tgk SEPAH, JOZAN,JAMBU, NABIL buat persembahan... hehehe.. apelah pulak komen aku utk minggu ni ek... jom ar kite sesuke je tgk.. aku ni pun bukanle expert bebenor... suke suke je komen...

AMIR - Amir merupakan peserta pertama yang membuat persembahan... kali ni persembahan Amir agak menjadi.. die menggunakan juri-juri sebagai bahan... ceritanye tersusun tp syg.. die masih lemah dlm mencari punchline... die masih perlu belajar untuk berjenaka..

JOZAN - Jozan sememangnye BEST,MANTAP, CUKUP SEMPURNA, CUKUP KELAKAR... mereka menggunakan kuasa lighting untuk membuat sebuah cerita... ceritanye ringkas je... kisah 2 org budak yg ditangkap kerana mencuri tabung di masjid... hahahaha.. mmg best... lain dr yg lain... persembahan JOZAN mmg the best..

MAN - Man memainkan watak sebagai seorang Indonesia yg datang ke Malaysia untuk mencari rezeki... lawaknye agak kurang menjadi... sbb kadang2 keluar bahasa Indonesianya tapi kadang2 keluar pula bahasa jawanya. Punchlinenya juga kurang dan lambat... jadi lawaknya itu tidak menjadi..

JIHAN - Jihan pula memainkan watak seorang guru yang sedang bersoal-siasat dengan anak murid yang banyak loyar buruk... erm... kurang menjadi lawaknya minggu nih... oh ye.. pemakaian Jihan minggu ni tidak menunjukkan dia sebagai seorang guru kot...dia perlu bekerja keras untuk berjaya dalam Maharaja lawak nih

SEPAH - SEPAH seperti biasa mmg tidak mengecewakan penonton... mereka memainkan watak penculik yang menculik anak orang kaya dan sedang meminta tebusan... lawak daripada shuib dan jep mmg menjadi.. cuma Mamat kurang menyerlah sebab lebih banyak diam... tiga orang nak buat lawak memang tak cukup masa yang diberikan...ye tak???

ALEX - Alex... erm.. ape nak komen ek.. wataknya sebagai pilot agak kurang menjadi.. lawaknya minggu ni pun kekurangan punchline... ceritanya pun kurang menonjol... mungkin sbb dia memulakan wataknya dengan bercakap bahasa jepun kot..

NABIL - kali ni nabil menjadi profesor yang mencipta mesin masa.... idea yg hebat.. jalan cerita yang menarik... lawak? of coursela kan...kalau tak lawak bukan nabil namanya... malah, AC Mizal turut menjadi watak sampingan dalam persembahan nabil.. tp tetap lari dari masa... bg nabil masa yg diberikan tidak cukup bagi dia.. jalan ceritanya panjang jadi dia terpaksa rushing untuk abeskan ceritanya.. papepun, mmg best...

BALAS - Balas pula memainkan watak seorang pengemis dan seorang putera raja ala-ala dalam cerita cinderella tuh..tp persembahan mereka macam kurang sikit nak faham... punchline pun kurang... lawaknya macam lambat nak menjadi... mungkin kurang idea kot...

JAMBU - Mereka memainkan watak seorang lelaki yang sedang bersenam sambil mengurat seorang perempuan.. yus memainkan watak seorang perempuan mmg kelakar giler... persembahannya ringkas, mudah difahami dan memang kelakar... hehehe...

Minggu ni, ALEX tersingkir... agak kecewa bile Alex yang tersingkir bukan Amir.... sebab aku rasa Alex sgt bijak dalam membuat lawak... Alex boleh diberi peluang sebenarnya dalam Maharaja Lawak... dia boleh menjadi seorang pelawak yang bijak dan teratur... tapi sayang rezekinya sampai disitu sahaja..

top 3 pilihan aku minggu ini adalah JOZAN, JAMBU, SEPAH,

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

REASON AKU TAK UPDATE BLOG?

22 April 2011
Assalamualaikum....

Wah... lama btol aku tak update blog ek.. erm... kalau update blog ni dikire homework sure aku kene denda.... alah., mcmlah ramai bebenor nk bc blog aku ni kan kan kan... reason aku tak update blog???? ape ek... erm..

- aku g kursus 3 ari di KL.. so g kursus mmg tak sempat nak update blog bagai
- masuk2 opis je kene tukar email blog dr yahoo ke gmail.. first buat tak menjadi, second buat bru jd.. semuanye dengan pertolongan mappiau.. huhuhu.. esok aku buat tutorial eks...
- aku MALAS...

tu jelah reason aku.. agak2 alasan aku diterima tak..? hehehe =)




Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

MAHARAJA LAWAK MINGGU KETIGA

18 April 2011
Assalamualaikum...
...Buat kali pertama menonton Maharaja Lawak dalam Astro Warna... Maharaja Lawak minggu ketiga bertemakan Drama Muzikal... wow.. sure gempak punye kan... tp lebih gempak bile show Maharaja Lawak dimulakan dengan persembahan Usop Wilcha... mmg kelakar giler.... pecah perut dibuatnye... tak sangka Usop Wilcha ni pandai gak nyanyi.. apalah yg die tak pandai agaknye ek.. owh ye..main gitar ... hahahaha.... lepas persembahan Usop Wilcha, juri umumkan peserta yg tersingkir pd minggu kedua... iaitu WAI dan XN3.... so far aku takde nk komen pape pada kumpulan yg terkeluar tuh... oklah tu kot... aku nk komen peserta-peserta yg buat persembahan malam tu jer... korang nak komen??? jom komen sesame ek...

BALAS - kumpulan pertama yang membuat persembahan... tak berape menjadi drama muzikal yg mereka buat... tak berape menjadi maksudnya tak berape nak lawak lah... so, dieorang kene usaha lebih lg la kot.... 

ALEX - persembahan Alex best.. mmg best... sumpah best.... die sgt kreatif dan pandai menyusun jalan cerita serta pandai memilih lagu.... lawak yg spontan membuatkan persembahan die sgt mantap...tibe-tibe terlupa rentak lagu tu pun membuatkan lawaknye sgt menjadi... aku puji alex kali ni.. pelawak yg bijak... itu kata Ahmad Idham

AMIR - amir.... adoyai... bak kata Apex... KE LAUT!!!! too worse.. lagu tak sesuai...nyanyian teruk... tak ikut key... even pemain gitar pun takleh nk kejar nyanyian die tu.. satu patah perkataan pun tak paham ape yg die ckp... juri sampai nak masuk bwh meja la dgr die nyanyi.. adoh... hancur...

JIHAN - persembahan Jihan agak tidak menjadi jugak.. kurang lawaknye tp oklah... lagu yg die pilih pun tak berape mantap... lagu yg kedua tu bru lawak skit... tp Jihan merupakan peserta yg ketiga berturut-turut yg lupe rentak muzik...yg tu membuatkan penonton tak berape nak gelak sbb alex dah buat dulu kan... agak kureng skit Jihan minggu muzikal nih,..

R2 - entah mana silapnya persembahan mereka kurang menjadi minggu nih... aku expect R2 bleh buat persembahan yg mantap sbb R2 ni jenis lawak nye sempoi dan menjadi... mereka juga kreatif dan bijak menyusun jalan cerita.. tapi malam muzikal tu, R2 mcm kurang idea utk melawak dan persembahan mereka biasa biasa je... ada part2 yg lawak ada part2 yg biasa biasa je... 

MAN - Man... erm... takde nak komen sgt.. tp persembahan die minggu ni more better than last week.. minggu ni adalah lawak skit2 tp still kene cr byk lg idea sbb aku rasa lawak loghat kelantan die tu org dah tak berape nak gelak... 

NABIL - persembahan Nabil seperti yang dijangka.. tidak mengecewakan... jalan cerita die menjadi waiter sebuah warung sgt menghiburkan... gaya die main piano palsu sgt sempoi... die mmg pandai melawak... dan die adalah pelawak yg menghiburkan dan pandai mencari idea... 

JAMBU - jambu... persembahan bermula dengan gimik dua org pemuda membelakangkan penonton.. ingatkan Jambu rupe2nye penonton.. Jambu keluar dengan memakai suit warna merah jambu yg striking okeh... mmg lawak.. nyanyian mereka sgt kelakar... erm... tidak byk jalan cerita... tp mereka tetap kelakar.. lebih kelakar bile mereka nyanyi lagu papaku pulang dr kota dengan bermacam-macam versi...mmg mantap dan best giler... Jambu mmg tidak mengecewakan...

SEPAH - sepah juga tidak mengecewakan penonton.... sgt sgt sgt best okeh... shuib dengan pakaian perempuan yg sgt kelakar... Sepah mmg power dlm segmen drama muzikal nih.. mereka bertiga punye chemistry yg sgt kuat.. jika berpecah maka hancurlah Sepah... sbb sepah adalah kumpulan lawak yg terbaik sekarang nih... malam tu, jalan cerita mereka sgt menarik dan kelakar... mmg menghiburkan.. Ahmad Idham mmg takkan menyesal kalau ambil mereka dlm filem die.. hehehe.. best giler

JOZAN - penonton mmg tak pernah penat menunggu JOZAN membuat persembahan... JOZAN kumpulan terakhir yang membuat persembahan... penonton menaruh harapan yg sgt tinggi pada mereka... sebelum mereka buat persembahan aku sempat ckp "tolonglah lawak JOZAN"... then yes... mereka mmg lawak.. dan mereka tak mengecewakan aku serta penonton.. walaupun mereka tak ubah lirik lagu tp pemilihan lagu, jalan cerita, gaya penceritaan, action mereka, mimik mukanye, semuanye membuat mereka mmg layak di first ranking.. mmg aku sgt terhibur dengan lawak JOZAN malam tuh...

itu sikit banyak komen aku sebagai penonton... aku akan cuba sedaya upaya tidak melepaskan peluang menyaksikan Maharaja Lawak sbb aku amek MUSTIKA hanya kerana MAHARAJA LAWAK... malam tu R2 tersingkir.. agak terkejut sbb aku ingat AMIR yg akan tersingkir tp R2 pulak.. bg aku, R2 tak sepatutnya keluar...sbb mereka merupakan kumpulan yg boleh membuat lawak setanding JOZAN, SEPAH, JAMBU.. mereka punye bakat yg tersendiri.. dan mereka tak sepatutnya disingkirkan... bg aku AMIR sepatutnya disingkirkan malam tuh tp nak buat mcmne... next week kite tgk pulak sape yg tersingkir ye... aku harap takdelah yg terasa bile bc komen2 aku nih.. seperti biasa aku cume pnonton biasa yg komen ape yg aku rasa... 

top 5 pilihan aku minggu ni adalah JOZAN, SEPAH, NABIL, JAMBU, ALEX


DISKAUN 100% UNTUK iPAD 2 BERHARGA RM 2799

* STICKY NOTE*
*PLEASE SCROLL FOR NEW ENTRY*
*TQ*

Buzz Deal™  kembali lagi. Kali ini DealMates.com menawarkan diskaun 100% untuk  Apple ipad 2 16 GB Wifi yang bernilai RM 2799.


Menarik ? Tertarik?
Cara mudah  dan berpeluang memiliki   Apple ipad 2 16 GB Wifi ini dengan mendaftar secara percuma di Dealmates.com.
  • Register di Dealmates.com
  • Isikan borang ringkas dengan nama penuh, email dan password.
  • Submit.
  • Klik Today’s Deal Be One of the First in Malaysia to Own an iPad 2! RM0 for a Chance to Win the Stunning iPad 2 16GB WiFi Worth RM2799!
  • Klik BUY > Your Purchase > Total Price RM 0.00 > Klik Proceed to payment > Congratulations!
DealMates akan menghantar satu sijil ( certificate ) ke alamat email yang didaftarkan. Nombor sijil tersebut akan diumumkan sebagai cabutan bertuah pada 18 April 2011.
Kalau terdelete atau hilang sijil yang diterima , login dengan akaun yang didaftarkan, klik My Certificate.
18 April tu… jangan lupa !
Bukti pemenang terdahulu - Apple iPad 16Gb Wifi bernilai RM1549

entry copy dari blog kak kujie..


MY BLOG IN RENOVATION...

14 April 2011
Assalamualaikum...

I dont think i can make any entry for today because today is my renovation day... i want renovate my blog to be more smart and nice to readers... why ??? i will story later ok...


SUMASU DOT COM

13 April 2011
Assalamualaikum...
... Korang pernah dengar tak sumasu.com? aku bru je jumpe website ni tadi.. masa aku tgh komen mengomen status member aku, aku ternampak sumasu.com nih.. sumasu ni sebuah website yang ditubukan untuk iklan tukar suka sama suka untuk KAKITANGAN KERAJAAN yang ingin bertukar ke tempat lain. tapi website ni bukanlah portal rasmi kerajaan untuk membuat pertukaran, website ini hanya dibuat untuk membantu mengiklankan sesama kakitangan kerajaan untuk bertukar atau ingin berpindah ke kampung halaman..
so kalau korang kakitangan kerajaan dan ingin bertukar blehlah try di www.sumasu.com ... mana tau ada rezeki korang disitu kan...

 
- macam ni lah bentuk website die... semua gred ada... selamat mencuba... !!

nota : kalau nak harapkan JPA mmg susah.. dieorang tu susah skit nak beri kerjasama bab bab pertukaran nih.. herm...

Saya Mahu Ditegur Eyriqazz

Assalamualaikum...





 kali ni aku nak join segmen dari blog En Eyriqazz nih... segmen "Saya Mahu Ditegur Eyriqazz"... bukan apa.. aku sendiri tak pasti blog aku ni macam mana.. so, aku harap En Eyriqazz sudilah tegur blog aku ni... sebab aku rasa blog aku perlukan pembaharuan atau perubahan tapi aku tak tau ape yang sepatutnya ada dan tidak di blog... Selain itu juga, aku perlukan pendapat blogger-blogger especially yg dah otai mcm Eyriqazz utk komen tentang blog aku..  Sekian, terima kasih.. sape-sape yang nak join bleh klik banner atau link kat bawak ni ok...


KAMI ADA BIBIK BARU TAU....

 Assalamualaikum...

Kami ada bibik baru tau... die rajin sangat .. pantang kalau kita suruh die buat itu ini.. laju je die buat.. rajin sgt.. bibik ni mmg terbaik la dr bibik-bibik yang ada di Malaysia.. kami pun sgtlah syg bibik ni tau.. nape? tak percaya ker??? jom tgk bukti nih...
 
- tgk tuh... bukan main laju lg bwk bju nk jemur ye..

- walaupun tak sampai nk gosok baju kami, die tetap berusaha panjat sampai dpt.. hahaha

sebenarnya, nilah bibik kami.. nama die Muhammad Rayyan Danish.. hehehe. takdelah.. nilah permata hidup kami.. tanpa die sunyi hidup kami.. sekarang ni rayyan danish mmg pantang suruh die buat itu ini.. laju je.. sambil tersenyum lak tuh.. tak pernah muke masam kalau disuruh.. alahai anak... kami syg sgt kamu rayyan danish...  

nota: manalah mampu nak amek bibik...



TOPIK PAGI ERA : MENCANTIKKAN LAWAK AMIR ..?

Assalamualaikum....

 

Pagi ni aku bangun agak awal jugak sebab malam tadi tak sempat nak gosok baju, nak prepare beg danish, nak siapkan everything... so pagi ni baru buat semua benda tuh... that why i have to wakeup early then normal... keluar rumah pun macam biasa jugak.. hehehe.. masa aku tengah syok driving on the way ke office aku dengar radio ERA. fm... Pak Nil masih lagi bercuti rehat... so tinggallah ray dan hanif... bila switch on je radio aku dgr ray bercakap.. fine.. bla bla bla.. aku layankan jelah.. lepastu dieorang mula inform topik pagi ni bersama Amir Maharaja Lawak... tajuknye mencantikkan lawak Amir... terus berkerut kening aku... mencantikkan lawak amir??? utk ape??? owh okeh... aku dgr lagi... rupa-rupanya mereka minta pandangan atau cadangan supaya lawak Amir tu menjadi... ha ha ha ha.... nasib baiklah aku ni bukan rajin nak call on air nih.. klu aku rajin aku call dapat mmglah meletup pandangan aku.. nak tau apa pandangan aku.. :

Lawak ni tak perlulah kite nak mencantikkannye... terpulanglah pada peserta... jika peserta tu berbakat, maka die tak perlu minta pandangan org lain tentang CARA untuk mencantikkannya... kalau dah dari azali mmg takde bakat tu, apa boleh buat kan... perlu ke kite sebagai penonton membantu amir utk mencantikkan lawaknye??? kelakar sungguh... tak perlu kot.. die perlu cari inisiatif sendiri... die perlu gali sendiri... barulah kejayaan yg die dapat puas hati.. kalau ikut pandangan org, maknanye die ibarat badut yg hanya inginkan keseronokkan dalam diri org lain.. bukan dlm diri die sendiri.. sbg contoh: NABIlL.. die mmg berbakat.. die tak perlukan penonton utk bg pandangan MACAM MANA nak jadi seorang pelawak... die perlukan penonton utk sokong die, dan bg pandangan mengenai persembahan yg die telah buat.. kalau berjaya, penonton puas at, die pun puas at.. sbb jalan ceritanya tu dr die sendiri bukan dari orang lain... 

so, kalau amir bc la blog aku ni, kalaula kan.. hehehe.. aku harap die tak kecik at..dan aku rasa ERA tak perlu promote die lebih lebih sgt.. tak fair pada peserta yg lain.. topik ERA pagi ni aku rasa tak sesuai... that all....


SABA' CYBERJAYA

Assalamualaikum,

...korang pernah makan kat Saba' Cyberjaya tak??? sape yang tak pernah pergi silalah google dan cari map utk kesana ye sebab nasi arab die sgt sedap okeh... dagingnye sgt tradisional dan kuahnye... walllaaaa.. sgt luar biasa... satu pinggan tu leh share dua org.. mmg byk giler nasi die.. Saba' ni more to arab choice lah... aku mmg mmg tak tau nk oder.. budak2 ofis yg ada...so, pada satu hari yg agak tenang, kami ramai-ramai merancang utk lunch di Saba'... aku pun join sbb tak pernah g kan.. so nilah peluang aku utk makan nasi arab dr Saba' tuh... bleh dikatakan satu bahagian jugak lah yg join lunch di Saba' nih.. yg tinggal kt opis cume bos besar2 je.. hehehehe.. memandangkan ari-ari biasa lunch hour hanya satu jam je maka kami terpaksa makan dengan kadar segera supaya dpt masuk ofis semula mengikut waktu yg betul... (skema kan.. percaye kew..?) .... jom layan gambar kami di Saba', Cyberjaya...

 
- nilah restoran Saba' di cyberjaya.. snap dr dalam kete jerk.. nasib baik kak zura bwk kamera

 
- ni menu nih.. payah bebeno awok nk menyebutnye..

 
- kt Saba' bleh plk terserempak ngn x-opismate kiteorang.. rindula kt azra

 
- kak wan sibuk oder.. Lenny sibuk senyum ngadap kamera.. nasib baik muka cantik kan leny?

 
-posing-posing sebelum dpt makan..

 
- posing lagik.. muke lapo la tuh..

 
- mmg kuat posing la budak2 nih

 
- hah... dah sampai leh start makan

 
- silalah makan yerk... 

 
- sambil makan sambil bergambar...

 
- gambar lagik...

 
- dan lagik... sekali lagi lenny interframe.. hehehe

 
- tadaa.... bile dah kenyang apa lagi.. bayarla bil dan balik..!!!
sekian, terima kasih..



ASTRO PRIMA

12 April 2011
 Assalamualaikum...

... semalam hubby call ASTRO untuk melanggan astro prima.... petang semalam die call dlm 5 minit kemudian terus dpt channel Mustika tuh... hurm.. cepatnye ASTRO ni.. mentang-mentanglah $ punye pasal kan kan kan... aku dgr je perbualan hubby dengan customer service tuh.. bla bla bla bla... so lepas ni bulan-bulan kami kene bayar dalam RM 72.00.... nak tak nak terpaksala bayarnye... abes je benda alah tu kiteorang terminatelah channel die.. lgpun Mustika ni takdelah best sgt... takpe... 3 bulan je kot... harap2 lpas ni takde lah MAHARAJA LAWAK 2.... semuanye sebab MAHARAJA LAWAK lah...nyampah taw.... nasib baiklah best giler...


UPDATE HADIAH ... DAH SAMPAI SUDAH..

Assalamualaikum...
.... aku nak update hadiah yg aku dah dapat.. ada 3 hadiah yg aku dah dapat tp masih belum update di blog lg... first, aku nak update hadiah dr http://damiaqish.blogspot.com/2011/01/tahniah-top-6-birthday-black-white.html.. aku bukanlah join contest tu sbb rayyan danish takde baju black white... aku just teka top 6 lak... tak sangka btul.. then penganjur yg baik hati telah bg aku hadiah yg sgt comel.. nk tau ape die?? 

jeng jeng jeng jeng...

 
- ada nama aku dan alamat yg lengkap... tp dikhabarkan takde setem.. cu tgk cu tgk ada tak??

 
- tu zoom nama pengajur ye.. thanks anje.


 - comel giler FM die.. sebenarnya aku ni bukannlah pengjoin contest yg tegar... so nilah first fm yg aku terima.. thanks again anje,,

nota: anje, walaupun anje ckp terlupa nak letak setem tp FM ni sampai jugak ke tangan yana... tak payahlah bg yg baru k... papepun thanks ye...


DAH BOLEH CASH OUT NUFFNANG

Assalamualaikum....

Sekian lama aku menunggu bru sekarang aku bleh cash out nuffnang... erm.. bukanlah byk mne pun... skit je.. tp aku masih lagi bersyukur pada Allah atas rezeki ini dan terima kasih pada nuffnang yg sudi memberi aku side income.. hehehe... masih menunggu BE yang sedang running.. harap2 lama la BE itu di blog aku.... orang lain dah bleh cash out byk kali.. aku bru bleh wat sekali... husband ckp jgn cash out dulu.. biar je dulu dlm nuffnang tuh... aku kata ok... saya yang menurut perintah bang... =)

nota : bilalah agaknya amount aku tu masyuk mcm redmummy ek...???

AIR MATA JIMMY SHANLEY

11 April 2011
Assalamualaikum



Semalam aku tgk MELODI... MELODI agak kurang havoc tanpa fafau dan wahid.. mungkin memerlukan masa untuk penonton blend dengan cara dira dan zizan... tp semalam agak membosankan tgk MELODI.. tak pasti sama ada hosnye atau ceritanya.. tp more to hos kot.. takpe.. u all can try again next week okeh.. orait... nampak tajuk entry aku kali ni ??? nampak kan.. tentang Jimmy Shanley... semalam kru MELODI telah terjah Jimmy Shanley di mahkamah syariah kot sbb die pakai songkok... die diterjah tentang isu pergolakan rumahtangganye, tentang dituduh kaki kikis harta isteri, tentang die memfailkan fail nusyuz kerana anak, dan semuanya tentang rumahtangga beliau.. agak sedih bila beliau cube meluahkan perasaanye tp masih nampak yang die sedang control percakapannye dan riak muke yg risau sekiranya die tersilap kata, akan makan diri die sendiri..Aku sendiri tak paham kenapa isterinya sanggup buat die begitu... walaupun die diperlakukan begitu, die masih mempertahankan isterinya... masih cube ingin selamatkan rumahtangganya... masih ingin melupakan dan memaafkannye.. baik bukan.. dan bile die ckp ngn kru MELODI yang die bukan kaki judi, bukan kaki disko, bukan kaki kikis, bukan kaki perempuan, bukan kaki arak, bukan kaki dadah (ada ke), aku percaye sgt2 sebab die mmg tak pernah ada kes sebelum ni... rekod nye sebagai artis bersih... tp bile kawin, jd isu pulak.. tak taulah aku.. aku doakan Jimmy Shanley akan bahagia dan akan sentiasa diberikan kekuatan utk mengharungi dugaan Allah... bg isteri Jimmy, kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat....peace no war... choww babeh..


nota:  aku buat entry ni sbb semalam Jimmy Shanley menangis bile die cube menyampaikan sesuatu pada isterinye.. isterinye harus rasa bertuah kerana mempunyai suami sebaik Jimmy.... Jimmy yg ceria tp semalam die menangis... tumpang simpati....


DANISH DI GENTING....!!!

..... ni citer yg dah lme..dah makan setahun da pun.. citer tahun 2010 tp aku nk citer gak.. pe die? ce cite ce citer ce citer.. hahaha.. klu korang taknak bc sila tekan butang X di atas hujung belah kanan nun sne ye.. aku buat entry ni pun utk rayyan danish bc bile dah besar nnti... bru die tau die pernah sampai tempat nih... hehehe.. aku pun tak ingat brp hb... tp yg pasti akhir bulan 12 sbb family in law aku nk antar adik ipar aku blek U time tuh.. so dieorang rancang nak ke genting sblum adik ipar aku tuh terbang ke sarawak meneruskan pelajarannye tu... huhuhu.. tp yg bestnye mak mertua aku belanje semuanya... indoor dan outdoor sekali.. belasah jelah kan.. tima kasih mak !!!... hehehe.. sampai2 sana mmg sejuk giler giler giler punye.. sampai aku belikan danish snow cap siap ngn sarung leher (tak ingat ape nme die) dan sarung tangan.. alahai comeynye anak mama nih.. dah mcm gugurl lak.. huhuhu...

...sebelum ni kiteorang dah pernah g da genting tp time tu danish tak kuar lg..so nilah first time danish sampai genting.. huhuhuhu... masuk2 je die tak tentu arah da sebab byk sgt mainan yg membuatkan die teruja.. nk g sne la g sini lah.. tp semua mainan bukannye die bleh main pun.. yelah.. kcik sgt ... papa die main buaian tu sibuk die nak ikut... adoyai.. bile lepaskan die tak tentu arah die lari kesana sini nk main mainan.. takpelah nak omak layan kan jelah.... lama jugak kiteorang membazirkan masa di genting.. indoor dan outdoor la katakan... bile ujan lari ke indoor pulak.,.. semuanye naik sampai tak ingat perut dah lapar giler babeng punye.. masuk punyelah terang bile kuar genting dah jadi gelap gelita.. punyela lama kiteorang kt dalam tuh... dlm kul 8++ kiteorang gerak blek... oh ye.. sebelum pegi mak mertua siap buat nasi lemak.. tp tak dayo nk makan kt sne.. last2 bwk g makan kt putrajaya jugak la... huhuhu.. jom kite layan gambar k...

 


 


 


 


 

 
  
Maaflah ye... gambar2 ni terpaksa di combinedkan bg mengelakkan berlakunye masalah tak ckup space nnti... hehehe... lgpun gambar tak berape cantik sbb tak amek pakai kamera dslr... hehehe... wink wink...
thanks to my MIL for this happy trip... =)




Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign