blog kay & yana: gosip artis

Showing posts with label gosip artis. Show all posts
Showing posts with label gosip artis. Show all posts

Al-Fatihah buat Pak Yus Jambu...

02 December 2015


Hari ni baru nak updated blog... Baru balik bercuti mood nak updated pun dah ke laut agaknya... Takpe pelan pelan kayuh... Ada banyak cerita nak ditaipkan di sini.. Ada banyak kisah yang nak dikongsikan di sini... tapi ada satu yang menyentuh di hati... Berita pemergian seorang insan yang aku rasa dia sangat baik di mata pandangan orang dan semestinya Allah SWT... Pak Yus Jambu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin di Hospital Selayang.. Arwah meninggal dunia akibat sesak nafas dan jantung. Sedih memang sedih. Sebab kay suka sangat kumpulan Jambu daripada kumpulan yang lain. Lawak arwah yang spontan yang entah apa apa yang berjaya membuat kami gelak ketawa.. kini .... tiada lagi jinkalewajinkala... tiada lagi siti enjoy.. tiada lagi nak minta lagu boleh tak?.. tiada lagi lawak lawak spontan beliau kerana Allah SWT lebih menyayangi Pak Yus... Semoga Pak Yus tenang di sana... 

Bila dia dah tiada baru kita semua tahu betapa baiknya arwah sepanjang hayatnya... Ramai sangat yang datang menguruskan jenazah beliau.. ramai yang menangis.. betapa mereka terasa dengan kehilangan Pak Yus... semoga Pak Yus ditempatkan bersama orang orang yang beriman... 

MATI ITU PASTI... 

AL-FATIHAH...



Ashraf Muslim , Dayana , Wan Sakinah

22 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Minggu lepas sehinggalah sekarang ini nama Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah menjadi perbualan kebanyakkan media. Kisah mereka hangat diperkatakan didada akhbar. Akibatnya hidup mereka menjadi buruan cerita setiap akhbar.


Mereka telah selamat diijabkabulkan di Thailand pada 7 Julai yang lepas. Kenapa harus di Thailand? jawapan hanya pada pasangan ini. Menurut Ashraf Muslim, pernikahan mereka direstui oleh kedua dua belah pihak dan ibu bapa Wan Sakinah menerima Ashraf Muslim menjadi menantu mereka. - tidak terfikirkan mereka ibu bapa mereka betapa hancurnya perasaan Dayana dan keluarga dengan penipuan dan sikap Ashraf Muslim? ibu bapa Ashraf Muslim takkan tiada rasa bersalah terhadap keluarga besan mereka? no komen


Bahagiakah dia diatas penderitaan orang lain... hati wanita ini tiada siapa yang tahu.


tiada apa yang perlu aku komen di sini.. kerana aku juga punya suami, punya keluarga. Tiada seorang pun isteri di dunia ini sanggup berkongsi kasih sayang suami. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang bahagia apabila suaminya memeluk wanita lain.. TIADA. Tiada seorang isteri pun di dunia ini yang sanggup melihat suaminya menipu dirinya hidup hidup. TIADA. Apapun alasan Ashraf Muslim, caranya telah membuatkan orang ramai hilang hormat padanya kerana dia sendiri tidak hormatkan isterinya sendiri. 

Semoga Ashraf Muslim dan Wan Sakinah bahagia dengan perancangan mereka. Dan semoga Dayana terus tabah menghadapi dugaan berumahtangga. Semoga Allah SWT menjauhi bala seperti ini didalam rumahtangguku. AMIN.

kredit to : BEAUTIFULNARA

-Sekian-

Pesanan Zed Zaidi buat Afiq Muiz

28 May 2013
Assalamualaikum 
Salam Muhibbah


Aku terbaca satu artikel tentang isu Afiq Muiz yang sekarang ini menjadi perbualan hangat di media media hiburan. Ramai yang kata Afiq Muiz seorang anak yang derhaka.. erm.. aku tidaklah menyebelahi sesiapa sebab aku tak tahu cerita yang sebenarnya. Aku pun bukanlah peminat Afiq Muiz jauh sekali awek dia tu (aku dah lupa nama dia)...  tapi aku tertarik dengan nasihat Zed Zaidi sebagai Presiden SENIMAN kepada pelakon muda Afiq Muiz tuh.. 

"Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya," 

erm.. kepada Afiq Muiz atau sesiapa sahaja lah yang diluar sana tu, take noted la benda ni.. ibu hanya SATU... tapi perempuan kat luar sana berlambak lambak okeh. kalau setakat muka je cantik tapi akhlak ke laut pun tak guna juga. even ibu kita tak baik ke zalim ke jahat ke syurga itu tetap dibawah tapak kaki ibu. 

aku taknak komen isu Afiq Muiz dan ibunya sebab aku tak tahu cerita dan punca. so, kalau cakap banyak nanti timbul fitnah. tapi walau macam mana sekali pun, dia tetap ibu, dan afiq muiz tetap anak. 


-sekian- 

Maharaja Lawak Mega milik JOZAN

21 January 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

petang petang gini kite wat entry sempoi sempoi jelah yerk.. owh ye... lpe plak nak btau... sepanjang aku berpantang di kampung ni, segala entry entry aku adalah autopublish... sebab ape? sebab nye aku wat entry entry ni , aku online time aku buat power pumping di tengah malam.. saat tu ketika tu anak bujang aku tu dah  mimpi sampai ke syurga so aku boleh online tanpa sebarang gangguan.. ok.. back to the topik.. 

aku suke sgt bile JOZAN menang walaupun aku rasa SHIRO antara kumpulan yang best buat lawak malam tuh....tp aku suke JOZAN sebab aku suke dengan semangat Johan.. semangat persahabatan mereka mmg dahsyat... berbaloi Johan menahan sakit kakinya semata mata nak beraksi di final Maharaja Lawak Mega 2012... tahniah aku ucapkan pada JOZAN... 


tahniah JOZAN....!!! 

-sekian-

Sharifah Aleya Sah Bercerai Talak Satu

05 March 2012
Salam Muhibbah,

Terkejut jugak aku bila baca entry INI daripada blog Beautiful Nara.. sayang betul mereka bercerai.. kesian pada anak anak.. membesarkan anak anak perlulah ada kedua duanya.. tapi.. jika penceraian adalah yang terbaik untuk mereka sekeluarga kita doakan semoga keputusan ini adalah keputusan yang terbaik sekali.. InsyaAllah..


 aku pernah tgk Sharifah Aleya dan suami dalam serasi bersama.. Mereka nampak sangat bahagia.. apatah lagi dikurniakan anak kembar... tp air yang tenang jangan sangka tiada buaya.. nampaknya mereka sudah tidak serasi bersama lagi.. 

sumber daripada : BEAUTIFUL NARA.

-sekian-

Anak Mawi dan Ekin...

03 March 2012
Salam Muhibbah..

Apa perancangan korang hari minggu ni??? Mesti korang ada rancangan tersendiri kan..  kalau takda apa apa perancangan moh le kita baca blog kengkawan.. rasanya ramai dah tau Ekin telah selamat melahirkan seorang puteri yang sangat sangat comel.. aku suka betul nama anak mereka.. Cahaya Malaika.. bila sebut tu rasa tenang je.. nama yang agak moden tetapi penuh makna.. maknanya adalah "Cahaya Permaisuriku"... indah bukan... apapun tahniah buat Mawi dan Ekin.. Semoga dengan kehadiran cahayamata ini akan membahagiakan mereka hingga ke akhir hayat.. amin...

Jom tgk gambar baby mereka...
 

- kini Mawi bergelar seorang bapa

- comelnye dia.. dah besar mesti cantik macam mama die..

-sekian-


Yusry & Lisa Surihani sah suami isteri

24 February 2012
Salam Jumaat


“Biasanya apabila kita bersama orang tersayang, kita mahu menjadi diri sendiri. Tetapi apabila saya bersama Yusry, saya mahu menjadi lebih baik lagi,” komen Lisa Surihani apabila ditanya tentang keistimewaan Yusry sehingga berjaya menambat hatinya.
Dalam masa yang sama, heroin filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini juga mengakui dia sudah dapat merasakan Yusry adalah yang terbaik untuk dirinya semenjak di awal perkenalan lagi.
“Awal-awal lagi kami telah buat keputusan untuk mengambil serius dengan perhubungan kami. Bukan try and error. Apabila perhubungan kami sampai ke tahap ini, sudah pasti saya rasa gembira dan bersyukur. Bagaimanapun, saya juga berasa agak sebak kerana terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada,” ujar Lisa sambil menggenggam erat tangan Yusry.

Sementara itu, Yusry juga berkongsi tentang perasaannya sebelum acara akad nikah bermula. Jelas Yusry, walaupun ini pernikahan kali kedua buat dirinya, tetapi dia tetap merasa gementar.
“Terus-terang saya katakan, saya merasa gementar walaupun nampak tenang. Selepas Lisa sah menjadi isteri saya, barulah rasa lega,” ujar Yusry berterus-terang.
Sama seperti Lisa, Yusry juga diminta menjelaskan sebab-sebab yang membuatkan dia tertawan kepada Lisa. Jelas lelaki ini, terlalu banyak sebab yang membuatkan dia jatuh cinta.

“Di mata saya, Lisa tidak punya kekurangan. Semuanya sempurna. Saya tertarik dengan budi bicara dan tingkah-lakunya. Lisa seorang yang lemah lembut, sopan-santun, menghormati orang tua, serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekali dia meninggikan suara kepada saya. Jadi tidak keterlaluan kalau saya katakan, Lisa berjaya membuka pintu hati saya untuk bercinta lagi,” ujar Yusry.

Terdahulu, pasangan popular ini tampil membuat pengumuman tentang majlis perkahwinan mereka pada 24 Disember 2011. Dalam sidang media yang juga diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu, pasangan ini turut memberitahu yang mereka memilih untuk tidak bertunang.
Seperti yang GUA laporkan sebelum ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Manakala, pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Berikut adalah senarai hantaran daripada kedua-dua belah pihak:-


Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai


 entry copy paste dari blog ANJE.
 

Selamat Pengantin Baru Yusry & Lisa Surihani !!!!

23 February 2012
Salam...

Harini ni Lisa Surihani dan Yusry akan diijabkabulkan sebagai suami isteri.. semoga semua berjalan dengan lancar... Tahniah Yusry.. Tahniah Lisa Surihani... Selamat Pengantin Baru. Semoga ikatan suami isteri ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat... 

Selamat Pengantin Baru aku ucapkan
Kepada Yusry dan Lisa Surihani
Kedua dua sama cantik sama padan
harap berkekalan hingga akhir hayat nanti

wah.. berpantun gitu.. dah macam Mejar David Teoh..huhuhu.. tp pantun aku kene la jugak.. 

note : Dieorang nikah kat masjid besi.. jom terjah !!! dekat je ngn opis aku.. hehehe..

Kad Kahwin Yusry & Lisa Surihani

02 February 2012
Salam,


Seperti yang telah diwar-warkan, Yusry dan Lisa Surihani akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 26 Februari 2012... difahamkan mereka akan dinikahkan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dan majlis persidangan mereka diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Kad kawin mereka telah pun tersebar di beberapa laman hiburan. Kad mereka sungguh simple.. sgt sgt sgt simple... agaknya masa majlis mereka nanti mesti jadi wedding of the year ye tak?? maybe.. sama-samalah kita tunggu majlis yang penuh bermakna bagi Yusry dan Lisa Surihani ini.. apapun sebagai peminat mereka, aku mendoakan semoga mereka akan bahagia dan kekal sehingga hujung nyawa... 


note : Yusry & Lisa Surihani sama cantik sama padan... pasangan yang sangat sesuai kan... agak-agak kalau aku print kad dia ni aku boleh dikira sebagai tetamu yang dijemput tak.. hehehe

-sekian-

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Milik AWAN NANO

30 January 2012
Salam,
Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan TAHNIAH buat Hafiz kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26). Memang seperti jangkaan aku... huhuhu..ternyata lagu AWAN NANO ciptaan Buddi Hikayat dan M. Nasir membawa tuah buat Hafiz pada malam AJL ke 26... Selain itu, Hafiz juga memenangi VOKAL TERBAIK.. tuah badan kan.. tapi aku nak nafikan persembahan Hafiz malam tu memang superb.. suaranya memang mantap dan lirik awan nano pun sangat dahsyat... huhuhu.. 


ternyata untuk memenangi AJL tidak memerlukan suit yang mahal... cukup sekadar t-shirt dan track suit.. tidak berkasut lagi... maka Hafiz memang bijak.. tidak perlu memikirkan baju yang mahal mahal... hehehe.. Hafiz telah memenang 2 trofi dan  seterusnya membawa pulang hadiah keseluruhan berupa wang tunai RM45,000 berserta 2 trofi. Tahniah Hafiz ! 

kat bawah ni aku listkan keputusan bagi Anugerah Juara Lagu ke 26 kali ini ye.

Persembahan Terbaik
Alyah – Kisah Hati
(Alyah memang sungguh menawan malam tuh.. dia telah menjadi patung yang sangat cantik. persembahan yang menarik diakhiri dengan kehadiran Remy Ishak membuat stadium Bukit Jalil gamat seketika.. tahniah Alyah)

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Vokal Terbaik
Hafiz AF7 – Awan Nano
( vokal Hafiz memang hebat )

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Tempat Ketiga
Faizal Tahir – Karma
( dengar cerita ini tahun terakhir Faizal join AJL.. betul ke? )

Hadiah
Wang tunai RM12,000 berserta trofi

Naib Johan
3 Suara - Beribu Sesalan
( gabungan suara yang sangat hebat dan mantap )

Hadiah
Wang Tunai RM15,000 berserta trofi

Juara  AJL 26
Hafiz AF7 – Awan Nano
( u deserve it Hafiz )
Hadiah
Wang tunai RM35,000 berserta trofi

 nota: keputusan AJL 26 kali ni memang aku puas hati... kalaulah Cinta Facebook yang menang agak2 ada timbul isu tak? hehehehe

Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL26) 2012

29 January 2012
Salam,


Debaran dan kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) 2012 makin terasa.. kurang dari 48 jam sahaja kita dapat tahu siapa yang akan membawa pulang gelaran sebagai Pemenang Juara Lagu ke 26. Kalau AJL sebelum ni, Ana Rafali telah berjaya memenangi anugerah tersebut sehingga menimbulkan isu dimana ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri... tapi apa boleh buat, keputusan juri adalah muktamad. 


Bagi yang ingin mengetahui keputusan Anugerah Juara Lagu 2012 ini. Jangan lupa untuk mengikuti Live Streaming Anugerah Juara Lagu Ke 26 yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pukul 9 malam di TV3. Selain itu, bagi yang tidak dapat menonton melalui kaca TV, anda juga boleh mengikuti Live Streaming Anugerah Juara Lagu ke 26 ini melalui link² seperti berikut;





Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis kegemaran anda berentap untuk memenangi anugerah Juara Lagu. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan AJL ini, boleh terus ke Facebook rasmi TV3 ataupun hashtag Twitter #AJL26. Mari sama-sama kita saksikan antara 12 lagu yang dipertandingkan yang mana satu akan dinobatkan sebagai pemenang AJL.


1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)



nota : memandangkan artis fave aku Stacy tak dapat masuk final AJL maka aku tidak menyokong mana mana artis pun... btw, all the best to all contestant.    



Izwan Pilus Meninggal Dunia... Al-Fatihah

20 January 2012
Salam,


Malaysia digemparkan dengan berita pemergian seorang bintang, Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus, 33 tahun, yang telah meninggal dunia pada petang tadi jam 6.15 petang di sebuah hospital di Ampang. Menurut sumber daripada sinar harian, arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru yang menyebabkan kegagalan organ dalaman. Siapa sangka arwah meninggalkan kita semua pada usia yang muda... Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka.

Izwan Pilus yang juga abang kepada penyanyi popular daripada rancangan realiti Akademi Fantasia, Aril AF.  Dikhabarkan sebelum arwah meninggal dunia, arwah sempat me-muatnaik gambar di dalam twitternya. 



Salam takziah kepada keluarga arwah dan semoga rohnya berada dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. InsyaAllah, Al-Fatihah.



note : inilah takdirnya.. apabila tiba masanya, ia tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lambat sesaat. yang pasti yang hidup akan mati.. Al-Fatihah

-Sekian-


Ombak Rindu

05 December 2011
Assalamualaikum..


Semenjak ombak irndu ni ditayangkan, sana sini cerita tentang filem ombak rindu nih... rata rata memberikan komen yang positif... Ombak rindu yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae.. Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel yang terkenal dari Alaf 21... dan ternyata, filem ini amat dinanti nantikan oleh semua... termasuklah kawan-kawan aku... hehehe.. bile lah agaknye aku nk tgk cite ni yerk... erm.. kay ada jugak ajak aku tgk filem ni tapi bile pkkan kelasakkan rayyan danish erm... kene pikir berkali-kalilah macam ni... tp takpe.. kalau tak dapat tgk kat wayang pun aku akan beli vcd die nanti.. hehehe.. bleh tgk byk byk byk kali... ye tak?? oklah.. kalau korang dah tgk filem tu bolehlah komen kat sini... nak jugak tau ape pendapat korang tentang filem tuh... kalau ikut dari pembacaan novel, aku rasa mmg best gile.. sementara tu jom layan gambar2 dari filem Ombak Rindu ok..


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Adira:
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Adira:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Hafiz:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

note: dulu ms anak dara aku selalu baca novel dari Alaf 21 ni.. mmg layan habis citer die.. tp sekarang ni bukan zaman hobi membaca novel lg dah.. sbb dok layan Rayyan Danish je.. hehehe

AIM 18 rezeki untuk YUNA

14 November 2011
Assalamualaikum
 

Siapa tgk Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18)  Sabtu malam aritu??? ce angkat tangan...!! eceh eceh.. macamlah nampak.. hehehe.. oklah.. aku mmg tunggu-tunggu AIM nih.. siap bergaduh dengan danish sebab die sibuk nk tgk dibolah manny lah.. mickey mouselah.. tp aku wat tak tauje.. last-last die main bola ngn papa die...

walaupun aku tak dapat tgk karpet biru AIM 18, aku dpt jugalah tengok sampai habis.. nampaknya rezeki AIM 18 tahun 2011 ni milik Yuna... erm.. Yuna telah memenangi 3 anugerah iaitu Pemenang Kembara, Persembahan Vokal terbaik di dalam lagu (Wanita)  dan lagu terbaik AIM18. kecoh sekejap di twitter dimana ramai penonton yang tak puas hati bila lagu PENAKUT oleh Yuna menang untuk lagu terbaik sedangkan lagu tersebut kalah dengan lagu Anuar Zain Sedetik Lebih untuk kategori Lagu Pop Terbaik.Is that something wrong somewhere ?? huhuhu,, misteri.. and in personally, i thought jaclyn victor akan menang utk kategori vokal terbaik.. tp agaknye rezeki Yuna tahun nih... who's know.. jom kite tgk keputusan penuh Anugerah Industri Muzik 18

PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)
PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)
PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)
PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)
PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)
PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)
PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)
PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense
PEMENANG KEMBARA – Yuna
ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)
PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)
PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)

apa-apapun, tahniah untuk semua pemenang.. dan tahniah jugak untuk pengacara majlis.. kombinasi antara Zizan dan AC Mizal agak menjadi tp lebih havoc dan meriah kalau Johan digandingkan dengan AC ataupun Zizan ... peace yo...!!




Gambar anak Elyana, dan Aqasha

08 September 2011
wah... mereka dah bersalin.. baby-baby mereka sangatla comel... aku jumpe gambar baby-baby mereka di blog ieyra.com .

 

aku mmg suke gile dengan penyanyi, pelakon Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal ni. Beliau telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 27 Ogos lalu jam 6.45 petang. Nama puteri hati Elyana dan suaminya, Khairul ini ialah Cinta Sumayyah. sedap kan nama die... so unique... agak-agak ikut muke sape ek..


hah.. yang ni pula anak kepada pelakon dan juga penyanyi Aqasha... Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha, selamat dilahirkan jam 6.14pm tanggal 6 September 2011. Pasangan Aqasha dan Baizura memilih nama Alehandra Ahmad kerana Alehandra membawa maksud pejuang bangsa dan Ahmad bererti Yang Terpuji. berbelit jugak lidah nak menyebut nama depan anak aqasha nih.. tp apepun maksudnye baik dan babynye pun comel.. mcm muka aqasha je kan


semoga dengan kehadiran cahayamata, rumahtangga mereka akan lebih bahagia buat selama-lamanya.


Kontroversi putus tunang Khairul Fahmi Che Mat dengan Aimie Harmelia

04 August 2011
Seperti yang dijanjikan semalam, aku nak komen sikit tentang hubungan antara Khairul Che Fahmi, penjaga gol yang paling hebat dengan Elia yang sangat manis. Aku ni bukanlah bagus sgt pun dalam hubungan ni.. Satu Malaysia dah tau tentang masalah yang melanda hubungan mereka berdua nih. Masalah mereka telah bermula sebulan yang lalu. Semuanya terbongkar bile Elia membuat komen di mukabuku nya...

 

Selepas dari tu bermulalah gelora dalam hubungan mereka. Rakyat Malaysia pun mula sibuk mencari blog tunang KFCM nih.. ( jejariruncing.blogspot.com )... macam-macam media membuat artikel tentang hangatnya gelora yg melanda dlm hubungan mereka ni sehinggalah timbulnya isu KFCM nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia... Zaman bercinta mmg semua nya indah.. apatah lagi saat tu KFCM tiada nama langsung dalam Malaysia... siapalah KFCM time tu? cube tanya die sape sekarang ni.. semua org kenal die.. semua org suke die... bile dah terlalu byk campur tangan dr org luar maka timbullah 'orang ketiga' dlm hubungan mereka.. rasanya tak mustahil ada orang ketiga.. sebab ape? korang boleh bc blog elia dari A sampai Z.. semua tentang KFCM... die juga terlalu memuji KFCM... ye, tak salah kite nak memuji... tp pesan org tua aku, selagi die bukan suami kite, kite jgn memuji die setinggi gunung... so, dgrlah kata org2 tua.. 

so, apepun keputusan mereka berdua, diharapkan mereka dapat terima dengan hati yang terbuka.. org perempuan la yang paling sedih.. sebab elia dah buat preparation wedding die sikit sikit.. tp ape yg aku nampak KFCM takde amek jalan penyelesaian yang baik.. ape yg die mahu hanyalah PUTUS TUNANG... adakah itu satu tindakan yg bijak..? tidak.. aku tak nampak KFCM mencari jalan untuk cuba berbaik ataupun mengekalkan tali pertunangan mereka.. tp mungkin KFCM ada reason yang tertentu kenapa die begitu tekad untuk memutuskan pertunangan mereka. apepun ini pendapat akulah sebagai pembaca blog jejari runcing dan sebagai rakyat Malaysia yang mengagumi bakat KFCM...

agak-agak jika pertunangan ini diputuskan apa akan terjadi pada semua cerita-cerita cinta manis mereka di blog jejari runcing ye??? sama-samalah kita berdoa utk kebaikan bersama...

 

 ada satu kenyataan yang KFCM buat, membuatkan aku tertanya-tanya. kenyataan die berbunyi begini
  • “Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik. - KFCM takde keluarga sendiri ke? kenapa mesti keluarga angkat?
  • “Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,”  - kalau dah tau takde di Malaysia, kenapa perlu lakukan perkara tak best ni dengan kadar segera?
 note: Allah know what is the best.. InsyaAllah... dan ingatlah.. tak perlu kite terlalu bangga dengan 'teman lelaki' kite walaupun die begitu sempurna... akhirnya, bile dikecewakan kite akan rasa ape yg kite bangga2kan hanya sia-sia... sekian..

Khairul Fahmi & Elia : Angkara Orang Ketiga

03 August 2011
KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.


note : esok aku komen tentang hubungan mereka berdua... 

Anak Jimmy Shanley, Zahrah Shanley

27 June 2011
pagi-pagi twitter dah ade berita pasal anak Jimmy Shanley... Zahrah Shanley nama die.. comel tau.. menurut kata red mummy, Jimmy Shanley menangis bila dapat jumpa anak kandung die sendiri... Semoga dengan kehadiran cahaya mata yg sungguh indah ni mereka dapat bersama semula, mendidik anak mereka menjadi anak yg solehah.. amin.. ni aku ada copy paste sikit dr entry beautiful nara.. 

Bangun-bangun pagi check email terus ternampak satu email yang bertajuk “Gambar anak Jimmy Shanley“. Menurut pengirim email gambar di atas ialah Zahrah Shanley. Zahrah Shanley telah dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram di hari Jumaat lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
Jimmy Shanley nampaknya memang benar-benar menghargai dan menanti kehadiran anak sulungnya. Jelas dapat dibaca kegembiraan Jimmy daripada kata-katanya di bawah ini:-
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani
Zahrah sungguh bertuah mendapat seorang ayah yang sangat prihati dan mencintai dia. Semoga dengan kehadiran Zahrah akan menyatukan kembali ikatan ibu dan ayahnnya. Sama-samalah kita doakan.


Al-Fatihah buat Zami Ismail a.k.a Pak Uda..

20 June 2011
siapa yang tak kenal Zami Ismail... Pelakon dan pelawak yang disegani... Zami Ismail atau lebih popular dengan panggilan Pak Uda dalam cerita pi mai pi mai tang tu, telah meninggal dunia pada 19 Jun 2011 (ahad) jam 10.30 pagi di Institut Jantung Negara (IJN).. Pak Uda dikatakan tenat pada Sabtu malam kerana keadaan jantungnya yang sangat lemah dan terpaksa dirawat di IJN. Jenazah Allahyarham dikatakan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.


 

Nampaknya kita kehilangan lagi seorang permata dalam bidang seni... saya memang peminat cerita pi mai pi mai tang tu dan Hantu kak limah balik rumah... lakonan arwah sememangnya hebat.. Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Zami Ismail… Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman… Al-Fatihah….. 

- keadaan arwah semasa tenat di IJN


Luahan Hati Seorang Suami Bernama Jimmy Shanley

13 June 2011
Assalamualaikum....


Dah lama tak dengar khabar pasal jimmy kan.. Semalam masa konsert Final AF aleh aleh ada jimmy sebab die jadi pengacara Konsert Final AF... Jimmy agak pendiam dan tidak menyerlah seperti AC Mizal , Paknil dan Sarimah.. Jimmy lebih banyak mendiamkan diri dan memberikan senyuman.. tapi di sebalik senyuman tu kadang2 kite nampak jugak kesedihan die...sampaikan terbawa2 perasaan hiba die masa die mengacarakan konsert final AF... arini bc pulak entry dr beautiful nara tentang luahan hati Jimmy Shanley... jom bc jom.. 

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”


hanya Allah SWT yang tau perkara sebenarnya.. kredit to beautiful nara... kalau benarlah luahan ini dr Jimmy maka isterinya tergolong dalam golongan org yg paling rugi.. sesungguhnya syurga isteri bawah tapak kaki suami...  Wallahualamhissawab... 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign