blog kay & yana: Al-Fatihah buat Zami Ismail a.k.a Pak Uda..

Al-Fatihah buat Zami Ismail a.k.a Pak Uda..

20 June 2011
siapa yang tak kenal Zami Ismail... Pelakon dan pelawak yang disegani... Zami Ismail atau lebih popular dengan panggilan Pak Uda dalam cerita pi mai pi mai tang tu, telah meninggal dunia pada 19 Jun 2011 (ahad) jam 10.30 pagi di Institut Jantung Negara (IJN).. Pak Uda dikatakan tenat pada Sabtu malam kerana keadaan jantungnya yang sangat lemah dan terpaksa dirawat di IJN. Jenazah Allahyarham dikatakan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.


 

Nampaknya kita kehilangan lagi seorang permata dalam bidang seni... saya memang peminat cerita pi mai pi mai tang tu dan Hantu kak limah balik rumah... lakonan arwah sememangnya hebat.. Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Zami Ismail… Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman… Al-Fatihah….. 

- keadaan arwah semasa tenat di IJN


No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign