blog kay & yana: bidara shower gel

Showing posts with label bidara shower gel. Show all posts
Showing posts with label bidara shower gel. Show all posts

Testimoni Bidara Shower Gel

28 January 2016

Ok petang petang gini kita layan testimoni Bidara Shower Gel. Ada sorang akak ni dia dah 3 kali beli Bidara Shower Gel dengan aku. Katanya anak dia serasi dengan Bidara Shower Gel ni. Tidur pun dah tak meracau lagi. erk? aku sajalah tanya kenapa dengan anak dia. Dah 3kali baru berani nak tanya tu pun bila dia dah start cerita dulu pasal anak dia ni. Apa punya seller lah.. haha.. Aku ni jenis tak suka tanya benda benda yang tak best yang buatkan seseorang tu down akibat masalah masalah tertentu. Gitttuuu...

Akak ni bagitahu anak dia macam lemah semangat sebab dieorang satu family pernah diganggu jin/syaitan. Dah pernah berubat dan Alhamdullillah lama lama 'benda' yang mengganggu mereka satu keluarga pergi. Yang ni kena berubat dengan ustaz atau pun perawat yang betul lah. Kalau salah takut makin menjadi jadi pulak gangguan tu. Kakak ni cerita dia ada dua anak. Anak pertama dia lelaki. Anak dia yang lelaki ni macam lemah semangat. Mungkin dia pernah diganggu atau dia pernah nampak Wallahualam. Kadang kadang nak ke dapur pun takut. Nak kesana sini semua kena mak dia teman. Mak dia pun dah pernah bawak dia berubat.  Jadi mak dia cuba beli sebotol dulu Bidara Shower Gel untuk anak dia. Katanya ustaz yang merawat mereka kata bidara bagus untuk elakkan gangguan jin/syaitan ni. Bila anak dia cuba sebotol nampak anak dia serasi dan kurang demam. 










Alhamdulillah. Aku sebagai seller cuma mengharapkan customer customer kesayangan sentiasa serasi dengan produk produk yang aku jual. Bidara Shower Gel ni bukan boleh mengelakkan gangguan tapi boleh juga digunakan untuk kesihatan kulit. 

Kalau korang nak cuba Bidara Shower Gel ni boleh beli dengan aku ye. Wassap je aku dan aku akan terus membalasnya. Cewahh...!!!

Bidara Shower Gel 500 mls 
RM29.90 
Pos + RM7.00 untuk Semenanjung RM10.00 untuk Sabah & Sarawak 

Call / Wassap 
0197191992


Terima kasih sebab sudi membaca... Jemputlah beli ya. 

Mari Berniaga

26 January 2016

Bila cerita bab berniaga ni sebenarnya aku dah macam macam berniaga. Kepuasan berniaga memang susah nak cerita. Kalau korang nak tahu kepuasan tu cubalah berniaga. Mula mula dulu aku berniaga barang barang baby. Ni masa aku pantang Rayyan Danish. Aku jadi dropship dengan sorang supplier ni. Dropship adalah permulaan yang terbaik untuk korang yang baru nak bermula berniaga tapi taknak keluar modal. Aku cuma promote barang barang yang aku jual , bila ada yang nak beli dia bayar pada aku then aku proceed payment pada supplier. Dan supplier yang uruskan postage ko cuma duduk goyang kaki amek komisyen je. Gitu. 

Lepas tu supplier aku ni ada problem dengan pihak kastam sebab dia amek direct dari oversea. Aku pun tak berapa faham sangat bila dia explain tu. Aku ya kan aje. Lepas beberapa kesusahan menjual barang barang dia sebab kes kastam tu aku pun stoplah jadi dropship dia. Rezeki Allah ni luas tau. Ko cuma perlu rajin mencari je. Lepas tu aku stop sekejap berniaga. Sampailah mengandungkan Aryan aku berniaga semula. Masa tu aku jual tudung Putri Dewi. Tudung ni sumpah best. Putri Dewi time tu memang tengah naik lah. Banyak kali aku restock confirm habis. Kebetulan budak budak office lama time tu semua gila Fareeda. Nak beli Fareeda original tak mampu harga sampai dua tiga ratus. Pakai Putri Dewi pun best sebab dia ada kualiti tersendiri. Kain dia lembut sangat. Lama juga aku berniaga tudung Putri Dewi ni. Lepastu aku dapat tukar. Bila masuk pejabat baru aku tengok staff kat sini majoriti pakai tudung bawal. So aku rasa marketing kat sini susah. Permintaan takde. Bila aku rasa tak sesuai nak niaga tudung Putri Dewi kat sini aku stop jual. Tapi dalam masa yang sama aku jadi dropship untuk jual baju baju daripada Glory Collection. Glory ni baju baju dia best dan murah. Sangat murah. Tapi bila terlalu ramai dropship aku rasa macam susah juga nak jalan. Then aku slowdown jadi dropship Glory Collection. 

Sampailah satu masa aku baca blog kak Ila Saleh. Seronok sangat tengok dia niaga EKF. Dia niaga EKF mula mula. Dari duit niaga dia tu dia mampu bawak anak anak pergi Mekah.. Allahuakbar...!! indahnya.. Walaupun dia ambil cuti tanpa gaji tapi dia masih boleh bayar segala hutang piutang macam biasa. Seronok sangat tengok dia niaga. Time tu aku rasa semangat nak berniaga ni datang balik. Aku berniaga produk dari Dr Zulkifli Shariff. 



So far aku seronok sangat berniaga produk Dr Zulkifli ni. Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi berniaga. Yang seronoknya sambil berniaga kita dapat kawan. Bila customer bagi testimoni yang baik aku rasa puas sangat dapat tolong orang. Aku harap aku dapat berniaga apa sahaja. Dan aku selalu doa supaya aku dan suami menjadi usahawan yang kaya-raya supaya kami dapat tolong orang orang susah. AMIN...

Korang pun doakan kami ye. =)  

So kalau korang nak cuba produk Dr Zulkifli Shariff  ni boleh wassap aku laju laju. Segala jenis info aku akan cuba sedaya upaya untuk consult korang. Produk produk Dr Zulkifli yang aku jual ni mostly untuk mereka yang ada masalah kulit seperti kulit kering, ekzema, kulit sensitif, aromatherapy untuk kita. Jemput beli dan cuba ya. 

Segala pertanyaan tentang produk Dr Zulkifli boleh direct wassap aku ye..

yana
0197191992 

BIDARA SHOWER GEL PENAWAR 3S !

16 November 2015



Korang tau tak 3S tu apa? 
;
;
;
Santau, Sihir & Sampuk..

Ada yang percaya ada yang tak percaya. Terpulang. Mana yang terkena tu selain berubat cara Islam boleh cuba mandi dengan mandian bidara... Mandian Bidara ini dibuat khas untuk meraka yang mengalami masalah seperti 3S ini... ataupun ada masalah tidur yang tidak lena akibat mimpi yang bukan bukan. 

Kegunaan  bidara macam gambar kat bawah ni...


So kesimpulannya sila lah cuba mandi dengan mandian bidara ni untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna.. wahh gitu... bukan yang ada penyakit 3s je kena guna mandian ni... semua kena ada.. Especially perempuan.. Lepas haid korang mandilah dengan mandian bidara ni. Kesegaran akan rasa sepanjang masa. 

Kalau berminat nak cuba mandian ni boleh beli dari saya ye.. Jangna malu jangan segan.. Whatsapp je 0197191992 (yana).

Harga : RM29.90
Poslaju : RM7.00

TQ for reading gais ...! =)

WORDLESS WEDNESDAY : SHOWER GEL BIDARA

04 November 2015

Kalau nak cuba mandian gel Bidara boleh call/wassap saya.. 

Harga: RM29.90 
Postage : RM7.00

Banyak manfaatnya... Korang akan rasa segar sangat dengan mandian gel Bidara ni. Nak cuba boleh contact saya yer.. 

Jemput beli.. satu lagi produk saya ambil daripada Dr Zulkifli Shariff

In Sya Allah dapat memberikan manfaat pada kita semua...

yana
wassap : 0197191992

Thank you for your support ! =)

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign