
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Tazkirah Jumaat
29 January 2016

TAZKIRAH JUMAAT: SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
30 October 2015

Dah banyak petanda kiamat kan.. Wallahualam.. Semoga kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW.... Kita semua nak berjaya di dunia dan di akhirat kan... In Sya Allah.. Rajin rajinlah selawat ye kawan kawan. Semoga kita beroleh syafaat daripadaNYA.. AMIN..
Sharing is caring.. Thank you for sharing gais...
Hari Berkabung Sempena #MH17
22 August 2014
Lebih kurang jam 10.30 pagi nanti, dengan izin Allah SWT jenazah mangsa nahas #MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine tempoh hari akan tiba di Malaysia. Hari ini kita diminta untuk bertafakur seketika dan menurunkan bendera separuh tiang bagi menghormati kejadian yang menimpa negara kita ini. Sama-samalah kita bertafakur dan sedekahkanlah banyak banyak Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga keluarga mangsa menerima dugaan Allah SWT dengan hati yang terbuka. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang...Al-Fatihah...AMIN...
" Ya Allah... Semoga segala urusan dipermudahkan... Semoga jenazah dapat bersemadi dengan tenang.. Semoga mereka tenang di sisi PenciptaNya... Semoga mereka bersama orang orang yang beriman.. Semoga keluarga mereka diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaanMu"
Aku tengok video klip kat tibi pun aku dah menangis... Dengar radio pun nangis...Sebak sangat... Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul... ALLAHUAKBAR...
#MH17 dalam kenangan..... T_T
#PrayForMH370
#PrayForMH17
#PrayForGaza
Labels:
flight,
GAZA,
kenangan,
MH17,
MH370,
pray,
pray4MH370,
salam jumaat,
tazkirah,
ujian
Tazkirah Jumaat :Syafaat
15 August 2014
Salam Jumaat
Semoga kita sama sama peroleh syafaatNYA... Aku ni tidaklah sealim mana.. tidak.. aku bukan insan yang terpilih untuk mendapat hidayahNYA... aku cuma hamba biasa yang setiap saat setiap masa membuat kesilapan... Aku cuma mencari sedikit bekalan dengan berkongsi beberapa artikel yang aku jumpa di pakcik google... Aku taknak jadi orang lain... Aku seorang yang gila gila... buat ikut suka... cakap ikut suka... perbuatan spontan aku kadang kadang aku sendiri tak sedar tapi tidak melangkah batas... Aku sedang cuba sedaya upaya aku untuk menjadi muslimin... bukan mudah untuk berubah.. Perlu masa dan aku berdoa masa aku masih panjang... Tetapi aku bersyukur aku masih bahagia dengan nikmat dariNYA ... Alhamdulillah... AMIN...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
25 July 2014
Assalamualaikum
Alhamdulillah... lagi beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Syawal dimana kita semua akan menyambut Aidilfitri. Di kesempatan ini saya dengan rendah dirinya memohon keampunan dari semua kawan kawan blog saya, silent reader atau tak, saya mohon ampun sekiranya ada kata-kata saya yang mungkin menyinggung perasaan kalian semua. Saya juga ingin memohon ampun sekiranya ada komen komen saya selama berblogging ini mungkin menguris perasaan kawan kawan blog saya.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri. Semoga di bulan lebaran ini kita sama-sama bermaafan dan mulakan silaturahim yang lebih suci.. Bila kita bergembira di hari raya ini janganlah sesekali kita melupakan kisah sedih yang terjadi pada negara tercinta kita baru baru ini dan janganlah kita lupakan saudara kita yang sedang berjuang di bumi GAZA. Semoga keluarga mangsa nahas MH17 dan MH370 akan terus diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini... Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.. Percaya akan Qada' dan Qadarnya.. Insha Allah... Doakan yang baik baik sahaja...
Pada kawan-kawan yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya... semoga kalian semua selamat pergi dan selamat pulang... Biarlah lambat asalkan selamat sampai.... Insha Allah.. Kita sama sama doa semoga kita akan diberikan kesempatan lagi berjumpa di Ramadhan akan datang.. AMIN....
Salam lebaran Walfaizin dari saya sekeluarga....
#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH307
Menegur Isteri
30 May 2014
Setuju tak? hihihi... laki aku ni garang tau tak... garang macam singa lapar... garang time dia marah lah.. kalau marah anak anak dengan aku aku sekali kena.. kecik betul hati aku...
apatah lagi kalau aku buat salah... aku ni hati memang senang banjir... hati tisu... bila aku buat salah (pada mata pandangan org lain itu salah) tegurlah aku cara yang paling lembut... bukan dengan menengking aku... meninggi suara dengan aku... bila aku ditegur begitu in the end aku tak dapat improve apa apapun sebab hati aku sakit... sakit bila kena marah.. sakit bila kena tengking... sedangkan selama ni yang nampak hanya kesalahan aku... semua orang buat salah... belajarlah tegur aku cara lembut.. dan aku akan terima dengan hati yang terbuka... Insha Allah...
Eh eh.. apsal emosi sangat nih? aduhhh... agak agak laki aku baca tak entry aku ni.. tak kot kan.. dia mana ada masa... dok layan game perang yang ntah pape tuh... aku plak rasa nak tego dia... tp confirm aku tego dia tak makan saman.. lagi gelak kan aku adelah.. boleh?
Bila hati dah sakit yang mampu hanya menangis dan pendam... sampai bila nak pendam kan?? pendam lelama pun bukan elok sgt... kan bagus kalau tegur dengan penuh kasih sayang, takde la rasa stress sgt kena tegur.. well.. no body perfect kan..
Bila bab menegur nih tak kiralah suami nak tegur isteri, isteri nak tegur suami, kawan nak tegur kawan, abang nak tegur adik, adik nak tegur kakak... semua orang... bila nak menegur salah seseorang tegurlah dengan penuh hikmah dan kasih sayang... Insha Allah berkesan...
aku pernah gak ckp kt laki aku ... "abg ni boleh tak marah org leklok.. ni marah je suara high note.." dia boleh jawab... "kalau sekali dua benda yg sama blehlah cakap slow slow...ni benda yg sama dah ckp 1000 kali masih buat salah jugak sape pun bleh jd singa.." erm...
Salam Jumaat.... =)
Labels:
agama,
buddies,
hari jumaat,
Islam,
Malaysia,
rumahtangga,
salam jumaat,
suami isteri,
tazkirah
Tazkirah Jumaat : Demi Masa
23 May 2014
Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita
semakin hari kita semakin tua
semakin hari kita semakin dekat dengan kematian
ketika itu masa kita akan terhenti
dan kemudian menanti nasib kita di hari yang akan kekal buat selamanya
note: aku akan nangis bila fikir tentang 'kehilangan'. Sesungguhnya aku takut.. takut sangat sangat bila fikir tentang hari akhirat.. adakah aku akan bersama semula dengan semua ahli keluargaku di alam barzah nanti? hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Salam Jumaat.
Tazkirah Jumaat : Sunnah-sunnah & Adab-adab Hari Jumaat
15 November 2013
Hari Jumaat la paling senang nak dapat banyak pahala.. Jom buat sama-sama ye.
Happy weekend u olls..
tata