blog kay & yana: Hari Berkabung Sempena #MH17

Hari Berkabung Sempena #MH17

22 August 2014



Lebih kurang jam 10.30 pagi nanti, dengan izin Allah SWT jenazah mangsa nahas #MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine tempoh hari akan tiba di Malaysia. Hari ini kita diminta untuk bertafakur seketika dan menurunkan bendera separuh tiang bagi menghormati kejadian yang menimpa negara kita ini. Sama-samalah kita bertafakur dan sedekahkanlah banyak banyak Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga keluarga mangsa menerima dugaan Allah SWT dengan hati yang terbuka. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang...Al-Fatihah...AMIN...


" Ya Allah... Semoga segala urusan dipermudahkan... Semoga jenazah dapat bersemadi dengan tenang.. Semoga mereka tenang di sisi PenciptaNya... Semoga mereka bersama orang orang yang beriman.. Semoga keluarga mereka diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaanMu"

Aku tengok video klip kat tibi pun aku dah menangis... Dengar radio pun nangis...Sebak sangat... Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul... ALLAHUAKBAR... 


#MH17 dalam kenangan..... T_T

#PrayForMH370
#PrayForMH17
#PrayForGaza

7 comments:

  1. hanya mampu tengok live streaming di pc, inshaAllah mendoakan isitiadat berjalan dengan lancar. amin

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..
    hari y amat myedihkan..
    lya pon menitis airmata..terlalu sebak..
    moga y lain pon selamat dibawa pulang

    ReplyDelete
  3. al fatihah..semoga roh mereka di rahmati Allah..

    ReplyDelete
  4. sedih kan..huhu..akak time pagi tuh mmg tak tgk siaran langsungnya sbb bz kat ofis..tgk ulangan time kat buletin utama jek itupon dh sebak sorang2..T_T

    ReplyDelete
  5. Tragedi yang menyayat hati seluruh rakyat Malaysia..

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign