blog kay & yana: bf

Showing posts with label bf. Show all posts
Showing posts with label bf. Show all posts

IBU TERJUN BANGUNAN KERANA KECEWA SUSUKAN BAYI

27 October 2015


Terbaca artikel ni semalam di Facebook.. Allahuakbar... Kenapa begitu ? Sehingga sanggup terjun tingkat 26 pangsapuri... Kalau ada readers saya ibu yang dalam pantang tolonglah saya merayu sangat jadilah ibu yang beriman... Kalau ibu ini orang Islam alangkah ruginya dia. 

Aku pun tak boleh nak cakap macam macam tentang si ibu yang terjun bangunan ni. Sebab aku tak kenal pun dia. Cuma aku terfikir kenapa dia sanggup terjun semata mata kerana gagal susukan bayi nya yang baru berumur 10 hari? Kenapa perlu rasa kecewa kerana tiada susu badan? Jika sudah ditakdirkan anak itu tidak mendapat susu ibu, ianya bukanlah dosa yang besar. Malah susu tepung juga ada yang elok untuk bayi. 

Aku tak salahkan siapa siapa dalam hal ini. Cuma aku rasa terkilan bila ada ibu yang rasa tidak dapat susukan anak dia dengan susu ibu maka tidak sempurna seorang ibu itu. Allah... Ceteknya ilmu seorang manusia itu sehingga menilai tahan sempurna itu daripada rezeki Allah. Allah itukan Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika sudah tiada rezeki untuk susukan anak, usahalah cara lain. Sebab itu, ketika kita dalam pantang, jagalah emosi kita dengan berzikir. Walaupun kita tak boleh solat tapi kita boleh berzikir dan berdoa. Bila terjadinya perkara seperti ini, kesian sangat dengan anak kecil yang baru berumur 10 hari. Harap bila dia besar nanti dia tak tahu tentang artikel ini. 

Keluarga, suami, kawan kawan adalah orang orang yang sangat penting untuk jaga emosi ibu yang dalam pantang ni. Kita tak tahu emosi dia ketika itu. Aku cuma harap jika ada readers aku yang kini sedang berpantang, jika kita rasa sedih berzikirlah jika kita rasa down berzikirlah jika kita rasa kecewa berzikirlah. Tidak perlu fikir 'susu aku ada ke' 'susu aku cukup ke' . Allah itu Maha Mendengar. Doalah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Jika kita terlalu memikirkan sangat sesuatu perkara tu , takut ia akan memudaratkan diri kita sendiri. Anak anak masih kecil ibu ibu perlu sihat perlu kuat untuk menjaga mereka sehingga mereka berjaya..

Susu ibu memanglah yang terbaik buat anak anak tapi susu ibu bukan segala galanya. Yang mampu menyusukan anak dengan susu ibu bersyukurlah..Yang tak mampu bersyukurlah kerana Allah telah tetapkan rezeki masing masing. Susu ibu atau susu tepung tidak menjamin seorang anak itu menjadi anak yang soleh kan... 

Takziah buat keluarga beliau. Jadikanlah ini satu pengajaran buat kita semua. In Sya Allah.. 

Perjalanan Susu Ibu

10 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Setiap apa yang kita buat perlu ada niat dan usaha. Setiap apa yang kita mahu perlu ada azam untuk menjadikan niat dan usaha kita tidak sia sia belaka. 

gambar ini diambil ketika Aryan hampir 3 bulan. Masa ini kami dalam perjalanan pulang ke putrajaya.

Kali ini sebelum aku bersalin aku timba sebanyak mana ilmu mengenai susu badan. Alhamdulillah. Anak yang kedua aku lebih tahu tentang penyusuan susu ibu daripada anak pertama. Jadi persediaan lebih teratur daripada sebelumnya. Masa Rayyan Danish pun aku tahu agak lambat tentang penyusuan susu ibu.. tapi aku cuba untuk menyusukan dia selama mana yang aku mampu. Alhamdulillah. Setahun sebulan rezeki Rayyan Danish dapat merasa susu ku. Kini aku lebih bersedia untuk menyusukan Aryan Muzaffar dengan susu ku sendiri. Semoga Allah SWT memberkati niat aku. Insha Allah. Kini Aryan Muzaffar berumur 9 bulan dan masih menyusu badan. Alhamdulillah. 

gambar kredit to uncle google 

Aku masih menggunakan pam yang dulu. Tidak pernah bertukar. Hanya menghantar servis sebelum aku memerlukannya. Terima kasih Spectra 3 kerana telah banyak sangat berjasa dengan ku selama 4 tahun. Aku harap Spectra 3 mampu berjasa lagi dengan ku untuk 2 tahun lagi demi Aryan Muzaffar. Insha Allah. 

Aku mula mengepam seawal 3 hari kerana ketika itu Aryan Muzaffar dimasukkan wad kerana demam dan aku tidak boleh rooming in dengan dia. Susu di awal kelahiran memang berkhasiat. Pekat dan kekuningan. Demi Aryan Muzaffar aku gagah mengepam. Alhamdulillah 4 hari Aryan di wad aku boleh rooming in dengan dia. Selepas itu aku tidak mengepam lagi. Aku hanya direct breastfeed Aryan. 

 - hasil yang selalu aku dapat pada awal pagi. yang penuh itu sebelah kanan yang kurang itu sebelah kiri sebab bila malam tidur Aryan jarang bangun so bila dia bangun aku hanya bagi sebelah jelah

Hampir Sebulan aku berpantang di kampung barulah aku memulakan sesi mengepam. Pada mulanya memang tidak banyak hasil yang aku dapat sebab Aryan sentiasa menyusu. Aku boleh dapat hasil yang banyak pada awal pagi. Maka pada awal pagi aku sentiasa mengepam untuk dapatkan stok susu. Selepas itu aku rajin buat power pumping. Dengan power pumping, susu aku memang meriah pada keesokkan paginya. Bak pepatah orang lama... "sikit sikit lama lama jadi bukit". Alhamdulillah. Aku mampu buat stok untuk kay bawa pulang ke putrajaya. 

- hasil yang perlu kay bawa pulang. 

Aku selalu berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Aryan. Memang niat aku untuk menyusukannya sehingga dia berumur 2 tahun. Semoga Allah berkati niat aku. Amin. 


-we loves our kiddos so much-
-sekian-


Puasa tidak jejas susu ibu

04 August 2011

Siapa kata bile ibu-ibu yang menyusukan anak mereka akan terjejas susunya bila berpuasa... tidak sama sekali. kalau tak caya meh baca artikel dari berita harian 

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka. 

Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.

“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya.
Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.

Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan.

“Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya.

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.

Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.

“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap.

“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya.

Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.

“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar.

“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya. 

INFO:
Persediaan puasa ibu menyusu

  • Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.
  • Moreh
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa
  • Bertawakal
Kebaikan menyusu buat ibu
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
  • Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
  • Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Kebaikan susu ibu kepada bayi
  • Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alahan
  • Mengurangkan masalah sistem penghadaman
  • Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
  • Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)
Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat
  • Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
  • Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan
  • Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
  • Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
  • Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara
 Semoga dengan membaca artikel ini kite berjaya menyusukan anak kite sehingga berumur 2 tahun kerana tiada susu yang terbaik selain dari susu ibu. amin.

selit jap muka budak comel yang tak puasa asyik minta susu mama die je... hehehe.. 


Pumpin' Pal Hands-Free Strap penyelesaian bagi pam susu yg tak hands-free

22 June 2011

 Agak sukar jugak bile menggunakan pam yang bukan hands-free.. cthnya macam Spectra 3... kite perlu pegang botol sepanjang proses mengepam... agak susah jugak.. macam saya, saya akan pam di meja je.. sebab kadang2 bos saya ni mencari... so takleh nk g mana-mana.. thats why saya beli spectra 3 sebab die tak mengeluarkan bunyi yg kuat... tp tulah.. tak hands free.. so saya kene pegang botol tuh supaya susu tak tumpah... begitu jugak masalah yang dihadapi oleh sepupu saya, Hezrina... so saya cuba cari solution untuk masalah ini bagi pihak beliau... kalau ada mommies yang mengalami masalah yg sama bolehlah share.. sharing is caring kan.. so harap link-link ni dapat membantu ye..
 
- macam nila bentuknya Pumpin' Pal Hands-Free Strap tu... so lepas ni bolehlah pam sambil buat keje


Happy breastfeeding !!!

HaRaMkaN BoToL SuSu BPA

15 March 2011
* UNTUK IBU BAPA YG PUNYA ANAK KECIL, SILA AMBIL TINDAKAN SERTA MERTA...*
PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.

“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.

“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.

Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

SuSu BaDaN kEmBaLi MasYuK...??

04 March 2011
wah.. tajuk entry.. bikin menaik semangat kan.. erm.. aku mmg fully bf rayyan danish selama setahun sebulan.. then terpaksa campur ngn formula sebab aku kene masitis (btul ke ejaan ni... btullah kot)... so, start dr aku kene penyakit tu aku tak dapat nak susukan danish sepenuhnya sebab takut die terminum dengan nanah... alhamdulillah.. aku sakit taklah lama dan taklah serius... sejak aku tak pam 3x di opis, susu aku mule merundum.. blek umah bru aku susukan danish sepenuhnya.. kalau aku ada dengan danish mmg aku akan bg die direct bf je... ms cuti raya cina aku bf danish 9 hari... hari isnin g keje tengah hari dah rasa bengkak... tahan tahan sampai umah terus buat nursing bf maksudnya sambil bf sambil pumping.. dan aku bleh dapat satu botol penuh.. terkejut jugak.. tak sangka la plak leh dpt byk tuh... hehehe.. hati pun ape lagi.. gumbira la... bleh wat stok nih.. so aku rasa sgt sgt sgt yakinla dengan statement ibu-ibu susuan.... SEMAKIN TINGGI PERMINTAAN SEMAKIN BYK BADAN KITE PRODUCE SUSU... =) ... makanye minggu tu aku dapat 5 botol penuh.. syukur alhamdulillah... sgt suke bile rayyan danish membesar dengan sihat dengan susu ku sendiri..

- hasil nyer.... rindu sgt dengan zaman pumping di opis.. kene btul2 kental lah...-

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign