blog kay & yana: December 2010

IkLaN yg Bg aKu 1st BE....

30 December 2010
... assalamualaikum....
hah..nilah iklan yg bg aku buffered earning yg pertama.... harap2 lepasni nuffnang bg aku byk2 lg iklan yer... terima kasih... hehehe.... pendek je entry ni... so terima kasih pada pengunjung2 blog kayyana85....


so, sape-sape yg nak bg anak die minum susu friso nih blehlah try masuk contest tu kan kan kan... mne la tau bleh dapat RM 7,000... sape nk bg ye dak??? hehehe.... my baby minum susu ibunye je... lgpun friso ni mahal siot... papepun usaha tangga kejayaan.. yeay.. (msh teruja dgn kemenangan malaysia)

tEtiBeR KhaiRuL FaHmi Jd FemEs

....wah... tetibe je mamat ni jadi femes kan.. yelah mne taknyer.. pertahanan die terbaikkkkkkk wokey... yg paling aku tabik captain indonesia dpt  tendang penalty pun fahmi dpt tepis.. pergh... mmg terbaikk.. tetibe dlm masa beberape minit die menjadi perbualan rakyat Malaysia mungkin satu dunia.. sape taukan ... pemain bola luar negara siap antar msg kt K Rajagopal lg wish congrates... and we deserve to win.. yeay...!!! aku ngn gadis-gadis ayu menjadi penonton setia sampai goreng nugget pun hangus okey.. si kecik ape lagi??? sibuk ngn bola die jugak lah.. hehehe.. mlm tu pertahanan Malaysia agak lemah jugak... gol keeper kite asyik kene serang lah.. dan dek selalu kene serang, beliau jd sgt femes sebab pertahanan mmg terbaik.. hahahaha... terima kasih buat khairul fahmi sbb bertungkus lumus menjaga gol malaysia.... so... keputusannye 4-2 ....dan satu gol sebenarnye tertanduk oleh pemain kite sndiri.. hehehe.. kelakar... apepun kite dah menang..!! just enjoy the moment okey... i'm happy really happy...esok leh bgun lambat... yahoooo yahiii...

- muka sebelum botak.... huhuhu...
- muka yg terkini..

pss: tabik springgg wokk.... hehehe.. btw, ni blog awek die.. maaf ye gadi2 yg admire kt die... hehehehe.. http://jejariruncing.blogspot.com

We WiN... tahNiah MaLaySia MeNaNg PiaLA suZuki AFF



... assalamualaikum...
dengan bangganye aku mengupdate blog malam ni sebab terlalu bangga dengan kemenangan pasukan Malaysia malam ni.. akhirnya setelah 14 tahun buat julung julung kalinye(ye ker) Malaysia menang menewaskan Indonesia 4-2.. yeay!!!....korang tau tak walaupun malam ni aku tgk final bertemankan gadis-gadis ceria, aku tetap semangat (tambah semangat kot) sebab mereka memang fanatik bola... hahahaha.... walauapepun tahniah buat team Malaysia.. kami sgt sgt sgt bangga dengan team Malaysia.. tahniah buat Khairul Fahmi kerana berjaya bertahan menjadi gol keeper walaupun tak dapat player terbaik tp anda memang keeper yg terhebat.... penalty pun takdapat bolos,,, cayelah... tahniah jugak buat Safee dan sape2lah yg terlibat dalam menjaringkan gol-gol tersebut...hehehe.. oh ye.. tak lupe juga buat jurulatih Malaysia K.Rajagopal kerna telah berjaya melatih team Malaysia... esok pg aku update gambo penyokong setia bola sepak ek... dah malam ni. time to zzzz.... 
- org sibuk bersorak die pun sibuk bersorak jugak siap ckp yeay lg.. hehehe... sila abaikan gambo kaki di belakang yer.. sorry kak wan.. hehehe

pss : PM siap bagi cuti lagi sempena kemenangan pasukan kite... CUTILAH KITE ESOK.. yahoo!!!!

BeRtuKaR ke UPDATED EDITOR

29 December 2010
...Assalamualaikum....

aku blogwalking di blog http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com .. ada entry yg menarik untuk dicuba dimana beliau mengajar bagaimana untuk menukar blog dr old editor ke updated editor...ada beberape kebaikan jika kite menggunakan updated editor nih.. kebaikan yg beliau nyatakan seperti :

- boleh menukar pelbagai jenis font yang diingini
- boleh UNDO & REDO
- boleh buat macam ni ----> saya comel x?, ada garisan atas tulisan itu. maksudnya tak perlu kite ubah coding setiap kali nk wat garisan atas tulisan tuh..
- setiap kalu sebelum post, kite boleh preview dulu entru kita. klik je PREVIEW kat bawah tu. kalau ada tersilap tulis ke gambar senget ke boleh baiki sebelum publish
- dan senang mengupload gambar. tak macam old post kene setting saiz untuk semua pic dalam satu entry. Mcm updated editor ni senang, setiap pic tu kite boleh setting iktu saiz yg kite nak dalam entry je dan kerja-kerja upload dilakukan sekaligus.

Cara-caranya sgt mudah, iaitu:

Klik SETTING-->GLOBAL SETTING-->SELECT POST EDITOR & KLIK PADA UPDATED EDITOR. Dan last SAVE SETTINGS 

So, utk lebih mudah dan lebih faham, kengkawan bleh ke blog beliau iaitu http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com. beliau ajar memang detail dan siap dengan gambar lagi.. memang mudah...sharing is caring kan.... blog aku pun dah bertukar.. so aku nk try kebaikan-kebaikannyer.... 


- yg kat atas tu cth old editor dan yg kt bawah ni cth updated editor..





 

FiRsT BE... ThANks NuFFnaNg..!!


... ini entry sgt sgt sgtlah teruja punye entry... setelah beberape tahun aku berblogging bru nilah kali pertama aku dapat Buffered Earning a.k.a BE... sebelum ni aku dok baca blog anje .. blog mamarifqy.. blog-blog otai yg lain semuanye dapat BE.. aku tak dapat pun.. tp usaha tangga kejayaan akhirnya nuffnang bg jugak BE kt aku walaupun hanya satu.. terima kasih nuffnang.. terima kasih sgt2.. BE pertama ni merupakan semangat utk aku menjadi blogger yg tegar... huhuhu.... ada pantun skit utk nuffnang... harap terima ye

terima kasih daun keladi
kalau boleh bagilah BE lagi....

Bos PoMpuaN ke Bos LeLaki

28 December 2010

... korang prefer bos mne??? bos lelaki ke bos pompuan... ada yg lebih suke bos lelaki... ada gak yg suke bos pompuan.. dependlah pada u oll kan... mcm aku nih.. sebagai personal assistant(PA) aku ada gak pandangan aku yg tersendiri.. bg aku sebagai PA, aku dah ada pengalaman dengan kedua-dua boss.. female and male... mmg ada perbezaan nyer.. bos pompuan ni lebih teliti dan agak cerewet... aku dah bekerja dengan 3 bos pompuan... semuanye worker holic... semuanye jenis berhati-hati.. semuanye jenis cerewet tang keje... tp bab personal sgtlah sporting... bos lelaki pulak agak easy to go lah.. tak byk ckp... takde cerewet sgt... biasa-biasa je... tp bos lelaki ni pulak selalu tak amek port bab-bab yg penting nih. tu yg kdg2 org bawahan kene handle from A to Z.... ape-apepun sebenarnye dua-dua bos same je... either they female or male... so, korang pulak prefer yang mne..????

CLaiM !!!

biasalah.. sebagai Personal Assistant stiap ujung bulan mesti aku akan pening kepala sebab kene buat claim utk boss.... so, nampak gayanyer arini tak dapat la nk update sgt... aku kene siapkan claim die arini jugak.. nk wat cmne kan.. tu satu drpd tugas aku sebagai PA. nak tak nak kene buat jugak.. bestkan jd boss... duduk2 aleh-aleh claim masuk.. g meeting sana sini aleh2 dpt duit... erm.. yg bertungkus lumus buat claim die nilah PA die yg berkaliber nih... kaliber sgt la tuh.. tak kose akuh... klah.. mls nk bebel byk2... claim nk kene siapkan nih.. adios...

pss: kan best klu boss yg tau betape susahnye buat claim ni... bg share skit kt PA die yg dah susah payah wat claim die yg sgt susah tuh.. huhuhu..

Perceraian Selebriti Paling Kontroversi 2010

27 December 2010

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 27 DIS 2010: Selain perkahwinan artis, kisah perceraian selebiriti tanah air turut menjadi tumpuan serta mendapat liputan luas daripada pihak media walaupun itu merupakan sesuatu yang tidak enak untuk di dengar.

Bukan sahaja media, malah peminat juga u ingin mengetahui punca dan bagaimana sesebuah perkhawinan artis itu boleh berakhir begitu saja. . Bagi tahun 2010, terlalu banyak kejutan yang tidak dijangka apabila ramai artis dan selebiriti tempatan mengambil keputusan untuk bercerai. Mari kita imbas kembali kisah perceraian mereka bermula dari awal hingga akhir tahun 2010.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Ash & Dira

Ramai yang berpendapat pasangan yang pernah menyertai program menari realiti Sehati Berdansa ini seperti sudah terkena badi yang menyebabkan mereka boleh bercerai berai. Susah nak percaya tetapi itulah apa yang telah banyak terjadi kepada kebanyakan bekas peserta program tersebut.

Pada awal tahun 2010, dunia seni hiburan telah digemparkan dengan bekas peserta pasangan selebriti program Sehati Berdansa bagi musim ke-3 iaitu Ash dan Dira yang bercerai pada tanggal 8 April lalu. Seperti biasa sebab musahbabnya tidak diberitahulah tetapi keretakan rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula dapat dihidu oleh beberapa pihak media.

Namun baik Ash mahu pun Dira, mereka mengakui masalah rumahtangga mereka itu sudah mula timbul sebelum mereka menyertai Sehati Berdansa lagi. Pasangan ini dikurnaikan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berada dalam jagaan Dira.

Pelakon, Model, Aleeza Kassim, 39 & Mohd Fauzi Che Ros, 45

Selepas peminat digemparkan dengan perpisahan pasangan selebriti suami isteri Ash dan Dira, tidak lama kemudian hanya selang beberapa hari sahaja pelakon dan peragawati terkenal, Aleeza Kassim, 39, turut dilaporkan sudah bercerai oleh suaminya Mohd Fauzi Che Ros dengan talak satu.

Walaupun hanya mampu mempertahankan rumahtangganya selama hampir empat tahun bersama usahawan dan ahli perniagaan berusia 45 tahun itu, namun model dan pelakon jelita ini telah mengambil keputusan untuk merahsiakan punca perpisahan mereka. Sebelum itu, mereka telah dilaporkan bercerai pada Februari lalu. Namun mahkamah mengesahkan bahawa perceraian tersebut sebagai tidak sah.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Sabrina & Shahrin

Seorang lagi bekas pasangan sehati berdansa disahkan bercerai pada sekitar bulan Mei. Pasangan tersebut adalah Sabrina dan Shahrin dan ini telah menjadikan mereka pasangan ke-6 yang bercerai selepas menyertai program ini.

Apa yang pasti, baru-baru ini Sabrina mengakui dirinya sudah pun berjumpa dengan sesoroang yang boleh mengisi kekosongan hatinya. Kekasih barunya itu adalah seorang bujang dan dikenali sebagai Amir, 28. Mereka dijangka berkahwin pada tahun hadapan.

Hasil perkahwinanan Sabrina dengan Shahrin, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun, Ariyana.

Bekas Personaliti TV, Azrinaz Mazhar & Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah

Jika kes perceraian ini hanya popular di kalangan artis, ia juga tetap berlaku di kalangan keluarga diraja. Pada 17 Jun 2010, Malaysia dan Brunei digemparkan dengan berita Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri baginda yang juga bekas pengacara TV, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar yang telah dikahwininya sejak 5 tahun yang lalu.

Ad aura-ura mengatakan punca perceraian mereka adalah sebab sikap tamak Azrinaz yang gilakan harta, namun semuanya hanya sekadar gosip semata-mata dan sehingga kini ramai yang tidak tahu sebab musababnya.

Apapun, sepanjang tempoh 5 tahun hidup sebagai suami isteri, Sultan Brunei dan Azrinaz telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,4, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Ngasriah Ngasri atau Anne & Abdul Wafi Hassan

Sedih juga rasanya bila mengenangkan nasib pelakon berbakat Ngasriah Ngasri atau Anne, 26, yang terpaksa bergelar janda pada usia muda. Lebih menyedihkan lagi bila melihat Anne diceraikan dengan talak tiga dalam keadaan berbadan dua selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan penceraiannya bersama bekas suaminya Abdul Wafi Hassan, 28, pada 25 Jun lalu.

Anne yang sudah 2 bulan duduk berasingan dengan Wafi sejak bekas suaminya melafazkan cerai kali yang ketiga, kini hanya mahu memberikan fokus dan tumpuan terhadap dirinya berserta kedua-dua anaknya yang masih kecil iaitu Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri, 4 bulan.

Seperti biasa punca perceraian tidak diketahui cuma d aura-ura mengatakan Wafi bermain kayu tiga dengan bintang Akademi Fantasia, Noni, namun perkara itu sudah dinafikan oleh Nonie sendiri.

Aktres, pengacara, Maya Karin Roelke & Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah

Kisah keretakan rumah tangga mereka ini sudah mula disedari ramai apabila mereka berdua hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Jun 2010. Biarpun ianya dilakukan secara rahsia, namun pihak media akhirnya dapat menghidunya juga.

Pun begitu, masing-masing hanya mengunci mulut tentang soal kehadiran mereka di mahkamah. Namun pihak media difahamkan Maya dan Steven hadir untuk mendaftarkan perkahwinan selepas berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 lalu.

Walau bagaimanapun, lebih kurang sebulan selepas itu, pada tanggal 16 Julai 2010 Aktres Maya Karin Roelcke, 29,dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 39, telah rasmi bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Pemain Badminton Negara, Roslin Hashim & Norhayati Othman

Ini kisah selebriti sukan pula yang popular dengan perkahwinan singkat, siapa lagi kalau bukan Roslin Hashim. Jika perkahwinan pertamanya dengan Faizah Mohamad, 32, pada 30 Januari 2009 hanya mampu bertahan selama 12 hari, perkahiwnan keduanya bersama Norhayati pula hanya bertahan sebulan.

Perceraian kedua berlaku ketika isterinya menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, dan menjumpai Roslin berudua-duaan bersama produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30.

Pada 2 September 2010, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu. Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Aktres, Aida Khalida & Joe Radzwill

Selepas hampir sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan Joe Radzwill dan Aida Rahim @ Aida Khalida bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.Kemelut yang membelenggu pasangan itu juga akhirnya selesai setelah mereka bercerai secara baik di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Joe kemudian telah melafaz cerai talak satu terhadap Aida pada 26 Ogos 2010.

Aida dan Joe (Ismail Ahmad @Mohd Radzwill), bernikah di Yala, Selatan Thailand pada 6 November 2002. Pasangan ini kemudian pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 12 September 2009.

Aktor Badrul Muhayat & Julia Daud

Siapa tak yang tak kenal dengan actor kacak, Badrul Muhayat, 42, yang memang terkenal dengan perangai playboy walaupun sudah bergelar suami dan bapa. Sepanjang tahun ini sahaja isu hangat yang diperkatakan adalah kekejaman Badrul terhadap isterinya, Julia Daud, 29. Akibat perbuatannya itu, Badrul pernah ditangkap polis pada 31 Mac lalu.

Selepas Badrul dibebaskan, dia terus kembali kepada perangai asalnya, malah dia juga bertindak kejam apabila sanggup mengasari isterinya dan merampas wang jaminan mahkamah RM2,500 (kompaun) sebelum melarikan diri.

Sehubungan itu, Julia membuat satu lagi laporan polis berhubung kejadian terbabit sebelum dia akhirnya nekad membuat tuntutan cerai kerana sudah tidak tahan menempuh kehidupan bersama pelakon terbabit sejak empat tahun mereka berkahwin. Mereka akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kajang pada 22 September2010.

Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin & Adzmin Tan Sri Osman

Setelah digemparkan dengan berita penceraiannya sejak Ogos yang lalu, penyampai radio terkenal, tanggal 7 Oktober Raja Azura telah disahkan bercerai talak satu melalui satu prosiding tertutup pada 28 September lalu.

Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, disahkan bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, di sebuah Mahkamah Syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

Kak Engku berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Tiada khabar lanjut dinyatakan sama ada perceraian pasangan itu adalah disebabkan kehadiran pihak ketiga kerana menurut sumber berkenaan, Kak Engku tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein & Noor Diyana Muhammad atau Nana

Mereka merupakan bekas pasangan program Sehati Berdansa yang terakhir bercerai pada tahun ini.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka sebagai suami isteri, termasuklah menggunakan keluarga masing-masing sebagai orang tengah. Namun, tiada sebarang keputusan yang dapat dicapai oleh anggota kumpulan Ruffedge yang juga seorang pelakon, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 27, dengan isterinya, Noor Diyana Muhammad (Nana), 26.

Dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah menerusi hakim Zainoor Rahsid Hassin membenarkan Sein dan Nana untuk bercerai secara baik pada 8 Disember lalu. Sein dan Nana mendirikan rumahtangga pada Julai 2006 dan ahsil perkongsian hidup mereka dikurniakan 2 cahayamata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3 dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Aktres popular, Ida Nerina Husin & Sha'rin Mohammed Razali

Nampaknya, aktres Ida Nerina dan bekas anggota kumpulan Blackrose, Sharin antara pasangan yang terakhir yang disahkan bercerai pada hujung tahun ini iaitu, 13 Disember lalu. Menurut sumber perceraian berlaku selepas pasangan itu mencapai persetujuan untuk mengakhiri ikatan perkahwinan yang terjalin empat tahun secara baik.

Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan Sha'rin sendiri kerana mendakwa dia sudah melafazkan cerai terhadap pelakon yang terkenal melalui filem Susuk itu pada hari raya Aidilfitri kedua pada 22 September lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Jun 2006, namun belum dikurniakan cahaya mata, tetapi menerusi perkahwinan pertama, Sha'rin mempunyai dua anak, iaitu Narissa,14 dan Arman, 8.

KEPUTUSAN PEMENANG "BABY IN COSTUME CONTEST"

Alhamdulillah...
syukur sgt2...
terbaca entry di blog mama aiman...
mereka memilih Rayyan Danish sebagai pemenang utama....
aku sgt sgt sgt teruja dan gembira....
hadiahnye sgt best...
harap2 danish tak buat perangai masa photoshoot tu nanti...
aku plan nk wat photoshoot di jb... waktu raya cina...
sebab photographer (papa aiman dan mama aiman) org jb...
so senang klu aku blek kg sambil beraktiviti menebus hadiah...
tahniah danish..
terima kasih mama & papa aiman....


utk senarai penuh nama pemenang bleh klik SINI...

pErMiNtaaN si SuAmi

... ada perbualan yg dibincangkan si suami dan si isteri...

isteri : abg da tgk blog ayg?
suami: dah....
isteri: lawa tak header baru tu...?
suami: erm....
isteri : erm je...?
suami : ayg lawalah.. abg nampak gemuk.. buncit lak tuh... takde gambo lain ker?
isteri: (sambil mengenang balik header yg telah diupload) tak lawa ker?
suami: lawa tp abg nampak buncit.. tak suke ar gambo tuh... tukar gambar lain boleh yg...?
isteri: aduh... nk kene tukar gambo lain ker? sian kak diana nnti
suami : ayg bglah die nasi lemak lg...
isteri : nanti ayg try wat sendiri ek...
suami : ok.. cr gambo yg slim dan hensem tau...
isteri : senyum smbil bercakap dlm ati.. klu dah buncit, buncit jugaklah.. hehehe

sekian,. terima kasih.

BoLeH pULaK sAmE...

23 December 2010
... hari isnin aritu dtg opis pg2 tetibe ada benda yg kelakar berlaku... dahlah aku penat ari tu yelah bru blek dr bukit merahkan.. so badan pun rasa penat2 manja gitu.. auww.. hehehe.. dah tu pg2 nk g opis bleh plk putrajaya jem teruk gara2 tutup jalan sebab nak bg bas lalu.. kire testing la ni klu nak buat laluan khas utk bas je.. logic ker??? mrh smpai membebel-bebel kt opis.. tetibe tgk bengang-bengang tu ada pulak benda yg menghiburkan at.. nk tau ape die... ikutila perbualan ini..

kak su: yana, nk tgk kak su versi kurus tak?
aku : hah?? versi kurus?
kak su: (dgn muke ala-ala manisnyer) a'ah.. cube g msuk blik kak fiza tuh.. tp yana jgn terkejut tau..
aku: napelak kak su? (sambil muke takut kot-kot ada hantu) ada hantu ker?
kak su: g la tgk dulu.. jom jom (sambil menarik tgn aku yg ala-ala tak sama saiz ngn die tuh)

..bile masuk je bilik kak fiza tu aku terus gelak besar.. rasa nak guling-guling atas karpet pun ader.. nk tau ker??? tgklah gmbo dibawah nih...
-
-
-
-
-
-
- sme beb baju.. dr tudung smpai ke kasut.. tak cayer? kasut pun sme tau.. tgk gmbo bwh lak..

- tu kasut dieorang.. sme kaler lg u.. tak sme saiz je.. hahahaha lawaks..

- nilah die kak su.. cantik u olls..

- ni plak jelmaan kak su versi kurus...hehehe.. actually nme die ida.. body maintain wlupun anak da sorang.. hehehe

pss: so, pada aritu mereka digelar kembar tp tak seiras.. =) peace ..

Sony EriCSsoN C902 dLm KeNaNgaN...


.... tajuk entry sgt menyedihkan kan...??.. ada beberape kali aku meluahkan perasaan di dalam blog nih.. bukan luahkan perasaan ape pun.. aku just tensen bile setiap kali nset aku tu wat hal.. adoyai.. plg geram bile die langsung takleh on... bile btulkan abes melayang seratus..kalau setiap bulan mcmni kayap la aku.. huhuhu.. so, aku decide utk jual jelah nset tu walaupun sayang.. nak wat lagu mne kan.. wat lagu dondang sayang pun tetap rosak gak... tetap melayang seratus gak... akhirnye ke kedai nset la aku....ape lagi.. trade in sudah amek nset yg senang sudah... so... aku harap spe yg beli nset aku tu byk2lah bersabar ye dgn nset tuh.. ntah ade ke tak lagi ek nset aku tu kt kedai tu... rasa mcm nak usha jeling2 pandang tp tak pegi-pegi pulak.. takpelah.. dah dalam kenangan pun kan.. klah.. tu je nk btau u oll... dah dah.. sambung wat keje k.

not in the mood...

... aku try searching mood aku yg dah terbang entah kemana... takde mood utk update blog walaupun byk cerita mau di share .. takde mood utk join contest... mood!!! pls come back.. i need u right now..

NeW HeAdEr

22 December 2010
... nampak tak header saye tuh???... cube tgk tu tu tu yg kt atas tuh.. cantik tak??? sye suke sgt header tuh... header tu adalah rekaan Kak D atau nme blog nyer Mappiau... terima kasih byk2 kak D... nnti i belanje u nasi lemak lg k... kak d byk tolong aku bab-bab blog nih... al-maklumlah sye tak suke btol klu kene kaji mengkaji nih.. kak d memang minat research, try and see... then tu yg boleh ajar sye tuh.. hehehe... papepun thanks bebanyak buat kak D dan husband yg susah payah melayan sye utk memajukan blog demi negara.. chewah.. hehehe.. thanks yerk... terima kasih daun keladi ada masa yana minta tolong lg.. hehehe..

heLLoooo

21 December 2010
... salam semua bloggers yg cun dan hensem....

dah lama rasanye tak update blog... dalam kepala otak ni mcm2 nk tulis tp tak tau nk start mcmner... btw, badan aku masih rasa penat sebab bru blek dr bukit merah... naik bas pulak tuh.. tp takpe..enjoy... yg tak enjoynye bile consultant agak boring memberi talk tentang benda yg memang kite dah sedia tau.... so, arini aku mule menarikan jariku ini utk mengupdate blog kesayangan ku.. huhuhu.. akan aku uploadkan gambo ragam-ragam kami di bukit merah.. sgt enjoy.. thanks to zue n kak miza yg bertungkus lumus membuat bengkel ini... so,, nntikan kemunculan cerita sterusnya (sebab tibe2 hilang idea nk taip ape) so.. adios ye,,,

salam...

...masih...

17 December 2010
.... jam sudah pkul 11.31 malam... tp aku masih bekerja bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di bukit merah lake town resort... wah..!!! terasa penat sgt badan nih.. bilelah nak abes nih... aku rasa aku punye perjawatan takde function pun... aku pun just tolong taip jer.. tahun ni bahagian aku buat retreat di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak... kali ni retreat bleh bwk family dan itu sedikit sebanyak mengembirakan kami yg dah berkeluarga nih... takde ape yg hendak dicoretkan disini.. just for information, i'm really tired with travel and now we still work infront our lappy.. how workaholic we are.... aku bgun seawal jam 5.45 pg then sampai di opis jam 7.20 pg, bertolak dr opis dengan menaiki bas jam 8.45 pg.. sampai di bukit merah jam 3.30 pm then straight to class and no ice breaking.. how depressed....

... masih terlalu awal untuk aku mendescribekan atau merumuskan retreat bahagian kalini.. consultant agak series but we have positive thinking,... take a good things only.. hehehe.. adoi.. penatnyer.. bile nak abes nih.. ngntuks giler nih... adohai badan,, silelah bertahan yer..

..buat suami, terima kasih kerana sudi menemani saya dan sudi menjaga anaknye yg sedang aktif dan proaktif... hehehe... i'm tired.. that's all for now... adios,,

ReTReAt DiCt @ bUkiT MeRaH LaKeToWn ReSorT.

16 December 2010
aku akan ke retreat bahagian aku selama 3 hari
bermula 17 sehingga 19 Disember 2010
di Bukit Merah Laketown Resor, Perak...
so, aku akan update aktiviti aku di Bukit Merah pulak nanti k...
see u...
adios..

HoLidaY @ LuMut, PeRak (DaY 3)

... utk hari ketiga pulak, pg2 lagi mama ngn baba serta adik aku g mandi swimming pool... aku, my hubby ngn en kecik mandi di bath tub... jom tgk gambo jom...




pss : ntah mcmne nk rotate gmbo ni. dah try rotate kt softcopy tp bile upload kt blog jd mcmni lak.. knp ek???

..cont the story,.. lepas da mandi manda, makan-makan, kami siap2 utk check out.. sementara tunggu mama baba kilah mandi, kami ameklah gmbo danish.. jom tgk ragam danish bergambo...





.. lepas makan2 kami pun siap utk check out,.. sebelum check out.. wajiblah bergambo dulu kan.. jom tgk gambo lg... (harap tak bosan yer)






... lepas dah settle bil and eveything, kami pun bertolak balik... tp sebelum tu singgah ke menara condong dan makan tengah hari... di menara condong pun kami amek gambo jugak.. tu perkara wajib.. tak gunelah bwk kamera tp tak amek gambo kan.. jom tgk gmbo lgi...






... so, utk tahun 2010 sampai disini sje je berjimba jimba... utk tahun depan g tmpt lain pulak okey.. hopefully next trip nizariff syg dpt join ea... rindu lah.. tempek gambo die jap..






- MISS U SO MUCH AIREL NIZARIFF... muah.. .

-end-

ALhAmDullillaH...

Alhamdulillah...
Rezeki kami sekeluarga....
Murahkanlah rezeki kami...
Malam tadi ada berita yg sgt gembira dan sgt teruja...
tak sabar rasanye nk tunggu time tu tiba...
mood excited u ollss.

HoLidaY @ LuMut PeRak (DaY 2)

15 December 2010
... utk hari kedua pulak en kecik pg2 lagi da bgun... bgun2 je trus nk ajak kuar... wah..!! excited sungguh tgk laut.. so memandangkan pg tu ada gerimis skit aku tak bg danish mandi laut dulu.. main2 dlm umah sampai ujan benti... so apelagi... adik aku pun sibuk sgt nak mandi laut.. aku pun ok jelah.. memandangkan si kecik yg over excited nampak laut, aku pun teruja juga lah nk amek gmbo die di pagi hari.. so jom tgk gambo danish mandi laut di pg hari berposing di laut...






.. bile da puas mandi manda di laut, kami pun siap-siap utk check out.... sbelum gerak ke tmpat yg lain benda wajib kene buat bergambo dulu di depan kediaman kami yg hanya semalam...


... da check out kami bergerak pula ke Marina Island Resort untuk check in... hehehe.. sje je nk try tempat baru sebab kebetulan masa aku ngn hubby jenjalan area lumut kami terjumpa satu hotel yg baru... so my father pun da agreed nak sponsor jadi check inlah kami di sana.... bile dah check-in, kami semua berlenggang di dalam bilik smbil makan-makan.. belah petang pulak kami mandi di swimming pool... hehehhe.. then for the dinner kami cr seafood area situ gak.. jom tgk gambo dinner kami..





...lepas dinner, kami terus blek hotel yg indah tuh.. tp en suami hangout dgn kawan2 savoc die... lepas posing2 di lobby hotel, kami pun naik bilik utk tdo... jom tgk gambo ek...





- ntah ape la yg oni danish bebelkan... lpastu bile masuk lif sibuk nk tekan button.. mcmlah sampai kan...

... sampai je kt bilik hotel, danish minta susu.. then terus tdo... danish tdo di tilam yg saaaaaaaaangat empuk.... tdo smpai pagi tuh... over tau...


... so, good nite semua.. kite sambung citer holiday@Lumut perak (day 3) pulak yer...

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign