blog kay & yana: cuti

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Cuti Hari Wilayah

01 February 2016


10 tahun dah jadi orang Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Tak tahu lah sampai bila jadi orang wilayah...

Selamat Hari Wilayah.

Yang penting harini cuti..

Yeay...!!!

Cuti Sekolah buat Rayyan Danish

20 March 2015

Sejak anak bujang aku dah mula sekolah kerajaan ni mula lah resah gelisah aku dengan Kay bila cuti sekolah bermula. Sebelum sebelum ni tak pernah kisah pun cuti sekolah tu bila. Hari ni genaplah semiggu cuti sekolah penggal pertama Rayyan... Gitu.. siap ada penggal pertama ko.. maknanye lepas ni adalah penggal kedua ketiga.. jangan penggal kepala sudah.. ok.. dah start melalut da.

Mula mula pening juga fikir nak letak manala si Rayyan ni seminggu dia cuti sekolah. Dia bukan jenis suka ikut kiteorang duduk kat pejabat ni hah. Dia cepat bosan sikit. Tak sampai lunch break dah sibuk nak ajak balik. Kalau aku ni pengarah bahagian takpelah suka suka hati aku nak balik petang ke balik tengah hari ke... sebab selalunya staff bawahan memang suka kalau bos atasan ni takde kat pejabat. ahahahaha... Lepas dah tak tau nak letak mana kiteorang decide tinggalkan Rayyan kat kampung. Rumah ibu mertua ku.. hihi.. Nak hantar balik rumah mama tak bolehlah sebab rumah mama belum siap. Tunggulah penggal penggal seterusnya ye itupun kalau rumah mama dah siap sepenuhnya.. chewaaahhh... 


Berat hati aku ni... Berat bukan sebab aku tak percayakan ibu mertua aku atau adik ipar aku.. tidak.. aku tau mereka boleh jaga Rayyan dengan baik malah lebih baik dr aku jaga Rayyan.. Cuma sedih dan sebak sebab selama Rayyan membesar depan mata aku tidak pernah sekali pun aku tidur tanpa dia kecuali masa aku bersalinkan Aryan.. Itupun semalam je.. ni bermalam malam.. berhari hari aku terpaksa berjauhan dengan dia. Sedih sebab aku tak dapat peluk dia hari hari... Tapi bila fikir kay cakap sampai bila kita nak kongkong dia... Dia akan membesar dan membesar. Biarkan dia bina environment dia sendiri. Jadi dia akan ada banyak cerita nak disampaikan. Kalau kat sekolah nanti dia kena buat karangan "Aktiviti Cuti Sekolah" takdelah dia pening nak buat. Sebab duduk kat kampung ni mesti banyak aktiviti dia. hehehehe..

Terima kasih mak ayah sebab tolong jaga Rayyan. Terima kasih Angah sebab sabar melayan karenah anak buah angah yang sorang tu. Terima kasih banyak banyak..

Malam ni aku tak sabar nak balik melaka nak peluk Rayyan.... Jangan tak nak balik Putrajaya sudahlah Rayyan... 


note: hari pertama je Aryan tanya abam dia mana..? bila aku cakap abam pergi sekolah lepastu dia tak tanya pun.. psiko sangat tau.

Wordless Wednesday #17 - Cuti Cuti Malaysia

22 January 2014


Found my baby there? hihihihi..
I loves holiday.. 

Throwback : Anak Beranak Cikenpox / Chicken Pox

21 January 2014
Orang kata penyakit cikenpox ni berjangkit... tapi.. pada sesiapa yang belum pernah kena lagi cikenpox nilah kan.. Dan aku pun mula lah cuak bila orang cakap aku boleh kena buat kali kedua walaupun dah pernah kena... Oh tidak !!! Bila dah dewasa ni (bahasa lembut sikit dari tua) kalau kena agak teruk juga dan susah juga nak hilangkan kesannya nanti. Oh tidak sekali lagi... Harap harap sangat taklah.... Tapi penyakit ini memang berjangkit... bukan pada aku tapi berjangkit ke Kay dan Rayyan.. Ya Allah.. Kesian sangat sangat... Kay lagi dashyat cikenpoxnya. Tapi apa boleh buat. Redha ajelah kan..

Lepas kering je cikenpox kat Aryan , Kay mula demam panas. Kay demam pagi, malam Rayyan pula demam. Aku dah pening sebab dua-dua cinta hati demam. Tapi Rayyan masih aktif.. Kay memang lepak habis. Tidur je.. Esoknye tengok tengok badan dah keluar bintik bintik merah.. Arghhh sudah... confirm cikenpox.. Terus check Rayyan... Pun sama.. Ada keluar bintik bintik kat kepala dengan leher.. Argghh... Aku dah mula stress... Biasalah aku kalau stress mulalah menjajau cari pembantu... hihihi.. Nasib baik ada adik Kay boleh tolong aku jagakan cinta cinta hati ni kat rumah.. Sementara dia tak kahwin lagi bolehlah minta tolong dia.. Tima kasih Angah.. 

Jaga mereka mereka ini agak susah sikit nak dibandingkan aku jaga Aryan masa dia kene cikenpox. Nasiblah Rayyan ni jenis suka makan ubat. Tang sapu ubat kat badan aje dia taknak. Geli katanya. Nasiblah Rayyan.. Nak buat macam mana kan..


 Tu dia cikenpox yang melanda sayang sayang aku ni hah... oh ye.. Kay memang melarang aku sekeras kerasnya untuk mengupload gambarnya di media sosial. hahaha... eleh.. takut beno jadi bahan... hahaha.. Tapi aku amek jugaklah gambar Kay buat kenang kenangan.. sekali seumur hidup der... hahahaha... 



Tu dia.. Anak beranak saling jaga menjaga... Baguslah tuh.. Ada juga hikmah anak beranak ini kene cikenpox.. Tak payah aku amek cuti 2 minggu jaga Rayyan sebab Kay boleh tolong jaga Rayyan sambil menahan sakit cikenpox tuh... 

updated : setelah 2 minggu mereka ini dikuarantinkan akhirnya hari ini mereka ke pejabat dan sekolah seperti sedia kala.. Alhamdulillah.

note: alamak.. aku lupa letak watermark lah.. patutla pelik bebeno aku tengok gambar gambar nih. hehehe...

Cerita Tentang Semua Hari Raya

24 October 2013
Dalam Malaysia orang Islam cuma sambut 2 hari raya je.. Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya AidilAdha. 
Jadi aku gabungkanlah cerita semua hari raya aku tahun ini memandangkan cerita hari raya puasa pun rupanya aku tak berkesempatan untuk menaip di sini... alasan je semua tu.. kehkehkeh...

Aku dengan Kay dah ambil kata sepakat dimana kalau Raya Puasa di rumah ibubapa beliau maka Raya Haji di rumah ibubapa aku.. Fair and square gitu. Memandangkan Raya Puasa tahun ini giliran rumah ibubapa beliau maka tahun ini aku beraya haji lah di rumah ibubapa aku.. Kebetulan, mama pun tahun ini beraya di bumi Allah.. kesian baba beraya seorang diri. Maka takdir Allah menetapkan aku menemani baba di hari raya haji. 

Cerita Hari Raya Aidilfitri tahun ini lain sikit. Sebab tahun ini aku sambut dengan dua hero aku.. hihihi... dan di rumah baru ibu mertuaku.. cantik dan selesa rumah baru mak. Raya pertama kami bergambar ala ala kat rumah baru.. lepas itu baru kami ke studio untuk ambil gambar. Penuhlah rumah mak dengan gambar gambar raya kami sekeluarga.. besar besar pulak tu.. hahaha.. tapi yang penting..cantik!


- gambar keluarga Muhammad bin Awang

- gambar keluarga Khairul Anuar bin Muhammad

- free style

Gambar gambar di ambil daripada FT Studio, Melaka Mall. 

Lepas dari gedik gedik di kedai gambar kami memulakan perjalanan menziarahi sanak saudara dari rumah ke rumah sehingga menjelang larut malam. Sampai rumah dah penat ingat tilam bantal je. Apalagi tidur sampaila esok pagi.. hahaha.. 

Raya kedua kami takde rancangan apa apa. Cuma kemas kemas untuk balik ke rumah mama pula. Alhamdulillah. Raya tahun ini telah pun berjalan dengan lancar selancarnya. Jumpa raya tahun depan la pula.

Cerita Raya Haji aku sambung next entry ok... kang korang bosan pulak kang. 
hahaha....


Selamat Hari Raya AidilAdha

14 October 2013
Assalamualaikum


Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha... Kami cuti dari 14 Oktober 2013 dan akan kerja semula pada 17 Oktober 2013... Pada kawan kawan yang pulang ke kampung halaman, hati hati memandu kenderaan.. jadilah pemandu yang berhemah.. biar lambat asal selamat.. Sekian, terima kasih. 

note: di kala hari raya haji menjelang tiba, saya sangat sangat sangat merindui mama saya.. semoga mama sihat walafiat di bumi Allah.. Amin.


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign