blog kay & yana: October 2011

Donate to Rumah Aman with just a click !

24 October 2011
Assalamualaikum...

Kali ini Nuffnang bergabung tenaga bersama Churpchurp dan MilkADeal di TLC Promise Me Musim 2. bagi mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak di Rumah Aman. Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam dimana rumah tersebut menempatkan 30 kanak-kanak lelaki pelbagai umur.Tujuan utama donation ini adalah untuk membantu kanak-kanak ini supaya mereka lebih selesa untuk terus hidup seperti kanak-kanak yang lain yang punya ibu dan bapa. yang punya tempat perlindungan yang selamat.


Sebanyak RM20,000 dana yang  diperlukan sebelum 30 Oktober 2011 ini bagi membantu Rumah Aman untuk kerja-kerja menaik taraf pendawaian elektrik dan sistem pemutus kilat. Oleh itu, Nuffnangers dan Chuppers boleh menghulurkan bantuan / derma sekurang-kurang RM1 bagi membantu menjayakan program ini. Sgt mudah dan cepat.. hanya dengan 1 klik , korang boleh menderma ke Rumah Aman tersebut. 

Bagaimana?

Satu laman web khas telah di buat di http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011, yang mana anda boleh menyumbang sejumlah kecil daripada pendapatan Nuffnang dengan memotong sedikit pendapatan anda untuk dana Rumah Aman ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah:

- Log masuk ke akaun Nuffnang dan klik pada iklan terapung sebelah kanan akaun anda yang mana ianya akan membuka laman http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
- Pilih jumlah yang ingin anda dermakan dari pendapatan Nuffnang anda (anda boleh memilih daripada RM 1, RM 5 atau RM 10)
- Pilih butang submit, dan selesai!




Mudah kan... Selain dari itu kite juga boleh membeli Churpie Plushie hanya RM 25 Churpie Plushie hanya RM 25 di mana semua hasil kutipan drpd jualan tersebut akan disalurkan kepada dana.Semoga segalah wang yang kite dermakan mampu memberikan mereka sedikit kegembiraan dan keceriaan... buat bekalan di akhirat... =)

happy donation !

Lamanye tak update

18 October 2011
Assalamualaikum..
Lama btul aku tak update blog... bukannye tak rindu untuk bercerita tapi kekangan masa tu membuatkan aku terpaksa melupakan blog untuk sementara waktu... memandangkan sekarang ni aku terpaksa menanggung tugas PA Pengarah ditambah lagi kerja-kerja yang hakiki tak cukup 8 jam masa untuk aku abeskan keje.. bile keje semua dah stabil aku akan mule balik berceloteh di blog kesayangan aku nih... aku akan bercerita walaupun cerita tu dah lama berlalu... asalkan aku dpt bc semula kisah-kisah yang berlaku dalam hidup aku masa aku tua nanti.. manalah taukan.. hehehe.. oklah kengkawan.. adios... taking care...


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign