blog kay & yana: tahun baru

Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

Salam Tahun Baru 2016

07 January 2016

Sempat lagi ke nak wish happy new year??? awal bulan lagi kan.. so sempat lah lagi... hahahaha.. Maaf lah sebab dah lama mendiamkan diri.. Mood nak menaip memang kelaut la... laut china selatan barangkali... Nak updated apa apa malas betul nak transfer gambar... Apatah lagi bila office ni block Facebook dan block segala website shopping dan hiburan.. Stress gila sebab takde hiburan... ahahahaha.. 

Apa azam tahun baru? aku? takda... cuma azam aku tahun ni nak kumpul duit banyak banyak.. Dan nak cuba masuk contest.... Semoga Allah SWT murahkan rezeki aku dan keluarga... Since tahun ni adalah tahun yang sangat mencabar bagi kami suami isteri... Tahun ni ekonomi kita agak teruk kan.. Segala jenis subsidi nak ditariknya.. Dah tu income tax pergi mana lah agaknya kan...?? tett... Tahun ni juga kami terpaksa bayar duit pinjaman perumahan melalui potongan gaji... RM1k ++ okeh seorang.... Kiteorang ni redha dan tawakal je lah.. maybe dalam setahun ni banyak hari la aku kena berpuasa sebab nak berjimat cermat.. Alhamdulillah... Cepat sikit aku dapat ganti puasa kan.. 


So apa azam u olls??? Meh la share.. ke forward azam tahun lepas? hihihihi....

Entry Pertama

20 January 2015

Dah nak masuk bulan 2 dah pun.. Ini entry pertama aku dalam tahun 2015... Lama menghilang kan? Entahlah.. Banyak cerita tapi nak jari jemari ni dah hilang arah untuk menari nari di atas keyboard... Aku cuba juga untuk mulakan langkah pertama aktif seperti dulu.. Punyalah malas nak updated blog sampai status di nuffnang pun dah non-glitterati... dan aku privatekan blog aku sementara waktu sebab aku rasa aku perlukan perubahan pada blog supaya perubahan itu bagi semangat untuk aku terus bercerita di sini.. diary kehidupan secara online.. gitu..

In Sya Allah.. dengan izin Allah SWT aku cuba untuk bercerita satu demi satu... banyak sebenarnya.. tp takpelah.. pelan pelan kayuh kan.. semoga tahun ini akan memberikan kite sejuta hidayah daripada Yang Maha Pencipta Alam Semesta... AMIN... Wassalam.


Groupon : Mini Square Softcover by Photobook Malaysia

20 January 2014
Di kala orang telah terima Photobook masing-masing aku baru tergedek gedek nak buat.. Sebenarnya sebelum ini aku dah siapkan dah cuba aku tak send files dengan cara yang betul.. Sebenarnya bukan tak send... tapi tak lepas mungkin sebab internet kat office aku ni tak kuat kot.. kot.. so aku dah give up. Hari ini entah mana datang mood nak cuba lagi sekali hantar akhirnya lepas juga. Mungkin sebab ramai cuti hari ini so internet boleh digunakan sesuka hati.. hahaha.. entahlah.. mengarut sungguh...


Rasa teruja pula bila dah berjaya submitted files ke Photobook Malaysia tadi. Alhamdulillah photobook pertama aku dalam proses mereka.. Tak sabar nak tunggu abang posmen datang hantar... auw... hehehehe... 

owh ye.. jutaan terima kasih kepada kak nad a.k.a mama zakwan & nayli yang telah banyak tolong aku siapkan photobook ni.. Terima kak Nad sebab melayan karenah teman ni ye.. 

Hati seorang Ibu

06 January 2014
Hari ini hati aku sayu sangat. Setelah 2 minggu aku jaga Aryan kerana demam chickenpox , hari ini merupakan hari pertama buat si comel mama itu ke taska. Kali ini terpaksa masukkan dia di Cendiakawan Educare sebab senang sekali hantar dengan abang dia. Sebelum ini aku hantar adik dan abang di tempat yang lain jadi bila Kay outstation susah juga aku nak hantar sorang ke utara sorang lagi ke selatan. Berat hati tu memang sentiasa ada. Hanya Allah yang tahu hati aku sekarang ini. Sedih pilu sebab terpaksa dengan berat seberat beratnya hati aku tinggalkan dia dengan keadaan dia belum bersedia untuk menerima perubahan hari ini. Salah ke pilihan yang aku buat ? Ya Allah, tenangkanlah hati anak ku, sabarkanlah hati guru yang menjaga dan mendidik anak ku, tabahkanlah hatiku, lindungilah anak anak ku. 

Aryan,
Mama terpaksa letak awak kat Taska sebab mama dan papa perlu kerja untuk mencari sesuap nasi buat awak dan abang. Mama cuba untuk mencari tempat yang terbaik buat awak supaya awak tak nangis bila mama tinggalkan awak dengan orang asing. Orang asing itulah akan menjaga permata hati mama ini dengan penuh kasih sayang. Janganlah menangis sayang kerana tangisan awak buat mama sangat susah hati untuk mencari rezeki di luar sana. Andai kata mama mampu untuk menjaga awak, mama tidak akan tinggalkan awak di sana. Aryan janganlah nangis sayang. Mama akan datang untuk ambil awak dengan penuh rasa syukur. Seronoklah awak di sekolah baru sayang. Awak anak yang baik bukan. Mama sayang awak Aryan.



note : taip sambil menangis... hati penuh dengan doa buat Muhammad Aryan Muzaffar. AMIN.


Selamat Tahun Baru 2014

04 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014
Semoga tahun 2014 lebih baik daripada tahun lepas
Apapun azam yang terniat di hati semoga ianya menjadi kenyataan

Apa azam u olls??

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign