Hari ini hati aku sayu sangat. Setelah 2 minggu aku jaga Aryan kerana demam chickenpox , hari ini merupakan hari pertama buat si comel mama itu ke taska. Kali ini terpaksa masukkan dia di Cendiakawan Educare sebab senang sekali hantar dengan abang dia. Sebelum ini aku hantar adik dan abang di tempat yang lain jadi bila Kay outstation susah juga aku nak hantar sorang ke utara sorang lagi ke selatan. Berat hati tu memang sentiasa ada. Hanya Allah yang tahu hati aku sekarang ini. Sedih pilu sebab terpaksa dengan berat seberat beratnya hati aku tinggalkan dia dengan keadaan dia belum bersedia untuk menerima perubahan hari ini. Salah ke pilihan yang aku buat ? Ya Allah, tenangkanlah hati anak ku, sabarkanlah hati guru yang menjaga dan mendidik anak ku, tabahkanlah hatiku, lindungilah anak anak ku.
Aryan,
Mama terpaksa letak awak kat Taska sebab mama dan papa perlu kerja untuk mencari sesuap nasi buat awak dan abang. Mama cuba untuk mencari tempat yang terbaik buat awak supaya awak tak nangis bila mama tinggalkan awak dengan orang asing. Orang asing itulah akan menjaga permata hati mama ini dengan penuh kasih sayang. Janganlah menangis sayang kerana tangisan awak buat mama sangat susah hati untuk mencari rezeki di luar sana. Andai kata mama mampu untuk menjaga awak, mama tidak akan tinggalkan awak di sana. Aryan janganlah nangis sayang. Mama akan datang untuk ambil awak dengan penuh rasa syukur. Seronoklah awak di sekolah baru sayang. Awak anak yang baik bukan. Mama sayang awak Aryan.
note : taip sambil menangis... hati penuh dengan doa buat Muhammad Aryan Muzaffar. AMIN.
Alahai sedihnya..Aida baca entry ni pon rasa sedih sangat..semoga anak-anak kita terus dilindungi oleh Nya..Amin..Tabah ye Yana..
ReplyDeletesalam yana....alahai...kfieda duk baca ni pun tetiba rse sebak..huhuhu...kalau la dpt jaga sepenuh masa kan yana...
ReplyDeletemg Allah sentiasa pelihara anak anak kta... jgn bimbang ye yana...
ReplyDeletesebak baca ni dear.. begitulah kasih seorg ibu.. kalo dpt jaga anak2nya sendiri lagi puas hati.. lihat anak membesar dpn mata sepjg masa.. tp bekerja itu perlu.. nak cari rezeki utk anak2 adalah 1 pengorbanan.. deqla sedih.. sbb teringat arwah mak yg ssh pyh 1 masa dulu bantu arwah ayh cari rezeki dgn berniaga nasi lemak.. teringat lagi mak gigih bawak barang2 niaga nasik lemak tu dgn berjalan kaki jer.. ya Allah.. besarnya pengorbanannya.. deqla rindu sgt kat mak... T_T
ReplyDeletesedihnyaa...tapi apapun doa yg terbaik buat mereka..
ReplyDeletedoa ibu di dengari Allah....
insyaAllah...
ermm..gitulah perasaan seorg ibukan.. bila ank tak sihat, buat kerja pon asyik terbayangkan anak.. risau kan anak..
ReplyDelete