Aku tak tahu lah macam mana nak eja... hentam jelah.. tapi korang mesti faham kan cikenpox tu macam mana. Aryan kena last month aku rasa. Masa tu aku dah planning nak cuti cuti Malaysia, Aryan kena cikenpox pulak... Alahai.. Mula-mula dia demam tapi tak tinggi pun dalam 37c++ je. Kemudian dalam 3 hari dia kebah demam timbul macam biji-biji merah. Mula-mula keluar kat dahi lepas tu kepala lepastu muka lepas tu kat bahu. Memang sah la ni Aryan kene cikenpox.. haiyaaa....
Nampak tak bintik bintik kat dahi dia tu ? Melampaulah kalau korang cakap tak nampak khen.. Nampak beno kayro mata... hahahaha.. Pertama kali aku handle baby kene cikenpox sebab Rayyan masa baby pun tak pernah kena lagi. So far Aryan tak merengek sangat. Merengek sikit sikit je. Mungkin dia rasa miang atau gatal kot. Tapi tak tahu nak buat macam mana. So, bila aku dah panic aku pun rushing ke klinik yang berdekatan. Time tu tak terpk nak g klinik gomen.. jangan tanya kenapa sebab aku akan jawab tak tahu. So doc bagi ubat sapu dan ubat demam.
Memang lepas mandikan dia dengan air daun semambu + sabun khas untuk baby cikenpox aku terus letak lotion calamine nih. So far aku rasa Aryan takdelah menggaru sangat. Alhamdulillah. Dia tak merengek sangat pun.
hahaha... mama aku cakap dah macam komando baru keluar dari hutan.... tapi ini adalah perubatan traditional ye. Mak mertua aku blend kan daun semambu atau di kampung dikenali sebagai daun india pastu tenyeh tenyeh kat seluruh badan dan muka Aryan. So kesan daripada segala usaha moden dan traditional inilah hasilnya...
-
-
-
-
-
-
taraaa...
-
-
-
-
Muka adik yang minta dilempang oleh mulut.. hahahaha.. Semoga sihat sentiasa ye sayang. Alhamdulillah, Aryan dan sihat sepenuhnya dan boleh ke taska.. jeng jeng jeng.. taska baru ye.. Paham pahamlah..emosi tak stabil bila tukar taska nih... Dan Aryan berjaya menyebarkan virus cikenpox nye itu kepada papa dan abgn Rayyan... Cerita di lain entry ye... hahahaha..
alhamdulillah..aryan dah sihat...
ReplyDeletebudak kecik kalau kena cikenpop ni...siankan..
kalau tak kawal..habis digaru smpai luka2...
Sian die.
ReplyDeleteEka ngan suami haritu, masa majlis kahwin kami belah eka, suami kene campak yang cam ruam tu.
dua mnggu lepas tu, selepas majlis umah suami, eka plak kene campak cam ruam tu jugak. aduhhhhh gatal miang badan.
alahai cian nye die...mesti merengek...eh bulu mata die panjang betul...omel..
ReplyDeleteComelnya Danish buat muka cenggitu..aida boleh refer blog yana ni la kalau anak-anak kena chickenpox nanti..Sebab macam kesan tu hilang jugak kan..Memang mujarab!Alhamdulillah semua dah sembuh dari Chickenpox ni kan..
ReplyDelete