blog kay & yana: husband

Showing posts with label husband. Show all posts
Showing posts with label husband. Show all posts

Emergency Operation untuk Kay

10 July 2017

Kami sampai di Zon Kecemasan HUKM lebih kurang jam 9.00 malam. Time tu hujan turun renyai renyai... tapi dalam hati dah menangis lebat selebat lebatnya. Masa kami sampai tu, aku nampak ramai juga kawan kawan Kay yang tunggu depan Zon Kecemasan tu. Officemate Kay datang tegur kami. 
"Wife Kerul kan" aku angguk je. 
Budak budak pejabat dia tak panggil Kay. Panggil Kerul
"Dapat tengok Kerul?" Aku tanya dia. 
Dia cakap dia dapat tengok. Doc tengah check dia lagi. InSyaAllah takde apa apa yang serius cuma muka dia luka teruk juga sebab kena helmet. Helmet die pecah. Pecah??? aku tanya dalam hati je lah. Dia minta izin nak balik sebab dia kata dia memang tunggu aku sampai. Lepas cakap terima kasih aku terus masuk bilik kecemasan nak cari Kay. Mak dengan bapak mertua aku tunggu kat luar sebab hanya sorang je yang boleh masuk. For sure mak mertua aku tak kuat nak tengok anak dia penuh berdarah tu kan. Aku kuat ke tak kuat ke nak masuk juga nak tengok dia dengan mata aku sendiri. Nasib baik Ryna tolong temankan mak mertua aku. Melilau mata cari suami. Tak jumpa. Tanya Doktor kat situ.
"Doc, ada tak patient nama Khairul Anuar?"
"Ooo ada. Khairul dalam zon kritikal"
"Kritikal?" aku tanya Doc.
"Kritkal sebab kita belum kesan kecederaan dalaman dia. Takpe, Puan masuk je bilik tu. Doc tengah rawat dia"  Bila aku selak langsir, ada staff nurse (aku hentam je ni) tengah monitor dia. Aku tengok je Kay time tu. Aku diri sebelah dia. Aku diam je. Tak cakap ape pun. Tetiba staff nurse tu tegur aku. 
"Waris Khairul ke?" aku angguk sambil jawab "Saya wife dia"
Lepastu dia kejutkan Kay. Time tu mata Kay pejam je. Aku T_T ... 
Staff nurse tadi tu tepuk tepuk bahu kiri Kay. 
"Khairul...Khairul.. bukak mata. Cuba bukak mata tengok siapa datang ni. Awak kenal tak? Cam tak?" Dua tiga kali dia tepuk nak sedarkan Kay. Kay cuba bukak mata sebelah kiri lepastu dia angguk. 
"Kalau kenal kalau cam siapa ni? Cuba cakap" Kay cuma cakap isteri saya. Staff tu kata ok. Dia kenal dan cam awak tu oklah tu. Ajak dia borak. Katanya. Aku diri sebelah dia. Aku pegang tangan kiri dia. Aku tengok je dia. Muka penuh darah. Mata kanan dia bengkak lebam sangat sampai dia tak boleh bukak. Lepastu ada beberapa orang Doc datang jumpa aku. Lets me explain kenapa aku mention 'beberapa orang Doc'.

1st Doc - Dia perkenalkan diri dia sebagai Doc yang handle bahagian muka. So dia explain lepas mereka buat x-ray, tulang muka Kay ada retak dan lari sikit. Sambil dia explain dia tunjuk aku video x-ray. Ada satu tulang di bahagian pipi bawah yang lari sikit. So Doc cakap buat masa ni dieorang cuma boleh monitor je. In case tulang ni menganggu fungsi asal so dia kena operate untuk betulkan tulang muka tu. Buat masa ni monitor dan tengok perkembangan dia. 

2nd Doc -  Doc Orthopedic. Bahasa senang Doc tulang. Pun sama tunjuk kat aku video hasil x-ray, bahu kanan dia patah. Memang patah pun aku tengok x-ray tu. Tapi Doc cakap biasa kalau tulang tu yang patah, dieorang tak buat operation. Kita hanya akan buat fisio dan tulang tu akan bercantum dan kuat dengan sendirinya. 

3rd Doc - Doc surgery. Dia kenalkan diri sebagai Doc Nabil. Doc bahagian surgery. Katanya hasil x-ray, mereka dapat detect ada pendarahan dalam kepala Kay. So Doc kata Kay kena buat emergency operation untuk buang darah beku tu dan stopkan pendarahan di kepala dia.  T_T . 
Doc cakap kita akan tunggu beberapa pakar datang untuk teruskan surgery ni. Dan mereka perlukan tandatangan atau kebenaran aku untuk buat emergency operation. T_T 
Doc Nabil try cool kan aku dulu. Lepas tu dia cakap, kita akan buat yang terbaik untuk Khairul. U doa yang baik baik je untuk dia. InSyaAllah semua akan ok. Pembedahan ni pun just a minor one. Should be semua akan okay. Aku tanya Doc if any risiko jika buat pembedahan ni. Doc cakap semua pembedahan ada risiko. Pendarahan yang banyak boleh berlaku semasa pembedahan tapi kita dah standby beberapa pack darah. Kalau tak buat operation risiko lagi besar dan teruk. So we proceed okay? Aku angguk and just cakap, Saya ikut je kalau Doc rasa itu yang terbaik. So Doc kata mereka akan prepare beberapa dokumen untuk aku sign. Aku angguk. Dia sempat cakap, u kena kuat. husband u kuat tu. Ok I'm crying again T_T

4th Doc will be last Doc yang jumpa aku. Dia kenalkan diri sebagai Doc bahagian mata. Doc Shahira nama dia. Time tu dia tengah check mata Kay. Tapi sebab Kay memang tak mampu nak bukak sebab bengkak yang teruk Doc cuba juga nak check. Time Doc bukakkan mata dia , dia dah meronta ronta sakit . Sampai aku minta tambah ubat tahan sakit tapi staff nurse yang jaga Kay tu kata ubat tahan sakit dah bagi maximum so tak boleh bagi lagi. Doc bagitahu aku buat masa ni dia tak boleh nak explain apa apa pasal mata Kay. Sebab mata Kay sangat bengkak. So kena tunggu lepas surgery kepala, dan bengkak dah surut nanti akan buat test pada mata dia untuk tengok bebola mata dia okay atau tak. Later akan tengok juga saluran atau saraf di belakang retina mata dia ada yang terjejas atau tak. So buat masa ni Doc cakap kita doa InSyaAllah mata dia will be okay. Banyak kali aku cuba tenangkan Kay setiap kali Doc Shahira nak buka mata dia sebab nak tengok reaction bebola mata dia tu. Doc cakap bawah mata dia ada koyak sikit, so kita akan jahit luka. Aku kata okay. So aku minta izin keluar dulu sebab takut tak mampu nak tengok dia jahit luka Kay tu. 

Staff Nurse pun minta aku settlekan bil dan dokumen Kay untuk buat surgery dan warded malam tu. Aku keluar, bagitahu mak ayah mertua aku semua keadaan Kay. Ayah mertua aku nak masuk, tapi mak mertua aku dah menangis berzikir kat luar. Aku faham sangat perasaan dia. Mak kot. Mak mana tak sedih tengok satu satunya anak lelaki dia macamtu kan. Settlekan bil semua aku duduk luar kejap. Call mama. Masa cakap dengan Mama tu aku rasa takde orang lain kat kawasan Zon Kecemasan tu. Ada aku je. Aku bagitahu Mama.. tipulah kalau aku tak nangis. Dari awal sampai letak phone aku menangis. Mama pun nangis. Berat nak cakap tapi kena bagitahu juga. Mama suruh aku kuat suruh aku sabar suruh aku doa suruh aku solat. Aku cakap aku takut. Mama kata aku kena fikir yang baik baik je. Mama pun akan doakan untuk Kay. Tengah cakap dengan Mama aku dengar HUKM panggil nama aku. So aku bagitahu mama aku kena masuk dalam balik Doc dah panggil. Aku pun dah bagitahu kawan kawan Kay yang tunggu dia malam tu kat Zon Kecemasan keadaan Kay. Lega juga bila dapat luahkan apa yang aku rasa time stress dan sedih dengan mama. Lap air mata masuk balik dalam zon kritikal. Doc Nabil minta aku sign beberapa borang untuk proceed Surgery di kepala Kay. Doc kata pakar dah standby untuk buat operation ni. Lebih kurang jam 11.30 malam kita ke Dewan Bedah ye. Aku angguk je. Tak cakap ape pun. 



Ramai kawan kawan dia datang malam tu. Tapi dieorang tak dapat tengok Kay. Waris je boleh masuk dalam tu. Tapi ada juga kawan kawan dia dapat masuk tapi masuk sorang sorang lah. 11.30 malam staff panggil aku , dia tanya kalau ada sesiapa nak ikut follow Kay ke Dewan Bedah sekali boleh jalan sekali. Aku nampak kawan kawan pejabat Kay je. Yang lain dah lepak kat parking kot. So siapa yang ada malam tu aku tanya kalau nak ikut hantar Kay ke Dewan Bedah. Semua nak ikut. So staff tu kata boleh takde masalah. Mak mertua aku berpaut je pada ayah mertua sebab dia nampak anak dia teruk macamtu. Kesian mak. Nangis je dia. 

sejuk gila tunggu depan dewan bedah tu

Sampai dewan bedah, Pakar datang jumpa aku. Dia brief lagi tentang surgery malam ni. So kalau aku nak tanya apa apa, tanya je. Alhamdulillah, dia jawab dengan sangat soft spoken dan ayat yang senang nak paham la. Aku bukan student Medic so tak paham term term depa. Kat  dewan bedah ada ruangan menunggu. So kami diminta tunggu kat situ. Pembedahan akan berjalan lebih kurang 3 jam setengah. Bukak phone baca whatsapp yang penting penting je. Mama Baba Acab Along on the way. Along call aku banyak kali tak sempat nak angkat. Aku call dia balik, Dia cakap dia on the way, Family memang selalu buat kita tacing kan.. huhuhuu.
Mak, ayah, aku dan sorang sahabat Kay, setia menanti sampai pembedahan selesai. Kita sambung next entry la. Lenguh jari menaip. Tata,,,, T_T


Hadiah Hari Lahir Yang Paling Menyedihkan

21 June 2017

Tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya. Tapi yang pasti hari lahir tahun ni akan menjadi kenangan paling sedih dalam hidup aku. Lama sangat menyepi dari dunia blog. Harini aku abadikan kisah hadiah hari lahir aku yang tak mungkin aku lupa sampai bila bila. Aku rasa cuma di blog je aku dapat luahkan segala galanya. Panjang sikit boleh menaip kan.



Status aku selepas hampir bertenang. T___T Baru mampu nak menaip dan mohon doa sahabat di media sosial. Jom aku #throwback balik saat dan ketika kejadian tersebut. 

1 Mac 2017 (Rabu) lebih kurang pukul 6.15 petang aku dapat panggilan telefon. Keluar nama suami aku, Kay. Bila aku angkat aku dengar suara orang lain. Takkanlah aku tak kenal suara laki sendiri kan. Over sangat. Masa tu aku baru sampai di parking basement nak cari parking . Aku dengar suara orang lain jantung aku dah mula berdebar debar time tu. Tak tau kenapa. Mungin sebab aku dengar suasana kat situ macam kelam kabut tapi aku cool je dengar brader tu cakap dengan aku. 

"Assalamualaikum kak, akak isteri En Khairul ke" 
Jantung aku berdebar gila time ni. Kenapa pulak ni? aku terus jawab 
"aah ye. Kenapa ye?" 
"Sabar ye kak. suami akak accident." 
Aku terus brake emergency time tu. Nasib baik belakang takde kereta lain. 
"hah!! kat mana??" 
korang boleh bayangkan nada aku time tu sampai Rayyan kat sebelah pun terperanjat. 
"kat mana dik? suami akak macammana?" 
dalam hati dah macam nak meletup jantung aku ni. Dalam akal dok fikir takkanlah Kay nak prank sebab besday aku. Melampau sungguh prank dia kalini. Tapi nakal nakal laki aku pun dia tak akan prank aku pasal benda benda macam ni. Benda ni melibatkan nyawa kot gila ko nak prank. Aku tanya budak tu lagi. 
"Betul ke dik?" dia jawab 
"Betul kak, tapi akak jangan risau suami akak ok. Akak sabar ye" 
aku tanya kat mana budak tu jawab area Sungai Besi. Aku macam 50-50 percaya atau tak.. Besday aku kot arini. Dapat berita macam ni. Kau rasa apa? Aku rasa nak pengsan ada nak menjerit pun ada. Aku diam je lepastu budak tu cakap dia dah call ambulan nanti dia akan bagitahu hospital mana. Tangan aku mengigil. Rayyan tanya kenapa mama? Kenapa mama menjerit tadi. Aku tak tengok pun muka Rayyan sebab kalau aku tengok CONFIRM aku menangis. Bukan senang nak control perasaan time tu depan anak. Sumpah aku tak tipu!!!. 
Aku diam kejap fikir fikir fikir. Aku terus ingat Dicky. Dia je kawan Kay yang aku rasa boleh tolong aku masa tu dan aku rasa dia je yang paling dekat dengan tempat kejadian tu. Aku call Dicky dia pun tak percaya apa aku bagitau. Tapi dia akan cuba call Kay dan cari Kay. Aku ok je time tu sebab takleh fikir da. Aku ajak Rayyan naik rumah cepat cepat. Sampai rumah aku masuk bilik terus tak keluar keluar. Emosi bercampur baur time tu ye. So I need to be alone dan doa benda ni semua prank. Aku tunggu budak tu call balik sebab dia call pakai handphone Kay. Bila aku call no Kay tak angkat lagi la aku berdebar debar. 
Tak lama tu Dicky call. 
"Yana, aku call Kay banyak kali tak angkat ni. Dia accident kat mana? Dia nak prank ko ke sebab besday ko kan arini. Dia baru wish besday ko kan pagi tadi?" 
Aku cuma bagi dia info apa yang aku tahu jelah. Aku pun tak tau semua ni prank atau betul betul terjadi. Perancangan Allah tu lebih hebat dari perancangan aku. Ikut plan stok eBookKu Islamic aku akan sampai malam tu. Sebabtu aku cakap dengan Kay balik rumah cepat sikit sebab nak minta tolong dia angkat stock yang berkotak kotak tu. Lori yang akan bawak stock eBookKu tu pun dah amek stock kat HQ dan dalam perjalanan ke Putrajaya. So aku tak boleh cancel kan sebab kalau cancel takut dia cas lagi mahal kan. Phone aku bunyi lagi 
"Kak, ambulan dah sampai kami hantar suami akak ke HKL ye" 
Betul la Kay accident ni? Ya Allah... aku cuma cakap ok dik nanti apa apa minta inform akak ye. Aku sempat tanya dia keadaan Kay masa tu. Dia kata Kay ok cuma luka sikit sikit kat muka. InSyaAllah takde apa apa. Aku terus call Dicky bagitahu ambulan akan bawak Kay ke HKL. Dicky kata dia terus ke sana. Alhamdulillah time tu aku memang harapkan Dicky je untuk tolong tengokkan Kay. Aku tak tau rupanya officemate Kay pun ada kat tempat kejadian dan ada dengan Kay sepanjang dia accident . Aku call uncle lori yang bawak stock aku tu minta datang cepat sikit sebab aku ada kecemasan. Time tu aku tak bagitahu sesiapa pun hatta mak dan adik Kay. Aku tak tau macammana nak bagitahu dan berdepan dengan diaorang. Seriusly blank. 
Phone aku berbunyi lagi. "Kak, kami request hantar ke HUKM ye kak. Tu yang paling dekat sebab suami akak nampak macam nak pengsan" 
T_____T Ya Allah... aku tak terkata apa. Cuma boleh cakap ok dan minta inform aku apa apa hal. Brader tu sms aku no kawan Kay katanya. Ooo no abg Wahid rupanya. Aku PM wife abg Fathi (officemate Kay juga) bagitahu Kay accident. Dia pun terkejut bila aku cakap Kay accident. Mungkin ada beberapa orang kawan Kay yang dah tahu dan aku bersyukur sangat sebab semuanya nak membantu. 

Berat sangat nak bagitahu mak mertua aku. Aku tak kuat sungguh nak berdepan. Aku bagitahu adik Kay yang no 2. Angah. Aku minta Angah yang bagitahu pada mak mertua aku apa yang terjadi. Aku? duduk dalam bilik jawab whatsapp jawab call . Everytime bercakap pasal Kay time tu aku menangis menangis menangis. Hati ibu dia tau ada yang tak kena. tapi takde sorang pun antara aku dan angah yang sampai hati nak sampaikan berita tu. Akhirnya bapak mertua aku bagitau. Menangis mak mertua aku. Aku tunggu stock sampai rumah dan minta biras aku tolong angkat stock stock eBookKu. Betapa bersalahnya dalam hati sebab terpaksa susahkan dia settlekan 12 kotak eBookKu tu. Bukan ringan tau berat juga setiap kotak tu dalam 20kg. Alhamdulillah Allah permudahkan juga jalan aku nak ke HUKM. Sahabat baik aku, Ryna, wife Dicky datang amek aku kat rumah bawak ke HUKM. Sebab aku tak tahu jalan ke HUKM. Ayah dan mak mertua aku follow dari belakang. Dicky dah pesan bawak baju dan seluar untuk Kay sebab nurse dah gunting baju dan seluar dia tadi. Aku memang tak terfikir Kay akan warded so aku bawak selai je untuk dia salin nanti. Baju aku pun aku tak bawak sebab tak fikir aku akan tidur di HUKM malam tu. T_T

Kita bersambung next entry ye. Bila aku kat HUKM apa yang jadi.... jeng jeng jeng

 


Saya terpaksa kelabukan warna gambar ni sebab takut pulak ada yang mimpi ngeri nanti kalau tengok gambar real. 

Thank you for reading.  

JJX 1212 SELEPAS ACCIDENT

29 October 2015

Refer pada entry aku sebelum sebelum ni..

http://kayyana85.blogspot.my/2015/08/excident-sebelum-pagi-raya-pertama.html

Semua tahu kereta aku memang teruk masa excident tu. Pihak insurance nak declare sebagai totally lost tapi aku dengan Kay decide nak baiki kereta tu. Kalau totally lost aku nak pakai kereta apa. Sebenarnya boleh je nak baiki tapi entahlah aku tak banyak masuk campur sangat dalam hal hal gini. Serah jelah pada Kay. Yang aku tahu aku tak nak tambah hutang sebab JJX akan jadi hak milik aku bulan Oktober nanti. Bulan 10 nanti last bayar dia then yahoo takde hutang nak bayar untuk kereta dah. 

Hampir 3 bulan juga dia tersadai kat bengkel tu. Minggu lepas Kay pergi ambil dia bawak balik rumah sebab dah siap.. Yeay.. Excited juga lah nak pergi ambil balik harta yang 3 bulan terperap dalam bengkel. hihihi... Tapi Kay kata dia nak buat dulu kereta tu jadi macam dulu.. Suka hati janji kereta dah selamat sampai rumah dah... 

Tadaaaa...
-
-
-
-
-





Alhamdulillah.. Aku belum cuba drive lagi. Tapi Kay cakap dah tak best macam dulu. Yelah... Nak buat macam mana.. Mana tau Allah nak bagi rezeki kereta baru kat kiteorang kan...AMIN AMIN AMIN... kereta ni buat aku pergi kerja ambil anak anak sekolah cukuplah... area area Putrajaya je In Sya Allah ok kot kan... 

Siapa yang tak sayang harta kan.. Nak nak harta tu harta pertama kita. Hasil titik peluh kita. Yang pertama selalunya ada banyak sangat sentimental value. Susah nak lepas savvy ni. Sebab banyak sangat kenangan savvy ni.. Banyak juga berhabis duit untuk dia. Harap harap dia sihat sihat saja lepas ni. AMIN... 

Terima kasih Ya Allah atas segala rezeki yang KAU berikan. AMIN.

Thank you for doa gais... 

RAYYAN SAMBUT HARI LAHIR DI SEKOLAH BERSAMA KAWAN KAWAN

26 October 2015

Sejak jerebu melanda Malaysia ni, sekolah pun tutup selama beberapa hari demi kesihatan anak anak. Minggu lepas je 4 hari sekolah tutup gara gara jerebu. Kita yang dewasa pun rasa sesak nafas bila ada di luar. Masya Allah.,. Allah dah tarik sedikit rezeki udara bersih dari kita semua. Semoga Allah SWT sentiasa membantu hamba hamba NYA ketika musibah menimpa. AMIN. 

Ok.. balik semula pada tajuk asal kita. Guru kelas Rayyan ada bagitahu mungkin akan diadakan sambutan hari lahir bagi anak anak yang harijadinya pada bulan 9 dan 10. Memberi kata dua. Sekiranya sekolah dibuka pada hari Jumaat maka sambutan akan diadakan pada hari Jumaat, jika sekolah masih bercuti pada hari Jumaat maka sambutan akan diadakan pada hari Isnin. Aku ni menaruhlah harapan supaya sambutan hari jadi buat hari Isnin sebab memang takde preparation langsung untuk Rayyan nak buat celebrate ni. Mana ada masa nak pergi cari bahan bahan untuk goodies bag dia. Mana ada masa nak buat tag pada sampul goodies dia. Memang tak sempat. Nak keluar waktu malam hari kerja memang taklah sebab Kay ke Uptown setiap malam. Lastly aku minta kakak kat opis aku ni buatkan kek. Dia memang boleh buat kek kalau last last minit ni. For goodies bag memang tak dapat nak sediakan meriah meriah, aku cuma sempat order kek kukus dari kak Fathi. Then die letak dalam plastik cantik sikit lah. Oklah kan daripada takde apa kan.

Tapi yang bestnya kak Ramlah buat kek impian Rayyan tau.. ahahahahaha... Kek apa??? 

tarrraaaaa....
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Tu dia... Kek Dinasour Trex katanya. Happy la dia bila dapat kek gambar Dinasour.. Oh dia memang addicted dengan watak watak dinasour. Kalau korang nak tempah kek last last minit ni macam aku ni jenis arini tempah esok pagi dah nak amek boleh tempah kat Kak Ramlah ni. In Sya Allah selama ni permintaan aku tak pernah kak Ramlah tolak walaupun aku suka tempah last minit. hihihi.. Boleh tengok blog Kak Ramlah untuk tengok design design lain

http://emyramlah.blogspot.my/



Macam tulah kek kukus buah yang sedap sangat di bungkus untuk diberikan kepada kawan kawan Rayyan. Terima kasih kak Fathi. Memang kek kukus kak Fathi sedap sangat. Tak dinafikan. So kalau korang nak tempah kek kukus buah yang sedap ni, korang boleh cari Kak Fathi okeh... Boleh order dengan dia. Kek ni sangat sangat sesuai dijadikan goodies untuk kenduri kendara atau majlis apa apa lah... Boleh terjah ig beliau ye.

Follow ig : @kek_buah_hazazah




Terima kasih buat cikgu cikgu Pra Sekolah 16 (2) sebab sudi menyambut hari lahir anak anak ini. Yang penting mereka sangat gembira dan teruja. Sila abaikan muka Rayyan yang macam blur blur gitu... Dia kan kalau amek gambar kan bajet macho sikit... Macam bapak dia lah.. ahahahahaha..

TQ pada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak... Gembirakan anak anak In Sya Allah , Allah sentiasa murahkan rezeki kita. AMIN.




Happy Birthday Rayyan Danish...

02 September 2015

02 September 2015




Hari ini genaplah umur dia 6 tahun. Dah pandai membaca. Dah pandai solat. Dah pandai baca Iqra'. Dah pandai melukis. Dah pandai menulis, Dah pandai baca macam macam doa. Dah pandai basuh pinggan cawan sendiri. Dah pandai uruskan diri sendiri. Dah besar dah anak mama dengan papa. Dah 6 tahun dah dia. Dia abang bagi adik adik. Yang akan menjadi abang sampai bila bila.


Happy Birthday Rayyan Danish. Semoga Rayyan menjadi anak yang soleh. Semoga Rayyan dimurahkan rezeki.Semoga Rayyan menjadi anak yang berjaya di dunia dan diakhirat. Semoga Rayyan tidak pernah lupa solat dan doa buat mama dan papa. Semoga Rayyan sentiasa menjadi anak kebanggaan mama dan papa. Semoga Rayyan sentiasa menjadi abang yang terbaik buat adik adik Semoga Rayyan sentiasa gembira dan bahagia. Semoga segala urusan Rayyan dipermudahkan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Semoga Allah SWT panjangkan umur Rayyan. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Rayyan daripada bencana dan musibah serta dijauhkan penyakit yang merbahaya. Semoga Rayyan sentiasa gembira, bahagia dunia dan akhirat. Mama papa sayang Abg Rayyan sangat sangat.. Bila mama papa takda lagi kat dunia ni, doa anak anaklah yang kami harapkan. Jadilah manusia yang berguna pada Agama Bangsa dan Negara. AMIN..


Nanti bila dah besar baca blog mama okeh... 

Happy birthday....
Muhammad Rayyan Danish bin Khairul Anuar
02 September 2009


Bila Rayyan Buat Perangai

20 August 2015

Cerita semalam tapi baru nak luahkan dalam blog hari ni. Sejak Rayyan masuk Pra-Sekolah, memang Kay yang hantar dia pagi-pagi. Aku akan hantar Aryan ke Cendekiawan Educare. So perjalanan kiteorang macam sorang ke Timur sorang lagi ke Barat. Untuk aku hantar dua dua orang sekali memang tak mampu lah nak punch in pukul 8 pagi. So harus agih agihkan tugas pada si suami juga. Lagipun aku dah mengambil Rayyan dari sekolah pukul 12 tengah hari, So tugas bapak dia la untuk siapkan dia pagi-pagi dan hantar dia pergi sekolah. 

Kecuali... kecuali kalau Kay kena outstation, Aku memang takde pilihan kena hantar kedua dua nya sekali. Hebat kan tugas seorang ibu ni. Dah macam superman dah. Terbang sana terbang sini. Ok. So kali ni aku bersyukur sangat sebab family mertua aku ada kat rumah. So aku tak payah rushing siapkan Aryan dan hantar dia ke taska. Aku cuma fokus pada Rayyan je. Sebelum-sebelum ni Rayyan memang suka pergi sekolah especially Pra Sekolah. Sekolah KAFA dia ada malas sikit nak pergi sebab dia penat atau dia dah mengantuk. Pra Sekolah jarang sangat dia buat perangai. 

Macam biasa mood dia pagi semalam agak baik. Takde la nak nangis nangis bangun pagi ke. Semua berjalan dengan lancar. Lepas siapkan dia, dia request nak tengok youtube, So aku kata ok sebab sebelum ni pun dia biasa akan main fon bapak dia sementara kiteorang siap siap. Bla bla bla masuk dalam kereta dia masih layan cerita Jurassic Park kat youtube... Jarak sekolah dia dengan rumah aku tak sampai pun sepuluh minit. So memang cerita tu belum habis lah bila sampai pintu pagar sekolah. Dia kata nak tengok sampai habis. Aku cakap tengah hari boleh sambung. Dia taknak. Aku pujuk dia still taknak. Tetap juga nak tengok cerita tu sampai habis. In the end aku hilang sabar aku cubit dia. Dia nangis. Bila dia dah nangis aku dah confident memang dia tak akan masuk sekolah tu dengan air mata berjujuran. So aku call Kay dengan harapan Kay dapat pujuk dia... Tapi tak berjaya dia tetap taknak masuk sekolah. 

Hati dah panas aku rasa macam merah je kad aku ni. In the end aku pergi office punch hantar Rayyan balik rumah. Sebagai denda aku tak bagi dia tengok kartun langsung, tak bagi dia main game langsung. And yang buat aku rasa bersalah aku pukul dia dalam kereta.. Kesian tapi kurang Istighfar barangkali. Jadi perasaan marah membuak buak bila anak buat perangai di pagi hari. Rasa bersalah pukul anak tu sampai menangis cakap dengan laki. Balik rumah tengah hari aku minta maaf dekat Rayyan sebab pukul dia. Tapi dia peluk aku kata dia sayang aku. Sedih bak hang...Aku tengok lengan dia lebam sebab aku cubit.. haih.. nak menyesal pun tak guna.. 


Rayyan, mama papa sayang Rayyan.. Mama sayang anak anak mama sama rata. Mama tak pernah bezakan kasih sayang mama pada anak anak mama. Mama marah mama pukul mama rotan sebab mama nak Rayyan berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat. Mama nak Rayyan jadi anak yang baik. Mama tetap sayang Rayyan walaupun Rayyan banyak buat perangai. Mama anggap perangai tu semua sebagai satu pembelajaran buat Rayyan. Mama minta maaf sebab pukul Rayyan, marah Rayyan.. Tapi salah tetap kena denda. Bukan senang nak jadi manusia yang berjaya Rayyan . Syurga Allah tu mahal harganya sayang. 

Rayyan anak mama yang bijak. Anak mama yang pandai. Cikgu Rayyan semua cakap Rayyan pandai. Mama bangga dengan Rayyan. Kalau papa kerja jauh Rayyan kena tolong mama ok.. Rayyan jangan buat perangai lagi ye. 

*Dengan harapan satu hari nanti dia akan bukak blog aku dan baca. Sekarang ni dia dah pandai baca... Aku bolehlah ajar dia bukak blog aku kan. 

Mama papa sayang Rayyan sampai bila bila. Sampai Syurga tau... 



Wordless Wednesday : White Studio

19 August 2015



Cerita di lain entry ye...  Wordless Wednesday la katakan... Nak blogwalking jap.. 

tata korang

Birthday Surprise....!!!!

14 August 2015

Kisah birthday surprise buat suami tercinta... Penat fikir nak bagi surprise macam mana... Saje nak menghiburkan hati dia yang tengah duka nestapa fikir pasal kereta. So memandangkan ada seorang geng LJ akan buat open house pada birthday dia , aku pun PM Dicky minta dia idea nak buat birthday surprise. Dicky ni antara geng LJ yang aku biasa berkomunikasi. So permintaan dah diutarakan tunggu si Dicky ni proceed dengan geng yang lain. Sejak husband aku meniaga baju baju Lanun Johor ni tertubuhlah satu group Lanun Johor di Perantauan... khas buat anak anak Johor atau siapa sahaja yang berminat menyokong local branded. 

Bila ada permintaan maka adalah perancangan. Tertubuhlah satu group wassap atas nama "BIRTHDAY KAY 1 OGOS"... dua kali aku left group sebab taknak kantoi okey... Dahlah dieorang kalau borak taknak berenti... So perbincangan aku tentang birthday surprise ni hanya berlaku pada waktu pejabat.. ahahaahahaha.. 2 hari je masa aku dapat discuss dengan dieorang. Tapi aku tak sangka sungguh dieorang sanggup melayan aku nak buat birthday surprise ni. Sebenarnya ni first time aku buat surprise. And i'm so excited. Pada awal perancangan aku nak dieorang pujuk husband aku datang open house rumah geng LJ tu hari Sabtu so boleh celebrate time tu tapi tuan rumah kata takut masa tu dia tak sempat nak melayan kiteorang ni.. so plan bertukar jadi malam sebelumnya. Kiranya menjelang je 12 tengah mlm surprise akan dilancarkan. Jenuh jugaklah plan. Tapi Alhamdulillah.. menjadi bak anggggg.. ahahahahaha... So this is surprise for you sayang..


Simple kek dari abg Onn Minhat and wife... Sedap gila kek dia.. ada walnut dalam kek. cuma tak cukup masa nak buat lambang LJ tu.. takpa takpa.. ni pun cukup dah aihhh..... asal boleh ngap sudah.. 



Birthday boy malu malu je nak tiup lilin... Aku suka tengok expression kay masa dia nak masuk rumah Maha (geng lanun yang sudi jadikan rumah dia sebagai tempat kejadian).. Masa dia nak masuk tu dia dah nampak kay dia senyum senyum je... tapi bila dia masuk rumah dia terperanjat tengok aku anak beranak semua ada dalam rumah Maha termasuklah adik dia dan husband. Well our planning was going very well... Hopefully dia tacing la kan kan kan... Aku tanya dia.. Surprise tak? dia cakap surprise gila.. speechless.. ahahahahaha.. 



 Dah masuk 3 series sayang... u better older but my loves to you never changes... ahahahahahaha... deep tak.... harapan dah masuk angka 3 ni dia akan lebih beriman dan berjaya menjadi businessman tanpa melupakan aku yang sentiasa bersama dia.. ahahahaha.. 






Bab baling tepung ni bukan idea aku okeh... cuba tengok gambar yang last tu siapa yang beriya pegang tepung...??? ahahahahaha... yang tak pakai baju lanun dan yang pakai baju putih dalang dalam acara baling tepung ni... sebab tu dia dah prepare awal awal.. bijak kan.. ahahahaha.... tapi takpe... benda benda gini lah akan merapatkan silaturahim antara mereka. Senda gurau braderhood katanya... Memang mandi tepung la laki aku malam tu... Aku mmg ada bawak baju spare sebab Abg Onn dah pesan bawak baju spare.. 


Snapback ni akan jadi limited edition... Ada tandatangan setiap orang yang terlibat malam tu. Semoga menjadi kenangan yang terindah... 

Last but not least... thanks to Dicky firstly yang sudi memanjangkan permintaan aku untuk buat birthday surprise ni.. thanks to Maha and wife sebab sudi masak masak untuk kiteorang malam tu and pinjamkan rumah untuk suprise ni... and sorry sebab kotor dengan tepung bagai... Thanks to Abg Onn and wife for the great cake... Thanks to Fizz yang terpaksa belajar 'menipu' semata mata nak menjayakan plan ni... sebab Kay cakap dia tak percaya fizz dgn Maha boleh tipu dia.. so dia memang tak syak apa apa... thanks to Fizz again sbb amek my husband di Puchong tu.. Thanks to Amy and Zul sebab bawak aku ke rumah Maha... Sungguh aku tak reti nak pergi rumah Maha tu.. Ampang is not my place.. hihihihi... Thanks to Jimie and Abg Jay sebab susah susah datang dari Perak semata mata nak tepung tawar Kay... And tak lupa jugak buat Abg Shah and wife, Yun and fiance, wife Dicky dan semua la yang terlibat secara langsung atau tak dalam plan ni... Aku happy sgt sebab ni kali pertama aku buat suprise untuk dia.. 

To Husband,, Happy birthday sayang....
 

Raya Pertama di Melaka

12 August 2015

Ok... Dah hujung syawal ko baru terkedek-kedek nak cerita raya pertama... Adoiii malu nya... ahahaahaha.. maaflah.. edit gambar je amek masa seminggu.. edit edit basic tu.. kalau edit nak bagi putih muka tangan kaki mau sebulan pun belum tentu aku updated cerita pasal raya ni. Lantak... 

ok.. disebabkan aku dah cerita dugaan di pagi raya... so korang jangan tanya aku lagi kenapa dahi laki aku bertampal eyh... aku hempuk kang.. ahahaha.. tak tak gurau je.. aku kan perempuan melayu terakhir... mohon jangan muntah... kikiki..

memandangkan subuh raya tu sampailah tengah hari masa dah habis untuk selesaikan urusan laki aku tu, maka memang tak ada lah gambar di pagi raya yang hening. Selalu nya kalau raya turn rumah mak mertua aku pagi pagi raya lagi kiteorang dah bergambar... lepastu keluar cari kedai gambar , bergambar lagi... so tahun ni tak ada.. sebab sebab yang aku rasa korang pun tau kenapa... kamon guys... jangan slow sgt okeh.. ahahahaha.. 

Balik dari segala urusan yang perlu diuruskan , sampai je rumah kay terus tidur. Agaknya ubat bius tu mengantuk kan dia lagipun dia memang tak tidur dari malam sebelumnya kan. So kiteorang biarkan dia berehat sepuas-puasnya... Lepas solat Jumaat baru kejut kan tupun aku rasa kesiannya nak kejutkan dia.. Sebab aku pun macam terasa sakit pulak bila tengok dia.. Tapi bila tanya dia, dia cakap ok... Nak jaga hati family kot.. huhuhuhu.. So bersiaplah kami untuk bergambar sempena hari raya pertama... 

 Apa tengok tengok?? gitu... abaikan background... testing camera.. dah lama tak menembak dengan kamera kesayangan ni.....


Tok ayah dan tok mak bersama cucu cucu..hero hero menyepahkan rumah.. yeay...

 family potrait... abaikanlah si Rayyan tu... tiba tiba buat drama pulak... tema tahun ni gold colour... 



Pengantin belum setahun boleh dikira pengantin baru tak??? hahahahaha... semoga selamat melahirkan cucu tokmak yang ketiga mak ude... aja aja fighting ye... Tunggu hari je sekarang ni.. Anytime and anywhere it doesn't matter... semoga dipermudahkan.. AMIN.



Last but not least.... syurga saya dunia akhirat... mereka nyawa saya walau apapun terjadi.. to husband, i still love u deep in my heart even kening dah berparut.. lanun sejati... 

Alhamdulillah... Allah permudahkan segala urusan kami aritu... Lepas gambar gambar terus ke muar tapi dapat singgah sekejap sekejap je sebab kesuntukan masa... Kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan segala galanya... In Sya Allah...

ok.. sambung cerita raya kiteorang ok... masa raya pertama kiteorang tengah kusut macammana nak balik JB sebab dah tak ada kereta.... T_T

- tata korang -

Excident Sebelum Pagi Raya Pertama

04 August 2015

Sebelum kita cerita pasal hari raya pertama raya kedua raya ketiga dan raya raya seterusnya jomlah kita cerita pasal kejadian sebelum pagi raya pertama. So bila aku tepek gambar gambar kami satu family takdelah keluar soalan "kenapa dahi laki ko tu bertampal plak yana?".. kalau ada yang tanya sila lah baca entry ni... taip sambil menangis okeh... ahahahahah.. ok tu aku tipu..

 Pertama kali dalam hidup aku hadapi dugaan begini. Sesungguhnya betul lah cakap orang orang tua... Malang tu memang tak berbau.. kalau bau kita ni dah selamat la kat dunia ni... Tahun ni kami memang beraya di Melaka.. rumah ibu mertua ku... So kay minta aku balik dulu saing adik dia... Dia akan balik malam raya lepas dia tutup kedai di uptown tu. tutup kedai jam 3 pagi. So aku estimated dia akan sampai dalam 4.30 atau 5.00 pagi...  tiba tiba pukul 5 pagi dia call aku.. nasib baik la aku ni tersedar walaupun handphone aku tu aku cas jauh nun di sana. Naluri isteri barangkali... Bila aku angkat dia tak bercakap tapi aku dengar bunyi kecoh macam orang bising bising... Aku ingat dia da sampai kat depan pintu rumah mak dia... aku pun call lah balik. Bila aku call balik dia cuma cakap... "ayg, abg excident".... apalagi.. terbuntang luas la mata aku ni... terus panik.. terus tanya dia macam mana boleh excident... tapi dia punye suara macam cool je tak taulah sebab taknak aku panik atau dia tahan sakit atau whatever.. time tu aku speechless. aku tanya dia kat mana.. dia ckp kat nilai.. Nilai?? 5 pagi masih kat nilai.. pukul brp dia gerak dari rumah sebenarnya??? time tu soalan bertubi tubilah dalam kepala otak aku nih.. tapi tak terluah pulak sebab aku panik... aku pun tak ingat ape yang aku cakap kat dia.. yang aku tau die suruh kejut smua orang.. orang pertama yang aku kejut adik ipar aku yang no 2. Angah. Lepastu kejut adik ipar aku yang ketiga uda. lepastu kejut ayah mertua aku.. Aku tak bagi kejut mak mertua aku sebab aku tak nak dia risau susah hati nanti takut dia sakit pulak. So aku minta tolong beras eh biras aku tolong bawak aku pergi tempat kejadian. Aku call kay minta dia hantar location. Dia hantar location hospital seremban. Rupanya dia dah ada dalam ambulans.. makanya bergegaslah aku , biras aku dan bapak mertua ku ke hospital seremban jam 5.30 pagi di pagi raya pertama tu. Bayangkanlah.... sedih tak sedihlah....

Kay wassap aku gambar ni.. gugur juga jantung time tgk gambar ni. rupanya dia selfie dalam ambulan.. sempat lagi tu.

Dalam pukul 6.30 pagi aku sampai Seremban aku terus tanya kaunter. bla bla bla.. akhirnya aku masuk dalam BILIK KECEMASAN SEPARUH KRITIKAL... pintu tu terbuka so aku dengan bapak mertua aku ni main masuk je.. agaknya pagi raya kot doctor pun tak sampai hati nak halau kitaorang suruh tunggu kat luar... ahahahahaha... sebab aku rasa aku dengan bapa mertua aku je orang luar yang sihat dalam tu. so aku assume orang luar tak boleh masuk.. tapi ada aku kisah.. aku tanya doctor kot kotlah dia tahu kay kat mana.. dengan sopannya dia kata wife En khairul ke? laju je aku anggukkan kepala... terus doctor tu cakap ok tunggu sekejap eyh dia tengah salin baju... ok.. dia suruh tunggu sekejap bukan tunggu kat luar.. so aku tunggulah kt situ sambil perhatikan org org lain yang terbaring kat atas katil.. dalam hati bersyukurlah Allah kurniakan aku kesihatan yang baik... 

Dalam 20 minit kot baru aku dibenarkan tengok kay. Time tu dia baru tukar uniform hospital. Aku tanya doctor kena warded.. doctor tu gelak je sambil sambil tu dia cakap.. "eh takdelah.. boleh raya arini"... laki aku pun gelak... padahal kening dah terkoyak tu. ahahaha.. then doctor bagitahu kening kay tu perlu dijahit dan kaki dia perlu di x-ray untuk pastikan tiada patah atau retak. 

Pagi raya aku sedih sangat bila dengar orang takbir kat tv. Aku tak berani nak call mama baba wish selamat hari raya sebab CONFIRM aku nangis. CONFIRM... aku tak pernah lagi tau beraya kat hospital. So aku hantar wasap je kat mama baba dengan airmata yang berlinangan. ceewahh.. tak memasal aku bapa mertua ku dgn biras aku pagi raya makan roti canai keras okeh.. punyalah susah nak cari kedai makan pagi raya tu kat Seremban. Jenuh jugak pusing. Lastly jumpa la mamak yang tak berapa mamak... Aku memang takdak selera nak telan apa apa. Minum air teh o je tupun tak abes. Punyalah kelat tekak ni rasa. Hati dah meronta ronta nak makan ketupat mak mertua ku tau... Sabar je lah.. 

Lebih kurang jam 10.30 pagi rasanya, segala rawatan yang diperlukan kay selesai. Kening dia berjahit, kaki dia bengkak.. mujur takde yang patah riuk. kalau tak menangis tak berlagu la jawabnya. Lepas dibenarkan keluar hospital kiteorang terus buat report di Balai Polis Trafik Nilai. Dah macam balik Putrajaya balik dah rasanya... Settle kat balai polis barulah balik rumah. Sampai rumah mak mertua dah berlinang air mata tengok satu satunya anak lelaki dia dah bertampal kat kening tu hah. Benda dah nak jadi. Syukurlah Allah panjangkan lagi umur suami aku tu. Bersyukur sangat. Kereta remuk takpelah janji laki den selamat.. 

Gambar kami di pagi raya yang hening.... 

Berhati-hatilah di Jalanraya Sahabat semua... Mungkin kita dah cukup berhati-hati orang lain pulak buat jalan tu macam jalan bapak dia sendiri. Apapun bacalah doa sebelum memulakan perjalanan . Hanya Allah sebaik baik pelindung buat kita semua. In Sya Allah

Time to rest my fingers guys.. lenguh tau menaip... ahahahahaha....



 Kesian dia.. 9 tahun kami bela dia.. baik je.. luka luka sikit tu standard la.. la ni dia kena masuk klinik.. lama sangat.. patah kaki kami ni nak merayap sana sini. Dahlah ni je satu satu je kereta yang kami ada.. Dia lah yang bawa aku pergi pejabat.. dia bawa anak anak aku pergi sekolah.. dia bawa kami pergi Alamanda.. dia bawa kami balik kampung..segala galanya dia lah.. Bila dah injured macam ni...susahnya hati... GWS JJX.. 

Chapter 2 kita cita lain entry eyh...

Selamat Hari Raya...
 

Lanun Johor

03 August 2015

Sebenarnya husband aku ni dah lama menjual barang-barang Lanun Johor atau nama singkatannya LJ. Beliau adalah satu-satunya agent LJ yang sah yang ada di luar kawasan Johor Darul Takzim. Ada orang kata Lanun Johor tu apa? Kelab ke? owh no no.... bukan sayang.. bukan sama sekali.. Lanun Johor bukanlah sebuah kelab ke bukan juga ahli kongsi gelap ke.. tidak tidak... Lanun Johor ni hanyalah sebuah JENAMA... BRANDING... yang dicipta oleh anak jati Johor dan disokong penuh oleh TMJ. So In Sya Allah... memakai baju baju LJ tidak akan menyalahi undang undang... bak kata Kapten J Lanun, Owner of Lanun Apparel, kita hanya mengambil semangat bola sepak untuk kita terus menyokong bola sepak negara especially JDT...

Ada orang suka JDT ada orang tak suka. Terpulang. Tapi Lanun Johor hanya sebuah jenama. Setiap koleksi yang dikeluarkan ada semangat tersendiri. So pada yang berminat nak dapatkan koleksi Lanun Johor ni aku akan updated one by one okeh... kipidap okeh...


By the way, siapa siapa berminat boleh wassap / call kay de lanun di 0197197992 atau

ig - @kaydelanun
fb - Kay de Lanun

Happy Anniversary Husband


02 Ogos 2015

Happy Anniversary Husband....

Semalam we celebrate ur birthday...
Today we celebrate our anniversary..
Happy 7th Anniversary...
7 tahun hidup bersama...
Alhamdulillah.. 
Masih bersama.. bahagia bersama... apatah lagi dengan kehadiran 2 hero mirip Abg...
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih atas kasih syg abg..
Semoga abg sentiasa menjadi suami yang sempurna 
Yang sentiasa cuba untuk membahagiakan keluarga...
My love is infinity..
Just for you.. 
In Sya Allah...
Semoga abg adalah suami ayg dunia dan akhirat...
In Sya Allah..
AMIN.



kayluvyana4ever

Selamat Hari Raya Aidilfitri

29 July 2015

Masih sayang dengan blog ni.. Sayangnya tak cukup masa nak updated. Maklumlah bz memanjang kononnya.. busy jaga anak busy jaga laki busy jaga rumah.. eh.. hihi.. Ok, masih dalam bulan Syawal kan... Selamat Hari Raya korang.. Minta ampun minta maaf kalau ada salah silap tersalah bicara sepanjang aku berblog ni... Andai kata ada tulisan aku yang menguris hati korang aku menyusun sepuluh jari sepenuh hati aku memohon ampun dan maaf.. kosong kosong ok.. 

Raya tahun ini aku diberi dugaan yang sangat besar. Sangat besar hingga tak terlintas langsung di akal fikiran aku akan terjadi perkara sedemikian di pagi raya... Sedih tak terkata. Tapi Alhamdulillah.. semuanya selamat. Terima dugaan Allah dengan hati yang terbuka dan redhakanlah apa yang terjadi.. In Sya Allah.. Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kami. 



cerita di sebalik gambar next entry okay... tata titi tutu... 

Cuti Sekolah buat Rayyan Danish

20 March 2015

Sejak anak bujang aku dah mula sekolah kerajaan ni mula lah resah gelisah aku dengan Kay bila cuti sekolah bermula. Sebelum sebelum ni tak pernah kisah pun cuti sekolah tu bila. Hari ni genaplah semiggu cuti sekolah penggal pertama Rayyan... Gitu.. siap ada penggal pertama ko.. maknanye lepas ni adalah penggal kedua ketiga.. jangan penggal kepala sudah.. ok.. dah start melalut da.

Mula mula pening juga fikir nak letak manala si Rayyan ni seminggu dia cuti sekolah. Dia bukan jenis suka ikut kiteorang duduk kat pejabat ni hah. Dia cepat bosan sikit. Tak sampai lunch break dah sibuk nak ajak balik. Kalau aku ni pengarah bahagian takpelah suka suka hati aku nak balik petang ke balik tengah hari ke... sebab selalunya staff bawahan memang suka kalau bos atasan ni takde kat pejabat. ahahahaha... Lepas dah tak tau nak letak mana kiteorang decide tinggalkan Rayyan kat kampung. Rumah ibu mertua ku.. hihi.. Nak hantar balik rumah mama tak bolehlah sebab rumah mama belum siap. Tunggulah penggal penggal seterusnya ye itupun kalau rumah mama dah siap sepenuhnya.. chewaaahhh... 


Berat hati aku ni... Berat bukan sebab aku tak percayakan ibu mertua aku atau adik ipar aku.. tidak.. aku tau mereka boleh jaga Rayyan dengan baik malah lebih baik dr aku jaga Rayyan.. Cuma sedih dan sebak sebab selama Rayyan membesar depan mata aku tidak pernah sekali pun aku tidur tanpa dia kecuali masa aku bersalinkan Aryan.. Itupun semalam je.. ni bermalam malam.. berhari hari aku terpaksa berjauhan dengan dia. Sedih sebab aku tak dapat peluk dia hari hari... Tapi bila fikir kay cakap sampai bila kita nak kongkong dia... Dia akan membesar dan membesar. Biarkan dia bina environment dia sendiri. Jadi dia akan ada banyak cerita nak disampaikan. Kalau kat sekolah nanti dia kena buat karangan "Aktiviti Cuti Sekolah" takdelah dia pening nak buat. Sebab duduk kat kampung ni mesti banyak aktiviti dia. hehehehe..

Terima kasih mak ayah sebab tolong jaga Rayyan. Terima kasih Angah sebab sabar melayan karenah anak buah angah yang sorang tu. Terima kasih banyak banyak..

Malam ni aku tak sabar nak balik melaka nak peluk Rayyan.... Jangan tak nak balik Putrajaya sudahlah Rayyan... 


note: hari pertama je Aryan tanya abam dia mana..? bila aku cakap abam pergi sekolah lepastu dia tak tanya pun.. psiko sangat tau.

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign