
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Musim Jerebu di Putrajaya
15 September 2015

Serpihan Sayap Yang Dipercayai Milik #MH370 Ditemui Di La Reunion, Lautan Hindi
31 July 2015

Salam Isnin
26 January 2015

Cerita Malam Raya
14 August 2014
Alhamdulillah... Tahun ni raya di kampung ibunda ku... Kami memang amalkan sistem bergilir... Baru fair kan kan kan.. hahahhaa.. Nama pun anak perantauan... Dan Alhamdulillah aku sempat berbuka puasa bersama keluarga aku.. So 2 hari sebelum raya kami dah ade di JB yow... Sebelum nak cerita pasal hari raya kita cerita pasal sebelum raya.. Malam sebelum raya... Kalau tak cerita sekarang aku takut aku forward cerita tu tahun depan.. hahaha.. Dah basi pulak kan kan kan.. Lagilah muak nak cerita kan kan kan...
Malam raya tu aku pujuk laki aku separuh mati ko nak ajak dia cari tudung kat Angsana lepas buka puasa tu... Dari sahur sampai dah nak buka puasa laki aku tak nak gak bawak... Tapi yelah.. Laki mana tak sayangkan bini.. Aleh aleh lepas buka je dia bagitau lepas solat terus siap kita g Angsana.. Melompat katak japlah aku... hahaha.. kesian kot kat bini dia ni dok jomlah abg jomlah abg dr pagi sampai ke senja.. gitu... nampak tak aku buat buat cerita.. hikhikhik... So malam raya tu kekdah terjahlah kami ke Angsana.. Lupakan kesesakan lalulintas di Angsana tu... Punyelah ramai manusia kat Angsana.. Dieorang ni tak reti dok ngumah gak nye org jauh sekali sekala balik nak shopping kat sini.. gitu.. bebel dalam hati jelah.. Kang kalau bebel kuat kuat kena lahar dek laki... hihihi... Nasiblah Angsana ni punye parking sebesar 4 padang bola.. Maka kami dapatlah parking walaupun jauh sikit berjalan.. sikit je tak jauh mana pun...
Niat nak g Angsana tu nak cari shawl sebenarnya... Aku dah beli dah shawl untuk raya tapi ntah kenapa sampai JB aku rasa shawl aku tu tak cantik pulak.. Tak gojes pulak... So tu yang beriye pujuk Kay g Angsana sebab mama cakap kat Angsana banyak shawl cantik cantik.. Masya Allah... memang banyak tau... banyak yang cantik cantik... harga pun cantik... Aku rasa murah lagi KL dr JB... Shawl penuh manik kat KL baru RM55 (Jalan TAR) kat JB RM70... Fengsan... Beli jugaklah sebab dah berkenan kan... Tapi sampai rumah yang pakai shawl aku tu di pagi hari raya adalah mama ku terchenta.. takpelah ma... demi mama ku relakan apa saja.. hihihihi..
Masa dok jalan dalam mall tu, kat center Angsana tu adalah buat promosi lelong malam raya... Aku idaklah nak tunggu sebab baju semua dah ada tinggal shawl je... Shawl pun dah dapat so ingat nak ajak le kay terus balik rumah... Aleh aleh si Rayyan dengan Aryan nak bergambo pulak.. Owh lupe.. Malam raya tu Rayyan boleh pulak demam.. Allah.. Dugaan betul.. So die agak moody la..Badan pun agak panas.. Adiknye excited betul nak bergambo... Abg pun dengan muka lemah longlai layan kan ajelah adik tu... Aku dengan adik aku yang bongsu pun join sekali tau bergambo.. Kay jelah tak join sebab kalau dia join sapelah nak amek gambo kami ye dak ye dak... Gambar ape?
-
-
-
-
-
Gambar ni hah.. hahahah... comey sangat kan kan kan.. nampak tak muka kiteorg yang excited especially Aryan tu.. Rayyan tu hmmmmm... budak demam biasalah.. moody.. kesian Rayyan
Tak nak balik... nak amek gambar lagi katanya.. Amboi ko dikkkk....
"Camat Hari Aye"
Dah jom balik....
Malaysia telah dapatkan Kotak Hitam #MH17 , Doakan mereka rakyat Malaysia !!!
22 July 2014
Alhamdulillah... walaupun banyak masalah untuk pasukan Malaysia memasuki kawasan dimana terhempasnya pesawat MH17 akhirmya kotak hitam milik pesawat MH17 selamat diserahkan kepada pakar Malaysia. Kotak hitam itu diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kotak hitam itu dipercayai mampu membantu Malaysia dalam menjalan siasatan berhubung kes terhempasnya pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh. Selain dari itu, kita juga berharap proses jenazah jenazah mangsa MH17 dapat dijalankan dengan kadar segera dan sempurna. Apatah lagi jenazah jenazah mangsa yang beragama Islam. Sungguh pilu hati kita apatah lagi hati keluarga mereka menanti jasad yang mungkin ada mungkin tiada untuk dibawa pulang ke Malaysia. Walau dimana pun kubur mereka kita berdoalah semoga mereka semua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah...
Wakil dari MKN, Malaysia yang membantu bagi mendapatkan kotak hitam tersebut. Kalau tak silap aku. Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah perlu menandatangani satu protokol sebelum kotak hitam itu diserahkan kepada Malaysia. Alhamdulillah. Selesai satu misi Perdana Menteri kita. Tetiba aku sayu sangat sebab kotak hitam MH370 lenyap bersama pesawatnya. Wallahualam...
Macam ni rupanya kotak hitam tu.. aku ingatkan kalernya hitam... kecik je takdelah besar mana tp sangat penting bagi sesebuah pesawat...
sumber :
Berita Harian Online
Sinar Harian
#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH370
Kalau aku kaya
05 June 2014
Sejak jadi ibu ni aku memang sennnnnaaang sangat , sangat sangat senang tersentuh dengan anak anak kecil. Kalau ada anak kecil yang sakit, atau dijemput Illahi aku memang mudah menangis. Hati aku ni bukan dah macam tisu lagi dah... Dah macam tisu basah tau.. Mudah sangat terkoyak... Mesti semua tahu kisah budak perempuan yang mati dibunuh dengan kejam tu kan..? Budak tu mati hanya kerana dendam syaitan kepada ibunya.. Budak tu mati hanya kerana dosa dosa ibunya. Allah... Apalah dosa dia diperlakukan begitu... Semoga kamu tenang disisi Penciptamu sayang... Al-Fatihah... AMIN...
Semua orang kat Malaysia ni tahu kisah budak perempuan tu. Anak gelandangan. Aku baca kisahnya dari blog Mazidul Akmal Sidek. Tentang anak gelandangan ni memang buat aku banjir sungguh... Ramai rupanya anak-anak kecil yang sebaya anak anak kita tidur hanya berlapikkan surat khabar, kotak, berselimutkan baju berbantalkan lengan... Ramai... Sedihnya aku tengok... teringin nak pergi tengok dengan mata kepala sendiri tapi....aku nikan penakut... so aku memang tak punya kekuatan nak tengok kehidupan keluarga yang hidup di tepi tepi jalan nih.
Kalau aku kaya tentu aku dah buat satu rumah untuk mereka yang ada anak kecil.. Sekurang kurangya mereka tak perlu tidur di tepi tepi pejalan kaki atau di bawah pokok... Aku tak tahulah projek bantal Mazidul tu masih berjalan atau tak.. sebab entry entry yang aku baca tahun 2010... Berikan aku kekuatan dan peluang untuk aku beramal walaupun sedikit buat anak anak gelandangan ini... Janganlah terjadi lagi perkara yang menimpa adik Soffea kepada anak-anak yang lain... AMIN...
Pihak-pihak yang BERWAJIB... JKM bolehlah buat tindakan supaya anak anak ini tidak diabaikan...
sayang sayang mama, kamu patut rasa bersyukur sangat sangat sebab nasib kamu jauhhh lebih baik dari kawan kawan kamu... Walaupun mama tak mampu nak pakaikan yang mewah mewah buat kamu , mama tak mampu nak belikan mainan yang mahal mahal buat kamu, tp mama berusaha jadikan kamu anak anak yang bertuah kerana kamu adalah harta mama dan papa di akhirat nanti... Bersyukur ye sayang... kita kena selalu bersyukur... =)
Labels:
abang,
adik,
adik-beradik,
anak-anak,
aryan muzaffar,
baby...,
baby...rayyan danish,
blog,
harta jannah,
Malaysia
Menegur Isteri
30 May 2014
Setuju tak? hihihi... laki aku ni garang tau tak... garang macam singa lapar... garang time dia marah lah.. kalau marah anak anak dengan aku aku sekali kena.. kecik betul hati aku...
apatah lagi kalau aku buat salah... aku ni hati memang senang banjir... hati tisu... bila aku buat salah (pada mata pandangan org lain itu salah) tegurlah aku cara yang paling lembut... bukan dengan menengking aku... meninggi suara dengan aku... bila aku ditegur begitu in the end aku tak dapat improve apa apapun sebab hati aku sakit... sakit bila kena marah.. sakit bila kena tengking... sedangkan selama ni yang nampak hanya kesalahan aku... semua orang buat salah... belajarlah tegur aku cara lembut.. dan aku akan terima dengan hati yang terbuka... Insha Allah...
Eh eh.. apsal emosi sangat nih? aduhhh... agak agak laki aku baca tak entry aku ni.. tak kot kan.. dia mana ada masa... dok layan game perang yang ntah pape tuh... aku plak rasa nak tego dia... tp confirm aku tego dia tak makan saman.. lagi gelak kan aku adelah.. boleh?
Bila hati dah sakit yang mampu hanya menangis dan pendam... sampai bila nak pendam kan?? pendam lelama pun bukan elok sgt... kan bagus kalau tegur dengan penuh kasih sayang, takde la rasa stress sgt kena tegur.. well.. no body perfect kan..
Bila bab menegur nih tak kiralah suami nak tegur isteri, isteri nak tegur suami, kawan nak tegur kawan, abang nak tegur adik, adik nak tegur kakak... semua orang... bila nak menegur salah seseorang tegurlah dengan penuh hikmah dan kasih sayang... Insha Allah berkesan...
aku pernah gak ckp kt laki aku ... "abg ni boleh tak marah org leklok.. ni marah je suara high note.." dia boleh jawab... "kalau sekali dua benda yg sama blehlah cakap slow slow...ni benda yg sama dah ckp 1000 kali masih buat salah jugak sape pun bleh jd singa.." erm...
Salam Jumaat.... =)
Labels:
agama,
buddies,
hari jumaat,
Islam,
Malaysia,
rumahtangga,
salam jumaat,
suami isteri,
tazkirah
Tazkirah Jumaat : Demi Masa
23 May 2014
Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita
semakin hari kita semakin tua
semakin hari kita semakin dekat dengan kematian
ketika itu masa kita akan terhenti
dan kemudian menanti nasib kita di hari yang akan kekal buat selamanya
note: aku akan nangis bila fikir tentang 'kehilangan'. Sesungguhnya aku takut.. takut sangat sangat bila fikir tentang hari akhirat.. adakah aku akan bersama semula dengan semua ahli keluargaku di alam barzah nanti? hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Salam Jumaat.
Pembentangan Bajet 2014 Pada 25 Oktober 2013
25 October 2013
Pembentangan Bajet 2014 akan berlangsung pada petang ini jam 4.00 petang yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kita. Pastinya rakyat Malaysia menantikan saat pembentangan bajet ini dimana ekonomi Malaysia sekarang semakin tinggi apakah perancangan kerajaan dalam membantu gologan rendah dan lain lain lagi. Bagi penjawat awam pula pastinya menantikan pengumuman bonus dari PM kita. Sama samalah kita tunggu pembentangan ini.
Siaran langsung juga boleh dilihat di beberapa laman web berikut.
online - http://www.treasury.gov.my
mobileweb - http://www.treasury.gov.my/mobile
Kastam Diraja Malaysia - http://www.customs.gov.my
Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my
Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my
Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my
Harapan Rakyat Malaysia ?
Harapan rakyat Malaysia memang banyak. Manusia mempunyai sejuta harapan. Tapi terpulanglah pada kerajaan untuk merealisasikannya. Cuma aku harap tiada kenaikkan harga lagi diumumkan dan tolonglah aku mohon bantulah golongan pertengahan mcm aku ni hah. Nak minta BRIM tak layak, nak masukkan anak kat PERMATA tak layak, dikenakan cukai pendapatan... walaupun beza gaji golongan aku dengan golongan bawahan hanyalah RM100...
Sekian. Terima Kasih.
Kenaikan Minyak RON95
05 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai kenaikan minyak RON95 pada 2 September yang lalu membuatkan ramai rakyat Malaysia kecewa dan marah termasuk aku. Tiada seorang pun yang suka apabila diumumkan harga minyak naik kerana bila harga minyak naik pastinya akan memberi kesan kepada semua barang barang yang ada di Malaysia ini. Maka banyaklah suara suara sumbang yang marahkan PM dan penyokong penyokong BN khasnya. Mainan politik katanya.
Pagi ini aku baca satu entry di blog DENAIHATI yang bertajuk RON95 dialog panas dengan rakan Facebook .. boleh klik kalau korang nak baca entry beliau. Sangat menarik kerana disitu DENAIHATI mengetengahkan beberapa fakta yang aku rasa boleh buat rakyat Malaysia terima serba sedikit bahawa kenaikkan harga minyak ini bukanlah dari segi negative sahaja. Mungkin ada hikmah disebaliknya dimana bila manusia itu akan menjadi lebih rajin dan kreatif bila keadaan sedang terdesak. Apa yang perlu kita buat adalah terima dengan hati yang terbuka dan berusaha untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Kalau hendak dibicarakan dari segi kesan kenaikkan harga minyak ini memang banyak kesan yang buruk. Aku juga terasa dengan kenaikkan ini. Gaji aku dan kay pun tidak besar seperti PM dan menteri menteri yang lain. Bila PM umum kenaikkan minyak aku juga mula marah dan bosan dengan permainan mereka.. sebab apa? Sebab kita fikir secara negative. Janganlah kita menjadi orang yang sentiasa menunding jari ke arah orang lain. Belum tentu jika parti lain memegang Malaysia dia tidak akan menaikkan harga minyak. Maka marilah kita sama sama berusaha ke arah memajukan lagi pendapatan keluarga demi masa depan anak bangsa kita. Insha Allah.
Aku suka dengan kenyataan dari DENAIHATI "Jangan jadikan emosi politik membara dihati sehingga hilang pertimbangan yang akhirnya kita juga yang rugi. Tunggu lima tahun lagi kalau harga minyak dunia masih sama USD106/barrel dan dunia masih aman seperti sekarang maka ramai-ramai pakat pangkah pembangkang. Kepada kerajaan Malaysia inilah masanya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memastikan barang keperluan tidak naik melambung setelah harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen juga RON97 naik 15sen,.. itupun kalau rasa nak terpilih lagi di PRU14"
Apa apapun korang ada pendapat masing masing. Ada yang marah ada yang so so... nak marah pun tak marah sangat.. tapi bagi kami dari golongan tengah ini memang sangat terasa. Apa apapun tarik nafas dan fikir secara positif... Insha Allah, Allah sentiasa bersama kita. amin
note: kalau berkesempatan aku akan kongsikan cara cara membuat duit dengan blog. Insha Allah. doa doalah penulis mai lurve ini sentiasa rajin ye.
kredit to DENAIHATI
-Sekian-
Pesanan Zed Zaidi buat Afiq Muiz
28 May 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Aku terbaca satu artikel tentang isu Afiq Muiz yang sekarang ini menjadi perbualan hangat di media media hiburan. Ramai yang kata Afiq Muiz seorang anak yang derhaka.. erm.. aku tidaklah menyebelahi sesiapa sebab aku tak tahu cerita yang sebenarnya. Aku pun bukanlah peminat Afiq Muiz jauh sekali awek dia tu (aku dah lupa nama dia)... tapi aku tertarik dengan nasihat Zed Zaidi sebagai Presiden SENIMAN kepada pelakon muda Afiq Muiz tuh..
"Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya,"
erm.. kepada Afiq Muiz atau sesiapa sahaja lah yang diluar sana tu, take noted la benda ni.. ibu hanya SATU... tapi perempuan kat luar sana berlambak lambak okeh. kalau setakat muka je cantik tapi akhlak ke laut pun tak guna juga. even ibu kita tak baik ke zalim ke jahat ke syurga itu tetap dibawah tapak kaki ibu.
aku taknak komen isu Afiq Muiz dan ibunya sebab aku tak tahu cerita dan punca. so, kalau cakap banyak nanti timbul fitnah. tapi walau macam mana sekali pun, dia tetap ibu, dan afiq muiz tetap anak.
note: kredit to http://my.entertainment.yahoo.com/news/zed-zaidi-afiq-muiz-cukuplah-aibkan-keluarga-085200752.html
-sekian-
Lahad Datu, Sabah
14 March 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Seluruh
Malaysia sekarang ni tengah kecoh pasal Lahad Datu kan... seramai 10 org
setakat ini yang terkorban... perwira negara... pengorbanan mereka
memang tidak dapat dibalas... setiap ari org tertunggu tunggu berita
pasal Lahad Datu nih... bilelah semua ni akan berakhir.. ramai keluarga yang selalu berdoa, buat sembahyang hajat bagi keselamatan tentera tentera kita kat sana tu.. termasuklah keluarga aku yang tak putus putus doa buat solat hajat supaya abang aku kat sana selamat sentiasa.. ye.. abang aku ditugaskan untuk 'standby' di sana.. tapi setakat ni die tak terlibat la dengan gerak gempur tembak menembak tuh.. apepun hati keluarga kat sini tetap risau.. opah aku apatah lagi.. sepanjang masa kalau boleh nak telefon abang aku tu.. tp yelah keje abang aku tu penuh mencabar... doa jela yang mampu..
aku cume ada sorang je abang.. harap harap abang aku yg sorang tu selamat la kat sana... tak kisahlah die turun padang ke tak yang penting aku harap semua ahli tentera kat sana selamat dan takde lagi pertumpahan darah yang terjadi.. amin...
note : bilelah si jamalul kiram ni nak angkat bendera putih dan balik ke tempat asal dieorang? menyusahkan org je..
Maharaja Lawak Mega milik JOZAN
21 January 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
petang petang gini kite wat entry sempoi sempoi jelah yerk.. owh ye... lpe plak nak btau... sepanjang aku berpantang di kampung ni, segala entry entry aku adalah autopublish... sebab ape? sebab nye aku wat entry entry ni , aku online time aku buat power pumping di tengah malam.. saat tu ketika tu anak bujang aku tu dah mimpi sampai ke syurga so aku boleh online tanpa sebarang gangguan.. ok.. back to the topik..
aku suke sgt bile JOZAN menang walaupun aku rasa SHIRO antara kumpulan yang best buat lawak malam tuh....tp aku suke JOZAN sebab aku suke dengan semangat Johan.. semangat persahabatan mereka mmg dahsyat... berbaloi Johan menahan sakit kakinya semata mata nak beraksi di final Maharaja Lawak Mega 2012... tahniah aku ucapkan pada JOZAN...
tahniah JOZAN....!!!
-sekian-
Malaysia kalah di tangan Syria 0-2
24 November 2011
Assalamualaikum..
- KFCH cekap menjadi goal keeper...
Walaupun kita kalah dengan Syria 2-0, tapi kite tetap rasa bangga sebab team Harimau Muda dah bermain dengan cemerlang sekali... tahniah untuk Khairul Fahmi Che Mat sebab die sgt cemerlang malam tadi.. kecekapan die untuk menepis bola demi bola dari Syria sgt membanggakan... tabik springggg sat.. tahniah jugak buat Wan Zack Haikal yang sedaya upaya mengawal bola dan cuba menjaringkan beberape gol walaupun die masih lagi injured... tahniah juga buat Nazmi.. Pemain paling muda yang mempunyai energy mantap giler... hehehe.. tahniah buat pemain pemain yang lain.. walaupun kalah tapi rakyat malaysia tetap sokong harimau malaya... Practice makes perfect... Good Luck Ong Kim Swee !
- nampak kesungguhan wan zack haikal untuk cuba juga menjaringkan gol tp malangnye Syria lari laju giler..
- Nazmi Faiz Mansor punye bakat dan potensi utk menjadi player yang hebat...
note : Baddrol Bakhtiar tak dapat main dalam game malam tadi sebab faktor umur beliau.. kalau lah Baddrol main agak2 Malaysia dapat tak kalahkan Syria... hehehehe ... WAALLAHUALLAM...
sekian.
Piala Emas Sukan Sea 2011 Milik Harimau Malaya, Malaysia !!!
22 November 2011
Alhamdulillah... Syukur Alhamdulillah... Akhirnya kemenangan milik mutlak pasukan Malaysia.. Alhamdullillah.. mmg seluruh rakyat Malaysia menantikan permainan final ini bila sekali lagi Malaysia terpaksa menentang Indonesia dalam Final Sukan Sea semalam di Indonesia.. mmg mendebarkan lah perlawanan semalam.. tak senang duduk aku... dr dapur ke bilik belakang... dr bilik ke depan.. dr depan ke toilet.. dr toilet dok depan tv tak abes abes gak bola sepak nih.. adoi... tp aku mmg salute la kat team Harimau Malaya sebab bermain dengan bersungguh-sungguh.. injured injured bagai... tp tetap main hingga penalty ko... tekanan pemain Malaysia mmg dapat dirasai sampai Malaysia... adoi... berdebar2 jantung nih...
nasib baik kite punye pemain pemain yang sangat hebat... terus bertahan dan bertahan..mengatur langkah melawan pemain pemain 'import' Indonesia... KFCM mmg banyak menjadi penyelamat bila dia menepis dan terus menepis bola demi bola... asakan Indonesia mmg hebat tp defender kite ape kurangnya..disini kita nampak peranan Muslim mmg penting dan beliau dah buktikan yang beliau juga defender yang hebat.
gol pertama dari Malaysia disempurnakan oleh Asraruddin Putra Omar, 23 tahun setelah 2 kali mencuba untuk menanduk bola... kali ketiga barulah menjadi tandukkan dari dia... gol pertama Malaysia itu membuat penonton Indonesia yang lebih 100,000 tu senyap sunyi terdiam dan terkedu... siapa sangka tandukkan magik dr Asraruddin menjadi akhirnya... hehehe... time ni rumah aku dah mcm stadium dah... memasing kuar rumah jerit gol !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mata 1-1 terus kekal sehingga minit tambahan terakhir... tiada gol yang sah dr kedua-dua pihak.. maka mereka bertemu di Penalti untuk menjadi penentu juara bagi SEA Games ini.. aku terus berdebar... tawaf lg satu rumah.. nasib baik rumah kecik..huhuhu... rayyan danish dah dok main sorang2.. ksian si kecik tuh...
Penalty pertama dari team Malaysia, tendangan pertama oleh Mahali Jasuli, 22 tahun berjaya menjaringkan gol yang pertama bg penalty Malaysia... tendangan kedua oleh Fandi Othman, 19 tahun juga berjaya menjaringkan gol membuat Malaysia lebih 1 mata dari Indonesia... tendangan ketiga oleh Fakri Saarani, 22 tahun gagal memperdayakan goal keeper Indonesia. Tendangan keempat pula disempurnakan oleh Fadhli Shas, 20 tahun berjaya membuat jaringan gol bg Malaysia.. Tendangan terakhir merupakan tendangan ajaib daripada kapten pasukan Malaysia, Baddrol Bakthiar, 23 tahun berjaya membuatkan Malaysia memenangi Piala Emas bagi Sukan Sea 2011. Gol yang terakhir betul2 membuat rakyat Malaysia bersorak dengan penuh kesyukuran.. Alhamdulillah... maka kemenangan memang milik negara berdaulat.. MALAYSIA..
Sejuta tahniah buat pemain-pemain Harimau Malaya, tahniah buat KFCM yang dapat menepis 2 gol penalty dengan hebatnya... tahniah buat Baddrol Bakhtiar sebagai kapten pasukan Malaysia... tahniah buat Ong Kim Swee kerana berjaya melatih team Harimau Malaya... tahniah buat seluruh rakyat Malaysia yang berdoa untuk kejayaan ini... tak sia sia aku tawaf satu rumah.. kah kah kah... puas hati aku bile lagu NEGARAKU MALAYSIA berkumandang dengan kuat di stadium Indonesia... hahahaha.. (tulah time opening korang tak hormat lagu negara aku.. padan muke korang!!!)
Jangan salahkan Fakri diatas kegagalan beliau menjaringkan gol penalty,, jika bukan sebab die, Malaysia mungkin tak berjaya masuk ke final... Congratulations!!!!!!
"SELAMANYA.. SELAMANYA.. SELAMANYA HARIMAU MALAYA... SELAMANYA.. SELAMANYA.. SELAMANYA.. SOKONG MALAYSIA.."
MALAYSIA BOLEH!!!
- gaya semangat rayyan danish bile skuad Harimau Malaya sedang menyanyikan lagu Negaraku sebagai Juara Bola Sepak Sukan Sea ke 26...