blog kay & yana: Musim Jerebu di Putrajaya

Musim Jerebu di Putrajaya

15 September 2015

Dari Jumaat Putrajaya ni berjerebu. Aku rasa macam duduk kat Cameron Highland pulak berasap asap bagai ni tapi asap ni memedihkan mata menyesakkan pernafasan. Tak tahulah sampai bila jerebu ni. Makin hari makin teruk pulak aku rasa. Makin hari makin tak nampak dah bangunan bangunan di sekeliling rumah aku tu. Bangun pagi yang aku nampak kabus putih je. 




Jumaat lepas aku dah cutikan Rayyan dari pergi KAFA. Bukan suka suka aku nak cuti kan dia. Tapi aku risau sangat dengan keadaan jerebu ni. Rayyan dah selsema seminggu dah. Then Khamis malam tu dia dah batuk batuk. Aku risau batuk dia tu makin teruk kalau pergi KAFA sebabnya di KAFA dieorang akan main di luar surau. Bukan duduk je dalam surau tu. So aku decide cutikan dia pergi KAFA. Ikut aku pergi office. Dalam office setakat ni takde jerebu. Vape pun takde. ahahahahaha...

Bacaan IPU di Putrajaya semalam 14 September 2015 jam 3.00 petang.. kesian Rayyan..=(


Makin hari jerebu semakin teruk. Hari minggu pun kami tak kemana. Duduk je dalam rumah. Kesian juga tengok anak anak bosan tapi demi kebaikan kita duduk jelah dalam rumah. Isnin masih lagi jerebu. Masih lagi berkabus. Risaunye aku sebab Rayyan pergi sekolah naik motor. Bukan risaukan anak anak je. Suami pun aku risau. Dahla dia demam. Aku memang pesan pada dia supaya pakai penutup hidung dan mulut. Semalam aku beli mask untuk Rayyan. Biasalah budak budak. Pergi elok je pakai mask. Balik tanggallah masknye tu. Rimas katanya. 

Aku harap jerebu ni tak lama. Kesian pada yang ada penyakit asthma. Aku yang takde asthma pun semput juga bila keluar nak ngadap cuaca. 

Korang banyakkan minum air masak tau. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita. 


No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign