blog kay & yana: Monday Blues.

Monday Blues.

21 September 2015



Asal first day kerja je mood mesti ke laut. Apatah lagi kalau Ahad tu baru balik dari mana mana lah. Asal Isnin je monday blues... Mengantuk dan mengantuk... Aduhai,.. Kadang kadang rasa cepat sangat weekend tu berlalu pergi. 

Minggu ni cuti sekolah. Nampaknya aku sambut Raya Haji tanpa anak sorang tahun ni. Aku dah pos hantar balik rumah mak mertua aku kat Melaka. Mesti sedih kan kan kan... huhuhu... Tapi memandangkan cuti sekolah seminggu je dapatlah aku rehat sikit tengah hari. Kalau tak pukul 12 tgh hari dah rushing dah pergi ambil Rayyan kat sekolah lepastu pergi bungkus makan lepastu balik rumah siap siap kan dia untuk pergi KAFA pulak. Agak agak dia penat tak macam aku. hihihihih... Cuti sekolah ni merasalah kalau nak lunch kat Alamanda ke kan.. eh... kerja nak menghabiskan duit je aku ni..

Hari ni takde apa nak cerita sangat. Aktiviti hari weekend? Sabtu aku duduk rumah je tak kemana settlekan kerja kerja surirumah sepenuh masa. Hari Ahad aku balik rumah mak mertua sebab nak hantar Rayyan ke kampung sempena cuti persekolah selama seminggu. Dah kali ketiga berpisah ni hati ada sikit kental lah... Tapi bila nak balik Putrajaya tanpa dia tetap ada rasa syahdu sendu hiba di hati.. Hati seorang ibu kan. Kalau boleh nak anak depan mata je. Dah tu? tak payah buat semua kerja. ahahahahahaaha

So selamat bekerja ye kawan kawan blogger aku... Aku pun tak tahulah blog ni ade reader lagi ke tak... Aku harap NUFFNANG dapat bekalkan aku sedikit BE... Dah lama tak dapat BE ni... hihihi.. 

tata korang. Nanti kita cerita cerita lagi ye... 

1 comment:

  1. biasalah permulaan hari..
    apa2 pon ambik mood positif

    salam aidiladha

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign