blog kay & yana: Perihal Sedekah...

Perihal Sedekah...

10 September 2015

Bila cakap tentang sedekah ianya subjektif dan sensitif. Sensitif sebab kadang kadang ada sesetengah orang bila nak bersedekah kena beritahu satu Malaysia. Bila cakap tentang bersedekah ni aku bukanlah daripada golongan orang yang tegar memberi sedekah. Ya aku akui tu. Sebab kadang kadang aku rasa macam aku bagi dia duit tapi duit tu bukan untuk dia. Untuk orang yang suruh dia sedekah. Macam sindiket lah. Jadi pada aku buat apa aku bagi dia duit kalau nanti mengkayakan orang yang suka suka suruh orang lain pergi minta sedekah? korang faham tak maksud aku.. 

Tapi Kay rajin.. rajin sangat bagi orang duit. Kalau kat kedai makan dia nampak ada orang buta bersama pembawanya tu datang dia dah standby duit dah nak bagi. Bila aku cakap pendapat aku macam yang aku bebel kat atas tu dia cakap itu urusan Allah. Yang penting niat kita nak sedekah tu Lillahitaala. Yang lain biarlah Allah yang uruskan. Maknanya kay tak kisah pun duit yang die bagi tu tadi pergi kemana akhirnya. Yang penting dia dah jalankan tanggungjawab die untuk bersedekah. Jadi aku belajar dari situ. Orang tu tipu aku ke tak ke itu urusan dia dengan Allah. Yang penting niat aku ikhlas. Bersedekahlah kerana Allah Taala. dan Allah Taala akan membalasnya dengan sejuta kali rezeki untuk hambaNYA. 


Macam gambar yang kat atas. Aku bukan nak aibkan sape sape eyh. Sebelum tu aku dah nampak kawan dia dok jalan tengah panas. Aku cakap kesiannya dia bang. tengah tengah panas jalan cari duit. Lepastu aku nampak budak tu kat depan CIMB Bank Bangi. Die bukan minta derma. Dia jual kismis sambil menderma. Walaupun takde surat ape smua tapi aku terus minta Kay beli kismis tu. Anak anak aku pun boleh makan. Mana tau jadi Tahfiz nanti dah besar kan. AMIN.. 

Kita tak tahu hasil jualan kismis dia kemana. Tapi niat kita beli kismis dia ikhlas nak tolong dia. Ada juga orang yang keluar dari bank tak beli pun kismis dia tapi bagi dia duit. Dan orang tu bukan Islam pun okeh. Janganlah risau duit kita tu akhirnya kemana. Bila kita bagi seseorang 'rezeki' niatlah kerana Allah Taala. rezeki bersedekah ni sangat lah besar. Percayalah.


Kita takkan jadi papa kedana bila kita rajin bersedekah In Sya Allah... 
Renung renungkan dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign