Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai kenaikan minyak RON95 pada 2 September yang lalu membuatkan ramai rakyat Malaysia kecewa dan marah termasuk aku. Tiada seorang pun yang suka apabila diumumkan harga minyak naik kerana bila harga minyak naik pastinya akan memberi kesan kepada semua barang barang yang ada di Malaysia ini. Maka banyaklah suara suara sumbang yang marahkan PM dan penyokong penyokong BN khasnya. Mainan politik katanya.
Pagi ini aku baca satu entry di blog DENAIHATI yang bertajuk RON95 dialog panas dengan rakan Facebook .. boleh klik kalau korang nak baca entry beliau. Sangat menarik kerana disitu DENAIHATI mengetengahkan beberapa fakta yang aku rasa boleh buat rakyat Malaysia terima serba sedikit bahawa kenaikkan harga minyak ini bukanlah dari segi negative sahaja. Mungkin ada hikmah disebaliknya dimana bila manusia itu akan menjadi lebih rajin dan kreatif bila keadaan sedang terdesak. Apa yang perlu kita buat adalah terima dengan hati yang terbuka dan berusaha untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Kalau hendak dibicarakan dari segi kesan kenaikkan harga minyak ini memang banyak kesan yang buruk. Aku juga terasa dengan kenaikkan ini. Gaji aku dan kay pun tidak besar seperti PM dan menteri menteri yang lain. Bila PM umum kenaikkan minyak aku juga mula marah dan bosan dengan permainan mereka.. sebab apa? Sebab kita fikir secara negative. Janganlah kita menjadi orang yang sentiasa menunding jari ke arah orang lain. Belum tentu jika parti lain memegang Malaysia dia tidak akan menaikkan harga minyak. Maka marilah kita sama sama berusaha ke arah memajukan lagi pendapatan keluarga demi masa depan anak bangsa kita. Insha Allah.
Aku suka dengan kenyataan dari DENAIHATI "Jangan jadikan emosi politik membara dihati sehingga hilang pertimbangan yang akhirnya kita juga yang rugi. Tunggu lima tahun lagi kalau harga minyak dunia masih sama USD106/barrel dan dunia masih aman seperti sekarang maka ramai-ramai pakat pangkah pembangkang. Kepada kerajaan Malaysia inilah masanya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memastikan barang keperluan tidak naik melambung setelah harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen juga RON97 naik 15sen,.. itupun kalau rasa nak terpilih lagi di PRU14"
Apa apapun korang ada pendapat masing masing. Ada yang marah ada yang so so... nak marah pun tak marah sangat.. tapi bagi kami dari golongan tengah ini memang sangat terasa. Apa apapun tarik nafas dan fikir secara positif... Insha Allah, Allah sentiasa bersama kita. amin
note: kalau berkesempatan aku akan kongsikan cara cara membuat duit dengan blog. Insha Allah. doa doalah penulis mai lurve ini sentiasa rajin ye.
kredit to DENAIHATI
-Sekian-
Malas dah nak pikir bab ni..wat sakit hati je..
ReplyDeleteboleh komen boleh kritik...tp jg bahasa dan tatasusila. jgn krn minyak naik harga, kadar dosa kita pun naik ke thp bahaya...
ReplyDeletesat gi nk pi denai hati...
Apapun kita kena hadap juga..so... kena usaha lebih, mengeluh lebih pun tak guna kan..
ReplyDeleteTak bestnye, bila minyk naik..harga barang2 lain pun naik la sikit2 nnti..
marah2 pun tak guna.. naik tetap naik.. terima saja lah.. ;)
ReplyDeletekalau diikutkan rasa hati.... ehe..syukur sajalah malaysia masih aman..tu yg penting
ReplyDeleteSolehah sedih yg byr harga minyak kereta tu mak ayah solehah. dhla cukai pendapatan mak solehah naik, ni plak ttbe minyak naik. sakit hati ble tau harga minyak naik. walaupun hidup sederhana, tapi solehah n adik2 solehah masih belajar. bknnye kami kaya mcm menteri2 tu.huhu
ReplyDeletememang terasa kalau yg ulang alik jauh balik kerja dengan menggunakan kereta...
ReplyDeletesamelah kite..terasa gak sikit sebanyak..dahlah tpt kerja agak jauh so byk gakla kot naik bajet kan..>_<
ReplyDeletemarah mmg la marah tp minyak ttp kena isi gak
ReplyDeleteTak tahu nak komen apa..perang dekat pesbuk pun macam2 org kata...nur baca je..hehe
ReplyDeletemmg beri kesan besar ar pd pengguna jln raya..huhu.. sabo je lah. nk mrh2 pun tak guna gak kan.. huhu
ReplyDeletenak buek macam mane redha aje la kan...
ReplyDeleteterpaksa terima kenaikan ini walaupun sedikit membebankan..huhuh
ReplyDelete