copy paste dari berita harian
Putrajaya: Seorang bapa bukan saja sedih meratapi kematian bayinya yang baru berusia lima bulan dipercayai akibat tersedak susu, malah lebih memilukan kerana nasib malang menimpa anak tersayang hanya diketahuinya menerusi Facebook.
Ismail Ramli, 28, berkata beliau mendapat tahu kejadian itu selepas membaca Facebooknya lalu terus menghubungi pemilik pusat asuhan yang menjaga anaknya, Muhammad Danish Raykal di Presint 9, tetapi tidak mendapat jawapan memuaskan. “Saya kesal perkara sebesar ini hanya diberitahu melalui Facebook, malah ketika ditanya hal berkenaan, dia (pemilik pusat asuhan) hanya jawab ‘tak tahu’ dan sekadar meminta saya segera ke bilik kecemasan Hospital Putrajaya.
Tubuh anak kebiruan
“Saya bergegas dari tempat kerja di Cheras dan sebaik tiba di hospital, lihat isteri sudah ada di situ. Kami masuk ke bilik kecemasan dan melihat tubuh Danish Raykal kebiruan. Saya dimaklumkan sebelum kami tiba, doktor sudah mencuba sedaya upaya memberikan bantuan kecemasan hampir setengah jam, tetapi tidak berhasil,” katanya.
Ismail yang ditemui pemberita di rumahnya di Presint 9, berkata beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kejadian menimpa anaknya itu yang disahkan meninggal dunia kira kira jam 3.30 petang di Hospital Putrajaya.
Pusat asuhan minta maaf
Sementara itu, ibu bayi malang berkenaan, Zurinawati Ismail, 26, berkata ketika menghantar mangsa bersama kakaknya, Nur Damyya Zulaikha yang berusia dua tahun lapan bulan ke pusat berkenaan, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.
“Dia seperti biasa, cuma malam sebelumnya, dia batuk tetapi tak teruk. Saya juga hanya tahu perkara ini melalui mesej di Facebook. Pemilik pusat asuhan ada meminta maaf dan mendakwa cuba menghubungi saya serta suami banyak kali, tetapi kononnya kami tidak menjawab panggilan.
“Apa yang menghairankan, saya langsung tak dapat panggilan berkenaan atau ada apa-apa mesej di telefon menyatakan ada menerima panggilan daripada pemilik pusat asuhan terbabit,” katanya.
_________________________________________________________________________________
Kenapa perkara sebegini harus terjadi di Putrajaya? Apa pilihan kami ibu bapa yang bekerja di Putrajaya? Anak anak bukannya mainan untuk diabaikan oleh pengasuh pengasuh. Perkara ini berlaku kebanyakkan di Putrajaya. Apa yang kami boleh lakukan supaya ianya tidak berlaku lagi di Putrajaya? Pihak berkuasa? Sila lah ambil perhatian wahai taska putrajaya dan pihak pihak yang terlibat. Kami bayar dengan harga yang tinggi (majoriti harga seorang bayi di Putrajaya adalah RM350), maka jagalah amanah Allah SWT dengan sepenuh hati.
Al-Fatihah buat adik Muhammad Danish Raykal
Takziah buat rakan seperjuangan ku, Zurinawati
-sekian-
bg sy pun xde pilihan
ReplyDeletepilih utk bekerja krn ekonomi
anak dijaga oleh pengasuh(rumah orang)alhamdulillah pengasuh baik
semoga ank2 kita di lindungi
lorh... sambil lewa je?? baik saman je depa nih.. lalai dlm tanggungjawab.. jaga anak org weyh.. bkn anak patung..!!
ReplyDeletesedih kan dengar kes macam ni..risau kalu nak hantar anak kat pengasuh ni....
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletemmg skrg ni byk kes mcm ni kan...
* mmm pasal batok berkahak tue gini.. klau anak demam + batok + kahak... cuba buang kahak tu sbb dia boleh penyebab penat.. salah satu punca jd radang paru2 sbb kahak berkumpul terlalu lama.. demam akan on off bila batok n kahak still ada..
mcm anak nureen, dh pernah warded sbb kahak tu, dia xray mmg kahak berkumpul.. pastu demam dia on off.. bukan sbb batok berkahak penyebab demam tp klau demam yg ada batok n kahak yg demam susah nak baik :)
inilah dilema wanita bekerjaya...anak jd mangsa.... harus lakukan sesuatu
ReplyDeleteinilah dilema wanita bekerjaya...anak jd mangsa.... harus lakukan sesuatu
ReplyDeleteHaishh..kecuaian dari pihak pengasuh mmg mengecewakan...
ReplyDeletepastu ibubapa yg bkerja risau benda ni berulang kembali...
takziah...takut sebenarnya kita sebagai ibu yang bekerja..piahk taska kenalah amanah...
ReplyDeletedone nuffnang
ReplyDeleteYa Allah kesian ibu bapa mangsa
ReplyDeletekawan yana ker
banyak sungguh skang ni bayi meninggal kat pusat asuhan
moga ada penyelesaian bg mslh mcm nih
Takut bila baca pasal kes2 macam ni..
ReplyDeleteMoga kita dijauhkan
baby tu letak kat taska cendiakawan ke? office mate saya pun baru kehilangan baby 7 bulan 3 september aritu kat pengasuh presint11 sedih btol ntah apa nasib baby2 kat putrajaya ni... n pengasuh tu senang lenang masih mengasuh 9 org baby sampai skrg
ReplyDeletesedeynyer..mintak laa dijauhkan dr benda2 camnih..
ReplyDeletetakutnya baca camni..camnelah kalau ada anak nanti..
ReplyDelete