Al-Fatihah
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Semoga sahabat sejawatan aku tabah menghadapi ujian dari Allah SWT
Aku tahu dia kuat
Aku tahu dia tabah
Sebab itu Allah pilih dia untuk ujian yang Maha Hebat ini
Kehilangan seorang cahaya mata bukan mudah
Sangat sakit rasanya
Allahuakbar..
Ya Allah,
Lindungilah anak anak aku daripada malapetaka sebegini
Lindungilah anak anak aku daripada musibah sebegini
Lindungilah anak anak aku daripada bencana sebegini
Kau panjangkanlah usia anak anak aku
Kau lindungilah mereka Ya Allah.
Sesungguhnya hanya kepada MU aku memohon dan meminta.
Al-Fatihah buat adik Mohd Danish Rayqal
copy from Utusan Online & Berita Harian
PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.
Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang. Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Pihak taska sudah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya disahkan meninggal dunia," katanya.
Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA
tempatnya sudah tentu di syurga
ReplyDeletemoga familynya tabah atas kehilangan
smlm satu family arab kehilangan anak lelaki umur 3 tahun kat pasaraya.sy pulak yg hampir menangis tgk si ibu
Allah....
ReplyDeleteberdebar ja saya baca...
semoga anak2 kita dilindungi
tapi dorg x ckp sbbnya kenapa.ich xpuas hati betul.
ReplyDeletebagilah sy yang amat-amat memerlukan nie...
ReplyDeleteKat taska mana ek...sedih..
ReplyDeleteAL-FATIHAH..SEDIHNYA..KLIK NUFFNANG
ReplyDeleteish.. tu yg risau kalo hntr anak2 bawah jagaan org lain kan.. kalo family sendiri xpe la..huhu..
ReplyDeleteTulaa.sedih sangat kan yana..lagi-lagi melibatkan baby tersedak susu..adui..please learn something la to all taska..Takziah to Yana's friend..
ReplyDeletealfatihah utk babydanish
ReplyDelete