blog kay & yana: Salam Isnin

Salam Isnin

26 January 2015

Salam hari Isnin.. Monday blues kan? Sama lah kita.. hihihi.. Nak cerita apa? owh aku nak komen sikit tentang undang-undang di Malaysia yang terkini menjadi bualan viral di muka buku. Tentang apa? kalau korang ada anak pasti korang allert benda macam ni.. 


Ok. Now what should i say? Rotan anak bakal menjadi kesalahan jenayah? Rotan ni ada banyak peringkat. Kalau kita merotan anak anak kita dengan niat untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya adilkah ia dipanggil sebagai jenayah? Tidak kan. Sedangkan di dalam Islam juga sudah memberi kita panduan bagaimana untuk mendidik anak anak kita supaya tidak tinggal solat. Pada umur mereka 9 tahun jika mereka tidak mahu menunaikan solat setelah ditegur dan diberikan nasihat maka rotanlah mereka sekadar peringatan. Bukanlah rotan yang boleh mendatangkan kemudaratan pada anak anak kita. Jika kita mengikut segala syarat merotan di dalam hukum Islam aku tak rasa merotan itu satu kesalahan jenayah. Mungkin maksud Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, merotan anak sehingga menyebabkan kematian. Bila ada kematian maka terjadilah sebuat jenayah. 

Tak salah kita nak merotan anak kita. Itu hak kita untuk mendidik mereka dengan cara itu. Cuma ikutlah cara Islam. In Sya Allah kita akan selamat dari jenayah. 

Any komen from my readers? Sangat dialu-alukan. Mungkin ada ilmu yang boleh kita kongsikan atau fakta dan maklumat yang boleh diperbetulkan. Jangan malu-malu ye.. 

Thanks for reading this..

1 comment:

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign