blog kay & yana: Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

25 July 2014
Assalamualaikum

Alhamdulillah... lagi beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Syawal dimana kita semua akan menyambut Aidilfitri. Di kesempatan ini saya dengan rendah dirinya memohon keampunan dari semua kawan kawan blog saya, silent reader atau tak, saya mohon ampun sekiranya ada kata-kata saya yang mungkin menyinggung perasaan kalian semua. Saya juga ingin memohon ampun sekiranya ada komen komen saya selama  berblogging ini mungkin menguris perasaan kawan kawan blog saya.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri. Semoga di bulan lebaran ini kita sama-sama bermaafan dan mulakan silaturahim yang lebih suci.. Bila kita bergembira di hari raya ini janganlah sesekali kita melupakan kisah sedih yang terjadi pada negara tercinta kita baru baru ini dan janganlah kita lupakan saudara kita yang sedang berjuang di bumi GAZA. Semoga keluarga mangsa nahas MH17 dan MH370 akan terus diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini... Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.. Percaya akan Qada' dan Qadarnya.. Insha Allah... Doakan yang baik baik sahaja... 

Pada kawan-kawan yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya... semoga kalian semua selamat pergi dan selamat pulang... Biarlah lambat asalkan selamat sampai.... Insha Allah.. Kita sama sama doa semoga kita akan diberikan kesempatan lagi berjumpa di Ramadhan akan datang.. AMIN....

Salam lebaran Walfaizin dari saya sekeluarga....



#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH307

5 comments:

  1. selamat hari raya.
    maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya buat Yana Sekeluarga..Hati-hati di jalan raya ye..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya juga buat yana n family..akak pon mintak maaf zahir batin ya..:)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidil fitri.. moga raya kali ini akan membawa keberkatan dalam kehidupan kita.. teringatkan bumi Palestin yang sentiasa tidak tenanga rasa macam tak sanggup nak berhari rayakan...

    ReplyDelete
  5. Salam aidilfitri yana..
    Maaf zahir n batin

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign