Di hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan dan di bulan Ramadhan yang mulia, sekali lagi Malaysia diduga dengan dugaan yang berat.. Allah SWT duga kita dengan berita terhempasnya kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine selepas dipercayai ditembak oleh angkatan bersenjata yang mengawal sempadan Ukraine.
Aku rasa sedih sangat bila dapat tahu berita ni malam tadi... Walaupun tiada saudara mara aku yang terlibat tapi saudara seagama aku ramai dalam flight MH17. Mungkin mereka mahu pulang ke pangkuan keluarga menyambut Aidilfitri yang hanya tinggal 9 hari je lagi... T_T ... dugaan apakah ini Ya Allah....
Pesawat yang dalam perjalanan daripada Amsterdam ke KLIA membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 anak kapal. Yang sedihnya tentera pesawat MH17 menjadi mangsa akibat peperangan yang tercetus antara Ukraine dan Rusia.. ada sumber yang mengatakan mereka menyangkakan pesawat MH17 adalah IL-96 yang rupa bentuknya mirip pesawat MH17. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC. Nangis lagi... T_T
Cuba bayangkan kalau kita berada di dalam pesawat tersebut.. Cukup ke amalan kita untuk mengadap Yang Maha Pencipta.. Kun Fa Ya Kun. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui.. Kita yang melihat dan mendengar khabar berita ni pun terasa berat sangat..berat sangat nak menerimanya apatah lagi keluarga mereka... Ya Allah... Di kala kita bergembira ingin menyambut Aidilfitri, mereka mengalirkan air mata menanti kepulangan mangsa. Al-Fatihah buat mangsa nahas pesawat MH17 dan salam takziah buat keluarga mangsa... Semoga Allah memberi kekuatan buat mereka menerima Qada' dan Qadar ini. AMIN.
Hashtag daripada salah seorang mangsa... #hatiadasikitgentar ... Semoga mereka ditempatkan bersama orang orang yang beriman... Insha Allah.. Al-Fatihah.
note : mari amalkan surah kahfi kawan kawan...
memang terkejut dan rasa marah sangat... kenapalah disasarkan kepada mereka yang tidak bersalah...isyh belum habis kisah kapal yang sebelum ini datang gai satu dugaan...
ReplyDeleteinnalillahiwaiinailaihirojiun...
ReplyDeletespeechless
sekali lagi dugaan dtg...dan datangnya dalam bulan yg penuh kemuliaan...
sama2 kita muhasabah diri...terus berdoa demi keselamatan dan keberkatan hidup kita sekeluarga jugak 1 dunia..
al-fatihah buat y b'agama islam
ReplyDeleteserius sedih n tkejut...'
ujian buat rakyat malaysia..
samelah..terkejut sangat dgr berita ni masa tuh..dahlah terhempas sbb ditembak jatuh..mcm unbelievable jek..hukhuk..sedih...
ReplyDeletealfatihah...
ReplyDeletemmg berita sedih kan buat kita....
Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan para solihin buat yang Islam..Amin!Semoga keadilan dapat ditegakkan nanti..InsyaALLAH..
ReplyDeleteSayu hati kan... apatah lagi keluarga mangsa nahas, Al Fatihah..
ReplyDeleteyakin dengan ketentuan Ilahi, pasti ada hikman di sebaliknya...