Salam,
Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan TAHNIAH buat Hafiz kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26). Memang seperti jangkaan aku... huhuhu..ternyata lagu AWAN NANO ciptaan Buddi Hikayat dan M. Nasir membawa tuah buat Hafiz pada malam AJL ke 26... Selain itu, Hafiz juga memenangi VOKAL TERBAIK.. tuah badan kan.. tapi aku nak nafikan persembahan Hafiz malam tu memang superb.. suaranya memang mantap dan lirik awan nano pun sangat dahsyat... huhuhu..
ternyata untuk memenangi AJL tidak memerlukan suit yang mahal... cukup sekadar t-shirt dan track suit.. tidak berkasut lagi... maka Hafiz memang bijak.. tidak perlu memikirkan baju yang mahal mahal... hehehe.. Hafiz telah memenang 2 trofi dan seterusnya membawa pulang hadiah keseluruhan berupa wang tunai RM45,000 berserta 2 trofi. Tahniah Hafiz !
kat bawah ni aku listkan keputusan bagi Anugerah Juara Lagu ke 26 kali ini ye.
Persembahan Terbaik
Alyah – Kisah Hati
(Alyah memang sungguh menawan malam tuh.. dia telah menjadi patung yang sangat cantik. persembahan yang menarik diakhiri dengan kehadiran Remy Ishak membuat stadium Bukit Jalil gamat seketika.. tahniah Alyah)
Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi
Alyah – Kisah Hati
(Alyah memang sungguh menawan malam tuh.. dia telah menjadi patung yang sangat cantik. persembahan yang menarik diakhiri dengan kehadiran Remy Ishak membuat stadium Bukit Jalil gamat seketika.. tahniah Alyah)
Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi
Vokal Terbaik
Hafiz AF7 – Awan Nano
( vokal Hafiz memang hebat )
Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi
Tempat Ketiga
Faizal Tahir – Karma
( dengar cerita ini tahun terakhir Faizal join AJL.. betul ke? )
Hadiah
Wang tunai RM12,000 berserta trofi
Naib Johan
3 Suara - Beribu Sesalan
( gabungan suara yang sangat hebat dan mantap )
Hadiah
Wang Tunai RM15,000 berserta trofi
Juara AJL 26
Hafiz AF7 – Awan Nano
( u deserve it Hafiz )
Hadiah
Wang tunai RM35,000 berserta trofi
nota: keputusan AJL 26 kali ni memang aku puas hati... kalaulah Cinta Facebook yang menang agak2 ada timbul isu tak? hehehehe
No comments:
Post a Comment