Salam...
- uihh.. ramainye org kt kampung aku..
Kecoh juga bila berita tentang menemuan emas di kampung kelahiran aku, Kampung Melayu Majidee tersebar luas.. Ratusan individu berpusu-pusu ke Jalan Mewah apabila berita menemuan puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas dijumpai... Semenjak itulah Jalan Mewah tu diketahui umum... kalau dulu, tanya orang yang bukan Kampung Melayu, belum tentu die tahu kat mana letaknya Jalan Mewah tu.. silap silap haribulan, org Kampung Melayu sendiri pun tak tau Jalan Mewah tu kat mana... hehehe.. aku tau Jalan Mewah tu pun sebab kawan aku dok situ... bila berita ini tersebar aku rasa macam tak percaya je... berkobar kobar nak balik kampung semata mata nak mendulang batu-batu tu.. tapi rupa-rupanya, Jabatan Mineral dan Geosains negeri telah pun mengesahkan logam yang disangkakan emas tu adalah sejenis mineral tidah berharga yang dikenali sebagai pyrite.... hehehe.. mesti frust kan orang orang yang telah bertungkus lumus mendulang untuk beberapa hari ni...?
aku copy paste sikit petikan daripada utusan online
JOHOR BAHRU 11 Jan. - Orang ramai yang terlibat dengan aktiviti 'mendulang emas' di Kampung Melayu Majidee di sini diminta menghentikan aktiviti itu kerana ia bukan sahaja tidak memberi faedah tetapi juga merosakkan infrastruktur serta mengganggu ketenteraman penduduk kampung berkenaan.
Ahli Majlis Zon Kampung Melayu, Azman Dawam berkata, aktiviti mendulang dan mencari batu yang telah disahkan sebagai mineral jenis 'pyrite' itu telah dijalankan sejak seminggu lalu dan turut merosakkan jalan yang baru diturap di kampung berkenaan.
''Rata-rata penduduk kampung ini sudah tidak lagi menjalankan aktiviti tersebut setelah ia disahkan bukan emas tetapi orang luar masih datang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kampung Melayu Majidee menjadi tumpuan ramai sejak seminggu lalu selepas batu-batuan di Jalan Mewah kampung berkenaan didakwa disaluti emas.
Susulan itu, Jabatan Mineral dan Geosains negeri yang membuat kajian ke atas batu tersebut semalam mengesahkan bahan berkenaan bukannya emas, sebaliknya sejenis mineral dikenali sebagai 'pyrite' yang tidak bernilai.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan hari ini mendapati orang ramai masih mendulang dan mencari batu-batuan dari awal pagi sehingga ke lewat petang.
Dakwaan mengatakan batu berkenaan bernilai dan boleh dijual di kedai emas membuatkan orang ramai masih menaruh harapan meskipun hingga kini tiada bukti mengesahkan dakwaan tersebut.
Seorang suri rumah, Zarina Abdullah, 34, dari Taman Seri Setanggi di sini mengakui membaca laporan berita mengatakan batuan tersebut bukannya emas, namun ia tidak menghalangnya untuk mencari 'emas' tersebut.
"Walaupun mereka kata itu bukan emas, saya tetap cari, manalah tahu kalau ada nasib. Kalau bukan emas pun, saya tetap akan simpannya sebagai barang hiasan dan kenang-kenangan," katanya.
Seorang warga emas, Zaiton Seman, 64, dari Taman Molek di sini pula sanggup datang ke kampung itu hari ini selepas mendengar mengenai penemuan 'emas' itu dan mengakui tidak mengetahui batu tersebut bukannya emas kerana belum membaca berita tersebut hari ini.
note : aku sememangya berasal daripada Kampung Melayu Majidee.. tapi bukanlah duduk kat Jalan Mewah tuh.. aku call baba td.. kata baba mmg btul ade emas.. tp dah abes dah.. tak taulah baba aku bergurau ke btul2 sebab baba aku mmg gemo bergurau.. hihihihihi...
aduyai. penat jerk drg eh?
ReplyDeletesalam kenal..dan kunjungan balas.
ReplyDeleteAkak dah followww
haha dah kena kaut dah emas2 nie...wang apeng tak pi kutip??huhu..mana ada emas kwsn mcm2..emas mesti kat lombong
ReplyDeletekalo sy duk kmpong tu pon saya g kutip jgak..sbb saya sgt obses ngn emas,dapat buat sebentuk cincin pon best ni..haha
ReplyDeleteKalau betul emas pon mesti kawasan tu tak dibenarkan masuk kan, pihak2 berkepentingan mesti dh serbu dulu gaknya
ReplyDelete