blog kay & yana: Wedding of the year 2011 : The Royal Wedding of Prince William & Kate Middleton

Wedding of the year 2011 : The Royal Wedding of Prince William & Kate Middleton

28 April 2011

sekarang ni kecoh dengan berita perkahwinan di antara Prince William & Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Middleton. Majlis perkahwinan yang dikatakan akan berlangsung dengan penuh kemewahan ini akan diadakan pada hari esok (Jumaat) 29 April 2011 jam 11 pagi waktu London..

Media mempunyai pelbagai tanggapan mengenai maklumat terperinci majlis perkahwinan berkenaan. Malah, Guinness World Records menjangka pasangan diraja itu akan memecahkan beberapa rekod dunia dalam kategori perkahwinan. Berikut adalah jangkaan diperoleh daripada buku Guinness World Records :


1. PENONTON TELEVISION PALING RAMAI.
Dianggarkan seramai 750 juta orang dari 74 negara menonton perkahwinan serba mewah Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. Dengan perkembangan media dan perhatian masyarakat tentang perkahwinan selebriti, perkahwinan William dan Kate Middleton bakal ditonton lebih ramai orang, mungkin mencecah satu bilion.


2. PASANGAN PALING DIRUJUK DI INTERNET.
Pada era teknologi maju ini setiap maklumat terkini dapat diperoleh melalui Internet. Peminat pasangan diraja pasti melayari laman web apa saja untuk mengetahui berita mengenai mereka. Waktu ini, pasangan Khloe Kardashian dan Lamar Odom menduduki tempat pertama perkahwinan selebriti yang dirujuk pengguna Internet.


3. KEK PERKAHWINAN TERBESAR.
Dengan jumlah tetamu yang ramai, William dan Kate memerlukan kek perkahwinan yang besar dan mahal. Menurut Guinness World Records, kek perkahwinan terbesar adalah seberat 6.8 tan yang dihasilkan tukang masak di Mohegan sun, Connecticut, Amerika Syarikat untuk acara pameran perkahwinan pada 2004.


4. POTONGAN KEK PERKAHWINAN PALING MAHAL.
Berdasarkan rekod, potongan kek kahwin Duke dan Duchess of Windsor pada 1937 dijual pada harga AS$29,900 (RM) pada 1998 di pusat lelongan Sotheby’s. Dan kek buah William dan Kate dijangka tahan lebih lama dan pasti dijual dengan harga lebih mahal.


5. GAUN TERMAHAL DAN PALING PANJANG?
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana rupa gaun perkahwinan yang akan dipakai Kate kerana masih dirahsiakan. Rekod, gaun pengantin paling bergemerlapan dibuat daripada 43,000 kristal di Romania tahun lalu. Tudung pengantin Lubnan, Sandra Mechleb terhampar sepanjang 3.3 kilometer pada 2009.


..tetibe aku rasa mcm nak apply cuti utk esok lah.. agak2 bos approve tak...?? hehehe... okay this is link for their website and Special Live Coverage only on ASTRO Channels

http://www.officialroyalwedding2011.org/

TLC The Royal Wedding Week at TLC (Astro Channel 707)
BBC WORLD NEWS Royal Wedding Special coverage (Astro Channel 512)
CNN A Royal Wedding: The Marriage of William and Catherine (Astro Channel 511)
ITV GRANADA Live Coverage of the Royal Wedding (Astro Channel 735)
THE BIOGRAPHY CHANNEL Biography of Kate Middleton (Astro Channel 731)
SKY NEWS (Astro Channel 514)
SKY NEWS HD (Astro Channel 700)
E! Channel The Royal Wedding (Astro Channel 712)

credit to :
http://www.lovelyshafa.com/2011/04/royal-wedding-of-prince-william-kate.html
http://ayureq.blogspot.com/2011/04/royal-wedding.html



2 comments:

  1. Jemput masuk tengok gambar-

    1. http://inaiputih.wordpress.com/2011/04/29/royal-wedding-picture-prince-willliam-catherine-middleton/ atau

    2. http://4junctions.blogspot.com/2011/04/picture-of-royal-wedding-prince.html

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign