blog kay & yana: Doa buat Lya Afrina

Doa buat Lya Afrina

11 April 2014

Sempena hari yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama berdoa supaya sahabat kita juga seorang blogger sihat sepenuhnya.. Lya Afrina ditimpa kemalangan pada 1 Mac yang lepas dan beliau koma selama 4 hari. Kemudian koma semula pada 25.3 kerana effect dari kemalangan tersebut dan kini beliau bergantung pada wheelchair akibat kaki kanan beliau tidak boleh bergerak. Berat sungguh dugaan awak Lya.. Yana tau awak kuat Lya.. Awak tabah.. Kerana itu Allah SWT memilih kamu untuk menjadikan kamu seorang hambaNYA yang istimewa.. 

Marilah sama-sama kita mendoakan supaya Lya sembuh seperti dahulu. Sedih sangat bila baca setiap luahan hati lya. Orang yang melanggarnya harus bertanggungjawab... Lihatlah kerana kecuaian kamu insan lain menderita... Gembirakah kamu atas penderitaan dan kesakitan orang lain. Di dunia kamu boleh bersenang lenang tapi di akhirat terimalah balasanNYA. 


Buat Asya, jadilah anak yg solehah buat mama kamu. Sesungguhnya kamu adalah satu satunya harapan ibubapa.. Bawalah mereka ke syurga ye Asya.. Buat Fain, teruskanlah sentiasa bersama Lya dan Asya.. Mereka perlukan lelaki seperti kamu. Lya, Please Get Well Soon As Posibble.. Kuatkan semangat ye... 

note: walaupun tak pernah bersua tapi saya tau Lya mampu hadapi semua dugaan Allah..  


8 comments:

  1. sebak baca citer pasal lya ni
    berat mata memandang berat lagi bahu yg pikul
    pelbagai dugaan dia dah tempuh dan dia berjaya hadapinya walau perit
    in shaa Allah dugaan kali ni lya berjaya jugak hadapi dengan sabar dan tabah...

    org lain belum tentu lagi kot sanggup hadapi pelbagai dugaan mcm yg lya hadapi ni..

    ReplyDelete
  2. ya Allah..baru tau berita nih..kesiannya lya..semoga die cepat sembuh..huhuhu..nnti update lagi ye yana apa2 berita ttg kesihatan lya..>_<

    ReplyDelete
  3. Solehah pun kesian dengan kak Lya. Solehah berharap budak yg melanggar tu akan insaf suatu hari dan terniat untuk jumpa kak Lya. Aamine.

    ReplyDelete
  4. ALLAH menguji lya kan..insha ALLAH smg ALLAH permudahkan lya dlm sgala urusan..dan sntiasa diberi kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  5. oooh yerker.. baca entri luahan hati dia minggu sudah buat akak rasa marah dengan si cuaitu.. sudahler melanggar orang boleh buat tak retijer.. takder kemanusiaan langsung... moga Lya tabahlah hendaknyer...

    ReplyDelete
  6. sedih tgk keadaan lya.. berat betul dugaan dia.. kalo deqla jadi dia, entah mampu atau x utk tanggung dugaan yg sehebat ni...sama2 kita doakan yg terbaik buat lya...

    ReplyDelete
  7. Sedihnyaa..aida baru tau dengan kejadian menimpa Lya..sebab aida kenal dia pon dah lama..kenal kat blog jugak..Semoga Lya terus Tabah dan kuat..semoga cepat sembuh seperti sediakala..Amin!

    ReplyDelete
  8. Kak lya ni seorang yg kuat. Kalau dya kt tmpt kak lya dya mungkin xsekuat kak lya

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign