Assalamualaikum
Salam Muhibbah...
Apa khabar u olls? apa cerita korang weekend aritu? hehehe... arini mesti ramai Monday Blues kan.. pada korang yang dah berumahtangga jom baca entry aku ni ek.. bukan ape.. saje je share info yang mana best untuk permulaan hari bekerja...
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka
muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia
dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon
kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya
kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya
dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru,
apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan
penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta
maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada
hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman
dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka
berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman
dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat
anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna
layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi
penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada
suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan
ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-
burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia
sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
note : walau macammana sekalipun kami bergaduh... esok paginye perkara wajib aku mesti lakukan sebelum kuar rumah, salam dan cium tangan suami aku... itu wajib untuk mendapat keberkatan sepanjang hari aku di luar rumah.. semoga cinta kami berdua kekal hingga ke alam barzah.. InsyaAllah.. kepada NYA aku berserah..
Sayang,
I Love U More and More and More...
sy tang bersalam b4 tido tu kdg2 igt buat lah..tp kalo time gaduh mmg x buat la kan..lebih2 bila bukan kita yg salah..uwaaa!!..bila nk tobat ni..huhu
ReplyDeleteerk.. yana tdo mmg tak salam pun tgn hubby.. sbb masa nak tdokan anak tertdo trus.. hehehe.. kene ubah ni kan.. tak baik tak baik
Deletesemuanya pahalakan bla sah jadi suami isteri ;-)
ReplyDeleteye btul!!! hehehehe
Deletebukan setakar bersalah saja, apa saja perbuatan kita dengan suami, pasti ada ganjarannya..
ReplyDeleteyup... harap harap ke syurga la kite.. amin
Deletebelum kawen tp nak baca jugak. utk panduan. good sharing yana. :)
ReplyDeletetakpe chic na.. tak salah bc.. untuk ilmu pengetahuan.. hehehe
DeletePernah baca kat Fb ari tu...slalu amalkan Mintak ampun dr my hubby sebelum lelapkan mata setiap malam..
ReplyDeletebtul btul btul. buatnye kite tdo tak jaga jaga.. tak ke naya?
Delete