blog kay & yana: AL-FATIHAH buat adik FARIS NUR DANIEL

AL-FATIHAH buat adik FARIS NUR DANIEL

24 February 2012
Salam semua,

Aku rasa berita pemergian adik Faris Nur Daniel, 6 tahun ini telah diketahui ramai. Bila aku dapat tahu adik Faris Nur Daniel meninggal dunia, aku terus cari blog blog yang bercerita tentang si comel ini. Maka terjumpalah blog Mazidul Akmal Sidik dan blog Redmummy


 Ini adalah gambar adik Faris yang paling membuatkan aku sedih.. sedih teramat sangat.. apatah lagi ibu dan bapanya.. mungkin adik Faris tahu yang die akan pergi untuk selamanya dan die juga sedih meninggalkan orang orang yang dia sayang. Semoga Allah SWT memberikan ketabahan dan kekuatan buat mereka sekeluarga.. adik Faris dimasukkan ke NICU, Sime Darby Medical Centre, pada 1 Februari 2012 dan dan pada 23 Februari 2012 adik Faris menghembuskan nafas yang terakhir dan kembali kepada PenciptaNya. Menurut blog Mazidul dan Redmummy, adik faris menghidap penyakit HLH (Haemophagocytic Lympho Histiocytosis) ataupun lebih saintifik dan mudahnya adalah barah darah. 

Ini adalah gambar ketika si comel ini masih sihat.. siapa sangka kan.. beliau sakit dan pergi hanya seketika.. sakitnya peritnya hanya Allah yang tahu. aku juga seorang ibu..aku paham perasaan ibunya. Ketika anaknya bertarung nyawa, pasti ibunya sanggup mengganti tempat dia supaya anaknya terus sihat dan gembira seperti dulu. Harapan dan Doa seorang ibu sama sahaja. Ingin melihat anak-anaknya membesar dengan sihat, bijak dan sempurna. Tiada seorang ibu pun di dunia ini mahu kehilangan anak. tiada. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan ketabahan dan kekuatan kepada keluarga adik Faris. Syurga adalah tempat mu sayang.. AL-FATIHAH.

aku copy ayat-ayat ini dari blog Redmummy.
 
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.
Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.

Mama sayang Rayyan Danish.. terlalu sayang... Semoga Allah SWT melindungi anak mama dari penyakit penyakit yang merbahaya. AMIN.


note: lg sedih aku bc the latest entry dr blog Mazidul bila kakak dan abang adik Faris buat kad untuk arwah.. berjujuran lagi airmata aku... 
 

2 comments:

  1. mmg akupun sedih=(..al fatihah.betul tuh kata red mummy.kadang adagak kita aku marah merah..huhu..pasnie kena ubah

    ReplyDelete

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign